Berita

Solat Jumaat, Fardu Di Negeri PKP Terhad Kepada Ahli Jawatankuasa Masjid
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan, dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau. Bagi negeri-negeri yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) pula, kelulusan adalah mengikut had jemaah serta keluasan ruang solat dengan mengambil kira […]

Lelaki Ditahan Bawa Dadah Bernilai Lebih RM50,000 Dalam Raga Motosikal
ALOR SETAR, 13 Jan (Bernama) — Seorang lelaki yang disyaki membawa dadah jenis syabu bernilai RM55,600 di dalam raga motosikal yang ditunggangnya ditahan polis di kawasan Lebuhraya Sultanah Bahiyah, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata suspek berusia 41 tahun yang dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Perlis itu ditahan polis dari […]

Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Pulau Pinang
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, disahkan dijangkiti Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pagi tadi. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan di Twitter rasmi KKMM, beliau menjalani ujian saringan tersebut pada Isnin (11 Januari) sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang. Kata kenyataan itu, beliau telah dibawa ke Hospital Sungai […]
(Video) Jokowi Jadi Orang Indonesia Pertama Disuntik Vaksin COVID-19, Doktor Yang Menyuntiknya Pula Jadi Perhatian Kerana Menggigil
Indonesia hari ini menyaksikan detik di mana Presiden negara itu, Joko Widodo (Jokowi), telah menjadi orang pertama yang disuntik vaksin COVID-19. Penyuntikan vaksin dos pertama itu telah dilakukan di Kompleks Istana Presiden di Jakarta. Menurut CNN Indonesia, vaksin COVID-19 itu dibuat oleh syarikat China, Sinovac. Pun begitu, detik ketika suntikan tersebut menjadi perhatian warganet di […]
“Seronok Kan PKP..” Pemuda Ini Terkilan, Belum Masuk Kerja Dah Kena Buang Sebab PKP 2.0
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita bagi membendung penularan Covid-19 ternyata memberikan impak kepada setiap lapisan rakyat. Antaranya, ada yang terjejas dari segi pendapatan dan kehilangan pekerjaan kerana syarikat sudah tidak mampu lagi untuk beroperasi. Menerusi perkongsian oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Rais di Twitter, dia mengalami nasib sama apabila kehilangan […]
Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Dipercepatkan, Dikreditkan Mulai 21 Jan Ini – MOF
PUTRAJAYA, 13 Jan – Bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima termasuk pemohon baharu akan dipercepatkan mulai 21 Jan ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan dan rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November […]

Didakwa Cetus Keganasan, Giliran Youtube Gantung Saluran Presiden Trump
WASHINGTON, 13 Jan (Bernama) — YouTube menggantung saluran Presiden Donald Trump sekurang-kurangnya seminggu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik CNN. Perkhidmatan perkongsian video dalam talian AS itu memberitahu CNN Business bahawa video di saluran Trump baru-baru ini didakwa mencetuskan keganasan. YouTube merancang mengkaji semula keputusan tersebut dalam seminggu. Terdahulu, Twitter dan Facebook menggantung akaun Trump secara kekal. — BERNAMA
Dinyatakan Meninggal Dunia, Wanita Ambil Masa Tiga Tahun ‘Berjuang’ Buktikan Diri Masih Hidup
‘Berjuang’ seorang diri menegakkan kebenaran, seorang wanita Perancis akhirnya pergi ke mahkamah pada Isnin lalu untuk membuktikan kepada kerajaan bahawa dia sebenarnya masih hidup. Jeanne Pouchain mengambil masa selama tiga tahun untuk sampai ke tahap tersebut setelah dia secara tidak disengajakan dinyatakan sudah mati. Menurut The Local, ‘kematiannya’ itu telah mengubah hidup wanita yang berusia […]

Walau Muka Luka Teruk Dicakar, Ibu Dedah Anak Tetap Sayang & Nak Bela Kucing Liar
Walaupun kucing adalah haiwan yang jinak dan manja, namun kalau tidak kena dengan ‘masanya’, ia boleh bertukar menjadi ganas. Demikianlah yang terjadi ke atas adik Adam ini apabila niat baiknya untuk menjamu makanan kepada seekor kucing liar yang datang ke rumahnya dibalas dengan tragedi. Ibunya, Puan Norkamaliah Nordin berkongsi kemalangan yang menimpa anaknya itu ke […]

Juruteknik Mengaku Ugut Rogol Ibu Kenalan, Bunuh Mangsa
PETALING JAYA, 13 Jan (Bernama) — Seorang juruteknik penyaman udara mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut hendak merogol ibu kenalannya dan membunuh pelajar itu, pada Oktober tahun lepas. M. Satis Naidu, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Tertuduh […]

Permit Perjalanan Rentas Daerah Boleh Diperoleh Di Mana-Mana Balai Polis
SIBU, 13 Jan (Bernama) — Orang ramai boleh pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan permit perjalanan rentas daerah, kata Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit. “Ia tidak bermakna memandangkan Sibu adalah zon merah, orang ramai hanya boleh mendapatkan permit itu di Balai Polis Pusat Sibu. Tidak, mereka boleh dapatkannya dari mana-mana […]
Mayat Warga Asing Dalam Longkang Dipercayai Mangsa Langgar Lari
JOHOR BAHRU, 13 Jan – Mayat lelaki yang ditemukan orang awam di dalam sebuah longkang di Jalan Tampoi Lama di sini semalam, dipercayai mangsa langgar lari. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) JBS menerima maklumat mengenai penemuan mayat berkenaan iaitu lelaki warga asing pada pukul 10.20 pagi. Katanya, hasil siasatan awal […]
Blok Bangunan Di Resort Lima Bintang, The Andaman Di Langkawi Musnah Terbakar Dua Kali
LANGKAWI, 13 Jan (Bernama) — Sebuah blok bangunan di resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort, di Jalan Teluk Datai, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku dua kali, semalam dan awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata […]

“Lesen Terus Diberi Percuma”, Penjaja Di Wilayah Persekutuan Boleh Terus Berniaga Sepanjang Tempoh Darurat, Cuma Diminta Patuhi SOP
KUALA LUMPUR, 13 Jan – Semua penjaja di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan boleh menarik nafas lega apabila mereka tetap boleh terus berniaga walaupun perintah darurat sudah diisytiharkan. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata demikian menerusi satu ciapan di Twitternya pagi ini. “Dalam tempoh darurat, penjaja di wilayah persekutuan boleh […]
(Video) “Setelah Itu Tidak Ada Khabar Lagi,” Anak Kongsi Rakaman Terakhir Sebelum Berlepas Dikirim Ibunya, Mangsa Tragedi Sriwijaya Air
Satu video dipercayai suasana di dalam pesawat Sriwijaya Air SJ182 sebelum berlepas telah tular di media sosial, lapor Tribun News. Video tersebut dirakam oleh suami isteri yang kemudian dikirimkan kepada anaknya, Sri Wahyuni. Menerusi video itu, ibu bapa Sri Wahyuni iaitu Supianto dan Rusni merakamkan cuaca dari tingkap pesawat. Ketika itu, hujan dilihat sedang turun […]
Saringan Pandu Lalu Usaha Terbaharu Kekang COVID-19 Di Sibu
SIBU, 13 Jan — Pusat saringan COVID-19 pandu lalu yang pertama di bandar ini dibuka hari ini bagi membantu menampung operasi di tiga pusat saringan sedia ada. Terletak di bangunan Pustaka Negeri Sarawak di sini, pusat berkenaan beroperasi setiap Isnin hingga Sabtu mulai pukul 8 pagi hingga 4 petang, tanpa caj dikenakan. Menteri Muda Perumahan […]

Khairul Izuan Sasar Kembali Temui Sentuhan Bersama UiTM FC
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Penyerang baharu UiTM FC Khairul Izuan Rosli bertekad membantu pasukan baharunya mencipta kejayaan dalam saingan Liga Malaysia 2021 yang bakal bermula 26 Feb ini. Pemain berusia 29 tahun itu berkata tawaran menyertai pasukan universiti berkenaan menjadi medan terbaik untuk mengembalikan prestasi dirinya setelah gagal menyinar bersama beberapa pasukan lain sebelum ini. Khairul Izuan pernah membantu […]

Sarawak Jadi Negeri Terbaharu Dilanda Banjir, Tiga Negeri Lain Beransur Pulih
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Sarawak menjadi negeri terbaru dilanda banjir manakala keadaan di Kelantan, Pahang dan Sabah beransur pulih dengan penurunan jumlah mangsa yang dipindahkan, namun terdapat pertambahan mangsa di Johor. Semakan di infobanjir.water.gov.my pagi ini mendapati paras air Sungai Golok, Kuala Jambu di Kelantan dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Serambi di Pekan serta Sungai Jelai, […]

52 Pasangan Sempat Diijab Kabul Malam Tadi Di Tawau Sebelum PKP
TAWAU, 13 Jan (Bernama) — Seramai 52 pasangan di Tawau selamat diijabkabulkan semalam oleh enam jurunikah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini, selama 14 hari. Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tawau, Kahar Sundu berkata kesemua pasangan itu dinikahkan sehingga 11.30 malam tadi di pejabat JHEAINS, Jalan Kuhara di […]
“Cinta Sejati Itu Wujud,” Pak Cik Ini Sanggup Solat Di Tepi Tangga Demi Nak Teman Isteri Di Wad
Beberapa keping gambar menunjukkan seorang warga emas yang sedang menunaikan solat di tepi tangga bangunan sebuah hospital, menyentuh hati ramai warganet sehingga tular di media sosial sejak semalam. Menerusi perkongsian oleh Dr Asa Ibrahim di Twitter, beliau berkata, warga emas itu ketika ditanya memberitahu, dia tidak ingin berada jauh kerana bimbang tidak dapat menemani isterinya […]