Berita
PKPD Akan Dilaksana Di Plaza Hentian Kajang Mulai 28 Oktober Ini – Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Flat Sungai Emas Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 serta Plaza Hentian Kajang bermula daripada 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020. Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan tersebut dibuat atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan terdapat peningkatan kes […]

(Video) Detik-Detik Mendebarkan Ombak Kuat Hempas Kapal Dipercayai Ketika Dayang Topaz Mengalami Kecemasan
Sebentar tadi media melaporkan insiden melibatkan kapal Dayang Topaz di Miri yang menyebabkan kematian salah seorang kru. Siasatan awal mengesyaki kemalangan berpunca daripada cuaca buruk yang menyebabkan salah satu kabel sauh kapal tersebut putus hingga berlanggaran dengan platform pelantar minyak. Rakaman detik cemas ketika kejadian telah dikongsikan BernamaTV, memaparkan keadaan ombak yang bergelora menghempas kapal […]
Sindiket Macau Scam, Judi: Seorang Suspek & Wanita Ditahan -Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang suspek lelaki disyaki terlibat sindiket Macau Scam dan perjudian secara dalam talian yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata suspek berkenaan ditahan di sebuah hotel peranginan di […]
Jabatan Meteorologi Keluarkan Nasihat Taufan Molave
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis Nasihat Taufan Molave yang berada di kedudukan kira-kira 678 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan taufan Molave itu sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan 25 km sejam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 157 […]
Harga Siling 70 Sen Bagi Pelitup Muka Tiga Lapis Berkuat Kuasa Ahad – Nanta
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) — Harga siling runcit baharu bagi pelitup muka jenis tiga lapisan diturunkan kepada 70 sen daripada RM1 sekeping, berkuat kuasa Ahad ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata harga maksimum pelitup muka jenis tiga lapis di peringkat borong pula diturunkan kepada 65 sen sekeping daripada […]
“Kulit Rasa Sedikit Panas,” Ini Antara Tanda Kanser Payudara Yang Selalu Dan Jarang Berlaku Yang Para Wanita Mesti Tahu
Kanser merupakan salah satu penyakit yang amat ditakuti ramai. Dijangkiti kanser ibarat mimpi ngeri bagi semua individu yang pernah sihat. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, antara kanser yang paling kerap menjangkiti rakyat Malaysia ialah kanser kolorektal, kanser paru-paru dan kelenjar prostat bagi lelaki manakala kanser payudara, kanser kolorektal dan kanser pangkal rahim merupakan kanser paling kerap […]
‘Pancing’ Mangsa Melalui SMS & Media Sosial, Polis Tahan 109 Ahli Sindiket Pinjaman Tidak Wujud
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Seramai 109 ahli sindiket pinjaman tidak wujud, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM43 juta, ditahan sejak awal tahun ini sehingga Ogos lepas menerusi Op Seagul di seluruh negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata semua suspek ditahan dalam 13 operasi yang dibuat bagi membanteras kegiatan […]
Masanya Telah Tiba, Pelancaran Rasmi Proton X50 Dengan Harga Serendah RM79,200
Pasti ramai diantara kita yang sedang tertanya-tanya tentang harga bagi kereta Proton X50 yang hangat diperkatakan kebelakangan ini di media sosial. Penantian tersebut akhirnya berakhir selepas Proton membuat pelancaran rasmi menerusi live di akaun Facebook rasminya dengan turut mengumumkan sekali harga rasmi bagi model Proton X50. Menerusi pengumuman harga yang dibuat oleh Dr Li Chunrong, Ketua […]
Satu Kabel Sauh Dipercayai Terputus, Kapal Alami Kecemasan, Hanyut Melanggar Platform Pelantar Minyak, Libatkan 1 Kematian
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 124 krew kapal Dayang Topaz berjaya diselamatkan selepas kapal yang dinaiki mereka alami kecemasan di perairan Miri, Sarawak. Empat kru yang dilaporkan hilang pada sebelum ini telah berjaya ditemui berhampiran lokasi kejadian. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som dalam satu kenyataan menyatakan bahawa maklumat awal mendapati bahawa […]
Ingatkan Ibu Bapa Sedang Tidur, Dua Kanak-Kanak Tak Sedar Ibu Bapa Dah 3 Hari Meninggal Dunia
Seorang kanak-kanak perempuan bersama adiknya yang masih lagi bayi telah ditemui hidup di rumah mereka selepas tiga hari ibu bapa kanak-kanak tersebut meninggal dunia kerana memakan jeruk beracun, lapor Mirror. Saudara-mara yang kerisauan berasa pelik selepas gagal menghubungi Alexander dan Viktoria Yakunin, yang mereka gambarkan sebagai “pasangan sempurna”. Mereka telah difahamkan tidak hadir ke perjumpaan […]
“Cara Dia Mendarat Cukup Trauma”, Wanita Dilapor ‘Tercampak’ Daripada Permainan ‘The Hangover’ Dari Ketinggian 100 Kaki
Seorang wanita dilaporkan cedera parah setelah jatuh dari ketinggian 30 meter (100 kaki) daripada satu permainan di sebuah karnival di Queensland, Australia pada Sabtu lalu. Menurut Mirror UK, wanita berusia 25 tahun itu sempat menjerit memberitahu dia sedang terjatuh ketika menaiki permainan buaian roller coaster ‘The Hangover’ di karnival berkenaan. Impak terjatuh dari tempat tinggi, […]
(Video) Ibu Anjing ‘Merintih’ Seperti Minta Tolong, Lelaki Tak Kisah Meniarap Tepi Parit Selamatkan Anak Anjing Lemas
Seekor ibu anjing hanya mampu berputih mata dan ‘merintih’ kesedihan melihat anak kecilnya terkapai-kapai di dalam sebuah parit. Tanpa mampu berbuat apa-apa, kelihatan haiwan itu berlari ke sana ke sini sambil melihat anaknya yang tergolek kelemasan dibawa arus longkang. Rintihan si ibu anjing akhirnya didengari seorang lelaki yang segera menyelamatkan haiwan tersebut dari terus lemas. […]
COVID-19: Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Dikuarantin
KUALA LUMPUR, 27 Okt — Lebih 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin manakala sekurang-kurangnya 200 lagi sedang dirawat selepas disahkan positif jangkitan COVID-19, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. Hamzah berkata kadar jangkitan terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tinggi telah membantutkan keupayaan serta kekuatan pasukan itu dalam penugasan menjaga keselamatan dan keamanan […]
Suami Isteri Antara Yang Maut Kemalangan Di Jalan Saratok-Sarikei
SIBU, 26 Okt (Bernama) — Sepasang suami isteri dan seorang remaja maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori kargo di Simpang Salcra, Jalan Saratok-Sarikei, kira-kira 110 km dari sini, petang tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang maut itu dikenali sebagai Raju Lian, 43, dan isterinya, Irene Jerah, 44, serta seorang remaja […]

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO: Ahli-Ahli Parlimen UMNO Terus Mendokong Kerajaan PN
KUALA LUMPUR, 26 Oct (Bernama) — Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan terdahulu untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selain tidak menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu juga terus menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang […]

(Video) Pernah Tular Berebut Tiup Lilin, ‘TV Show’ Jemput 2 Beradik Ini Untuk Tiup 500 Batang Lilin
Korang ingat lagi tak dua kanak-kanak yang mempunyai pelbagai ragam semasa majlis ulang tahun kelahiran ? Ya, dua beradik comel yang berebut meniup lilin tu sehinggakan mendapat perhatian seluruh dunia. Terbaru, siapa sangka selepas kejadian tersebut dua beradik ini dijemput dalam satu program televisyen. Apa yang mengejutkan si kecil ini, prosuksi menyediakan sebiji kek besar […]
AirAsia Catat Penurunan 85 Peratus Jumlah Penumpang Pada Suku Ketiga 2020
KUALA LUMPUR, 26 Okt — Jumlah penumpang AirAsia Group Bhd (AirAsia) susut sebanyak 85 peratus kepada 1.91 juta pada suku ketiga 2020 daripada 13 juta pada suku yang sama tahun lepas. Di sebalik pandemik COVID-19, faktor muatan AirAsia berkurangan sebanyak 18 mata peratusan (ppts) tahun ke tahun kepada 66 peratus, kata syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan hari ini. Bagi tempoh bulanan, metrik operasi utamanya […]

KKM Nafi Data Covid-19 Dimanipulasi – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 26 Okt — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan Kementerian Kesihatan (KKM) memanipulasikan data pandemik COVID-19 yang dilaporkan pihaknya. Beliau berkata data COVID-19 dikumpulkan KKM sehingga 12 tengah hari setiap hari menggunakan sistem informasi maklumat kesihatan awam di setiap negeri. ”Ia bukan dilakukan oleh saya seorang tetapi bersama pasukan sebalik tabir dari hari […]

Tragis, Tukang Kasut Ditemukan Mati Dengan Kesan Melecur Separuh Badan
KUALA LUMPUR, 26 Okt — Seorang tukang kasut warga emas ditemukan mati dalam keadaan melecur separuh badan di Taman Bukit Teratai, Ampang dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata lelaki berusia 70 tahun itu yang merupakan penduduk setempat melecur dari paras dada hingga ke paha, dipercayai akibat terbakar menggunakan bahan bakar. […]

Bank Muamalat Sahkan Seorang Pekerja Pejabat Wilayah Johor Bahru Positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 26 Okt- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya di pejabat wilayah Johor Bahru positif COVID-19. Dalam satu kenyataan malam ini Bank Muamalat memberitahu sebagai langkah berjaga-jaga, semua pekerja di pejabat cawangan dan wilayah Johor Bahru yang telah berhubungan secara langsung (direct contact) dengan pekerja berkenaan, diminta […]