Berita

Berita
(Video)Unik, Video Bangunan 7,000 Tan Diangkat Dan Dipindahkan Ke Lokasi Baru ‘Setapak Demi Setapak’ Dalam Tempoh 18 Hari
Jika di Malaysia ada tradisi memindahkan rumah, di China juga ada amalan serupa. Namun, mereka bukan mengubah rumah, sebaliknya mengalihkan bangunan tinggi ke lokasi baru. Sekitar minggu lalu, pasukan jurutera di Shanghai telah memindahkan bangunan sebuah sekolah rendah tempatan yang berusia 85 tahun. Bangunan yang dibina pada tahun 1935 dan mempunyai berat mencecah 7,000 tan […]
Gaya hidup
Tular Video Tarik Rambut Lepas Tiup Lilin Kek ‘Birthday’, Ibu Padam Video Dan Perjelas Situasi Sebenar
Majlis hari jadi merupakan kenangan terindah bagi kanak-kanak. Ketika itulah mereka boleh berfantasi dengan watak-watak animasi kegemaran yang dijadikan tema sambutan. Pun begitu, bagi seorang kanak-kanak tiga tahun di Brazil, detik bahagianya untuk meniup lilin kek miliknya sendiri bagaikan ‘dirampas’ apabila si kakak terlebih dahulu meniup api lilin sehingga terpadam. Berang dengan tindakan si kakak, […]
Kesihatan
Hanya Petugas Penuhi Kriteria Dibayar Elaun Khas COVID-19
SHAH ALAM, 22 Okt — Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menjelaskan hanya petugas perubatan dan kesihatan di Hospital Kajang yang memenuhi kriteria layak dibayar elaun khas COVID-19 bermula Julai lepas. Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata ia selaras dengan surat pekeliling bertarikh 21 April iaitu ‘Penambahbaikan Dalam Pemberian Elaun Khas Kepada Doktor dan Anggota Kesihatan Yang […]
Kesihatan
Jangan Terpedaya Ubat Kononnya Mampu Sembuhkan COVID-19 – Dr Noor Hisham
Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dan membeli ubat-ubatan yang diiklankan di aplikasi jual beli dalam talian yang kononnya berkesan untuk merawat jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, tiada lagi mana-mana ubat yang disahkan berkesan serta mampu merawat individu daripada jangkitan COVID-19. Katanya sekiranya wujud ubat yang mampu menyembuhkan COVID-19 ini, […]
Gaya hidup
Wanita Berpurdah Juga Wajib Memakai Pelitup Muka – KKM
Putrajaya, 22 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan wanita yang memakai purdah agar turut memakai pelitup muka. Katanya, penggunaan purdah satu lapis adalah tidak cukup untuk membendung penularan COVID-19. “WHO menyarankan penggunaan penutup muka tiga lapisan. Jadi kita kena ikut syor WHO dengan pastikan ada tiga lapisan. “Kalau satu […]
Kesihatan
2,180 Pelajar Dijangkiti COVID-19 Sejak Februari – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 22 Okt (Bernama) — Sebanyak 2,180 pelajar dikesan positif COVID-19 sejak Februari lalu hingga semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, sebanyak 1,257 pelajar dikesan positif pada gelombang ketiga pandemik itu dari 22 Sept hingga semalam. Beliau berkata 830 kes membabitkan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun manakala 1,350 […]
Selera
Elak Minyak ‘Meletup’ Dan Terpercik, Wanita Kongsi Rahsia Goreng Ikan Keli Dengan Lebih Selamat
Biarpun ringkas, ramai yang sukakan menu keli goreng ini. Dengan rasa rangup dan isinya yang lembut berlemak, pasti membuatkan selera kita bertambah. Makan pula dengan air asam atau sambal belacan dan ulam, fuhh. Tapi, satu cabaran bila nak masak ikan keli ni ialah kena menghadap minyak yang meletup-letup ketika menggorengnya. Silap hari bulan boleh terpercik […]
Kesihatan
Kluster Terbesar Di Selangor, Kluster Utama Telah Merebak Hingga Generasi Keenam – KKM
Putrajaya, 22 Oktober – Kluster terbesar di Selangor, Kluster Utama kini telah berkembang sehingga generasi keenam. Menurut kemaskini Kementerian Kesihatan (KKM), seramai 206 individu telah disahkan positif manakala 51 pesakit telah sembuh dan dibenarkan discaj. Sehingga kini, seramai 882 individu telah disaring dengan 8 kes baru hari ini, menjadikan jumlah kes aktif kluster itu sebanyak […]
Kesihatan
TERKINI: 6 Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Termasuk Di Negeri Sembilan, Melaka, Dan Selangor
Putrajaya, 22 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan enam lagi kluster baru COVID-19 dikesan hari ini. Kluster itu melibatkan beberapa daerah di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah. Sehingga hari ini, sebanyak 99 kluster aktif telah direkodkan termasuk enam kluster baru hari ini. Berikut merupakan ringkasan kluster baru berkenaan: Kluster Tinusa Kes indeks kluster […]
Kesihatan
Jangkitan COVID-19 Di Indonesia Kini 377,541 Kes, Kematian 12,959
JAKARTA, 22 Okt — Indonesia mencatatkan 4,432 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 377,541 kes. Bagaimanapun, sebanyak 301,006 pesakit dinyatakan telah sembuh dari jangkitan berkenaan. Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 164,346 lagi pesakit masih dalam […]
Kesihatan
TERKINI: 847 Kes Baharu COVID-19 Dan 5 Kematian Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 847 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 847 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 23,804 kes secara keseluruhan. Daripada 847 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, […]
Berita
Kenapa Bahagian Pengurusan Sahaja Bekerja Di Rumah & Bukan Yang Lain? Ini Jawapan Menteri
PUTRAJAYA, 22 Okt – Arahan bekerja dari rumah yang hanya diarahkan kepada pekerja pengurusan adalah untuk mengurangkan pergerakan, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Bayangkan, satu juta yang boleh bekerja dari rumah tidak ke pejabat. Satu juta pergerakan dan satu juta mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain juga. “Jadi bila […]
Berita
Nanas Madu Pengerat Silaturahim Penduduk PPRS Pinggiran Putra
KUANTAN, 22 Okt — Tanaman nanas menjadi pengerat silaturahim penduduk Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra di sini yang menjadikan aktiviti berkebun sebagai kegiatan mengisi masa lapang semasa menjalani Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB) pada Mei lalu. Ketua Unit PPRS itu Ruhaiza Jusoh, 44, berkata sebelum ini ada penduduk yang mengusahakan kebun secara bersendirian, namun melihatkan banyak kawasan tanah […]
Berita
Tak Akan Berkompromi Dengan Pesalah, Polis Tahan 636 Individu Ingkar PKPP – Ismail Sabri
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 636 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah tersebut seramai 595 dikompaun, 38 direman, manakala tiga diikat jamin. ”Semalam PDRM telah menahan 636 individu di atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu seramai 595 individu telah […]
Berita
Pesakit COVID-19 Maut Terjun Bangunan Hospital Queen Elizabeth
KOTA KINABALU, 22 Okt — Seorang wanita berusia 63 tahun yang disahkan positif COVID-19 ditemui mati setelah dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata kejadian itu berlaku pada pukul 9.15 malam dan wanita warga tempatan itu dikatakan terjun menerusi […]
Guna Logo Halal Tanpa Kebenaran, Kotor, Kilang Kicap Diarah Tutup
BUKIT MERTAJAM, 22 Okt (Bernama) — Sebuah kilang kicap yang terletak di Kuala Mengkuang telah diarahkan tutup, dalam sebuah Ops Sepadu hari ini setelah didapati melakukan pelbagai kesalahan. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata, operasi itu dijalankan setelah pihaknya menerima aduan daripada […]
Berita
Program Ibu Emas Pulau Pinang Ditangguhkan
GEORGE TOWN, 22 Okt- Program fasa pertama pemberian wang tunai untuk ibu tunggal yang telah dijadualkan pada 24 Okt dan 25 Okt akan ditangguhkan ke masa lain yang akan dimaklumkan kelak. Hal tersebut diumumkan sendiri oleh kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini. Menurut Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan, keputusan untuk menangguhkan […]
Berita
Wanita Dan Adiknya Didakwa Bunuh Suami Buta
KAJANG: 22 Okt, seorang wanita dan adik lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya yang buta, di Kampung Baru Sungai Chua di sini, awal bulan lalu. Pengusaha sebuah kedai makan G.S Angela Dewi, 45, dan adiknya G.S Vijaya, 42, yang merupakan pembantu kedai makan, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya […]
Kes Rogol Kanak-kanak 12 Tahun: Lima Lelaki Mengaku Tidak Bersalah
KUALA TERENGGANU, 22 Okt (Bernama) — Lima lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, pada September. Bagaimanapun tertuduh yang berusia 23, 21 dan 20 tahun dan dua lagi tertuduh yang merupakan remaja di bawah umur, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka. […]
Berita
Kerja Dari Rumah: Gaji Perlu Dibayar Seperti Biasa & Majikan Tak Boleh Arah Pekerja Guna Cuti Tahunan Atau Cuti Tanpa Gaji – Menteri
PUTRAJAYA, 22 Okt – Pembayaran gaji untuk pekerja yang diarahkan bekerja dari rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hendaklah dibayar seperti biasa. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan, majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan Cuti Tahunan atau mengambil Cuti Tanpa Gaji. “Perkara ini selaras dengan perintah dan kenyataan yang […]