Berita
Singapura Teliti Dakwaan Penyelewengan Import Dan Pembungkusan Daging Halal
SINGAPURA, 29 Dis (Bernama) — Pihak berkuasa Singapura sedang meneliti tuduhan yang ditimbulkan oleh masyarakat di sini, yang antara lain mendakwa kejadian penyelewengan proses mengimport dan pembungkusan daging halal di Malaysia juga mungkin berlaku di republik itu. Dalam laman Facebook rasminya, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan pihaknya dan Agensi Makanan Singapura (SFA) akan mengenal pasti […]
Rakyat Sabah Tidak Perlu Bimbang Status Daging Import – Timbalan KM
KOTA KINABALU, 29 Dis – Rakyat Sabah tidak perlu bimbang status daging import kerana negeri itu mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat mengenai import, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah itu berkata Sabah tidak membenarkan daging mentah dibawa masuk ke negeri itu dari Semenanjung dan Sabah juga mempunyai kuasa untuk mengawal selia import dan eksport […]
Pengusaha Pelancongan Di Langkawi Perlu Kreatif Tarik Pelancong Luar Musim Puncak
LANGKAWI, 29 Dis – Pengusaha sektor pelancongan di Langkawi disaran agar lebih kreatif dalam mempromosi produk masing-masing bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan ke pulau itu walaupun di luar musim puncak. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata inisiatif seperti menawarkan pakej pelancongan pada kadar harga lebih rendah […]

Polis Rampas 61 Botol Air Ketum Disorok Dalam Tong Oren
PUTRAJAYA, 29 Dis – Sebanyak 61 botol berisi air ketum berisipadu 91.5 liter ditemui di Pangsapuri Penjawat Awam di Presint 5 yang disimpan dalam tong ais berwarna oren dan disorok di dalam bilik saluran gas. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata kesemua botol air ketum itu ditemui pada pukul 12.30 tengah hari […]
(Video) Pendaki Berdepan Detik Cemas, Dilapor Jatuh Lebih 100 Kaki Dari Tebing Dan ‘Terdampar’ Selama 5 Jam Sebelum Diselamatkan
Seorang pendaki berjaya diselamatkan selepas terjatuh lebih dari 100 kaki dan mendarat di tebing berhampiran pangkalan Ensign Peak di Salt Lake City di mana dia terperangkap di situ selama lima jam, Daily Mail. Lelaki yang berusia 29 tahun itu telah mendaki di laluan Hell Canyon yang berhampiran Victory Road, Utah dan dilaporkan telah terjatuh ke […]
Covid-19: Lelaki Malaysia Antara 13 Kes Positif Baharu Di Singapura
SINGAPURA, 29 Dis (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan satu daripada 13 kes import positf COVID-19 di negara republik itu melibatkan lelaki Malaysia berumur 45 tahun. Kes yang dilabel 58774 itu melibatkan pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia, menurut kementerian berkenaan dalam satu data penuh yang dikeluarkan di sini. Menurutnya lelaki itu bersama dengan sembilan […]

Umat Islam Diingatkan Bayar Zakat Sebelum Khamis
KUANTAN, 29 Dis (Bernama) — Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang mengingatkan umat Islam di negeri itu yang belum membayar zakat supaya menunaikan tanggungjawab tersebut sebelum Khamis ini, dalam usaha mencapai sasaran kutipan sebanyak RM150 juta bagi tahun ini. Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang Datuk Halidan Md Daud berkata sehingga semalam pihaknya telah memungut zakat berjumlah RM147 juta […]

Covid-19 Merebak Ke 45 Wilayah, Thailand Beri Amaran Kenaikan Kes
BANGKOK, 29 Dis (Bernama) — Pandemik COVID-19 terbaru di Thailand telah merebak ke 45 daripada 77 wilayah dalam tempoh kurang dua minggu dan pihak berkuasa kesihatan awam memberi amaran jumlah kes harian boleh melonjak kepada lima digit menjelang pertengahan Januari. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata wabak terbaru di pasar makanan laut di wilayah Samut Sakhon sejak 18 Dis […]

“Seriously, Kaki Dia Rangup,” Lelaki Ini Dakwa Tak Perasan Ada Lipas Dalam Aiskrim Sampai Tergigit Kaki
Bila disebut sahaja lipas, rata-rata antara kita mesti merasa geli terutamanya bagi mereka yang ‘penakut’ dan sangat anti dengan serangga berkaki enam ini. Apatah lagi jika serangga ini dilihat terbang berkeliaran di dalam rumah. Bukan perempuan, golongan lelaki pun merasa gerun. Belum sempat lipas datang mendekat, sudah menjerit lari! Namun, bagaimana agaknya ketika sedang menikmati […]

Jakim Sedia Pelan Tindakan Tangani Isu Daging Seludup
PUTRAJAYA, 29 Dis (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyediakan pelan tindakan khusus untuk menangani isu daging seludup yang tidak berlogo dan diiktiraf, bagi memastikan kegiatan itu tidak berlaku di negara ini. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata pihaknya akan mengadakan satu perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal […]
43 Kawasan Di Wilayah Petaling Akan Alami Gangguan Bekalan Air Selepas Insiden Paip Putus Akibat Tanah Runtuh
Susulan daripada insiden paip putus telah berlaku petang tadi disebabkan oleh tanah runtuh di Damansara Utama. Pengguna di kawasan Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan 43 kawasan sekitar Wilayah Petaling. Justeru itu, kerja-kerja pembaikan paip sedang dilakukan. Namun, jangkaan […]
Seludup Daging: Penubuhan RCI Langkah Terbaik – Datuk Seri Dr Zulkifli
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal adalah langkah terbaik bagi menyiasat isu tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan hari ini berkata usaha dan hasrat yang murni ini telah dipersetujui dengan pihak terlibat dan dilihat penting demi kemaslahatan umat […]

Shalin, Nicol, Pandelela Kongsi Kejayaan Dan Kegagalan Dalam Karier
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Bergelar atlet juara, bukan sekadar keseronokan dilingkari kegemilangan dan kegembiraan meraih kemenangan tetapi juga harus bijak menangani kegagalan, kekecewaan dan pengorbanan. Pemain boling wanita tersohor Malaysia Shalin Zulkifli, bekas legenda skuasy Datuk Nicol David dan ratu terjun negara Pandelela Rinong hari ini berkongsi kisah kejayaan mereka dan juga bagaimana mereka berjaya mengatasi halangan untuk muncul antara bintang […]

Covid-19: Pasar Awam Banting Tutup 10 Hari Untuk Sanitasi Dan Saringan
SHAH ALAM, 29 Dis – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengeluarkan arahan penutupan Pasar Awam Banting selama 10 hari bermula hari ini untuk memberi laluan kepada pelaksanaan proses sanitasi dan ujian saringan kontak pesakit positif COVID-19. Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata arahan itu dikeluarkan berikutan beberapa ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dikesan […]

15 Anggota IPD Kota Bharu Kontak Rapat Tahanan Positif Covid-19 Dikuarantin
KOTA BHARU, 29 Dis – Seramai 15 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kini dikuarantin di rumah masing-masing selepas dikenal pasti kontak rapat dengan seorang tahanan positif COVID-19 dari Selayang, Selangor. Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Muhammad Pian berkata, mereka termasuk seorang pegawai telah menjalani ujian swab pada 25 Disember lepas […]

Amaran Cuaca Waspada, Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Bermula Esok Sehingga 2 Januari
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri, bermula esok hingga 2 Jan ini. Ketua Pengarahnya Jailan Simon dalam satu kenyataan hari ini berkata amaran peringkat kuning di Sabah akan melibatkan kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat (Kota […]

Tiga Syarikat Pengeluar Daging Terbesar Dijamin Halal – Rosol
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar iaitu Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang dijamin halal, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid. Oleh itu, beliau berkata masyarakat Islam di negara ini tidak perlu berasa was-was dengan pembelian daging daripada tiga syarikat berkenaan. “Jangan terpengaruh dengan maklumat tersebar […]

Covid-19: Sembilan Kluster Baharu Dikesan Di Selangor, KL, Pahang, Sabah, Melaka Dan NS
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan kluster baharu hari ini, yang dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster baharu pertama dikenal pasti, Kluster Seri Lanang, melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling, Selangor dengan kes dilaporkan positif COVID-19 […]

Happy Meal McDonald’s Ceriakan Penghuni Rumah Anak Yatim
KUALA LUMPUR, 29 Dis — Dalam usaha membawa keceriaan kepada kanak-kanak di rumah anak yatim, McDonald’s Malaysia dan pelanggannya menyumbang 35,000 hidangan Happy Meal kepada kanak-kanak di rumah anak yatim terpilih di seluruh negara yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Pengarah Kanan Operasinya Felina Lim berkata inisiatif terbaharu McDonald’s itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk menceriakan dan […]

Kartel Daging: Syarikat Guna Logo Halal Palsu Pada Kenderaan Didakwa Esok
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai berkaitan dengan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah esok kerana menggunakan logo halal palsu pada kenderaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid. Menurut beliau, tindakan itu sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan […]