Berita
(Video) Berita Tergempar: Apa Jadi Dengan Kampong Pisang? Misteri Bakal Terjawab
Ramai yang pastinya rindu nak dengar berita tentang Kampong Pisang bukan? Kini anda boleh melepaskan rindu tersebut sebabnya, Astro akan membawakan francais filem blockbuster nombor satu tanah air ke skrin televisyen dalam bentuk drama bersiri premium jenama ‘Astro Originals, bertajuk “Kampong Pisang Bersiri-Siri”, arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21 iaitu saudara Mamat Khalid. Drama […]
56 Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Aktiviti Berbasikal Setakat Oktober
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 56 kematian daripada 137 kes kemalangan melibatkan penunggang basikal di negara ini bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata selain daripada 56 kematian, 18 lagi cedera dan 63 cedera ringan. Beliau berkata bagi tempoh sepanjang tahun lepas, JSPT […]
Tragedi letupan di Beirut: Perdana Menteri, Tiga Bekas Menteri Dituduh Cuai
BEIRUT, 12 Dis — Hakim Lubnan mendakwa Perdana Menteri Sementara, Hassan Diab bertindak cuai sehingga mencetuskan insiden letupan dahsyat pada 4 Ogos lalu di pelabuhan Beirut, mengorbankan lebih 200 orang, lapor Agensi Anadolu. Hakim yang menyiasat kejadian itu, Fadi Sawan pada Khamis menyatakan, tiga lagi iaitu bekas Menteri Kewangan Ali Hasan Khalil, bekas Menteri Kerja […]
(Video) Kapal Kargo Dilapor ‘Kehilangan’ Hampir 2,000 Kontena Akibat Ribut
Sebuah kapal kargo dilaporkan telah kehilangan sebanyak 1,816 muatan kontena yang dibawanya kerana ‘tumbang’ selepas ribut membadai kapal yang sedang dalam perjalanan ke Jepun itu, lapor Daily Mail. Kapal kontena yang bernama ONE Apus itu tiba di Pelabuhan Kobe, Jepun, pada Selasa selepas menempuhi perjalanan selama lapan hari dari tengah Lautan pasifik. Pemeriksaan keselamatan secara […]
PLUS Jangka Jumlah Trafik Meningkat Semasa Cuti Hujung Minggu Di Selangor
KUALA LUMPUR, 11 Dis — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik meningkat semasa cuti hujung minggu yang panjang di Selangor dan menyarankan kepada pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan lebih awal. Jangkaan peningkatan aliran trafik itu adalah sempena cuti umum sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-73 hari ini, yang menjadi jendela perjalanan pertama bagi penduduk di Selangor susulan kebenaran melakukan […]
Atasi Masalah Perut Buncit, Ini Antara 15 Langkah Boleh Diamalkan Untuk Kempiskan Perut
Mungkin ramai diantara kita yang mempunyai masalah perut buncit bukan? Perut buncit ini bukan sahaja dapat mengurangkan faktor keyakinan seseorang itu, malahan ianya juga tidak berapa baik untuk kesihatan. Apakah punca perut buncit ini sebenarnya? Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang punca sebenarnya. Sehubungan dengan itu, portal Hello Doktor ada berkongsikan tentang punca serta apakah cara […]

Peniaga Boleh Dapat Hingga RM10,000 Kalau Minta Customer Bayar Guna Cara Ni
Akhir-akhir ini, pembayaran secara cashless semakin mendapat tempat di hati para pengguna dek kerana kemudahan yang ditawarkan terutamanya ketika musim pandemik ini. Aplikasi ini membantu para pengguna menghindari risiko penularan COVID-19 dengan mengurangkan kontak fizikal yang biasanya berlaku ketika wang bertukar tangan. Sudahlah tak perlu bawa wang tunai, dapat pulangan semula lagi sama ada dalam […]
Individu Zon Merah Yang Masuk Ke Terengganu Diminta Hubungi Jabatan Kesihatan Negeri
KUALA TERENGGANU, 11 Dis — Semua individu dari zon merah yang bergerak memasuki Terengganu diminta menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri bagi membolehkan penilaian risiko COVID-19 dilakukan. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata ia sebagai langkah pencegahan penularan wabak itu susulan kebenaran rentas daerah dan negeri yang bermula 7 Dis lepas. “Sejak Isnin (7 […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi 11 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan 11 buah negeri di Malaysia. Amaran yang dikeluarkan pada jam 2.20 petang tadi dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan juga luar Semenanjung. Perlis Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu) Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan […]

SPA Terima 1.145 Juta Permohonan Termasuk Di Jabatan Teknikal
PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima 1.145 juta permohonan bagi mengisi perjawatan di sektor awam termasuk di jabatan teknikal sehingga Jun tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Daripada jumlah itu, sebanyak 44,229 permohonan diterima dalam bidang kejuruteraan bagi mengisi kekosongan jawatan di jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya dan Jabatan […]
Gangguan Bekalan Air Berjadual Di 38 Kawasan Wilayah Sabak Bernam Pada 16 Dis
KUALA LUMPUR, 11 Dis — Sebanyak 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 16 jam bermula pukul 10 pagi, 16 Dis ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata gangguan bekalan air itu disebabkan oleh kerja-kerja penggantian enam unit injap di Jalan […]
Rakyat Malaysia Mahu Vaksin Diwajibkan – Tinjauan
KUALA LUMPUR, 10 Dis — Berbanding masyarakat di negara lain, rakyat Malaysia hampir sebulat suara percaya bahawa suntikan vaksin untuk penyakit berjangkit harus diwajibkan kepada semua orang, mengikut satu tinjauan. Menurut IPSOS, sebuah syarikat penyelidikan pasaran, 86 peratus rakyat Malaysia yang terlibat dalam tinjauan itu sangat bersetuju bahawa vaksinasi terhadap penyakit berjangkit yang serius harus diwajibkan, […]
(Video) Sebak, 6 Tahun Menanti Untuk Cahaya Mata, Pasangan Pasrah Anak Kembar Meninggal Dunia Pada Usia 7 Hari
Setiap pasangan suami isteri yang berkahwin pastinya akan menginginkan sebuah keluarga yang dilengkapi dengan anak-anak. Pun begitu, tidak ramai yang begitu bernasib baik. Ada yang selepas kahwin sahaja rezeki untuk mempunyai anak itu dikurniakan manakala ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan berita gembira itu. Seperti satu pasangan dari Indonesia ini, berkat doa yang tidak […]

Tak Turun Kereta Pun Boleh ‘Setel’ Beli Barang, Cuma Ikut 6 Langkah Ni
Pembayaran tanpa tunai sudah menjadi ‘trend’ terkini. Pernahkah korang membuat pembayaran tanpa tunai di stesen-stesen minyak berdekatan dengan korang? Ya, aplikasi Setel adalah cara baru dan lebih lancar untuk mengisi petrol. Bukan itu sahaja, lagi selamat dengan Deliver2Me, boleh kurangkan interaksi fizikal jika nak beli barang dekat Kedai Mesra. Deliver2Me? Kalau korang nak tau, Setel […]
Mungkin Tidurnya Terganggu, Gelagat Tupai Sergah Burung Belatuk ‘Buat Bising’ Sampai ‘Terpelanting’ Jadi Perhatian
Seorang jurugambar telah berjaya merakamkan ‘shot’ lucu berkenaan detik-detik tupai kelihatan seakan marah pada seekor burung belatuk yang mengacaunya. Tupai itu tampak seakan sedang ‘berusaha untuk tidur’ namun diganggu oleh seekor burung belatuk yang mulai mengetuk pokok di mana terletaknya sarang tupai tersebut. Tupai yang berang dengan burung pelatuk itu terus keluar daripada sarangnya dengan […]

Polis Nafi Keluarkan Kompaun Terhadap Lelaki Tidak Pakai Pelitup Muka Di Depan Rumah
SHAH ALAM, 10 Dis (Bernama) — Polis menafikan pihaknya telah mengenakan kompaun RM1,000 terhadap seorang warga emas kerana tidak memakai pelitup muka di hadapan rumahnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata lelaki berkenaan sebaliknya berada di kawasan awam, iaitu di sebuah taman permainan yang […]

Kerana Rindu Anak Dan Isteri, Rakyat Malaysia Selinap Masuk Narathiwat Ditahan Polis Thai
NARATHIWAT, 10 Dis (Bernama) — Seorang rakyat Malaysia yang lama berpisah dengan isteri dan anaknya selepas pihak berkuasa menutup pintu sempadan negara bagi mengekang penularan COVID-19 sejak awal tahun, bertindak menyelinap masuk ke Narathiwat di selatan Thailand dengan menaiki sampan. Ketua Pegawai Daerah Sungai Kolok, Rungruang Thimabut berkata lelaki berusia 53 tahun dari Kelantan itu ditahan polis […]

(Video) Boleh Ke Bernikah Jika Lelaki & Perempuan Terdampar Di Pulau Yang Jauh? Ini Penjelasan UAI
Bayangkan jika hanya dua orang sahaja yang terselamat bot karam di sebuah pulau jauh dari penempatan manusia, apa yang akan terjadi? Tambah-tambah lagi bila hanya lelaki dan wanita sahaja serta tiada orang lain. Menurut seorang Ulama’ Syeikh Ismail Usman Zain dalam kitabnya QurratulAin, maka dimaafkan mereka itu mengakad nikah sendiri. Difahamkan menerusi penjelasan Ustaz Azhar […]

AGC Bantah Permohonan Hamid Sultan Cabar Jawatankuasa Etika Hakim
KUALA LUMPUR, 10 Dis- Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer bagi mencabar tindakan Jawatankuasa Etika Hakim (JEC) menjalankan prosiding inkuiri terhadapnya secara tertutup. Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambali memaklumkan pemberita bahawa bantahan itu dibuat atas alasan permohonan tersebut adalah pramatang […]

KKM Kesan Lima Lagi Kluster Baharu Covid-19 Libatkan Negeri Selangor, Kuala Lumpur & Johor
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lima lagi kluster COVID-19 melibatkan tiga negeri iaitu satu di Selangor dan masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Johor, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata di Selangor, ia melibatkan Kluster Tapak Bina Jalan Bukit yang dikesan di daerah Hulu Langat dengan kes indeks (kes ke-67,596) […]