Berita
TERKINI: Lesen Import Rokok Baharu Dibeku, Cecair Rokok Elektronik Bakal Dikenakan Duti Eksais 40 Sen Per Mililiter Mulai 1 Jan 2021
PUTRAJAYA, 6 Nov – Kerajaan akan membekukan pengeluaran lesen import bagi rokok baharu mulai 1 Januari 2021, umum Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Jelasnya, ia adalah antara enam langkah-langkah yang akan dijalankan kerajaan, selain turut memperketatkan pembaharuan lesen import rokok melalui semakan semula syarat lesen termasuk mengenakan kouta import. “(Seterusnya) […]
TERKINI: RM50 Secara ‘One-Off’ Akan Dikredit Ke Dalam e-Wallet Golongan Belia
Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM50 ringgit secara ‘one-off’ ke dalam akaun e-wallet melibatkan 1.5 juta belia seluruh negara. Inisiatif dengan peruntukan 75 juta ringgit ini adalah bagi belia yang berumur 18 hingga 20 tahun sebagai usaha kerajaan membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai. Perkara tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, […]
TERKINI: Bantuan Untuk Warga Emas Dan Penjagaan OKU Serta Pesakit Kronik Dinaikkan Kepada RM500
Menerusi pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan memaklumkan akan menaikkan kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar daripada 350 kepada RM 500. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia adalah selari bagi menambah baik kebajikan golongan rentan. Kenaikan kadar ini termasuk dalam peruntukan sebanyak 2.2 bilion ringgit iaitu tambahan sebanyak […]
Kerajaan Sedia Pengecualian Duti Setem Sepenuhnya Untuk Rakyat Miliki Rumah Pertama
PUTRAJAYA, 6 Nov – Kerajaan akan menyediakan pengecualian duti setem penuh ke atas surat pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Azizi berkata, ia sebagai satu langkah untuk menggalakkan pembelian rumah bagi rakyat negara ini. “Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual […]
TERKINI: Kerajaan Tawar 50,000 Peluang Kerja Secara Kontrak Di Sektor Awam & GLC
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebanyak 50,000 peluang pekerjaan kontrak sektor awam dan GLC di bawah inisiatif MySTEP. “Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme dengan peruntukan lebih RM700 juta. Inisiatif ini akan menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula […]
Lahir & Meninggal Dunia Pada Tarikh Sama, Kisah Cinta Hingga Hujung Nyawa Atuk Yahya & Nenek Zainoon
Kebanyakan kita pasti menginginkan percintaan hingga ke hujung nyawa. Melihat pasangan warga emas yang masih bahagia bersama pasti membuatkan kita kadangkala terfikir, “Apa rahsia mereka?” Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah cinta hingga hujung nyawa antara arwah datuk dan neneknya. Kongsi Atin Syu, kedua-dua mereka berkongsi tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia yang sama. Allahyarham […]
TERKINI: Kerajaan Umum Pemberian Komputer Riba Kepada 150 Ribu Murid Di 500 Sekolah
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi pembentangan Belanjawan 2021 pada hari ini mengumumkan bahwa GLIC dan GLC akan menyumbang sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi pemberian komputer riba kepada 150, 000 murid. Ia akan melibatkan 500 buah sekolah sebagai projek rintis dan ia akan diselia oleh Yayasan Hasanah. Dalam pada itu, […]

Pilihan Untuk B40 & Pengusaha Mikro: Tangguh Bayar Pinjaman Untuk 3 Bulan Atau Kurangkan Ansuran Bulanan
Terkini, menerusi perbentangan Belanjawan 2021, kerajaan bersetuju supaya institusi perbankan memberi dua pilihan kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH dan bakal penerima BPR dan kepada perusahaan mikro untuk membayar balik pinjaman mereka. Peminjam di dalam kategori ini akan diberi pilihan iaitu: Pilihan pertama: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan: atau Pilihan kedua: Pengurangan […]
TERKINI: 40,000 ‘Delivery Rider’ Antara 100,000 Pekerja Dapat Manfaat Skim Bencana Pekerjaan PERKESO RM24 Juta
PUTRAJAYA, 6 Nov – Kira-kira 40,000 pekerja penghantaran (delivery rider) antara yang bakal mendapat manfaat caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM24 juta disediakan pihak kerajaan bagi tujuan tersebut yang disasarkan kepada 100,000 pekerja bagi kumpulan-kumpulan tersebut. “Pertama, (iaitu) […]
TERKINI: Elaun Guru Takmir Dinaikkan Kepada 900 Sebulan, Bantuan Secara One-off RM 500 Untuk Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir Dan Guru KAFA
Menteri Kewangan dalam Pengumuman Belanjawan 2021 tadi mengumumkan elaun guru takmir dinaikan kepada RM 900 sebulan. Beliau berkata kenaikkan tersebut bagi menghargai jasa 4,000 Guru Takmir sebagai antara penggerak komuniti di kariah. Selain itu, beliau turut mengumumkan bantuan secara one-off sebanyak RM 500 kepada imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir dan guru KAFA. Peruntukkan […]

Perkhidmatan Kuarantin Haiwan Jepun Sahkan Pengasingan Virus ASF Daripada Daging Babi
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Gen bagi virus demam babi Afrika (ASF) baru-baru ini disahkan hasil daripada satu ujian gen ke atas sosej babi yang dibawa secara haram ke Jepun oleh seorang penumpang dari Filipina. Menurut kenyataan, ujian tersebut telah dijalankan oleh Perkhidmatan Kuarantin Haiwan (AQS), Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun. Virus hidup […]
TERKINI: Pengeluaran Akaun 2 KWSP Dibenarkan Bagi Pembelian Insurans Dan Takaful
KWSP akan membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran akaun bagi pembelian produk insuran atau takaful bagi memastikan pekerja mendapat perlindungan insuran hayat dan penyakit kritikal. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia berikutan kadar penembusan insurans yang rendah di Malaysia dan merupakan faktor yang menggugat keselamatan kewangan individu dan isi rumah. Kebenaran pengeluaran akaun […]
Kadar Caruman Minimum KWSP Pekerja Dikurangkan Kepada 9 Peratus Mulai Januari 2021
Menteri Kewangan dalam pengumuman Belanjawan 2021 sebentar tadi memaklumkan kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan kepada 9 peratus mulai Januari 2021. Maklumat lanjut menyusul. Belanjawan 2021: Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan kepada 9 peratus mulai Januari 2021 – Menteri Kewangan#Belanjawan2021#Budget2021#BernamaBudget21 pic.twitter.com/IxQilq1SjB — BERNAMA (@bernamadotcom) November 6, 2020 Sumber: Bernama
Belanjawan 2021 : Had Pelepasan Cukai Ke Atas Perbelanjaan Rawatan Perubatan Diri, Pasangan Dan Anak Bagi Penyakit Serius Akan Dinaikkan Kepada RM8,000
Putrajaya, 6 November – Kerajaan telah bersetuju meluaskan skop pelepasan cukai buat rawatan perubatan rakyat Malaysia. “Bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi mencegah penularan penyakit, kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi vaksinasi seperti pneumokokkal, influenza dan COVID-19,” kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan belanjawan hari ini. “Pelepasan […]

TERKINI: Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin Meningkat Dari RM 150 Hingga RM 200 Setiap Anak
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembetangan Belanjawan 2021 hari ini bersetuju untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak dalam golongan keluarga miskin. Perkara ini dirujuk untuk memberi penambah baik kebajikan golongan rentan. Jadi, kerajaan telah menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan kepada anak-anak isi rumah dalam golongan miskin. Kadar baru: RM150 seorang anak […]

TERKINI: BPR Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM 2,500, Terima Bantuan RM1,200 Hingga RM1,800
Kerajaan memberi tumpuan kepada golongan yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 2,500. Jadi, kerajaan akan menyalurkan bantuan menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan yang ditetapkan. Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 manakala untuk isi rumah yang mempunyai 2 anak atau lebih akan menerima RM1,800. YB […]
Belanjawan2021: Penurunan Kadar Cukai Pendapatan 1% Bagi Banjaran Pendapatan Bercukai RM50 Ribu Hingga RM70 Ribu
Kerajaan bersetuju menurunkan kadar cukai pendapatan untuk individu bermastautin di Malaysia sebanyak 1 peratus bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,000 hingga RM70,000. Penurunan ini dijangka bermanfaat bagi 1.4 juta pembayar cukai di Malaysia. Sumber: Bernama TV
TERKINI: Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan Sehingga RM500 Sebulan Secara Bersasar Untuk 12 Bulan
Pembentangan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Tengku Dato’ Seri Zafrul selaku Menteri Kewangan hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran dari akaun 1 secara bersasar. Bersasar yang dimaksudkan kerajaan adalah hanya individu yang kehilangan punca pendapatan dan disasarkan kepada jangkaan 600,00 ahli KWSP yang terjejas akibat Covid-19. Pengeluaran […]

TERKINI: BPR Untuk Isi Rumah Berpendapatan RM2,501-RM4,000, Bakal Terima Bantuan RM800 Hingga RM1,200
Bagi menambah baik bantuan tunai kepada isi rumah pada tahun 2021, kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR dengan kadar dan kategori yang lebih baik. Kerajaaan bersetuju untuk memberi bantuan BPR untuk isi rumah yang berpendapatan antara RM 2,501 hingga RM 4000 yang mempunyai anak seorang dibayar RM 800 […]

TERKINI: Bantuan Prihatin Rakyat, Individu Bujang Bakal Terima RM350
Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan penambaikan kadar bantuan dan kategori penerima. Bagi kategori bujang berpendapatan RM2,500 ringgit ke bawah bakal menerima BPR sebanyak RM350 ringgit. Had umur kelayakan individu bujang juga diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri […]