Berita

Penang Sentral Lengang, Peniaga Gusar
BUTTERWORTH, 22 Nov (Bernama) — Pandemik COVID-19 yang masih melanda seluruh dunia memberikan kesan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan peniaga kecil yang amat merasai impaknya. Di terminal utama pengangkutan awam Pulau Pinang, rata-rata peniaga di terminal awam Penang Sentral dekat sini melahirkan kegusaran apabila berdepan situasi kekurangan pengunjung sejak kebelakangan ini. Julaika Paulino, 19, […]
PGA8 Tahan Pensyarah Kanan Lepaskan Tembakan Di Pasir Mas
KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) — Seorang pensyarah kanan di sebuah institusi pengajian tinggi awam ditahan polis selepas melepaskan tembakan di kawasan bendang dekat Kampung Tasek Berangan dekat Repek, Pasir Mas, petang semalam. Pegawai Pemerintah Batalion Ke-8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) Supt Muhammad Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu yang berlaku kira-kira 3 petang […]
Lelaki Maut Digilis Kereta Api Di Beaufort
BEAUFORT, 22 Nov (Bernama) — Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar kereta api dalam kejadian di Batu 62 ½ di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abd Razak berkata Sabiri Idong, 56, maut di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada leher dan dada. Polis menerima laporan kejadian daripada pemandu kereta api Johan James, […]
381 Individu Ditahan Kerana Ingkar Arahan PKPP
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Seramai 381 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dengan 377 daripadanya dikompaun manakala empat individu direman, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, antara kesalahan mereka ialah berkenaan aktiviti di pusat hiburan (96), tidak memakai pelitup muka (80), […]
Penduduk Tak Sangka Begitu Pantas, Air Dilaporkan Naik Mendadak Hingga Ke Paras Pinggang Dalam 20 Minit
JOHOR BAHRU, 22 Nov (Bernama) — Banjir kilat yang melanda Kampung Pasir, Tampoi, di sini semalam disifatkan kejadian kedua terburuk selepas kejadian banjir pada 2006. Ketua Kampung Pasir Azmi Misni berkata dianggarkan antara 250 sehingga 300 buah rumah di Kampung Pasir yang meliputi Kampung Pengkalan Rinting, Kampung Seri Jaya, Kampung Seri Jaya Baru, Kampung Seri […]
Masih Ramai Dakwa Tidak Mengetahui PKPB Di Kelantan – Polis
KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) — Polis Kelantan mendapati pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan bermula semalam, masih ramai penduduk negeri ini mendakwa masih tidak mengetahui mengenai perkara tersebut. Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata keadaan itu mungkin disebabkan pengumuman PKPB dilakukan pada hari cuti umum di Kelantan. Katanya, berikutan pelaksanaan […]
TERKINI: 1,096 Kes Baharu COVID-19, 3 Lagi Kes Kematian Dan 3 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,096 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,096 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 54,775 kes secara keseluruhan. #COVID19 Terkini. 22 Nov. Hari kedua berturut-turut kes sembuh […]
“Aku Masih Ingat Sampai Sekarang”, Lelaki Kongsi Kisah Lama, Dakwa Turut Alami Pengalaman Misteri Ketukan Pintu
Baru-baru ini kita menyaksikan tular berita ketukan pintu misteri di Sabak Bernam. Laporan yang mendakwa ketukan itu berlaku di beberapa buah kampung di daerah itu sedikit sebanyak membuatkan orang ramai berasa seram. Tak kurang juga, ada yang berkongsi pengalaman serupa, namun di tempat berbeza. Salah seorang pengguna Facebook, Encik Fairozee Hashim telah berkongsi pengalamannya ketika […]
Gangguan Bekalan Air Selasa Ini Susulan Pembersihan LRA Jeneri
ALOR SETAR, 22 Nov — Beberapa kawasan yang mendapat bekalan daripada loji rawatan air (LRA) Jeneri, akan mengalami gangguan bekalan air pada Selasa ini, bermula 8 pagi hingga 6 petang, susulan pengurangan operasi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan di loji itu. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata kawasan terjejas ialah […]
“Alif Mohon Maaf.., Mohon Doa Semua,” Alif Satar Maklumkan Dirinya Positif COVID-19
Selebriti dan penyanyi popular, Alif Satar mengesahkan dirinya positif COVID-19 setelah mendapat keputusan saringan hari ini. Beliau yang kini sedang menjalani kuarantin memaklumkan telah memberikan nama dan kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut. Berita itu telah dikongsikan di laman Instagramnya sendiri sebentar tadi. Assalamualaikum.. Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah […]
AirAsia Terima Pengiktirafan Tujuh Bintang Teratas Bagi Penilaian Kesihatan COVID-19
KUALA LUMPUR, 22 Nov — AirAsia menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas bagi setiap syarikat penerbangan dalam kumpulannya daripada pakar keselamatan industri penerbangan, Airlineratings.com, atas pelaksanaan pelbagai inovasi industri yang menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat dengan ciri-ciri tanpa sentuhan. Menurut kenyataan AirAsia hari ini, syarikat penerbangan dinilai berdasarkan tujuh kriteria seperti yang dinyatakan dalam laman […]
Pemandu & Pengawal Keselamatan Diikat, Lori Bawa Produk Apple Dianggar Bernilai RM27 Juta Dilapor Telah Dibawa Lari
Produk Apple yang bernilai £5 juta (RM27 juta) telah dicuri dari sebuah lori dalam satu rompakan di Northamptonshire, United Kingdom dimana pemandu dan pengawal keselamatan lori tersebut ‘diikat’, lapor BBC. Polis Northamptonshire menyatakan bahawa rompakan itu berlaku di jalan raya arah selatan di persimpangan 18 M1 pada 10 November lalu. Antara barangan yang dicuri termasuk […]
“Kena Ada Rasa Pedas, Masam, Manis & Masin,” Wanita Kongsi Resipi Buat Sambal Belacan Sedap Buat Penambah Selera
Pasti ramai diantara kita yang semestinya kurang berselera menjamah hidangan sekiranya tidak ada sambal belacan yang dihidangkan sekali di atas meja. Ramai yang gemar menikmati hidangan ini dan juga ramai yang mahir untuk menyediakannya. Namun, lain resipi yang dilakukan, lainlah rasanya. Justeru daripada itu, seorang pengguna Facebook bernama Rosni Musa ada berkongsikan tentang resipi membuat […]
Pemuda Tegar Berhujan, Berpanas Dalam Kostum Iron Man Demi Sesuap Nasi
BUKIT MERTAJAM, 22 Nov (Bernama) — Diberhentikan kerja ekoran pandemik COVID-19, seorang bekas kakitangan syarikat telekomunikasi tidak mengeluh sebaliknya berikhtiar meneruskan kehidupan dan memanfaatkan kreativitinya mengenakan kostum ‘Iron Man’ untuk berniaga air jagung. Muhammad Syukur Mohd Patthi, 26 berkata dia diberhentikan kerja pada Ogos lepas dan berniaga air jagung sejak dua minggu lalu setelah sukar […]
MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir, Beberapa Kawasan Di 6 Buah Negeri Diramal Terlibat Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 6 buah negeri pada hari ini. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada jam 2:15 petang hari ini melalui akaun rasmi Twitter mereka. Berikut merupakan 6 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 5 petang, 22 November 2020. […]

Sebuah Pesawat Ringan Dipercayai Mendarat Cemas Atas Lebuh Raya
KULAI, 22 Nov (Bernama) — Sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza F35 mendarat cemas di laluan kecemasan di Km47.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Sedenak, dekat Kulai, pagi tadi, selepas mengalami kerosakan enjin. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kejadian berlaku pada 11.05 pagi ketika pesawat dikendalikan juruterbang Dr Yang Kuang Ying, […]

Tujuh Dilapor Maut Selepas Minum ‘Hand Sanitiser’, Dipercayai Kerana Kehabisan Alkohol Dalam Sebuah Parti
Tujuh orang dilaporkan maut manakala dua lagi berada dalam keadaan koma selepas meminum cecair pembasmi kuman di Rusia, lapor Daily Mail. Sekumpulan sembilan orang itu dilaporkan telah meminum cecair pembasmi kuman tersebut kerana kehabisan alkohol di sebuah parti di kampung Tomtor yang terletak di daerah Tattinsky, Rusia pada hari Ahad. Tiga mangsa pertama insiden itu […]

Doktor Ini Pesan Supaya Tidak Tinggalkan Bayi Menyusu Sendirian, Sendawakan Dulu Sebelum Bayi Buat Benda Lain
Kisah bayi maut akibat tersedak susu seringkali kita dengar di media. Tragedi pilu ini sering berlaku tanpa disangka. Kejadian ini pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa dan orang sekeliling. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, seorang doktor tampil menjelaskan langkah yang ‘wajib’ ibu bapa lakukan sebelum dan selepas menyusukan bayi agar tragedi itu boleh dihindari. […]
Nelayan Maut Akibat Dipatuk Ular, Dipercayai Tiada Duit Untuk Dibawa Ke Hospital
Satu foto yang memaparkan sebuah keluarga miskin di Jambi, Indonesia telah menjadi tular di media sosial. Foto tersebut mulai tular selepas bapa kepada keluarga tersebut yang bernama Zaini dilaporkan meninggal dunia kerana menderita sakit selama beberapa hari akibat dipatuk ular. Dalam beberapa foto yang beredar di media sosial itu, Zaini dilihat terbaring kesakitan sambil dikelilingi […]
Rahsia ‘Pintu Pejabat’ Terbongkar
SERDANG, 22 Nov — Taktik berselindung di sebalik ‘pintu pejabat’ sebuah pusat snuker di Seri Kembangan untuk menjalankan aktiviti perjudian dalam talian terbongkar dalam serbuan Op Noda Khas ke atas premis itu malam tadi. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata dalam serbuan bermula pukul 9 malam, seramai sembilan individu warga tempatan berumur 27 hingga 51 tahun ditahan termasuk […]