Berita

Berita
Segelintir Pegawai Polis Dikesan Amal Gaya Hidup Mewah, Lebihi Kemampuan – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Mampu berkereta mewah dan sering keluar negara untuk bermain golf, itu antara gaya hidup berlebihan yang dikesan dalam kalangan segelintir pegawai dan anggota polis, walaupun tidak setara dengan jawatan dan gaji bulanan yang diperoleh. Cara hidup ‘ala orang kaya’ itu dengan bangganya dikongsikan menerusi laman sosial peribadi masing-masing, sehingga […]
Berita
Datuk Tiri Ditahan Dipercayai Campak Cucu Lelaki Dari Sebuah Apartment
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Seorang suspek lelaki warga Nigeria ditahan kerana dipercayai mencampakkan cucu lelaki tirinya dari tingkat 3, di sebuah apartment di Danau Kota, Setapak, di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata suspek yang berusia 42 tahun itu, ditahan di rumahnya sejurus selepas […]
Berita
Transformasi Pertanian Johor Bakal Beri Impak Besar Kualiti Hidup
MERSING, 29 Nov- Usaha mentransformasikan sektor pertanian dan industri makanan di negeri ini yang diumumkan pada Belanjawan Johor 2021 Khamis lepas, dilihat bakal beri impak besar kepada golongan petani, penternak dan nelayan Johor, untuk meningkatkan kualiti hidup. Antaranya peruntukan RM51 juta untuk transformasi berkenaan, yang melibatkan pelbagai program termasuk Program Jaminan Bekalan Makanan dengan peruntukan […]
Berita
Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Dipercayai Dicampak Dari Tingkat 4 Sebuah Apartment Di Danau Kota – Polis
(Kemaskini) KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat empat sebuah apartment di Danau Kota, di ibu negara. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berlaku pagi tadi dan polis masih menyiasat punca kejadian selain pasukan forensik melakukan siasatan […]
Berita
Lima Kapal Dagang Diusir Kerana Berlabuh Tanpa Kebenaran
JOHOR BAHRU, 29 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor telah mengusir lima buah kapal dagang berasal dari pelbagai negara, kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Tompok Utara, berhampiran Kota Tinggi, semalam. Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kesemua kapal yang berdaftar di Dominica, Indonesia, Palau, Panama serta Liberia […]
Berita
Orang Asli Bina Bangsal Jadikan Sebagai Pusat Perpindahan Sementara
GUA MUSANG, 29 Nov – Seramai 500 penduduk Orang Asli Batik di Kampung Pasir Linggi, di sini, mengambil inisiatif membina bangsal sebagai ‘pusat perpindahan sementara’ mereka, apabila berlakunya banjir. Komuniti tersebut mula membina sebanyak 50 bangsal sejak empat hari lalu, di kawasan atas bukit kira-kira satu kilometer dari kampung berkenaan. Tok Batin Kampung Pasir Linggi Mohd Azman Talib berkata, penduduk bersepakat membina […]
Berita
(Video) Graduan Ini Terkejut Sijil Ijazah Dalam ‘Parcel’ Poslaju, Sambut Majlis Konvokesyen Bersama Ibu
Memandangkan pandemik Covid-19 yang semakin ‘mengganas’ dalam kalangan masyarakat dunia ketika ini, ternyata banyak urusan yang tertangguh dan digantikan dengan ‘norma baru’. Kekecewaan bakal graduan ini beritkutan penangguhan majlis istiadat konvokesyen ini sedikit terubat apabila mendapat bungkusan daripada pihak universiti dan keluarganya mengadakan ‘majlis’ tersebut di rumahnya. Penuntut Ijazah di Universiti Kuala Lumpur, Ahmad Nabil […]
Berita
Rakyat Malaysia Antara Kes Import Covid-19 Tidak Bergejala, Satu Kematian Dilaporkan
SINGAPURA, 29 Nov (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan satu daripada empat kes import yang dilaporkan semalam membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 36 tahun. Diletakkan sebagai kes 58413, lelaki pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu dikenakan Notis Duduk di Rumah (SHN). Menurut kementerian dalam data penuh dikeluarkan malam tadi, lelaki berkenaan […]
Luar Negara
Indonesia Wujudkan Siri Dongeng Untuk Memupuk Kanak-Kanak Menjaga Alam Sekitar
Bertepatan dengan gelaran Festival Dongeng Internasional Indonesia (FDII) yang dimulakan oleh komuniti Ayo Dongeng Indonesia, Danone Indonesia menerbitkan Siri Dongeng Pembelajaran Sampahku Tanggung Jawabku (Samtaku). ‘Samtaku’ memberikan pengajaran berkaitan pentingnya pengurusan sampah sejak usia kecil. Inisiatif ini juga merupakan bentuk sokongan Danone Indonesia dalam menangani permasalahan sampah plastik di lautan yang saat ini juga menjadi […]
Luar Negara
COVID-19: Wanita Ingkar Kuarantin Wajib Antara 5 Kes Baharu Thailand
BANGKOK, 28 Nov- Wanita warga Thailand yang baru pulang dari Myanmar dan tidak menjalani kuarantin wajib adalah antara lima kes baharu positif COVID-19 di Thailand yang dilaporkan hari ini. Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul jangkitan virus tersebut di negara ini sebanyak 3,966 kes setakat ini, kata Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Sophon Iamsirithawon. Bercakap pada […]
Berita
Noraseela Lakar Sejarah Sebagai Wanita Pertama Sandang Jawatan Presiden MOA
KUALA LUMPUR, 28 Nov- Bekas pelari berpagar Malaysia Noraseela Mohd Khalid melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dinobatkan sebagai Presiden Persatuan Olympian Malaysia (MOA). MOA dalam kenyataan hari ini mengumumkan pelantikan Noraseela bersama-sama tujuh lagi penyandang jawatan MOA bagi penggal 2020-2022 tanpa melalui proses undian kerana pencalonan mereka tidak dicabar. Pelantikan beliau diumumkan bekas […]
Berita
Penambahbaikan Strategi, Rondaan Sempadan Negara Diperkukuh – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 28 Nov- Penambahbaikan strategi dan rondaan untuk memperkukuhkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tembakan di kawasan berkenaan baru-baru ini sudah mula dilaksanakan sejak Khamis lalu bagi mengekang jenayah rentas sempadan. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata penambahbaikan berkenaan antaranya melibatkan penugasan rondaan dengan lebih ramai anggota berbanding […]
Kesihatan
KKM akan pastikan kualiti vaksin ikut panduan WHO – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 28 Nov- Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memastikan vaksin COVID-19 yang lulus didaftar dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat, berkualiti dan mempunyai keberkesanan optimum mengikut keperluan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dokumen garis panduan yang diterbitkan WHO iaitu ‘WHO Target Product […]
Berita
Hujan Lebat Sejak 3 Petang, Tiga Daerah Di Kedah Dilanda Banjir Kilat
ALOR SETAR, 28 Nov- Penduduk di beberapa kawasan di tiga daerah di Kedah terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat susulan hujan lebat yang bermula sejak 3 petang tadi. Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata daerah terjejas ialah Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda. […]
Berita
Kerajaan Diminta Kaji Semula Belanjawan 2021 Untuk KKM Bagi Logistik Dan Penyimpanan Vaksin
KUALA LUMPUR, 28 Nov- Meskipun pengumuman perjanjian pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan Malaysia semalam adalah satu perkembangan yang mendapat pujian pelbagai pihak, sebuah badan pemikir percaya Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kesihatan (KKM) harus dikaji semula terutama yang berkaitan dengan keperluan logistik dan penyimpanan vaksin itu. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial […]
Berita
Anggota Polis Cedera Di Kaki Terkena Tembakan Tidak Disengajakan
ALOR SETAR, 28 Nov- Seorang anggota polis wanita cedera ringan selepas terkena tembakan yang dilepaskan secara tidak sengaja dalam kejadian di Balai Polis Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam hari ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata kejadian berlaku pada 1.50 tengah hari ketika pemeriksaan mengosongkan senjata sedang […]
Berita
Lelaki Ditahan Pukul Pengawal Keselamatan
KUALA LUMPUR, 28 Nov- Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki memukul seorang pengawal keselamatan di Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan di hadapan sebuah pos pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di Jalan Sepah Puteri 5/1 jam 11.45 […]
Berita
TERKINI: 1,315 Kes Positif, 1,110 Kes Sembuh Serta 4 Kes Kematian Covid-19 Dilaporkan Hari Ini
Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 1,315 kes baharu dijangkiti Covid-19 di Malaysia. Ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes Covdi-19 meningkat kepada 63,176 kes. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah KKM, Tan Seri Dr Noor Hisham menerusi laman Facebooknya sebentar tadi. KKM juga telah melaporkan sejumlah 1,110 kes telah sembuh dan sibenarkan […]
Berita
Mayat Reput Ditemukan Terdampar Di Pantai Pulau Kekabu
MARANG, 28 Nov (Bernama) — Mayat lelaki ditemukan terdampar di Pantai Pulau Kekabu di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata mayat remput tanpa sebahagian anggota badan itu ditemukan orang awam pada kira-kira 3.30 petang. ”Berpandukan kepada bentuk badan, mayat tersebut dipercayai bukan warganegara dan telah dihanyutkan arus sebelum terdampar di pantai berkenaan,” […]
Berita
Sarjan Norihan Terima Watikah Wira Negara Dari Yang Di-Pertuan Agong
GEORGE TOWN, 28 Nov (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Watikah Wira Negara dan surat penghargaan kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan a/l Tari, 39, atas sumbangannya mempertahankan benteng negara. Penyerahan watikah dan surat itu dilakukan juruiring baginda, Datuk Yahaya Othman bersama Ketua Polis Pulau Pinang Datuk […]