Berita

(Video) 6 Jam Hujan Lebat , Pasar Payang Antara Kawasan Dilanda Banjir Kilat Malam Tadi
KUALA TERENGGANU, 3 Dis – Hujan lebat dalam tempoh kira-kira enam jam bermula 6 petang semalam menyebabkan beberapa lokasi di Terengganu mengalami banjir kilat lewat malam tadi. Kejadian banjir kilat itu turut dikongsi netizen di media sosial, Facebook melalui video banjir kilat yang turut melanda beberapa pusat pelancongan termasuk Dataran Syahbandar, Pasar Payang dan Kampung Cina. Malah […]
(Video) Cemas, Suara Macam ‘Bayi’ Menangis Sayup-sayup Kedengaran Dalam Semak, Rupa-rupanya…
Kes pembuangan bayi ke tempat awam oleh individu yang tidak bertanggungjawab masih lagi terjadi dalam masyarakat kita. Jika masih ingat lagi, seorang bayi pernah ditemukan oleh imam di sebuah surau di Petaling Jaya baru-baru ini. Namun agak menyedihkan, bayi tersebut ditinggalkan dalam bungkusan plastik beserta sekeping nota daripada ibunya yang mendakwa ‘terpaksa’ berbuat demikian kerana […]
Gempa Bumi Berkekuatan 5.2 Dikesan Di Sulawesi
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 4.36 pagi tadi. Jabatan Meteorologi mengesahkan, pusat gempa tersebut terletak pada 3.5 darjah selatan dan 123.4 darjah timur dengan kedalaman 43 kilometer, serta sejauh 97 kilometer timur laut dari Kendari. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan untuk negara ini. GB […]

PDRM Kesan Skim Penipuan Pelaburan Baharu Dalam Talian, Konon Mangsa Hanya Perlu ‘Like & Share’ Untuk Dapatkan Wang
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan skim pelaburan baharu dalam talian yang mendakwa dapat menjana pendapatan dengan menggunakan pelbagai platform media sosial. Antara platform skim pelaburan baharu itu yang sedang disiasat dikenali sebagai “Queqiabao”, “Test Fight” dan “Like and Share”, “Zan Zan Le” dan “Isharefans”. Pengarah Jabatan […]
Dikirim Tengah Malam, Telur Ayam Berbungkus Kain Putih Seakan Kain Kafan Ditemui
Telur yang dibalut dengan kain kafan telah menimbulkan kekacauan menjelang pemilihan Pilkada 9 Disember 2020 di Musi Rawas Utara (Muratara), Sumatera Selatan. Dipercayai bahawa kiriman yang berunsur mistik sebagai bentuk untuk menakut-nakutkan. Calon pemilihan tersebut Devi Suhartoni dan Inayatullah dilaporkan menerima kiriman telur ayam yang dibalut dengan kain putih seperti kain kafan. Jurucakap pasangan calon, […]
Bomba Selamatkan Empat Wanita Sesat Di Air Terjun Telaga Tujuh
LANGKAWI, 2 Dis (Bernama) — Empat wanita termasuk seorang remaja yang sedang melakukan aktiviti mendaki di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh, di Gunung Mat Cincang dekat sini cemas selepas mereka terkandas dan tersesat, tengah hari tadi. Mangsa Nur Anfaal Busyra Abu Aziz, 18, Fathiyatulnajat Zulkifli, 21, dan Aiman Amirah Zulkifli serta Khairunnasuha Abdul Razak masing-masing […]

Tiada Sambungan Internet, Pelajar-Pelajar Ini Diangkut Guna Mesin Korek Seberangi Sungai Ke Sekolah Untuk Jawab ‘Exam’
Pandemik Covid-19 menghendaki semua sekolah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau dalam talian. Namun, ia berbeza dengan apa yang berlaku kepada pelajar Madrasah Aliyah (MA) Vumbulangi, Desa Bangga, Kabupaten Sigi, Provinsi Sulawesi Tengah. Mereka harus menjalani peperiksaan akhir secara bersemuka. Ini kerana kampung mereka tidak diakses dengan baik melalui internet setelah bencana […]
Kanak-Kanak Hilang Ditemukan Selamat Bersama Bapa Kandung
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju di sini sejak Sabtu lepas ditemukan selamat bersama bapa kandungnya petang tadi. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata kehilangan kanak-kanak berusia lapan tahun itu berlaku selepas telefon bimbit bapa angkat yang juga bapa saudaranya rosak menyebabkan […]

(Video) Tular Video Dirinya Hampir Terjatuh, ‘Runner’ OKU Ini Gembira Dapat Kaki Palsu, Jadikan Semangat Untuk Bekerja
Kekurangan tidak menghalang seorang lelaki untuk terus mencari rezeki halal dengan menjadi ‘runner’ dipercayai di Tenggarong, Kalimantan Timur. Menurut laporan Kaltim Suara.com, lelaki bernama Lukman, 29 tahun itu mendapat simpati warga maya selepas hampir terjatuh ketika ingin keluar daripada sebuah restoran di sana. Dalam video tular, lelaki berkaki satu itu dilihat berjalan menggunakan sokongan tongkat […]
Kluster Teratai: KKM Kesan 150 Kes Positif COVID-19 Dalam Komuniti
PUTRAJAYA, 2 Dis — Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 150 kes positif COVID-19 yang dikenal pasti sebagai jangkitan dalam komuniti berpunca daripada Kluster Teratai. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini KKM telah menjalankan 6,609 saringan untuk Kluster Teratai dan daripada jumlah itu sebanyak 5,083 dikesan positif. “Sehingga hari ini, […]
(Video) Dua Penerbangan Terpaksa Ditangguh, Lebah Cetus ‘Kekacauan’, Hinggap Di Badan Pesawat
Dua penerbangan terpaksa ditangguhkan selepas lebah membuat kekacauan di lapangan terbang Kolkata, India minggu ini. Menurut Daily Mail, lebah-lebah tersebut pada mulanya muncul di pesawat Vistara pada Ahad ketika pesawat berkenaan sedang menunggu di hangar sebelum berlepas. Keesokan harinya pula, lebah-lebah itu turut muncul di hangar yang sama namun di pesawat yang lain. Pada kedua-kedua […]

(Video) “Dah Lama Nak Chat, Tapi Macam Segan,” Kisah Pasangan Ini Bermula Tegur Di IG, Akhirnya Ke Alam Perkahwinan
Banyak cara jodoh boleh datang kepada kita, ada yang secara tiba-tiba, ada yang hadir melalui usaha. Apapun jalannya, segalanya tertakluk kepada takdir dan aturan Tuhan Yang Maha Esa. Baru-baru ini, seorang pemuda, Saiful Amir berkongsi kisah pertemuannya dengan isteri, Nur Syafika yang baru melangsungkan penikahan mereka 27 November lalu. Kata Saiful, mereka hanya berhubung melalui […]

Syarikat Bullitt Lancarkan Telefon Bimbit Pertama Di Dunia, Berkonsepkan Antibakteria & Boleh Dicuci
Sebuah syarikat Bullitt telah memperkenalkan telefon bimbit pertama di dunia yang bercirikan antibakteria dan boleh dicuci menggunakan air. Telefon bimbit yang dikenali sebagai CAT S42 di bawah jenama Caterpillar adalah salah satu telefon bimbit yang dicipta dengan harga yang mampu milik serta berpatutan. Telefon bimbit berkenan dilengkapi dengan IP68 yang membawa maksud mempunyai perlindungan terhadap […]

“Dua Minggu Dapat Tawaran Kerja,” Pemuda Bersyukur, Boleh Dapat Elaun RM1,000 Lepas ‘Join’ Skim Ni
Siapa yang tahu, nasib seseorang boleh berubah dalam sekelip mata sekiranya dia berusaha dengan bersungguh-sungguh. Pun begitu, usaha yang dikerjakan juga perlulah disertakan dengan strategi yang betul dan juga medium yang tepat agar dapat merealisasikan apa yang diimpikan. Seperti dalam bidang pekerjaan, usaha yang bersungguh-sungguh dengan strategi dan medium yang tepat, sudah pasti akan memudahkan […]
TERKINI: 5 Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan KL, Selangor Dan Johor
Putrajaya, 2 Disember – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat lima lagi kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lima kluster itu melibatkan WP Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Berikut merupakan maklumat ringkas mengenai kluster-kluster tersebut; Kluster Desa Pinang Kluster ini melibatkan daerah Kepong, Lembah Pantai, […]

Gagal Lapor Tawaran Rasuah, Lima Kakitangan Kementerian Kewangan Didenda
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Lima kakitangan Kementerian Kewangan didenda antara RM1,500 dan RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kesemua penjawat awam itu adalah lima individu pertama yang dipertuduhkan atas kesalahan tersebut di negara ini. Hakim […]
TERKINI: Kembali Tiga Angka, 852 Kes Baharu COVID-19, 658 Kes Sembuh Dan 2 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 852 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 852 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 68,020 kes secara keseluruhan. Daripada 852 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, […]
Hati-hati, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 9 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 serta 8 malam ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 5:15 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga […]

Kes Curi, Gaduh, Rogol Dan Pecah Rumah, Paling Tinggi Libat Pelajar Sekolah – Polis Johor
ISKANDAR PUTERI, 2 Dis – Kes kecurian, pergaduhan, rogol dan pecah rumah merupakan antara kes yang paling tinggi dicatatkan melibatkan pelajar sekolah di Johor. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 99 peratus yang terlibat dalam kegiatan jenayah itu pula adalah pelajar sekolah menengah berusia antara 13 sehingga 18 tahun. Katanya, kes membabitkan pelajar itu masih […]
Parlimen: Pindaan, Penambahbaikan SOP Pilihan Raya Ambil Kira Syor KKM
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Pindaan dan penambahbaikan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya mengambil kira tiga syor yang dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya. Beliau berkata tiga syor itu merangkumi larangan rentas negeri, tidak boleh berkempen rumah ke rumah serta […]