Berita
Pelajar Tingkatan 6 Rugi Lebih RM10k, Terpedaya Dengan Individu Kononnya Dari Amerika Minat Beli Syiling & Wang Kertas Lama Miliknya
MELAKA, 26 Nov (Bernama) — Seorang pelajar Tingkatan Enam mengalami kerugian RM10,540 selepas terpedaya kononnya seorang warganegara Amerika Syarikat yang baru dikenalinya menerusi laman sosial berminat untuk membeli wang kertas lama dan syiling lama miliknya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Supt E Sundra Rajan berkata pelajar lelaki itu percaya bahawa dia ditawarkan dengan bayaran […]
Beberapa Pelajar Dilapor Cedera, Jatuh Dari Jambatan Gantung Terputus Ketika Cari “Line” Internet
Beberapa orang pelajar sekolah dari Kg Gusi di Ranau, Sabah dilaporkan telah terjatuh dari jambatan gantung yang terputus semasa mereka sedang mencari talian internet. Kejadian itu telah disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam menerusi Facebook rasmi milik beliau sebentar tadi. Menurutnya, jambatan gantung yang telah dibina sejak 10 tahun lalu itu […]
Gusar Sering Tertinggal Solat, Supermodel Berhijab Terkenal Nekad Tinggalkan Industri Fesyen Demi Agama
Halima Aden, salah seorang supemodel hijab yang terkenal dilapor mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang berkenaan setelah merasakan ia memaksanya untuk berkompromi dengan amalan agamanya. Menurut laporan The Guardian, Halima dilapor memuat naik siri luahan hati di media sosial antaranya dunia fesyen menyebabkannya sering tertinggal solat lima waktu dan menggayakan hijab yang tidak sesuai. Malah […]
Polis Temui Wang Tunai Lebih RM2.17 Juta Dalam Rumah, ‘Datuk’ Antara Ditahan Dipercayai Terbabit Disyaki Sindiket Penipuan Pelaburan Tidak Wujud
KLUANG, 26 Nov – Sejumlah wang tunai berjumlah lebih RM2.17 juta ditemui dalam sebuah rumah di Kluang di sini kelmarin. Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khab Mydin Pitchay berkata, wang tunai tersebut adalah antara yang dirampas dalam satu kes jenayah disyaki kegiatan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud. Difahamkan, satu serbuan telah dijalankan pada hari kejadian […]
Ada Yang Tak Dituntut Keluarga, Deretan Lebih 600 Mayat Pesakit COVID-19 Menanti ‘Giliran’ Untuk Dikebumikan
Hampir 650 mayat pesakit COVID-19 yang mati pada awal tahun ini masih lagi disimpan di dalam trak peti sejuk di Brooklyn yang digunakan sebagai bilik mayat sementara, lapor Independent. Menurut Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan bandar, kebanyakan ahli keluarga mayat tersebut tidak dapat dikesan atau mereka tidak mampu untuk mengadakan upacara pengebumian. Pegawai pemeriksa perubatan mengatakan […]

GM Klang Lancarkan Kempen Bertemakan “Support Local, Shop Local” Bagi Galakkan Pembelian Barangan Tempatan
KUALA LUMPUR, 25 Nov — Pusat Pemborong GM Klang melancarkan kempen penghujung tahun bertemakan “Support Local, Shop Local” bermula dari 23 Nov hingga 23 Dis ini bagi menggalakkan orang ramai membeli-belah barangan perniagaan tempatan. Penolong Pengurus Komunikasi Korporat dan Hubungan Awamnya Nur Faezah Mohd Arsad berkata matlamat mereka ialah menekankan kepentingan membeli barangan tempatan dan kesan positif […]
YDP Agong Zahir Penghargaan Buat Semua Ahli Parlimen Yang Menyokong Belanjawan 2021
KUALA LUMPUR, 26 Nov – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada semua ahli Dewan Rakyat yang mendokong titah nasihatnya pada 28 Okt lalu. Mengimbas kembali, Al-Sultan Abdullah pada ketika itu bertitah dan menasihati semua Ahli Parlimen agar memberi sokongan penuh terhadap Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan […]

COVID-19: Satu Kluster Libatkan Sebuah Syarikat Logistik Di Johor Bahru Antara Enam Kluster Baharu Dikesan Hari Ini
PUTRAJAYA, 26 Nov – Satu kluster melibatkan sebuah syarikat logistik di Johor Bahru antara enam kluster baharu yang dikesan hari ini, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah. Menurutnya, kluster tersebut iaitu Kluster Gemilang dikesan apabila kes indeks iaitu kes ke-58,837 merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dilaporkan positif […]
COVID-19: Sabah Muncul Negeri Kes Paling Tinggi Hari Ini Dengan 326 Kes, Diikuti Selangor 161 Kes
PUTRAJAYA, 26 Nov – Sabah kembali menjadi negeri yang mencatatkan kes harian positif COVID-19 tertinggi di negara ini pada hari ini dengan 326 kes, menyamai 34.9 peratus daripada keseluruhan kes. Manakala Selangor pula menjadi negeri kedua tertinggi dengan 161 kes bersamaan 17.2 peratus, diikuti Negeri Sembilan dengan 158 kes bersamaan 16.9 peratus pada hari ini, […]
TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, Tiga Lagi Kes Kematian Dicatatkan Hari Ini
Sebanyak tiga pertambahan kes kematian yang dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 348 bersamaan 0.6%. Menerusi Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, kesemua tiga kes tersebut dilaporkan berlaku di Sabah. Berikut merupakan perincian bagi kes-kes kematian terbabit. Kes kematian 346 iaitu kes nombor 33, 905 melibatkan seorang perempuan Warganegara berusia […]
TERKINI COVID-19: Malaysia Catat Kes Sembuh Paling Tinggi Hari Ini, 2,555 Kes Pulih Dilaporkan
PUTRAJAYA, 26 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan angka kes sembuh hari ini paling tinggi pernah dicatatkan dengan 2,555 kes dilaporkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif sembuh setakat ini turut meningkat sebanyak 49,056 kes. Dalam pada itu, kes positif baharu pula kekal tiga angka seperti semalam dengan hanya 937 kes sahaja yang direkodkan […]
Tak Gentar Lawan Musuh, Kehebatan PGA Senoi Praaq Hingga Digelar ‘Pembunuh Senyap’ Oleh CIA
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Gelaran ‘Silent Killer’ (pembunuh senyap) diberikan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) kerana ketangkasan, keberanian dan kemahiran ilmu hutan mereka yang tinggi selain tidak gentar berdepan musuh. Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban dan rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera […]
Thailand: Kanabis Dikeluarkan Daripada Senarai Narkotik
BANGKOK, 26 Nov – Lembaga Kawalan Narkotik Thailand memutuskan mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik, kategori 5 bagi membolehkan penggunaan lebih meluas untuk tujuan perubatan, lapor agensi berita Thailand (TNA). Perkara itu diumumkan Setiausaha Tetap Kesihatan Awam, Kiarttiphum Wongjit dan Ketua Setiausaha Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Paisan Dankhum pada satu taklimat media. Lembaga kawalan itu memutuskan […]
TLDM Usir Dua Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara
KUALA LUMPUR, 26 Nov — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir dua bot nelayan Indonesia yang memasuki perairan negara di kawasan berhampiran Pulau Jarak, Perak petang semalam. Tindakan pengusiran dilakukan oleh KD Mahawangsa yang sedang melaksanakan operasi Ops Benteng Laut dan Op Pejarak selepas menerima maklumat daripada Air Component Commander (ACC), Pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pada […]

CIA Gelar Senoi Praaq “Silent Killer” – PGA
KUALA LUMPUR, 26 Nov – Gelaran ‘Silent Killer’ (pembunuh senyap) diberikan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) kerana ketangkasan, keberanian dan kemahiran ilmu hutan mereka yang tinggi selain tidak gentar berdepan musuh. Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban dan rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah, selepas berbalas […]

Tak Memilih Kerja, Graduan Kejuruteraan Ini Gigih Kayuh Basikal Jual Teh Masala Di Sekitar Brickfields
Sikap memilih kerja menyebabkan kebanyakan graduan di negara ini mengganggur. Keadaan kini bertambah sukar apabila syarikat-syarikat yang terjejas mula mengurangkan pekerja akibat wabak Covid19. Oleh itu, setiap graduan perlu bijak dan kreatif mencari peluang untuk menjana pendapatan seperti perkongsian di Twitter oleh seorang individu dikenali sebagai Visalini. Menurutnya, seorang pemuda iaitu Mr Kavie memberikan inspirasi […]
Johor Peruntuk RM51 Juta Transformasi Sektor Pertanian, Industri Makanan
ISKANDAR PUTERI, 26 Nov (Bernama) — Johor memperuntukkan sekurang-kurangnya RM51 juta untuk mentransformasikan sektor pertanian dan industri makanan agar seiring dengan Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad. Beliau berkata menerusi peruntukan itu, kerajaan negeri akan melaksanakan pelbagai program termasuk Program Jaminan Bekalan Makanan dengan peruntukan sebanyak RM6 juta, melibatkan […]

Selesema Burung Dikesan Di Jepun, Lebih 140,000 Ayam Akan Dihapuskan
TOKYO, 26 Nov (Bernama) — Sejumlah 146,000 ekor ayam akan dihapuskan di Hyogo, yang menjadi wilayah ketiga dijangkiti virus selesema burung, lapor agensi berita Sputnik, memetik media Jepun pada Khamis. Pihak berkuasa juga telah melaksanakan kuarantin pada jarak 10 kilometer (lebih enam batu), yang melarang semua pergerakan melibatkan ternakan dan telur ayam, lapor agensi berita […]
Kes COVID-19 Global Lepasi 60 Juta
WASHINGTON, 26 Nov — Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia melepasi angka 60 juta pada Rabu, lapor Agensi Anadolu menurut Johns Hopkins University. Universiti yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu telah merekodkan 60,186,902 jangkitan dan 1,417,319 kematian sejak virus itu pertama kali dilaporkan di bandar Wuhan, China pada Disember. AS terus menjadi negara paling teruk dijangkiti, dengan lebih […]
Anggap Malaysia Negara Sahabat Baik, China Akan Beri Keutamaan Vaksin COVID-19 – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 26 Nov — Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata perkara itu dinyatakan oleh Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian semasa melakukan kunjungan perpisahan ke atas beliau di bangunan Parlimen semalam. Katanya Malaysia turut menzahirkan penghargaan kepada China atas […]