Berita

Remaja Mengaku Pecahkan Saluran Paip Penapis Air Jiran
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini kerana mematahkan saluran paip penapis air di rumah jirannya di Jalan Pandan Jaya, Ahad lepas. Remaja itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat ke atas penapis air […]

Hujan Lebat Berterusan Dijangka Landa Sabah, Sarawak Sehingga Ahad
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Sandakan, Sabah melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan hingga esok. Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam satu kenyataan memaklumkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, […]
Sijil SPM Hilang Atau Rosak Ketika Banjir ? Ini Cara Nak Mohon Sijil Baharu Melalui Pos
Sijil-sijil peperiksaan sewaktu di zaman persekolahan sebenarnya penting bagi sesebuah urusan. Terutama sekali bagi urusan permohonan kerja. Dokumen ini diperlukan bagi melayakkan seseorang itu mendapatkan sesuatu pekerjaan yang dimohon berdasarkan kriteria atau keputusan akademik yang ditetapkan. Tetapi, kadang-kala sijil peperiksaan yang disimpan boleh hilang atas faktor-faktor tertentu terutama sekali ketika bencana banjir melanda beberapa negeri. […]
Ulama Terkenal Indonesia Syekh Ali Jaber Meninggal Dunia
JAKARTA, 14 Jan — Ulama terkenal di Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, ketika dilaporkan sedang menjalani rawatan COVID-19. Bagaimanapun punca kematian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber, 44, belum diketahui selepas ada laporan menyatakan Allahyarham negatif virus itu sebelum meninggal dunia. Menurut hantaran […]
Demi Wang Saku, Mahasiswa Ditangkap Jual Surat Pengakuan Palsu Ujian Saringan COVID-19 Di FB
SURABAYA – Seorang mahasiswa dilaporkan berjaya diberkas oleh pihak polis atas kesalahan menjual surat perakuan palsu ujian saringan COVID-19 kepada 24 petugas Pengawas Tempat Pengundian (PTPS) pada bulan Disember tahun lalu. Difahamkan, suspek mendakwa melakukan perbuatan tersebut ekoran ingin mencari wang saku. Menurut laporan, berbekal surat tersebut, 24 petugas PTPS itu bebas untuk bertugas ketika […]
Bumi Berputar Lebih Cepat, Tahun Akan Datang Mungkin Lebih Pendek
MOSCOW, 14 Jan (Bernama) — Putaran bumi yang lebih cepat dijangka menjadikan 2021 lebih pendek berbanding tahun sebelumnya dan mungkin mengurangkan satu saat daripada penyelarasan waktu sejagat (UTC), menurut Fizik Teknikal dan Kejuruteraan Radio, Institut Metrologi Rusia , lapor Agensi Berita Sputnik. Memasuki 2021, media sering melaporkan saintis menyatakan Bumi berputar semakin cepat, menjadikan piawaian […]
Disangka Perempuan Berambut Panjang, Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman Jadi Mangsa Cabul, Bikin Para Warganet Terkejut
Bukan setakat kaum wanita sahaja yang menjadi mangsa cabul namun kaum lelaki juga boleh menjadi mangsa begitulah nasib seorang pengguna Twitter yang berkongsi pengalamannya yang tidak disangka-sangka ketika ‘payu daranya’ disentuh oleh lelaki yang tidak dikenali. Menerusi perkongsian lelaki itu di laman Twitter miliknya, kejadian tersebut berlaku di mana suspek menyangkakan mangsa adalah seorang wanita […]
Dipercayai Lebih Berjangkit, Strain COVID-19 Baharu Dilapor Ditemui Pula Di Brazil
Strain COVID-19 baharu yang didakwa lebih berjangkit dilaporkan telah dikesan setelah bermutasi di Brazil, lapor Daily Mail. Varian COVID yang bermutasi itu ditemui di Tokyo, Jepun, minggu lalu dalam empat individu yang pulang dari Amerika Selatan. Para saintis berkata bahawa strain itu mempunyai persamaan dengan varian yang mudah menular yang terdapat di England dan Afrika […]
“Pelabur-pelabur Global Sebenarnya…”, Lelaki Ini Jelaskan Penyebab Saham Tesla Mencanak Naik Ke Langit
Bila sebut mengenai TESLA, ramai pastinya yang akan membayangkan kekayaan yang dimiliki oleh CEO syarikat itu, Elon Musk. Dalam beberapa tahun mendatang ini, syarikat tersebut menempa nama dengan inovasi kenderaan elektrik selain program tenaga hijau yang sememangnya menjadi misi dan visi mereka. Disebabkan itu, saham TESLA juga kini mencanak naik dan mendominasi dunia dengan pengeluaran […]
Mydin, Pasar Raya Besar Pertama Di Malaysia Yang Menawarkan Pembayaran Tanpa Sentuhan Melalui ShopeePay
SUBANG JAYA – Rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) kini menawarkan pilihan pembayaran tanpa sentuh ShopeePay di kesemua cawangannya di seluruh negara, ia menjadikan MYDIN pasar raya besar pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan terbaharu ini. Kerjasama strategik antara MYDIN dan ShopeePay memberikan pilihan pembayaran tanpa sentuhan baharu untuk pelanggan […]
Lelaki Bina 11 Bonggol Di Atas Jalan Mohon Maaf
BESUT, 14 Jan – Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lepas, memohon maaf atas perbuatannya. Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk […]
Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Giliran Snapchat Pula Gantung Akaun Milik Trump
Selepas Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube, kini tiba giliran Snapchat pula untuk ‘mengharamkan’ akaun Presiden AS, Donald Trump di aplikasinya. Snapchat telah menggantung akaun Trump dalam tempoh waktu yang tidak tentu pada minggu lalu selepas dia didakwa menghasut penyokong pro-Trump untuk menyerang Capitol dan kini telah membuat keputusan untuk kekal menggantung akaun itu, lapor The […]

“Doakan Saya Dan Keluarga Baik-Baik Tau,” Hafiz Mahamad Disahkan Positif Covid-19
Nama Hafiz Mahamad tidak asing lagi di laman media sosial. Nama sebenarnya Abdul Haifz Harisuddin Mahamad telah membuat satu pengumuman mengejutkan di laman Instagramnya apabila dirinya positif Covid-19. Katanya dalam status tersebut, belum sempat untuk meluangkan masa bersama anak dan isteri semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, beliau pula disahkan positif. “Harini hari pertama […]
Kecewa Tak Dibelikan Motosikal Baru, Remaja Dilapor Tergamak Bakar Rumah Mak Ayah Sendiri
Disebabkan hajat memiliki motorsikal tidak ditunaikan, remaja lelaki berusia 17 tahun ini dilaporkan sanggup membakar rumah ibu bapanya di daerah Kabupaten Kulonprogo. Ketua Perhubungan Awam Polis Kulon Progo, Nengah Jefry mengatakan bahawa kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya baru sahaja pulang ke rumah dan mendapati pintu rumahnya yang terbuat dari kayu dalam keadaan terbakar. Nasib […]
Tragis Kanak-kanak Lelaki Maut Dalam Letupan Bom Tangan Jenis MK2 Yang Dibelinya Di Kedai Barangan Antik
Seorang kanak-kanak lelaki dari Virginia dilaporkan maut selepas bom tangan era Perang Dunia II yang dibeli di pusat barangan antik meletup, menurut pihak berkuasa. Kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada 23 Disember yang lalu disebebabkan bom tangan jenis MK2 dibeli di sebuah pusat barangan antik di Shallotte, North Carolina, kata […]
“Tiada Apa Yang Tinggal…” Ustaz Ebit Lew Sebak, Ada Mangsa Banjir Tak Dapat Balik, Rumah Dah Musnah Akibat Banjir
Pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew menzahirkan rasa sedih apabila beliau mendapat tahu tentang kes sekeluarga mangsa banjir di Raub, Pahang. Berdasarkan perkongsiannya di Facebook pagi ini, keluarga tersebut pada awalnya ditempatkan di salah sebuah Pusat Pindahan Banjir. Namun agak menyedihkan, keluarga itu tidak dapat balik semula ke rumah asal kerana mendakwa kediaman mereka telah musnah […]
Amaran Ribut Petir Di Selangor, Sarawak Dan Sabah – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 14 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat. Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan sama juga berlaku di Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak. Bahagian pedalaman di Sabah melibatkan Sipitang, Tenom, […]
Sedang Dihimpit Kemarau Yang Teruk, Istanbul Di Turki Dijangka Kehabisan Air Dalam Tempoh 45 Hari
Istanbul mungkin akan kehabisan air dalam masa 45 hari ketika Turki pada ketika ini menghadapi musim kemarau terburuk dalam tempoh satu dekad. Menurut Daily Mail, pembangunan bandar yang luas telah menyebabkan empangan di bandar yang dihuni oleh 17 juta orang itu hampir menjadi kering. Paras air di empangan Omerli, sumber air utama bagi bandar itu […]

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah Antara 272 Terima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan
SEREMBAN, 14 Jan (Bernama) — Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mendahului senarai 272 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-73 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini. Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SNSS) yang membawa gelaran […]
“Cheq Nak Menikah, Gena?” Cara MKN Kedah Perjelas SOP PKPB Guna Loghat Kedah Pekat Bikin Ramai Terhibur
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, mungkin ada antara kita yang keliru dengan peraturan-peraturan bagi setiap pelaksanaan perintah tersebut. Bagi negeri-negeri yang dikenakan PKPB seperti Kedah, sedikit kelonggaran diberikan kepada penduduk tempatan terutamanya dari aspek ekonomi. Justeru, Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah tampil bagi menjelaskan soalan yang lazim ditanya oleh orang ramai dalam […]