Berita

Bantuan RM500: Pemandu Teksi, Bas Boleh Mohon Kepada APAD
PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) — Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), boleh dibuat menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam kenyataan hari ini berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu […]

Tak Percaya Si Mati Maut Akibat Covid-19, Puluhan Penduduk Sekat Ambulans Gunting Kain Kafan Si Mati
Puluhan penduduk di sebuah desa di Jatirogo, Jawa Timur bertindak menahan sebuah ambulan dan mengambil secara paksa jenazah seorang pesakit Covid-19 untuk dikuburkan sendiri tanpa mengikut protokol pengebumian oleh petugas kesihatan. Di dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini di Desa Karangtengah, penduduk dikatakan tidak percaya bahawa jenazah yang juga seorang tokoh masyarakat di kawasan tersebut […]

Tiga Penyamun Menyamar Sebagai Polis Ditahan Di Taman Melawati
KUALA LUMPUR, 18 Jan – Polis menahan tiga lelaki tempatan menyamar sebagai polis dan disyaki menjalankan kegiatan samun sekitar Taman Melawati dan Ampang Jaya, di sini, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata mondus operandi kesemua suspek ialah memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum memeriksa serta merampas barang berharga milik mangsa. “Polis […]

Polis Tahan Tujuh Lelaki Kepung Dan Maki Anggota URB
GEORGE TOWN, 18 Jan – Polis Pulau Pinang hari ini menahan tujuh suspek lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian sekumpulan individu mengepung dan menghalang tugas polis selepas kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki, di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 5.20 petang itu, kumpulan lelaki itu dikatakan turut […]
PERMAI Bantu Kelangsungan Perniagaan Hotel Bertaraf Tiga Bintang Dan Setara – MyBHA
KUALA LUMPUR, 18 Jan – Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) menyifatkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dapat menyokong kelangsungan perniagaan pengusaha hotel bertaraf tiga bintang ke bawah. Timbalan Presiden MyBHA Dr Sri Ganesh Michiel berkata pihaknya menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu golongan yang terjejas kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). “Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) berterima kasih terhadap […]

“Resipi Turun Temurun…,” Wanita Ini Masak Sup Ikan Koi, Buat Ahli Grup ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ Terliur
Selalu kita akan lihat ikan-ikan perhiasan ini di kolamcatau akuarium sebagai ikan perhiasan di sekitar kawasan rumah kan. Namun, agak pelik apabila ikan koi digoreng atau dijadikan sup ikan koi sebagai santapan. Menerusi Facebook Amanda Omeychua memuatnaik beberapa keping foto ikan koi yang telah dimasak dan dijadikan sup ikan koi sehingga mendapat perhatian daripada ahli […]

(Video) Penduduk Panik, Air Laut Pasang Melimpah Sampai ‘Mall’ Banjir Di Manado, Indonesia
Air laut yang melimpah deras secara tiba-tiba sehingga membanjiri bandar Manado, Sulawesi Utara, ternyata menimbulkan panik ramai. Menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial, air laut dilihat mengalir deras dan memasuki jalan raya sehingga menyebabkan banjir di pusat membeli-belah Madano Town Square dan kawasan sekitarnya. Gaes minta doa buat warga manado, air laut […]
Persekolahan Secara Bersemuka Tabika Kemas Ditangguh
PUTRAJAYA, 18 Jan – Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya mengambil maklum trend peningkatan jangkitan COVID-19 dan memutuskan untuk mengikut langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai […]

TERKINI: 3,306 Kes Kes Baharu Covid-19, Selangor, Sabah, Johor, KL Dan Melaka Catat Kes Tertinggi
Kes baharu hari ini 3,306 kes dengan 4 lagi kematian. Kes tertinggi dilaporkan di Selangor, Sabah, Johor, KL dan Melaka. Daripada jumlah tersebut, hanya 7 kes import dan 3,299 merupakan kes tempatan. Jumlah kumulatif kes positif kian meningkat iaitu 161, 740 kes. Sehingga hari ini, 18 Januari 2021, sebanyak 2,293 kes sembuh telah dilaporkan. Ini […]
Dua Calon SPM Antara 20 Ditahan Terlibat Sindiket Penipuan ‘Like And Share’
LUMUT, 18 Jan (Bernama) — Dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan antara 20 yang ditahan kerana terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan ‘Like and Share’ yang menyasarkan mangsa di India. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata dua pelajar perempuan itu ditahan bersama sembilan lagi rakyat tempatan serta sembilan warga China dalam satu […]
“Surat Untuk Rakyat Malaysia,” Pusat Darah Negara Merayu Orang Ramai Tampil Derma Darah
Bekalan darah di Pusat Darah Negara kini berada paras zon yang rendah. Menerusi satu status ‘Surat untuk rakyat Malaysia’ di laman Twitter rasminya mengundang sebak kerana ia seolah-olah para ‘frontliners’ sedang bercakap kepada masyarakat semua. “Tak banyak yang kami minta, kami mengharapkan saudara dan saudari hadir derma darah demi membantu pesakit…” Jadi, sama-sama kita membantu […]

TERKINI: PKP Dilaksanakan Di Seremban Dan Port Dickson Bermula Esok Hingga 1 Februari
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Seremban dan Port Diskcon bermula esok sehingga 1 Februari depan, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kata Ismail, keputusan tersebut dibuat susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dalam tempoh 14 hari di dua daerah berkenaan. ”Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas […]
Kerajaan Negeri Selangor Berhasrat Beli 5 Juta Dos Vaksin Covid-19 – MB
SHAH ALAM, 18 Jan — Kerajaan Negeri Selangor berhasrat membeli kira-kira lima juta dos vaksin Covid-19 bagi rakyat negeri itu dan usaha itu disambut baik oleh Kerajaan Persekutuan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata hasrat kerajaan negeri itu dilihat sedikit sebanyak dapat meringankan beban Kerajaan Persekutuan dalam urusan pembelian vaksin. “Semasa mesyuarat Majlis Keselamatan […]
Pelepasan Cukai Khas Pembelian Telefon Bimbit, Komputer Diteruskan Hingga 31 Disember Ini -PM
Putrajaya, 18 Jan – Kerajaan akan meneruskan pelepasan cukai khas pembelian telefon bimbit dan peralatan digital sehingga 31 Disember 2021 ini. Pelepasan itu dilanjutkan setahun lagi selepas ia tamat pada 31 Disember 2020 yang lalu, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media sebentar tadi. Pemberian data percuma 1GB kepada orang ramai sejak […]
Bantuan One-Off RM500 Kepada Pemandu Pelancong, Teksi, Bas Sekolah, Bas Persiaran, Kereta Sewa Dan e-Hailing – PM
Putrajaya, 18 Jan – Kerajaan akan memberi bantuan one-off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bayaran itu melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta. Sementara itu, kerajaan juga memberikan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan […]
TERKINI: Moratorium Dan Pengurangan Ansuran Pinjaman Diteruskan
Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi memaklumkan bahawa bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan. Menurutnya, moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank, seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank dilaporkan telah menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman. Moratorium, […]
TERKINI: Rebat Elektrik Kepada Semua Pengguna TNB, Pada Kadar 2 Sen Setiap kWh, Bagi Tempoh 6 Bulan – PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassi memaklumkan rebat elektrik kepada semua pengguna TNB bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Januari 2021. Menurut ciapan bernama, rebat elektrik tersebut pada kadar 2 sen setiap kWh. Rebat elektrik kepada semua pengguna TNB, pada kadar 2 sen setiap kWh, bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Jan […]
KWSP Akan Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga RM1,000 Bagi Permohonan Kemudahan i-Sinar Kategori 2 – PM
Putrajaya, 18 Jan – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan bermula 26 Januari ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini. Katanya, pendahuluan itu bagi menambahbaik kemudahan i-Sinar terutama bagi mereka yang menghadapi cabaran akibat PKP dan bencana banjir yang melanda negara pada masa ini. KWSP […]
PTPTN: Mereka Terjejas Boleh Mohon Moratorium Bayaran Balik Selama Tiga Bulan Sehingga 31 Mac – PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi mengumumkan bahawa peminjam PTPTN boleh memohon moratorium bayaran balik pinjam PTPTN selama tiga bulan. Menurutnya, permohonan untuk penangguhan pembayaran itu boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021 ini. PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac – PM @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/yk14pZSZdl […]
TERKINI: Bayaran Fasa Terakhir BPN 2.0 Akan Dipercepatkan Iaitu Mulai 21 Jan – PM
Putrajaya, 18 Jan – Bayaran fasa akhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan dipercepatkan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini. Katanya, pembayaran kepada sejumlah 11.1 juta penerima itu akan dipercepatkan mulai 21 Januari ini melibatkan bayaran sebanyak RM2.38 bilion, katanya. Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 […]