Berita
Bukan Gelang ‘Pink’ Kuarantin, Tapi Tag Keluar Masuk Bebas Cukai KLIA
SHAH ALAM, 21 Okt (Bernama) — Seorang lelaki yang gambarnya tular dalam media sosial hari ini (semalam) kerana menaiki motosikal dengan memakai ‘kononnya’ gelang berwarna merah jambu dekat sini pagi tadi (semalam), bukanlah individu yang dikenakan perintah pengawasan COVID-19. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata sebaliknya, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu hanyalah memakai gelang yang merupakan tag keluar masuk kompleks bebas […]
Bantuan MYDIN Prihatin Kepada Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Subang Jaya, Selangor, 20 Oktober 2020: Prihatin dengan cabaran semasa yang dihadapi masyarakat ketika berdepan pandemik Covid-19, rangkaian peruncit dan pemborong terkemuka tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di seluruh Selangor dan beberapa negeri lain. Program bantuan tanggungjawab sosial […]

Cemas Bawa Dadah, Lelaki Bersama Tunang Rempuh Sekatan Jalan Raya, Hampir Langgar Anggota Polis
KUALA LUMPUR, 20 Okt — Cemas kerana membawa dadah, seorang lelaki bersama tunangnya yang menaiki kereta jenis Honda Ferio bertindak merempuh sekatan jalan raya di Batu 15 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, semalam. Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kenderaan yang dinaiki pasangan terbabit diarah berhenti oleh anggota polis apabila dikesan berada dalam keadaan mencurigakan namun enggan memberikan kerjasama. […]
Enam Pekerja Kilang Cedera, Selepas Dapur Melebur Besi Meletup
BUTTERWORTH, 21 Okt (Bernama) — Enam pekerja sebuah kilang besi mengalami kecederaan selepas sebuah dapur meleburkan besi bangunan di premis itu meletup sebelum terbakar dalam kejadian di Perai, di sini hari ini (semalam). Empat daripada mereka mengalami kecederaan ringan, manakala dua lagi mengalami lecur sekitar 30 peratus pada badan, dan kesemua mereka yang berumur sekitar […]
Gangguan Air Selangor: 195 Kawasan Ini Masih Dalam Proses Pemulihan, Dijangka Pulih Sepenuhnya 8 Pagi Esok
KUALA LUMPUR, 21 Okt – Sejumlah 1,097 (85 peratus) daripada 1,292 kawasan terjejas telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat 9 pagi ini. Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, 195 kawasan selebihnya masih lagi dalam proses pemulihan dan semuanya akan dijangka pulih sepenuhnya pada 8 pagi esok. “Tahap peratusan pemulihan di kawasan terlibat lain di Petaling […]

“69.2% Jangkitan Di Selangor Tiada Kaitan Dengan Mereka Yang Pulang Dari Sabah” – Dr Noor Hisham
Gelombang ketiga COVID-19 menyaksikan kes wabak itu di Selangor meningkat secara mendadak sejak penghujung September lepas, susulan kemasukan dan kepulangan pengunjung dari Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama dilaporkan di Selangor adalah Kluster Jalan Apas pada 28 Sept, melibatkan keluarga yang pulang dari Sabah. Beliau berkata susulan itu, peningkatan kes penularan tempatan di Selangor mula dilihat […]
Anak Jerung Berwarna ‘Putih Susu’ Dilapor Ditemui Nelayan Dengan Hanya Satu Mata Sahaja
Seekor anak ikan jerung bermata satu ditemui oleh seorang nelayan di Indonesia, lapor Daily Mail. Ikan jerung bermata satu itu dikatakan telah ditemui di dalam perut bangkai seekor ikan jerung dewasa yang terperangkap dalam jaring nelayan di daerah Maluku. Menurut Daily Mail, nelayan tersebut menemui jerung bermata satu itu setelah dia membersihkan dan membelah perut […]
MCMC, Pihak Industri Pastikan Rakyat Terus Nikmati Internet Semasa PKPD, PKPB
KUALA LUMPUR, 20 Okt — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta syarikat telekomunikasi utama negara proaktif dalam memastikan rakyat terus menikmati perkhidmatan Internet, biarpun beberapa kawasan kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jabatan Komunikasi Korporat MCMC dalam kenyataan memaklumkan Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan pada 5 Jun lepas, masih diteruskan […]
Lapan Kakitangan Hospital Melaka Positif COVID-19, Bukan 11 Seperti Yang Tular
MELAKA, 20 Okt (Bernama) — Lapan anggota perubatan Hospital Melaka disahkan positif COVID-19, dan bukannya 11 sebagaimana yang tular di media sosial hari ini. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Datuk Dr Ismail Ali dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan lapan anggota perubatan itu kini menerima rawatan di hospital berkenaan, manakala kontak rapat mereka telah disaring […]
Astral Asia Pelbagaikan Perniagaan Dalam e-dagang
KUALA LUMPUR, 20 Okt — Astral Asia Bhd (AAB) telah mencadangkan untuk mempelbagaikan perniagaan terasnya untuk terlibat dalam e-dagang dan aktiviti berkaitan dengan jumlah pelaburan awal yang dianggarkan berjumlah RM500,000. AAB berkata pelaburan bernilai RM500,000 itu akan digunakan untuk penyediaan laman web, peralatan penyimpanan dan lain-lain, kos inventori serta kos pemasaran seperti iklan digital, pengurusan media […]
(Video) Mungkin Kecewa Mainan Diambil, Gelagat Panda ‘Marah’ Seakan Merajuk Sambil Gulingkan Badan Tarik Perhatian
Beruang panda adalah seekor haiwan yang pastinya dapat membuatkan ramai orang geram dengan kecomelan rupa parasnya. Setiap beruang panda juga memiliki sifatnya yang tersendiri. Seperti yang dikongsikan oleh akaun Twitter @AnimalsWorld ini, gelagat seekor panda yang tampak seakan kecewa apabila mainannya diambil telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut memaparkan seorang petugas zoo membawa […]
Tukang Masak Didakwa Rogol Nenek 20 Cucu
KAJANG, 20 Okt (Bernama) — Seorang tukang masak restoran makanan segera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol jirannya yang juga nenek kepada 20 cucu, minggu lepas. Bagaimanapun, lelaki yang berumur 29 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali. Lelaki itu didakwa merogol wanita […]
Kisah Seram ‘La Pascualita, ‘Mannequin’ Realistik Seakan Hidup Peragakan Pakaian Pengantin Di Butik Cetus Misteri
Jika anda penggemar kisah misteri, mungkin pernah terdengar kisah butik pengantin La Pascualita di Chihuahua, Mexico. Dipercayai masih wujud hingga kini, butik ini pernah mencuri perhatian orang ramai setelah menggunakan satu ‘patung’ misteri bagi memperagakan koleksi pakaian pengantin mereka. Kisahnya bermula pada Mac 1930 di mana patung baru muncul di butik pengantin selepas kematian anak […]
COVID-19 Tidak Halang Sarawak Adakan Pilihan Raya Negeri
SIBU, 20 Okt (Bernama) — Pandemik COVID-19 tidak akan menghalang Sarawak daripada mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 mengikut undang-undang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing hari ini. Ketika ditanya mengenai kebimbangan dalam kalangan rakyat bahawa negeri ini akan menerima nasib yang sama seperti Sabah yang menyaksikan peningkatan kes COVID-19 selepas mengadakan pilihan raya negeri pada […]
Lapan Penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan Positif COVID-19
KEPALA BATAS, 20 Okt — Lapan warga emas penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan di Pongsu Seribu, di sini disahkan positif COVID-19 dan semua mereka kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata kes pertama di pusat jagaan warga emas itu membabitkan seorang […]
Bank Muamalat Sahkan Empat Lagi Pekerjanya Positif Ujian COVID-19
KUALA LUMPUR, 20 Okt — Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengesahkan empat lagi pekerjanya di cawangan Kota Kinabalu telah diuji positif COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan di cawangan itu kepada lima orang. Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata pekerja yang dijangkiti di cawangan Aeropod Commercial Square sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan. Cawangan itu ditutup minggu lepas […]
Individu Ditahan SPRM Dipercayai Ejen Sindiket Penipuan China – Polis
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram baru-baru ini dipercayai merupakan koordinator atau ejen kepada sindiket penipuan dari China yang menyasarkan mangsa dari negara itu. Menurut siasatan polis, kedua-dua lelaki itu, termasuk yang melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM pada 11 Okt lepas, berperanan sebagai penyelaras yang menyediakan […]
Kes COVID-19 Di Selangor Meningkat Sejak Hujung September Susulan Kemasukan, Kepulangan Pengunjung Dari Sabah – KP Kesihatan
Putrajaya, 20 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan negeri Selangor mencatatkan peningkatan dalam gelombang ketiga COVID-19 di negara ini. Situasi ini dikatakan berpunca daripada kepadatan penduduk serta kadar pergerakan yang tinggi dalam kalangan penduduk dan pengunjung di Selangor. “Perkembangan terkini ialah peningkatan kes di Selangor. Dengan pertambahan 132 kes […]

Ankara Mengundang Pembukaan Dewan Muzik Bertaraf Dunia dengan Pelancaran The New Presidential Symphony Orchestra Concert Hall
ANKARA, 19 OKTOBER 2020 – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dilaksanakan buat kali kedua tidak lama yang lalu membuat ramai bertanya-tanya bilakah sempadan negara akan dibuka semula – tetapi usah khuatir wahai para pelancong! Pandemik ini mungkin telah menyebabkan penangguhan banyak rancangan pengembaraan anda tetapi bagi mereka yang tidak sabar-sabar meninjau keindahan seni […]
TERKINI: Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Sabah Iaitu Kluster Kertang
Putrajaya, 20 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan hari ini di Sabah. Menurut beliau, kluster yang dikesan di Kota Belud itu melibatkan kes ke-17,623. Pesakit dikesan positif melalui hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober lalu. Susulan itu, kes diasingkan dan dirawat Pusat […]