Berita
13 Ahli Sindiket Babitkan Rampasan Dadah Terbesar Negara Didakwa Esok
JOHOR BAHRU, 25 Jan – Seramai 13 ahli sindiket yang dipercayai terlibat dengan rampasan dadah terbesar negara bernilai RM201 juta di bandar raya ini dua minggu lepas, dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lapan daripada mereka akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, manakala lima lagi mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya […]

Datuk Didakwa Ugut Belah Kepala, Cederakan Isteri
KOTA BHARU, 25 Jan (Bernama) — Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan mengugut mahu membelah kepala dan mendatangkan kecederaan ke atas isterinya pada 16 Jan lepas. Tertuduh, Razali Daud, 64, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah […]

“Penghujungnya Masih Belum Kelihatan..” Dr Noor Hisham Sedih, Genap Setahun Negara ‘Lawan’ Covid-19
Hari ini, genaplah setahun ‘perjuangan’ negara menentang wabak Covid-19 sejak kes pertama dilaporkan, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura. Antara ‘orang kuat’ di sebalik usaha Malaysia memerangi wabak ini, pastinya Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, yang saban hari melaporkan perkembangan terkini Covid-19 kepada seluruh rakyat. Menerusi […]

Anggota PGA Antara Tiga Lelaki Didakwa Rompak Secara Berkumpulan
JOHOR BAHRU, 25 Jan (Bernama) — Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dan penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki, akhir tahun lepas. Konstabel Haikal Fikri Anuar, 27, dua penganggur iaitu Razif Razali, 29 dan […]
“Jangan Goncang Pakaian..” Ini Cara Nak Basuh Baju Jika Tinggal Serumah Dengan Kes Positif Covid-19
Seperti kita sedia maklum, berkuatkuasa 1 Januari lepas, pesakit Covid-19 di tahap satu dan dua yang tidak mempunyai gejala, diminta menjalani kuarantin di rumah dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan. Pesakit tidak dibenarkan bercampur dengan ahli keluarga atau rakan serumah dan perlu diasingkan di dalam bilik sehingga menjalani ujian saringan buat kali terakhir. Oleh itu, […]

Gajah Umur 40 Tahun Maut Selepas Dibaling Tayar Terbakar Oleh Penduduk Kampung
Kejadian ngeri seekor gajah mati apabila menjadi mangsa penduduk di sebuah perkampungan di Tamil Nadu, India baru -baru ini. Difahamkan, suspek membakar tayar buangan sebelum dibalingkan ke arah gajah yang berusia 40 tahun tersebut. Tayar yang sedang marak terbakar itu tersangkut pada telingga haiwan berkenaan. Kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat penginapan persendirian itu ternyata […]

Semua Terkorban, Pesawat Bawa Presiden Dan Pemain Kelab Bola Sepak Brazil Dilaporkan Terhempas
Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain kelab bola sepak Brazil, Palmas, terbunuh dalam nahas pada pagi ini di Tocantins. “Pesawat itu berlepas dan terhempas di hujung landasan di Tocantinense Aviation Association. ”Kami sedih untuk melaporkan tidak ada yang terselamat,” menurut jurucakap pasukan itu. Mangsa yang maut dikenali sebagai Presiden Lucas Meira, bersama pemain […]
IKEA Cheras Ditutup Hari Ini, Pengawal Keselamatan Disahkan Positif Covid-19
Pihak pengurusan gedung perabot IKEA cawangan Cheras dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa premis tersebut akan ditutup sementara hari ini, 25 Januari 2021 susulan daripada beberapa kes positif Covid-19 dikesan dalam pekerja pengawal keselamatan. Menurut kenyataan itu lagi, kes tersebut dikesan menerusi ujian saringan rutin yang dijalankan syarikat tersebut. Kesemua mereka sedang menjalani kuarantin diri sehingga […]
COVID: Rekod Tertinggi 4,427 Kes Sembuh, Kes Aktif Menurun – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — Pesakit sembuh daripada COVID-19 di negara ini mencatat jumlah tertinggi hari ini dengan 4,427 kes sekali gus mengatasi bilangan kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif menurun kepada 41,677 kes berbanding 42,769 kes semalam. Dr Noor Hisham […]
Lima Beradik Kongsi Satu Telefon Pintar Jalani PdPR
KOTA BHARU, 24 Jan (Bernama) — Kekangan hidup menyebabkan ibu kepada lima beradik terpaksa ‘mengorbankan’ telefon pintarnya untuk digunakan oleh anak-anak bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam sesi persekolahan yang bermula Rabu lepas. Hasyani Mat Jusoh, 42, berkata keluarganya adalah antara golongan miskin yang menghadapi masalah dalam membiasakan diri dengan PdPR bermula […]
Warga Emas Gelang Merah Jambu Habis Minyak Ketika Ke Hospital – Polis
ALOR GAJAH, 24 Jan (Bernama) — Polis hari ini menjelaskan lelaki warga emas memakai gelang merah jambu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya ingkar perintah kuarantin sebenarnya kehabisan minyak ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk memotong gelang itu. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata disebabkan itu, warga […]
Sathianathan Harap Kerajaan Benar Liga-M 2021 Berlangsung
KUALA LUMPUR, 24 Jan — Di sebalik ketidaktentuan dan ancaman pandemik COVID-19, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan berharap saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 tidak berdepan nasib sama seperti musim lepas. Bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengakui bukan sahaja barisan pemain dan pegawai pasukan akan terkesan, malah perjalanan liga yang terganggu turut […]
“Jangan Goncang Pakaian,” KKM Kongsikan Panduan Cuci Pakaian Pesakit COVID-19 Yang Kuarantin Di Rumah
Ahli keluarga atau penjaga pesakit COVID-19 di rumah perlu mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan ketika menguruskan pesakit bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan. Terbaru, Kementerian Kesihatan (KKM) telah berkongsi saranan ketika mencuci pakaian dan linen yang telah digunakan oleh pesakit ketika kuarantin di rumah. Terdapat sembilan langkah yang perlu dipatuhi iaitu, Simpan pakaian atau linen di […]
Pantai Teluk Akuan Di Perak Tercemar Akibat Aktiviti Kuari
BERUAS, 24 Jan — Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa Pantai Teluk Akuan, Segari di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang, dekat sini tercemar dipercayai akibat aktiviti kuari. Timbalan Presidennya Ismady Radzuan berkata anak sungai di selatan Pantai Teluk Akuan didapati berubah warna kesan daripada aktiviti kuari di Kompartmen 22 hutan tersebut […]
Sedih, Kisah Suami Gigih Kayuh Basikal Ke Hospital Jam 4 Pagi Sebab Isteri Perlu ‘Operate’ Segera Bikin Warganet Sebak
Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Ada orang yang hidup susah namun bahagia, berkat rasa syukur terhadap setiap rezeki diberi-Nya. Baru-baru ini, seorang doktor dengan nama DocMummy telah berkongsi kisah di mana seorang suami yang sanggup berbasikal pada pukul 4 pagi untuk menemani isterinya yang ingin bersalin di hospital. Dipercayai kerana tiada kenderaan, lelaki itu sanggup […]
TERKINI: 3,346 Kes Baharu COVID-19 Dan 11 Kematian Baharu Dilaporkan, Selangor Catat Kes Harian Tertinggi Iaitu 950 Kes
Keetua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 3,346 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Facebook rasminya, 3,346 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 183,801 kes secara keseluruhan. Status Terkini #COVID19, 24 […]
(Video) Turut Kejar Kucing Peliharaan, Ahli Keluarga Panik, Biawak Besar ‘Berehat’ Bawah Sofa Dalam Rumah
Sebuah keluarga di Thailand gempar selepas menemui seekor biawak besar bersembunyi di bawah sofa kayu rumah mereka. Menurut Daily Mail, reptilia tersebut juga turut mengejar kucing peliharaan keluarga tersebut. Mujur kucing itu berjaya menyelamatkan diri daripada biawak besar yang agresif itu. Susulan daripada itu, tuan rumah tersebut telah bertindak menghubungi pasukan penyelamat haiwan tempatan untuk […]
Schizophrenia Dapat Dianggar Melalui Rambut Manusia ? Baca Penjelasan Dari Hello Doktor
Skizofrenia (schizophrenia) adalah salah satu penyakit mental serius yang boleh menyebabkan seseorang berhalusinasi, delusi dan gangguan pemikiran. Menurut Mayo Clinic, ia boleh menjejaskan kehidupan harian seseorang serta memerlukan rawatan sepanjang hayat. Antara simptom skizofrenia adalah delusi, halusinasi, gangguan pemikiran sehingga mengganggu komunikasi serta kurang ekspresi (Mayo Clinic, Jan 2020). Sehingga kini, biarpun punca sebenar tidak […]
Beberapa Syarikat Antarabangsa Tunjuk Minat Dalam Projek IMBRT
JOHOR BAHRU, 24 Jan — Beberapa syarikat antarabangsa telah menunjukkan minat untuk membekalkan bas masing-masing untuk projek Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT) yang bakal beroperasi dalam kawasan wilayah Iskandar Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata setakat ini, terdapat satu model bas telah dihantar oleh sebuah syarikat. “Baru-baru ini telah sampai model […]
Selenggara Jalan Persekutuan: Johor Terima Peruntukan RM36.29 Juta
JOHOR BAHRU, 24 Jan — Johor bakal menerima peruntukan sebanyak RM36.29 juta daripada kerajaan persekutuan, untuk kerja-kerja penyelenggaran jalan-jalan persekutuan di seluruh negeri yang mana sebahagian besarnya akan melibatkan daerah Johor Bahru. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri berkata, penyelenggaraan di Johor Bahru melibatkan peruntukan sebanyak RM12.1 juta, manakala bakinya untuk daerah-daerah […]