Berita
(Video) “Inilah Pilihan Terakhir…”, Demi Rawat Anak, Mak Ayah Tekad Redah Hujan Lebat Dari Perak Ke HKL Naik Motosikal Bertiga
Sebagai ibu bapa, tiada apa yang lebih penting, bernilai dan berharga di dunia ini selain anak-anak dalam pangkuan sendiri. Biarlah sakit, penat, lelah dan tersungkur sekalipun, anak tetap menjadi keutamaan paling hakiki dalam jiwa sanubari. Seperti apa yang dilalui puan Nur Natasya, semalam dia, suami dan anak mereka baru sahaja ‘menikmati’ fasa getir dalam satu […]

Tiada Cadangan Gubal Akta Perhubungan Kaum – Timb Menteri Perpaduan
KUALA LUMPUR, 11 Nov – Kerajaan tidak akan menggubal akta perhubungan kaum untuk mengawal perkara melibatkan perhubungan kaum di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Ti Lian Ker berkata undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menjaga keharmonian antara kaum dan agama di negara ini. “Mereka yang sengaja memecahbelahkan […]

Cubaan Seludup Keluar Minuman Keras Gagal, PPM Labuan Tahan Tekong Bot
LABUAN, 11 Nov – Cubaan seorang lelaki menyeludup keluar minuman keras bernilai RM9,200 menggunakan bot laju kargo gagal, apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Labuan-Menumbok di pantai Navy semalam. Pemangku Pegawai Memerintah Markas Operasi PPM Labuan Inspektor Shafiq Rezza berkata kapal peronda PPM sedang melakukan operasi rutin di perairan Labuan kira-kira 10.30 pagi sebelum terlihat […]

Nahas Helikopter: My Heli Club Gesa Hentikan Penyebaran Spekulasi, Maklumat Salah
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — My Heli Club meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan spekulasi dan maklumat tidak tepat mengenai insiden tragis nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang di sini Ahad lepas. Bendahari kehormat kelab itu, Datuk Leong Yeng Kit dalam satu kenyataan hari ini berkata kelab itu juga meminta orang ramai supaya menghormati […]

Bedah Siasat Mangsa Tanah Runtuh Di Tambun Selesai
IPOH, 11 Nov (Bernama) — Hasil bedah siasat ke atas dua mayat mangsa tanah runtuh di sebuah resort pelancongan di Tambun di sini pagi semalam mendapati kematian berpunca daripada kecederaan akibat dihempap tanah serta tembok dinding. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata keputusan itu menjadikan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. “Polis […]

Bank Muamalat Sahkan Satu Kes Positif Covid-19 Di Cawangan Tanah Merah
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini mengesahkan salah seorang kakitangan di cawangan Tanah Merah, Kelantan didapati positif COVID-19. Bank Muamalat dalam kenyataan berkata pekerja tersebut kini menerima rawatan di hospital kerajaan. “Sebagai langkah pencegahan, semua rakan sekerja yang mempunyai kontak langsung dengan pekerja itu telah diminta menjalani kuarantin […]

Harga PS5 Untuk Malaysia RM 1,869 & RM 2,299, Pra-tempahan Boleh Dibuat Mulai Esok
Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan PlayStation 5 (PS5) yang dinanti-nantikan penggemar permainan video, secara rasmi akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember depan. Menerusi kenyataan yang dimuat naik, PS5 akan tersedia pada harga RM1,869 bagi ‘edisi digital’ dan RM2,299 bagi Ultra HD Blu-Ray. Pra tempahan bagi PS5 boleh dilakukan bermula esok di semua […]
“Susah Senang Sama-sama Kan Bang,’’ Surirumah Nekad Ubah Hidup Nak Bantu Kewangan Suami, Kini Sudah Bergelar Jutawan
Tiada isteri yang sanggup melihat sang suami membanting tulang, berpenat-lelah berjuang mencukupkan anak bini setiap hari. Resam hidup berumah tangga, pasti saling bantumembantu. Berbekalkan azimat, ‘’Susah senang sama-sama kan bang’’ yang pernah diikrarkannya suatu ketika dulu, Puan Eliana Stephen bertekad untuk mencari duit poket untuk menambah pendapatan keluarga. Biarpun mengagumi kegigihan dan tanggungjawab yang ditunjukkan […]
Hati-hati Taktik Baru Scammer, Didakwa Menyamar Jadi Kurier Hantar Barang COD & Minta Mangsa Bayar
Kes penipuan online semakin kerap berlaku. Individu yang digelar ‘scammer’ ini bijak memperdaya pelanggan dengan pelbagai taktik baru yang kadang-kala seakan betul. Terbaharu, scammer semakin advanced apabila menghantar barang kepada mangsa dengan menyamar sebagai Pos Laju, Ninja Van dan sebagainya. Ini semata-mata demi mengaburi mata pembeli melalui penghantaran barang melalui saluran yang seakan betul dan […]
Viral Enak ‘Mandi Susu’ Di Kilang Tenusu, Lelaki Dibuang Kerja & Kilang Diarah Tutup
Sebuah kilang susu di Turki ditutup setelah satu rakaman yang memaparkan seorang pekerja didakwa berendam di dalam susu telah tular, lapor DNA India. Menurut Hurriyet Daily News, rakaman yang menimbulkan kemarahan warganet di sana itu dipercayai dirakam di kilang susu di wilayah Konya, Anatolia Tengah. Pihak berkuasa telah mengumumkan bahawa kilang susu tersebut dikenakan denda […]
Pencemaran Sungai Selangor: Empat Individu Termasuk Seorang Lelaki Bangladesh Ditahan
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam kejadian pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor, sehingga menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Lembah Klang sejak petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata kesemua suspek yang berumur antara […]
Satu lagi Kes Rabies Dalam Kalangan Manusia Di Sarawak Dilaporkan, Mangsa Meninggal Dunia-KKM
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat satu kes rabies dalam kalangan manusia yang baru disahkan. Menerusi Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi, pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak pada tahun 2020 ini meningkat kepada lima orang. Pertambahan ini juga merupakan kes ke-27 sejak […]

Pemandu Lori Ditahan Langgar Sekatan Jalan Raya Di Alor Gajah, Positif Dadah
ALOR GAJAH, 11 Nov (Bernama) — Seorang pemandu lori ditahan kerana melanggar sekatan jalan raya (SJR) dan didapati positif dadah di Plaza Tol Simpang Ampat di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, tiada anggota polis atau tentera yang bertugas di lokasi SJR itu […]
Selain Jadi Hari Sale ‘Kaw-kaw’, 11.11 Juga Disambut Sebagai Hari Meraikan Orang “Single”
Tarikh 11.11 pada hari ini selalunya akan sinonim dengan tawaran-tawaran berbelanja dengan harga cukup murah, sama ada premis makanan segera, pusat beli-belah, ‘gedung atas talian’ seperti Shopee, Lazada dan banyak lagi. Tapi tahukah anda, kenapa mesti tarikh 11.11 ini yang dipilih untuk membeli-belah sakan dengan promosi-promosi hebat? Kenapa tidak tarikh lain? Adakah sebab angkanya cantik […]
Mulai 15 November Ini, Kuala Lumpur Akan Menjadi ‘Wilayah Bebas Berniaga’…- TS Annuar Musa
KUALA LUMPUR, 10 Nov — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, mulai Ahad ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan […]
Pencemaran Sungai Selangor: Premis Disyaki Buang Efluen Secara Tidak Sah Disita
KUALA LUMPUR, 11 Nov – Premis yang disyaki melakukan pembuangan efluen secara tidak sah ke lurang kumbahan yang menyebabkan pencemaran di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) IWK Taman Volex, Rawang telah disita. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan berkata, siasatan mendapati sisa daripada premis tersebut didapati menghasilkan bau yang sama dikesan di LRK dan […]
Gangguan Air: Empat Loji Rawatan Air Telah Beroperasi Semula, Bekalan Dijangka Mula Diterima Bermula 3 Petang Ini
KUALA LUMPUR, 11 Nov – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 , 2 , 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada pukul 2.40 awal pagi tadi. Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan, ia beroperasi secara berperingkat-peringkat setelah bacaan 0 TON direkodkan sebanyak tiga kali berturut-turut. “Sehingga pukul 7 pagi ini, […]

Koma Ketika Usia Setahun, Disahkan Otaknya Tidak Berfungsi, Adik Adamia Perlukan Bantuan Ramai
Nikmat kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai. Berat hati melihat anak kecil teruji dengan penyakit yang membuatkan mereka terlantar sahaja tanpa mampu bermain seperti kanak-kanak lain. Baru-baru ini, seorang sukarelawan, Adi Aqeed berkongsi kisah adik Adamia yang menderita sakit setelah otaknya tidak berfungsi. Pernah disahkan koma sepenuhnya pada usia satu tahun, Adamia kini terlantar dan […]
(Video) Menyentuh Hati, Monyet Keletihan ‘Tumpang’ Pendayung Nelayan Setelah Hampir Lemas Di Tengah Sungai
Sekumpulan nelayan yang terserempak dengan seekor monyet yang sedang berada dalam keletihan kerana berenang di sungai berjaya diselamatkan dengan menggunakan dayung bot mereka. Detik-detik penyelamatan tersebut berjaya dirakamkan dari bot nelayan berkenaan di sebuah sungai yang terletak di Tres Vendas, Rio Grande do Sul, Brazil. Dalam video itu, lelaki tersebut telah terserempak dengan seekor monyet […]
Perasan Kulit Bayi Makin Cerah Bila Semakin Membesar? Mungkin Ini Penjelasan Yang Anda Hendak Tahu
Mungkin sesetengah ibu bapa perasan sedikit perbezaan pada warna kulit anak mereka ketika semakin meningkat usia. Makin lama, makin cerah kulitnya. Kenapa ya? Adakah perubahan warna kulit ini sesuatu yang normal atau menandakan kondisi sesuatu? Untuk mengetahui jawapannya, mari baca perkongsian oleh Hello Doktor di bawah. Sebab warna kulit bayi berubah mengikut umur Tahukah anda, […]