Berita
Pejabat WBG Di Malaysia Sebagai Hab Himpun Pakar Ekonomi, Kewangan Tempatan
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Pejabat Kumpulan Bank Dunia (WBG) di Malaysia akan berfungsi sebagai hab yang akan menghimpunkan pakar-pakar ekonomi dan kewangan tempatan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata selain itu ia membolehkan WBG untuk menjalankan penyelidikan pembangunan bagi penambahbaikan petunjuk global termasuk berkaitan ‘World Bank Doing Business Survey’ dan menyediakan bantuan […]
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Sambut Baik Langkah Perkenal Semula GST
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menyambut baik langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Mohd Sheriff mencadangkan kadar GST yang baharu diturunkan kepada 3.0 atau 4.0 peratus berbanding 6.0 peratus apabila cukai itu dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak […]
Polis Akan Mohon Lanjutkan Perintah Reman Terhadap Pendakwah Muda
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Polis akan memohon pelanjutan tahanan reman terhadap seorang pendakwah muda yang juga selebriti televisyen kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata lima laporan diterima di Shah Alam manakala satu di Petaling Jaya oleh enam pengadu wanita berlainan. “Suspek akan […]
Peruntukan Belanjawan 2021 JPM, Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J/Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 Ahli Parlimen menyokong berbanding 95 yang tidak bersetuju. Proses pengundian bagi JPM dan Kementerian Kewangan itu dijalankan apabila lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara. […]
Pharmaniaga Siap Siaga Edar Vaksin COVID-19
SHAH ALAM, 30 Nov — Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) telah menubuhkan pasukan petugas dan bersedia mengedarkan vaksin COVID-19 ke seluruh negara yang dijangka boleh didapati pada suku pertama tahun depan. Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan telah memeterai perjanjian […]
Pakar Forensik UK Setuju Dengan Laporan Bedah Siasat Punca Kematian Nora Anne
SEREMBAN, 30 Nov — Pakar patologi forensik yang dilantik Mahkamah Koroner United Kingdom (UK) hari ini bersetuju dengan laporan bedah siasat Malaysia berhubung punca kematian remaja kelahiran Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin iaitu akibat pengulseran duodenum, perforasi dan pendarahan yang disebabkan kebuluran serta tekanan fisiologi. Penyataan saksi enam halaman Dr Nathaniel Roger Blair Cary, 63, berkata berdasarkan pemeriksaannya […]
Harga Roti Berperisa Gardenia Naik Antara 5 Sen Ke 20 Sen
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Harga beberapa produk roti berperisa jenama Gardenia akan mengalami kenaikan antara 5 sen hingga 20 sen mulai 1 Dis ini berikutan kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko dan susu serta kos pembungkusan. Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan berkata sebelum ini pihaknya menyerap kos […]
NTF Bincang Strategi Perkukuh Kawalan Sempadan Negara Minggu Ini – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Berikutan insiden anggota pasukan keselamatan di sempadan negara ditembak penyeludup, Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) akan membincangkan strategi memperketat, mengukuh dan memperkasa kawalan di sempadan negara dalam minggu ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat kemungkinan keperluan untuk menambah anggota pasukan unit beruniform iaitu Angkatan Tentera […]
Polis Tahan 15 Lelaki Disyaki Terbabit Dalam Sembilan Kes Curi Ekzos Kereta
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Lima belas suspek lelaki termasuk dua warga Bangladesh yang disyaki aktif dalam kegiatan mencuri ekzos kenderaan, ditahan di beberapa lokasi sekitar Rawang, Gombak dan Sentul, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kegiatan suspek yang berumur antara 27 dan 56 tahun itu didapati mula aktif sejak […]
Penduduk Dakwa Rumah Retak Akibat Letupan Batu Bagi Kerja-Kerja Pembinaan
KUANTAN, 30 Nov — Pemilik rumah di Taman Pelindung Jaya Utama di sini, mendakwa aktiviti letupan batu bagi kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baharu yang berhampiran sejak tahun lepas, menyebabkan beberapa struktur bangunan rumah mereka retak. Pengerusi persatuan penduduk Mohamad Din, 50, berkata hampir 90 rumah di situ terkesan daripada aktiviti berkenaan, yang dapat dilihat pada bahagian […]

Letak Nota Depan Sejadah Sebagai Panduan, Pemuda Dipercayai Baru Peluk Islam Belajar Solat Bikin Tersentuh
Meskipun dipercayai baru memeluk Islam, seorang pemuda di Amerika tetap berusaha menunaikan tuntutan agama, yakni mendirikan solat. Gambar pemuda itu telah mendapat perhatian hampir 70,000 warga maya yang tersentuh dan kagum melihat usaha beliau mempraktikkan solat walaupun terpaksa berpandukan sekeping kertas. “Saudara Amerika ini baru sahaja memeluk Islam baru-baru ini, ditemui di sudut masjid dan […]
FAS Sasar Lebih Ramai Pemain Ikut Jejak Luqman Hakim
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengesahkan telah menandatangani kontrak dengan enam pelajar lepasan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam usaha menggalakkan lebih ramai golongan belia mengikuti jejak pemain remaja sensasi Malaysia iaitu Luqman Hakim Shamsudin yang berhijrah ke Eropah. Luqman Hakim, 18, yang menyertai Selangor II akhir tahun lepas, telah berhijrah ke […]

Atlet, Jurulatih Dan Persatuan Sukan Labuan Terima Elaun, Insentif
LABUAN, 30 Nov — Seramai 54 atlet dan 17 jurulatih yang bernaung di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan hari ini menerima bayaran elaun latihan bagi Oktober hingga Disember daripada Kementerian Wilayah Persekutuan membabitkan peruntukan RM70,000. Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata bantuan kewangan berjumlah RM40,000 turut disalurkan kepada 20 persatuan sukan bertujuan […]

Komuniti Perniagaan Labuan Tidak Babit Perbincangan Cukai – ALTC
LABUAN, 30 Nov — Persatuan Syarikat-Syarikat Amanah Labuan (ALTC) mendakwa kalangan komuniti perniagaan di Labuan tidak dibawa berbincang mengenai perubahan struktur cukai di wilayah tersebut. Pengerusinya, Datuk Chin Chee Kee berkata perubahan oleh kerajaan itu membabitkan pilihan bayaran cukai sebanyak tiga peratus daripada keuntungan bersih yang diaudit atau RM20,000 ke atas satu-satunya pilihan bayaran tiga peratus bagi keuntungan bersih diaudit. Ini […]
Aktiviti Ekonomi Di Luar Kawasan PKPD Dibenarkan Dengan SOP Ketat – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Aktiviti ekonomi di kawasan yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah dibenarkan namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain SOP ketat, premis perniagaan termasuk pasar malam dan pasar harian perlu dipantau anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi […]
Lima Lagi Kawasan Di Perak, Sabah Dikenakan PKPD
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Lima lagi kawasan baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu masing-masing dua di Ipoh dan Sandakan manakala satu di Lahad Datu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata di Ipoh, PKDP dikenakan di Zon A Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah bermula esok […]
KKM Jangka Terima Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 Minggu Depan
PUTRAJAYA, 30 Nov — Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka menerima laporan pertama kajian klinikal fasa ketiga vaksin COVID-19 minggu depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata laporan itu akan diberikan oleh salah satu daripada 10 syarikat penyelidik vaksin yang telah berunding dengan Malaysia sebelum ini. Jelas beliau, Malaysia membuat rundingan […]
Suspek Kes Campak Kanak-kanak Dipercayai Ada Masalah Mental – Polis
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Seorang suspek lelaki warga Nigeria yang dipercayai mencampakkan cucu lelaki tirinya dari tingkat tiga sebuah apartmen di Danau Kota, Setapak di sini, semalam, dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental. Menjelaskan perkara itu dengan lanjut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata ini kerana suspek didapati mengambil ubat-ubatan berkaitan mental. […]
Objek Dipercayai Meteor Dilapor Dilihat Menjunam Dari Langit Di Jepun
Sebuah meteor dilihat menjunam dari langit di kawasan yang luas di Jepun telah menarik perhatian di televisyen dan media sosial. Meteor itu bersinar ketika menjunam dengan pantas melalui atmosfera bumi pada hari Ahad yang lalu. Ramai orang di Jepun barat melaporkan di media sosial kerana melihat pemandangan yang jarang berlaku itu. Televisyen awam NHK mengatakan, […]

Struktur Logam Misteri Seakan ‘Monolith’ Dilapor Hilang, Didakwa Diubah Oleh ‘Pihak Tidak Dikenali’
Objek seakan monolith yang ditemui sebelum ini di Utah kini telah hilang, lapor CNN. Menurut portal itu, objek berwarna silver itu telah diubah oleh pihak yang tidak diketahui pada malam Jumaat lalu, lapor Biro Pengurusan Tanah (BLM) pada Sabtu. “Kami telah menerima laporan mengenai struktur yang dibina secara haram itu, dirujuk sebagai ‘monolith’ telah diubah […]