Berita
Polis Johor Lakukan Rampasan Dadah Terbesar Bernilai RM201 Juta
JOHOR BAHRU, 17 Jan (Bernama) — Polis Johor berjaya melakukan rampasan dadah terbesar bernilai RM201 juta menerusi serbuan di tiga stor penyimpanan di sekitar bandar raya ini, pada 14 dan 15 Jan lepas. Ketua Polisnya Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rampasan itu yang terbesar dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia, adalah hasil siasatan terhadap 15 suspek […]
Vaksinasi COVID-19: Warga Malaysia Di Singapura Antara Terima Suntikan
SINGAPURA, 17 Jan — Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura telah menjadi antara penerima suntikan vaksin Pfizer BioN Tech di negara tersebut. Mereka yang telah menerima suntikan vaksin tersebut, kebanyakkan bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan untuk menerima vaksin, di republik itu. Sebahagian daripada mereka telahpun berkongsikan pengalaman mereka menerima suntikan di laman Facebook […]
Pasar Awam Apollo Diarah Tutup, Gagal Patuhi SOP
BUTTERWORTH, 17 Jan — Pasar Awam Apollo di sini diarah tutup selama tujuh hari bermula esok kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bersepadu pemantauan pematuhan SOP bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai hari ini, didapati […]
(Video) Gelagat Anak Urut & Tepuk Dada Tahan Sabar Saat ‘Diganggu’ Ayah Tambat Hati Netizen
Bagi setiap ibu bapa, meluangkan waktu bersama anak-anak yang sedang membesar adalah saat yang paling bermakna. Walaupun terkadang keletah mereka boleh membuatkan ibu bapa pening namun setiap detik yang dilalui perlu dirakam dan disematkan dalam ingatan. Bila anak-anak sudah dewasa nanti, detik itu mungkin boleh menjadi kenangan terindah buat mereka. Sama dengan situasi yang tidak […]
(Video) Perlawanan Bola Ini Buat Penonton Bingung, Pemain Kenakan Jersi Mirip Warna Salji Hampir Tak Kelihatan Atas Padang
Pemain bola untuk pasukan Liga Turki, Sivasspor hampir tidak kelihatan semasa perlawanan liga menentang Istanbul Basaksehir semalam, lapor Daily Mail. Dalam keadaan salji lebat yang meliputi padang di Stadium Basaksehir Fatih Terim, para penonton berpendapat bahawa ia adalah idea yang baik untuk mereka memakai pakaian putih menentang pendahulu Super Lig. Kit mereka yang berwarna putih […]
(Video) “Asyik Ada Masalah Dengan Burung Je,” Lelaki ‘Pulun’ Ajar Isteri ‘Orang Putih’ Cakap Bahasa Melayu, Bikin Ramai Terhibur
Sesuatu yang amat harus dibanggakan apabila seorang rakyat Malaysia yang berkahwin dengan ‘mat saleh’, dia bersungguh-sungguh mengajar pasangannya tentang Bahasa Melayu. Itulah yang diusahakan pasangan unik ini apabila Kumaar, anak jati Klang, Selangor yang berkahwin dengan ‘orang putih’ dan kini menetap di Amerika Syarikat (US) atas urusan kerja di sana. Walaupun tinggal di negara ‘Uncle […]
Dianggarkan Berusia Lebih 45,000 Tahun, Lukisan Khinzir Dalam Gua Dipercayai Tertua Di Dunia Ditemui Di Indonesia
Ahli arkeologi dilaporkan telah menemui lukisan haiwan dalam gua yang dipercayai merupakan tertua di dunia, dilukis 45, 500 tahun yang lalu, lapor BBC. Dicat dengan menggunakan pigmen merah gelap, lukisan bersaiz besar itu memperlihatkan seekor khinzir. Ia ditemui di gua Leang Tedongnge di sebuah lembah terpencil di Sulawesi. Lukisan tersebut dipercayai bukti terawal kewujudan manusia […]
Demi Menuntut Bela, Kisah Ibu Menyamar Jadi Gelandangan Bantu Polis Cari Penculik & Pembunuh Anak Perempuannya
Demi membantu pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes culik dan bunuh anak perempuannya, seorang wanita bertekad menyamar sebagai gelandangan. Menurut Daily Mail, Nathalie Amaya mendedahkan bahawa dia mengubah penampilannya untuk bercampur dengan gelandangan lain yang tinggal di sebuah bangunan terbengkalai di kejiranan Bogotá di San Bernardo dan mencari suspek yang membunuh anak perempuannya yang berusia 15 […]
Pekerja Sanitasi Muncul Jadi Penerima Pertama Vaksin COVID-19 Di India
NEW DELHI – Seorang pekerja sanitasi, Manish Kumar yang berusia 34 tahun dilaporkan menjadi penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 di Institut Sains Perubtan All India (AIIMS) Delhi, kata Kementerian Kesihatan. Menurut laporan, Kumar mendakwa dirinya meminta untuk diberikan suntikan terlebih dahulu ekoran rakan-rakannya yang dipilih ‘takut’ untuk mendapatkan suntikan tersebut. Dirinya dipercayai sama sekali tidak […]
(Video) Nampak Bersungguh-sungguh, Aksi Monyet ‘Buat Muka’ Bantu Potong Sayur Bikin Ramai Tergelak
Monyet adalah salah satu haiwan yang menjadi pilihan sesetengah individu untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Malah dalam budaya masyarakat Melayu khususnya di kawasan kampung, monyet dibela dengan tujuan sebagai pembantu di kebun termasuklah memanjat pokok untuk memetik buah. Baru-baru ini, tular rakaman video memaparkan seekor monyet belaan yang kelihatan sedang membantu tuannya di dapur. Namun […]
MKN Nafi Kuat Kuasa PKP Di Kedah Mulai Esok
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah bermula esok sehingga 31 Jan ini, seperti yang tular di media sosial. Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 11 malam tadi. Sehubungan itu, MKN meminta orang untuk […]
TERKINI COVID-19: Lepasi Angka 4k, KKM Maklumkan 4,029 Kes Baharu Hari Ini & Paling Tinggi Pernah Dilaporkan
PUTRAJAYA, 16 Jan – Kes harian baharu COVID-19 kini sudah melepasi angka 4,000 apabila sebanyak 4,029 kes dilaporkan hari ini. Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laporan terkini memaklumkan, jumlah kumulatif kes sudah meningkat ke 155,095 kes. Dalam pada itu, 2,148 kes sembuh turut direkodkan, menjadikan angka sembuh keseluruhan turut meningkat kepada 117,375 kes. Terdapat juga lapan […]
Pihak Berkuasa China Dapati Ada Aiskrim Buatan Tempatan Dicemari Virus COVID-19, Dipercayai Libatkan Hampir 5,000 Kotak Aiskrim
Tiga sampel aiskrim buatan tempatan di wilayah Tianjin di China didakwa tercemar dengan virus dalam satu ujian yang dijalankan baru-baru ini. Menerusi laporan China Daily, ujian COVID-19 dibuat ke atas produk aiskrim tersebut dan hasil mendapati ketiga-tiga sampel itu positif. Difahamkan, kira-kira 4,836 kotak aiskrim telah dihasilkan syarikat berkenaan sebelum itu, di mana 2,089 telah […]
(Video) “Luar Nampak Biasa, Tapi Dalam…”, Pasangan Ini DIY Vanette Lama Jadi ‘Vanfire’, Pukau Banyak Mata
Mungkin ada di antara anda yang mempunyai van yang sudah lama tidak digunakan, nak dijual rasa sayang pula. Jangan risau, anda sebenarnya boleh mengubah van tersebut bertukar menjadi ‘vanfire’ dan mungkin akan disukai oleh anak-anak. Menerusi perkongsian Khairunnisa Hamzah, beliau bersama suaminya mengubahsuai van lama dengan pelbagai ciri ‘moden’ yang sangat selesa. Walaupun dari luar […]
Bekalan Darah Di HRPZ II Kritikal, Hanya Mampu Bertahan Untuk Tempoh Tiga Hari
KOTA BHARU, 16 Jan (Bernama) — Bekalan darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kini berada dalam keadaan kritikal dan hanya mampu bertahan hingga tempoh tiga hari sahaja, kata Pengarahnya Datuk Dr Selasawati Ghazali. Beliau berkata ini berikutan pihaknya tidak dapat mengadakan program derma darah secara meluas memandangkan keadaan semasa yang menyebabkan pelaksanaan […]
Viral Adik Kehilangan Ayah Akibat COVID-19 Di MAEPS, Menteri Kesihatan ‘Turun Padang’ Wakili Kabinet Sampaikan Sumbangan
Kisah seorang kanak-kanak di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang yang kehilangan ayahnya seperti yang tular baru-baru ini turut mendapat perhatian kerajaan. Sebelum ini kanak-kanak tersebut, adik Mohamad Nor Atho’ullah, 11, telah kehilangan ayah tercinta, Mohamad Kamil Ghazali, 51, yang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19. Ketika kejadian […]
Jalan Bukit Fraser-Raub Ditutup Atas Faktor Keselamatan
KUANTAN, 16 Jan (Bernama) — Jalan ke pusat peranginan Bukit Fraser melalui Raub, kira-kira 240 kilometer dari sini, ditutup sejak dua hari lepas kepada semua kenderaan atas faktor keselamatan. Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata penutupan itu selepas perbincangan bersama pihak berwajib termasuk jurutera daerah memandangkan terdapat beberapa lokasi berpotensi mengalami tanah […]
Dipercayai Tanpa Kelulusan Pihak Berkuasa, Polis Keluarkan Kompaun Kepada Penganjur Pemberian Ayam Beku Percuma Di Putrajaya
PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) — Pihak polis telah mengeluarkan kompaun kepada penganjur program pengedaran ayam beku percuma secara pandu lalu kerana menganjurkan program itu tanpa kelulusan pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali berkata kompaun telah dikeluarkan kepada pihak penganjur di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu kesalahan […]
Ramai Tak Tahu & Rugi Tak Guna, Ini “Step by Step” Untuk Dapatkan Baucar “Free Shipping” RM15 Di Shopee
Selain promosi atau jualan murah, orang ramai pastinya mengharapkan barang yang dibeli tidak mempunyai caj delivery ketika shopping online. Termasuk semasa membeli barangan di Shopee, semua sedia maklum bahawa kebanyakan rakyat Malaysia sememangnya menggunakan aplikasi itu. Namun ramai yang tidak tahu tricks untuk mendapatkan free shipping setiap kali membeli barang. Menerusi ciapan Myjoe_ di laman […]

(Video) Kejutan Daripada Isteri, Dr. Zulkifli Terima Hadiah ‘Perisa’ Liverpool Sempena Hari Jadi
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-52 tahun. Bagi sesiapa yang sudah lama mengenalinya, pasti akan cukup memahami bahawa Dr. Zulkifli merupakan seorang peminat tegar kelab bola sepak Liverpool. Justeru, bersempena dengan hari lahirnya hari ini, isteri beliau membuat kejutan […]