Berita
Gangguan Bekalan Air Libatkan 32,018 Akaun Di Kelantan
KOTA BHARU, 22 Jan – Sebanyak 32,018 akaun akan mengalami gangguan bekalan air melibatkan beberapa kawasan merangkumi empat jajahan dijangka bermula hari ini hingga 30 Jan, menurut Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). AKSB dalam satu notis hebahan hari ini memaklumkan daerah terlibat ialah Machang yang membabitkan 16,000 akaun, Pasir Puteh (9,539), Kota Bharu Selatan (5,979) dan […]
Vaksinasi Penting Untuk Kembali Pulihkan Ekonomi – MOSTI
KUALA LUMPUR, 22 Jan – Program vaksinasi bagi mencegah pandemik COVID-19 yang dirancang kerajaan untuk orang ramai adalah penting bagi mewujudkan imuniti kelompok sekali gus membolehkan ekonomi negara kembali pulih. Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Teknologi, Pengkomersialan dan Perkhidmatan STI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Mohd Nor Azman Hassan berkata apabila imuniti kelompok tercapai maka penularan COVID-19 akan dapat dikawal kerana majoriti penduduk sudah […]

PKP: Anggota Polis Diberi Kelonggaran Masuk Ke Sabah
KOTA KINABALU, 22 Jan (Bernama) — Kerajaan negeri Sabah bersetuju memberi kelonggaran kepada pegawai dan anggota polis untuk masuk ke Sabah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap rasmi kerajaan negeri bagi COVID-19 berkata antara syarat perlu dipatuhi ialah pegawai dan […]

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Sembrong
JOHOR BAHRU, 22 Jan (Bernama) – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Sembrong di Batu 5, Jalan Mersing dekat Kluang, petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sidek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mencari dan menyelamat (SAR) lelaki berusia lingkungan 30-an itu pada 4.56 petang. Difahamkan, lelaki […]

“Pak Cik Mengucap Banyak-Banyak Ya..” Doktor Kongsi Pengalaman Rawat Pesakit Covid-19 Yang Sesak Nafas
Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun lalu, frontliners atau barisan hadapan daripada pelbagai skop berdepan tugas mencabar. Tiada istilah rehat atau cuti, mereka terpaksa meninggalkan insan tersayang demi melaksanakan tugas yang diamanahkan selain berdepan risiko jangkitan yang tinggi. Antaranya, kakitangan petugas kesihatan dan perubatan yang bertungkus-lumus dalam menjalankan persampelan pesakit dan merawat mereka yag […]

Guru Dan Pelajar Positif Covid-19, Satu Sekolah Di Melaka Dan Terengganu Ditutup Sementara
KOTA MELAKA, 22 Jan (Bernama) — Kolej Tingkatan Enam (KTE) Tun Fatimah di Durian Daun di sini, diarah tutup serta-merta selama seminggu selepas seorang guru yang berkhidmat di sekolah itu disahkan positif COVID-19. Exco Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal, Vokasional, Sains dan Inovasi) negeri Datuk Noor Effandi Ahmad berkata penutupan sekolah selama tujuh hari […]

Dari ‘Photographer’, Lelaki Ini Berjaya Usahakan Ladang Cili, Pernah Jual 12,000 Anak Pokok Sehari
“Bukan mudah nak jadi senang.” Ayat ini sering kita dengar dari mulut-mulut orang yang berjaya. Ya, tidak dinafikan, untuk menjadi orang yang berjaya, mereka terpaksa lalui beberapa fasa kesusahan. Pada pandangan kasar orang, ia tampak mudah tetpi hakikatnya tidak. Sebagai orang muda, perjalanan kita masih jauh, banyak pengalaman dan ilmu yang perlu kita pelajari. Termasuklah […]
Stok Kumpulan Darah Jenis ‘O’ Sangat Rendah, Pusat Darah Negara Terus Rayu Orang Ramai Datang Derma Darah
Bekalan darah di Pusat Darah Negara hari ini, 22 Januari 2021 menunjukkan semakin berkurang. Banyak bekalan sudah berubah jumlahnya. Menerusi laman Instagram Pusat Bekalan Darah merayu kepada penduduk di Malaysia agar terus menderma darah kerana stok bekalan saban hari kian menurun. Dalam 2 hari sahaja, stok darah kumpulan darah O bertukar dari kuning kepada MERAH. […]

Impian Kanak-Kanak Pesakit Leukemia Naik MPV Polis Tercapai
KEPALA BATAS, 22 Jan – Impian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menderita penyakit leukemia untuk menaiki kereta peronda (MPV) polis akhirnya menjadi kenyataan, pada hari ini. Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan yang disahkan menderita penyakit kanser darah itu sejak berusia dua tahun menzahirkan kegembiraan apabila beliau diberi peluang menaiki MPV dan lebih manis […]

TERKINI: 3,631 Kes Positif Baharu Termasuk 18 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif baharu hari ini, 22 Januari 2021 iaitu sebanyak 3,631 kes. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 176,180. Sehubungan dengan itu, kes sembuh juga mencatat jumlah kenaikan iaitu 2,554. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara kita meningkat kepada […]

Ahli Perniagaan Ditahan Disyaki Edar, Proses Dadah
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Seorang ahli perniagaan ditahan kerana disyaki memproses dan mengedar dadah di Pudu, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, lelaki tersebut ditahan dalam serbuan pada 1.45 tengah hari. Beliau berkata satu lagi serbuan dilakukan di rumah lelaki terbabit di Ampang, di sini pada 1 pagi […]
Kemaskini SOP Bagi Aktiviti Yang Dibenarkan Dan Tidak Dibenarkan Sepanjang PKP 2.0
Berikutan arahan daripada kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 oleh semua negeri, beberapa SOP baru telah dikemaskini bagi rujukan orang ramai. Terdapat beberapa senarai aktviti yang dilarang dan boleh diteruskan dalam tempoh PKP. Mereka yang melanggar arahan yang ditetapkan boleh dikenakan denda atau kompaun yang dikeluarkan oleh pihak polis. Berikut adalah senarai terkini […]
TERKINI: Harga RON95, RON97 Naik 1 sen Dan Diesel Naik 4 sen Bermula Tengah Malam Ini
Harga runcit petrol RON97 dan RON 95 naik satu sen berkuat kuasa pada tengah malam 23 Januari hingga 29 Januari 2021 ini. Kementerian Kewangan Malaysia menerusi laman Twitternya memaklumkan bahawa harga runcit RON95 sebelum ini RM1.89 seliter dinaikkan kepada RM1.90 seliter sepanjang tempoh berkenaan. Manakala harga RON97 dinaikkan kepada RM 2.20 seliter berbanding dengan RM […]

(Video) “Sekali Dalam 10 Juta,” Rakaman Cemas Api Sambar Kereta Di Stesen Minyak Dipercayai Akibat Cas Elektrostatik
Seorang pelanggan stesen minyak di Hubei, China berhadapan detik cemas apabila secara tiba-tiba kenderaannya disambar api. Dalam kejadian pada 19 Januari lalu, pelanggan itu dilihat ingin menyentuh pam minyak pada keretanya sebelum secara tiba-tiba api menyambar dengan marak. Respon pantas pekerja stesen berkenaan sempat menghentikan kebakaran itu menggunakan pemadam api. Lapor CGTN, kejadian dipercayai berpunca […]
Dua Individu Mengaku Salah Membuat Provokasi Terhadap Polis
GEORGE TOWN, 22 Jan (Bernama) — Dua individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa insiden kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sri Tanjung, Tanjung Tokong di sini Ahad lepas. Tertuduh berusia 38, dan 29 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di […]
15 Orang Dilaporkan Positif COVID-19 Setelah Didakwa Hadiri ‘Birthday Party’ Seekor Kucing
Sekurang-kurangnya 15 belas orang di sebuah bandar kecil di Chile dilaporkan telah dijangkiti dengan virus COVID-19 selepas menghadiri majlis hari lahir yang diadakan untuk seekor kucing. Pihak berkuasa Chile yang tidak mempercayai kejadian itu telah mengesahkan kejadian satu kluster COVID-19 baru di Santo Domingi, sebuah kawasan rumah persisir ekslusif yang didiami kurang daripada 10,000 orang […]
Musykil Ke Mana Duit-Duit Yang Disumbang Ke Tabung Masjid? Ini Jawapan Mufti WPKL
Setiap masjid mempunyai tabung untuk beri peluang kepada mereka yang ingin menyumbangkan sedikit sumbangan dalam bentuk wang. Mungkin ada sesetengah jemaah masjid mempersoalkan kemana duit itu pergi selepas disumbangkan. Pun begitu, ada juga pihak yang meragui adakah jika disumbangkan kepada anak yatim atau asnaf boleh digunakan oleh golongan biasa? Jadi, untuk menyelesaikan keraguan ini, Pejabat […]
Kenderaan Pengangkutan Awam Mula Ambil Mudah – JPJ
BUKIT MERTAJAM, 22 Jan — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mendapati kenderaan pengangkutan awam, mula ambil mudah dan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, selepas seminggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di negeri itu. Pengarah JPJ Pulau Pinang Adenan Md Isa berkata berdasarkan pemantauan pihaknya sejak dua hari lalu mendapati, terdapat […]
Keprihatinan Masyarakat Bantu Kelangsungan Haiwan Di Zoo Melaka
MELAKA, 22 Jan — Sikap prihatin dan tanggungjawab masyarakat terhadap usaha pemuliharaan hidupan liar terserlah apabila semakin ramai menghulurkan bantuan makanan dan keperluan haiwan kepada Zoo Melaka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata usaha itu sedikit sebanyak membantu Zoo Melaka yang terkesan berikutan […]
“Ni Saya Datang Nak Ganti Balik…”, Balas Jasa, Abang Ni Datang Pusat Bantuan Banjir ‘Pulangkan’ Semula Bantuan Beras Pernah Diterimanya
Fenomena air banjir yang melanda banyak negeri sejak beberapa minggu lalu kini mulai surut sedikit demi sedikit. Di sebalik detik getir mereka mendepani wabak COVID-19, dalam masa sama banjir yang mendatang pula menjejaskan kehidupan mereka. Maka banyaklah bantuan-bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, syarikat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR), persendirian dan banyak […]