Berita
(Video) Kanak-kanak Ditemui Dicelah-celah Runtuhan Gempa Sulawesi, Terperangkap Menanti Untuk Diselamatkan
Gempa bumi berkekuatan 6.2 skala richter di Sulawesi Barat hari ini menyebabkan puluhan nyawa terkorban dan ribuan hilang tempat tinggal, lapor Al-Jazeera. Menurut portal itu, sekurang-kurangnya 34 disahkan maut manakala lebih 600 mangsa cedera selepas gempa bumi itu meruntuhkan bangunan di pulau tersebut awal pagi ini. Pusat gempa berkenaan dikatakan terletak 6 kilometer dari timur […]

Bila Ada OPPO Reno5 Series 5G, Barulah Boleh Jadi Instafemes, Jom Pra-Tempah Sekarang
OPPO Reno5 Series 5G dah nak tiba ni, gais! Korang mesti kagum dengan kehebatan OPPO Reno5 Series 5G ni, sebab ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan fungsi kamera yang power. Antaranya seperti, Kamera 64MP Megapixel, Dual-view Video, Ultra-Night Video, Live HDR Video, 65W Super Flash Charge 2.0 dan macam-macam lagi la. OPPO Reno5 Series 5G […]
TERKINI COVID-19: 3,211 Kes Baharu Hari Ini, Dukacita 8 Kes Kematian Turut Dilaporkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,211 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Terkini. Kes baharu #COVID19 hari ini 3,211 kes dengan 8 lagi kematian. Selangor, Johor dan Sabah paling tinggi kes baharu. 12 lagi kluster baharu dikesan. #JagaNegaraKita🇲🇾 — KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 15, 2021 Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter […]
Polis Akan Ambil Tindakan Tegas Kesalahan Langgar SOP Khususnya Pergerakan Rentas Negeri, Daerah Mulai Esok – Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismal Sabri menerusi sidang media yang dilakukan sebentar tadi menyatakan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar SOP khususnya pergerakan rentas negeri dan daerah mulai esok. Menurutnya, amaran itu diberikan susulan daripada kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan serta budi bicara oleh pihak polis dalam […]
Harga Petrol RON95 Dan RON97 Catat Peningkatan 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen
Putrajaya, 15 Jan – Harga runcit petroleum mencatatkan peningkatan pada minggu ini bagi ketiga-tiga produk iaitu petrol RON95, RON97 dan diesel. Menurut kemaskini Kementerian Kewangan (MoF), harga petrol RON97 naik sebanyak 5 sen, menjadikan harga terkini RM2.19 seliter. Selain itu, harga RON95 juga naik kepada RM1.89 seliter hasil peningkatan sebanyak 5 sen manakala diesel mencatatkan […]
PKP Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari – Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi telah menyatakan bahawa negeri Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan peningkatan kes positif yang mendadak di negeri Kelantan. “Sehingga 14 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 1,649 kes positif telah direkodkan di […]

(Video) Dipercayai Banjir Di Sarawak, Lelaki Ternampak Buaya Berehat Bawah Rumah
Seperti sedia maklum, baru-baru ini negara kita dilanda banjir yang teruk di beberapa negeri di Semenanjung termasuk Sarawak sehingga menyebakan kematian akibat arus deras. Menurut laporan, keadaan dilaporkan semakin pulih di Semenajung tetapi sebaliknya berlaku di Sarawak apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat ekoran keadaan hujan yang berterusan. Menerusi perkongsian oleh seorang individu dikenali […]
(Video) Sebak, Lelaki ‘Istimewa’ Ini Cuba Bagi Tisu Pada Orang Sebelah Yang Menangis Ketika Berdoa
Berdoa bersungguh-sungguh sambil menghayati maknanya sehingga menitis air mata di pipi adalah satu nikmat terindah. Ia kerana kita betul-betul meletakkan diri dalam kekhusyukan tahap paling maksimum, hingga tidak menyedari akan keadaan sekeliling. Apatah lagi jika berdoa dalam solat. Bagi siapa yang menjaga kualiti solatnya, mereka pasti tahu dan pernah merasai detik ‘berharga’ ini. Menerusi satu […]

Tiada Kekuatan Mental Punca Beregu Malaysia Tersingkir Di Terbuka Thailand
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Pasangan beregu wanita negara Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean menyifatkan ketiadaan kekuatan mental serta kesungguhan untuk mengutip mata pada set penentu merupakan faktor utama kekalahan mereka kepada beregu nombor sembilan dunia – Chang Ye Na dan Kim Hye Rin – pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Thailand […]
Restoran Terapung Popular Di Labuan Musnah Dilanda Ombak Gadang
LABUAN, 15 Jan — Fenomena luar biasa kejadian ombak gadang yang melanda kampung yang terletak di persisir pantai di sini, mengakibatkan bangunan restoran makanan laut terapung popular, Anjung Ketam Nagalang musnah, pada Selasa lepas. Pemiliknya, Ali Buah, 62, berkata dalam kejadian pada 8 malam itu, ombak setinggi tiga meter menghempas struktur kayu dan laluan kayu […]
Prihatin Soal Kebersihan, Peguam Luang Masa Hasil ‘Sabun Kasih Sayang’ Buat Mangsa Banjir
KUANTAN, 15 Jan (Bernama) — Waktu senggang peguam Noor Jehan Abu Bakar pada waktu malam sejak 3 Jan lepas dihabiskan dengan ‘bermain’ gliserin, pewangi, alat penimbang dan pelbagai acuan kecil bagi menghasilkan sabun untuk dihadiahkan kepada mangsa banjir di Pahang. Setakat ini, Noor Jehan, 50, dengan bantuan anak perempuannya yang berusia 18 tahun telah menghasilkan […]
Bank Rakyat Tawar Moratorium Enam Bulan Bantu Mangsa Banjir
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menawarkan inisiatif kemudahan moratorium selama enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang melanda negara sejak akhir tahun lalu. Pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran pembiayaan mereka akibat terkesan dengan bencana tersebut boleh memohon bantuan moratorium berkenaan bermula 20 […]
Wanita Dilapor Mati Lemas Selepas Terjatuh Dalam Sungai Deras Ketika Cuba ‘Berselfie’ Atas Batu
Seorang wanita dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai di timur India ketika sedang mengambil gambar selfie di atas batu, lapor Daily Mail. Dia dipercayai hilang keseimbangan ketika berdiri di atas batu itu dan terus terjatuh ke dalam arus sungai yang deras. Ia dapat dilihat menerusi satu video yang sempat dirakam sebelum kejadian […]
Amaran Gempa Bumi Lebih Kuat Dan Tsunami Di Sulawesi Barat
JAKARTA, 15 Jan (Bernama) — Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya gempa lebih kuat, yang boleh mencetuskan amaran tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter, awal pagi tadi. Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Dwikorita Karnawati dalam siaran media menerusi webinar berkata sehingga 10 pagi tadi, sebanyak 28 gempa susulan bermagnitud sederhana […]
“Saya Rindu Mama Saya,” Anak-Anak Ini Curi-Curi Keluar Ziarah Pusara Ibu Yang Baru Meninggal Dunia Selepas Bersalin
Tidak dapat digambarkan perasaan bila perlu menghadapi saat ketika kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya. Terkadang ada yang hendak diluah namun sering tidak terucap, hanya doa yang mampu dititipkan buat mereka yang telah pergi. Kehilangan ibu di usia yang begitu muda sememangnya sangat sukar untuk dihadapi. Sama dengan adik-adik ini yang ditemui sedang berada di kubur […]

(Video) Ramai Terhibur, Pesakit Covid-19 Buat ‘Fashion Show’ Dalam Pusat Kuarantin Pakai Baju Ibu Bersalin
Susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara kita, kerajaan telah mengaktifkan semua pusat kuarantin di seluruh negara bagi menampung pesakit sekaligus membendung penularan wabak. Ini termasuk pembukaan pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang turut dihuni oleh pesakit dengan jumlah yang ramai. Namun begitu, pelbagai aktiviti dilakukan oleh individu yang berada […]
“YDP Agong Mempunyai Kuasa…”, Ini Penjelasan Peguam Tentang 20 Kesan Darurat 2021
Negara kita telah mencipta ‘sejarah’ apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat buat negara ini pada 12 Januari lalu. Proklamasi Darurat 2021 yang diperkenan Seri Paduka Baginda itu adalah sebagai satu usaha negara melawan ‘serangan’ pandemik COVID-19 yang semakin ‘mengganas’ berikutan angka kesnya semakin meninggi akhir-akhir ini. Berdasarkan pengisytiharan tersebut, […]

Lelaki Bergelar Datuk, Rakan Direman Dua Hari
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dan rakannya direman dua hari mulai hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes pukul serta ugut seorang lelaki di sebuah restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya dekat sini Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata perintah tahanan reman sehingga esok ke atas suspek masing-masing berumur 42 […]

Peguam Didakwa Pecah Amanah Lebih RM1.37 Juta
GEORGE TOWN, 15 Jan (Bernama) — Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah lebih RM1.37 juta, lapan tahun lalu. Zainal Fikri Ahmad, 57, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah. Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang ejen kepada Firma Tetuan […]

Sayu, Ibu Dan Bayi Perempuan Maut, Kereta Dinaiki Langgar Pokok
KLUANG, 15 Jan (Bernama) — Seorang wanita dan bayi perempuannya yang berusia lima bulan, maut apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km74.3 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, berhampiran sebuah stesen minyak, di Simpang Renggam dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata dalam kejadian 10.40 malam itu, kereta jenis Perodua Myvi dinaiki […]