Berita
Dua Rakan Karib Didakwa Edar Dadah
KANGAR, 2 Dis – Dua rakan karib didakwa di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu dan ganja pada Sept lepas. Tertuduh, Mohd Firdaus Abdullah, 21 dan Mohd Zamidi Mat, 31 mengangguk faham namun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain. Mengikut pertuduhan pertama mereka dituduh mengedar […]

Polis Mohon Bantuan, Kesan Adik Muhammad Afif Faiq Yang Hilang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dipercayai hilang sejak 1 Disember 2020 lalu. Portal Polis Diraja Malaysia menerusi laman Twitter rasmi mengeluarkan satu notis kehilangan kanak-kanak dan mengesa orang ramai untuk membantu mengesan mangsa. Menerusi laporan tersebut, mangsa dikenali sebagai Muhammad Afif Faiq bin Mohd Izmeet Iskandar berusia 8 tahun. Mohon orang ramai yang mempunyai […]
(Video) “Takut Tak Sempat,” Begini Rupanya Tokti Tukar Baju ‘Sekelip Mata’ Dalam Video Muzik Kuasa Cintamu
Kehebatan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, dalam membuat persembahan termasuk menghasilkan muzik video yang hebat tidak dapat disangkal lagi. Terbaharu, menerusi satu rakaman di sebalik tadbir muzik video Kuasa Cintamu, beliau dan krew hanya mengambil masa selama 11 saat untuk menukar pakaian dan props. Video berdurasi 52 saat itu menunjukkan adegan ‘mendebarkan’ di […]
Hanya Tunggu Kelulusan Dari EU, Vaksin COVID-19 Pfizer & BioNTech Mungkin Akan Diedar Bermula Bulan Ini
Agensi perubatan European Union (EU) mengatakan pada Selasa bahawa pihaknya mungkin akan meluluskan vaksin COVID-19 dari Pfizer dan BioNTech pada bulan ini. Agensi ubat-ubatan Eropah akan bertemu pada 29 Disember untuk menyimpulkan mengenai penilaian vaksin itu. Menurut BioNTech dalam satu kenyataan, jika diluluskan, ia akan mula diedarkan sebelum akhir tahun ini. “Pengumuman hari ini menandakan […]
Kubur Penuh, Ada Mayat Pesakit COVID-19 Dilapor Terpaksa ‘Tumpang’ Kubur Jenazah Lain
Mayat-mayat pesakit COVID-19 beragama Islam hanya diterima untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Pondok Ranggon, Jakarta Timur, Indonesia melalui sistem tumpang. Memetik laporan Detiknews, ia disebabkan berikutan kouta tanah perkuburan bagi mayat pesakit COVID-19 Muslim di situ didapati sudah penuh. Wakil pengurusan tanah perkuburan, Muhaemin berkata, keadaan itu memaksa pihaknya untuk ‘sekalikan’ dua mayat dalam satu […]
Tular Foto Doktor Lengkap Pakai PPE Peluk & Tenangkan Dipercayai Pesakit COVID-19 Undang Rasa Sebak
Baru-baru ini, gambar seorang doktor memeluk dipercayai seorang pesakit COVID-19 menjadi tular dan mengundang sebak para netizen. Dr Joseph Varon yang merupakan ketua staf di United Memorial Medical Center di Houstan di Amerika Syarikat menyedari pesakit tersebut terlalu beremosi tatkala hari tersebut adalah hari “Thanksgiving”. Dr Varon memutuskan untuk membalas pelukan tersebut apabila dirinya berpakaian […]
NASA Dilapor Temui Asteroid Bernilai USD 10 Quadrilion, 70,000 Kali Ganda Lebih Besar Dari Ekonomi Dunia
Sebuah batuan asteroid unik yang berlegar di ruang angkasa telah ditemui NASA dalam satu penemuan baru-baru ini. Asteroid yang bersaiz seluas bandar Massachusetts, Amerika Syarikat; kira-kira 27,000 kilometer persegi itu didapati mengorbit diantara planet Musytari dan Marikh. Dinamakan sebagai 16 Psyche, sebenarnya ia sudah pun ditemui penyelidik sejak 1852, akan tetapi NASA’s Hubble Telescope baru-baru […]
Rusuhan Tercetus Di Penjara Kongo, Lebih 20 Orang Banduan Wanita Dilapor Dirogol Banduan Lelaki
Lebih dari 20 orang banduan wanita dilaporkan telah dirogol selepas berlakunya satu rusuhan di sebuah penjara di Republik Demokratik Kongo pada September lalu. Menurut Daily Mail, Radio France Internationale (RFI) dari Perancis yang mendedahkan kejadian itu mengatakan bahawa beberapa wanita diperkosa selama berhari-hari oleh banduan lelaki setelah pihak berkuasa penjara hilang kawalan terhadap tempat tersebut. […]

(Video) Tular Rakaman Ombak Besar Kononnya Membadai Jambatan Kedua Pulau Pinang Adalah Palsu
Tular di media sosial sebuah klip video yang bertajuk “Penang 2nd bridge at 6pm yesterday”, yang kononnya terdapat ombak besar membadai jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Namun, menerusi laman Twitter rasmi Jambatan Kedua Pulau Pinang (JSAHMS) telah mengesahkan bahawa video terbabit adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Akhir – akhir ini, tular sebuah […]
PDRM Buru Individu Ugut Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu seorang lelaki yang membuat ugutan akan menembak mati Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan mendakwa dirinya sebagai ketua komander kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Selain itu, suspek berkenaan juga mendakwa bahawa dia akan menyerang Ibu Pejabat PDRM Bukit […]
Dipercayai Akibat Menguap Terlalu Luas, Lelaki Ini Menderita Rahang ‘Terkehel’
Seorang lelaki dilaporkan mengalami ‘dislokasi sendi’ apabila rahangnya tidak dapat ditutup dipercayai selepas menguap terlalu besar. Menurut Tribun News, memetik kenyataan doktor pakar ortipedik yang merawat lelaki itu, dislokasi itu berlaku akibat kelemahan otot, ligamen di samping kapsul di kawasan temporo-mandibular joint. Kata Dr. Helmiyadi Kuswadharna, pesakit berusia 45 tahun itu telah pergi ke Hospital […]
(Video) Pemilik Bingung Kucing Peliharaan Bangga Pulang Bawa Hasil ‘Rompakan’, Turut Ulangi ‘Jenayah’ Di Hari Kedua
Sebuah keluarga tidak dapat menahan perasaan selepas mendapati bahawa kucing peliharaan mereka membawa pulang sebungkus makanan yang dipercayai dicuri terdapat di mulutnya. Lee Harvey, 42, dan anak perempuannya sedang menyiapkan sarapan di rumah mereka pada ketika itu. Secara tiba-tiba, kucing peliharaan mereka yang bernama Zico telah muncul dengan sebungkus makanan yang dibawa di mulutnya. Sebuah […]
Kenderaan Masih Dalam ‘Gear’, Pemandu Rempuh Kedai Stesen Minyak
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Seorang pemandu wanita warga asing secara tidak sengaja merempuh premis kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Bandar Bandar Baru Bangi dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 2.20 petang, wanita berusia 33 tahun itu telah masuk ke dalam kereta Proton […]
(Video) Air Mengalir Dari Paip Terbakar Bila Dicucuh Api, Penduduk Dakwa Tangan ‘Berminyak’ Selepas Basuh Tangan
Penduduk di timur laut China dilaporkan mengalami situasi aneh apabila air daripada paip rumah mereka boleh terbakar ketika dicucuh api. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kewujudan bahan mudah terbakar yang keluar daripada paip air mereka, lapor Independent. Menurut portal itu, video menunjukkan warga tempatan menyalakan api daripada bahan yang keluar daripada paip di dapur dan […]
COVID-19: Thailand Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Langgar Kuarantin
BANGKOK, 1 Dis (Bernama) — Thailand akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar arahan kuarantin dan menyelinap masuk ke negara ini dari Myanmar dengan menyeberangi sempadan dan disahkan positif COVID-19 beberapa hari kemudian. Gelombang baharu COVID-19 dikhuatiri meningkat setelah empat rakyat Thailand tidak melalui pemeriksaan imigresen dan memasuki negara ini secara haram di wilayah utara Chiang […]
Pilu, Bayi 2 Tahun Dilapor Meninggal Dunia Dalam Dakapan Ibu Dipercayai Ketika Mencari Rezeki Sebagai Pengemis
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia dalam dakapan ibunya semasa mencari wang sebagai pengemis di kawasan Pasar Bantar Gebang, Kota Bekasi, Indonesia. Jurucakap polis Bekasi, Komisioner Erna Ruswing Andari menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut meninggal dunia ketika sedang menemani ibunya mengemis di Pasar Bantar Gebang. “Ketika kanak-kanak tersebut digendong oleh ibunya yang sedang […]
20 Pegawai Imigresen Positif COVID-19
PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) — Hampir 3,500 pegawai imigresen menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga 25 Nov lepas, dengan 3,000 daripadanya telah dikuarantin dan 20 orang lagi dirawat kerana didapati positif wabak itu. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata sebagai sebahagian daripada pasukan barisan hadapan, petugas Jabatan Imigresen (JIM) berhadapan risiko terdedah kepada virus […]
(Video) Takut Terlanggar, Ini Cara Mudah Nak Tahu Jarak Dengan Kereta Hadapan
Jarak sesebuah kenderaan dengan kenderaan lain merupakan salah satu faktor penyelamat ketika berlaku kemalangan. Secara asasnya, kita telah diingatkan agar mempraktikkan ‘peraturan 3 saat’, iaitu jarak selamat kenderaan kita dengan kenderaan hadapan. Begitu juga apabila memasuki kawasan parkir, adalah sangat penting untuk memastikan jarak antara kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Perkara ini sangat penting […]
COVID-19: Lelaki 24 Tahun Tanpa Latar Belakang Penyakit Kronik Antara 3 Kes Kematian Hari Ini
Putrajaya, 1 Disember – Pemuda berusia 24 tahun merupakan antara korban COVID-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa yang merupakan kes ke-53,718 tidak merekodkan sebarang latar belakang penyakit kronik. Pesakit yang merupakan bukan warganegara Malaysia itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen […]
TERKINI: 1,472 Kes Baharu COVID-19, Lagi 1,552 Kes Telah Sembuh Dan Dua Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,472 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan yang dikeluarkan KKM, 1472 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 67,169 kes secara keseluruhan. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes […]