Berita
Sayu Tengok Pakcik-pakcik Tua Angkut Air, Ustaz Ebit Hantar 2 Lori Besar Agih Air Untuk Warga Selangor
Beberapa kawasan di Selangor semalam dilaporkan mengalami gangguan air, menurut pengumuman yang dibuat oleh Air Selangor. Ia dipercayai berikutan berlaku pencemaran yang dikesan di Sungai Selangor. Sementara pihak Air Selangor bertungkus-lumus menjalankan rawatan air bagi memastikan bekalan air pulih, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew turut sama tampil turun padang membantu penduduk yang terjejas. Menurut perkongsiannya […]
Bimbang Mudah Rosak Dan Mati, Ini Tiga Petua Jaga Pokok Kesum
Bukan mudah untuk menanam sebarang pokok, ia memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Sama juga dengan penanaman pokok kesum, ia memerlukan kesabaran kerana potensi untuk pokok itu rosak dan mati adalah tinggi. Jangan risau kerana anda boleh mengikuti petua penanaman pokok kesum yang dikongsikan oleh Eddy Rusdi Abdullah menerusi group […]
Pencemaran Bau Sungai Selangor: Polis Buka Kertas Siasatan
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran bau di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1.2 juta akaun atau hampir lima juta pengguna di Lembah Klang, semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata siasatan oleh pihak polis sedang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor […]
Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 7.1 Gegar Selatan Alaska Awal Pagi Tadi
Satu gegaran gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Selatan Alaska pada 4.54 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia. Difahamkan, pusat gempa bumi tersebut terletak di 54.8 darjah Utara dan 159.7 darjah Barat dengan kedalaman 10 kilometer serta sejauh 2,548 kilometer arah Barat Laut dari Vancouver, Kanada. Sementara itu, Pusat Amaran […]
“Jangan Nyalakan Lampu Amaran Bahaya,” 6 Tips Memandu Semasa Hujan Lebat Para Pemandu Mesti Tahu
Memandu di jalan raya sememangnya terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan ekoran pelbagai faktor. Keadaan ini boleh bertambah buruk apabila cuaca tidak menentu seperti hujan lebat. Pemandangan bagi pemandu sudah pastinya akan terjejas. Sedar akan perkara tersebut, terdapat beberapa tips yang boleh diikuti seperti yang telah dikongsikan di lamanTwitter JPJ Malaysia. Berikut merupakan tips yang dapat […]
(Video) Selamba ‘Lepak’ Atas Tilam, Tular Video Lembu Masuk Bilik Buat Ramai Terhibur
Baru-baru ini, seekor lembu mendapat perhatian warga maya apabila gelagatnya berehat di atas tilam dalam sebuah bilik menjadi tular. Dalam kejadian dipercayai berlaku di Indonesia itu, kelihatan seekor lembu berwarna coklat sedang selesa berehat di atas sebuah tilam sebelum didatangi penghuni rumah berkenaan. Haiwan itu kemudiannya bingkas bangun sebaik sahaja dihalau keluar oleh seorang individu […]
Polis Thailand Siasat Empat Media Berhubung Liputan Tunjuk Perasaan Di Bangkok
BANGKOK, 19 Okt — Polis Thailand mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas empat media berhubung laporan mengenai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok minggu lepas. Timbalan jurucakap polis Kolonel Kissana Phathanacharoen berkata pasukan keselamatan itu telah meminta Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Kebangsaan (NBTC) serta Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand untuk mengeluarkan kandungan empat media dan laman […]
(Video) Rakaman Kucing Jadi ‘Hero’ Selamatkan Budak Rebah Diserang Anjing Tarik Perhatian Ramai
Sebuah video yang memaparkan seorang budak diserang oleh seekor anjing telah menjadi tular di media sosial. Video yang mendebarkan itu memaparkan detik-detik seorang budak lelaki sedang diserang oleh seekor anjing sehingga rebah ke tanah. Kanak-kanak tersebut dilihat diserang oleh seekor anjing berwarna hitam secara sendirian tanpa kelibat orang dewasa di sisinya. Pun begitu, budak tersebut […]
“Kami Sudah 2 Tahun Tak Ke Apartmen”, Jiran Mengadu Bunyi TV Kuat Tengah Malam, Rupanya Sudah Bertahun Didakwa Kosong
Bayangkan jika anda ada jiran yang suka menonton televisyen pada nada kuat di tengah malam hingga mengganggu tidur anda. Pasti geram, kan? Keesokannya, anda pun meninggalkan nota meminta ‘mereka’ memperlahankan televisyen, namun seakan tidak diendahkan kerana perkara sama berulang lagi selepas 12 tengah malam. Lantas, anda pun menghubungi sendiri tuan rumah dan meminta mereka agar […]
Annuar Bertemu Rakyat United Susulan Hasrat Putrajaya Miliki Pasukan Bola Sepak
PUTRAJAYA, 19 Okt — Harapan Putrajaya untuk mempunyai pasukan bola sepak sendiri yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2021 mungkin akan dapat direalisasikan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Katanya cadangan untuk mempunyai pasukan bola sepak sedang dibincangkan di semua peringkat termasuk berbincang dengan pengurusan Rakyat United selain menyuarakan hasrat itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia […]
Bekalan PPE Untuk Kakitangan Penjara Reman Bertahan Untuk Seminggu
GEORGE TOWN, 19 Okt — Bekalan peralatan pelindung diri (PPE) sedia ada untuk kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang, cukup untuk kira-kira tempoh seminggu, kata Timbalan Penguasa Penjara Reman Pulau Pinang Azman Husain. Beliau berkata kakitangan penjara semasa bertugas, menggunakan antara 300 dan 400 PPE pakai-buang setiap hari, untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan COVID-19. “Kami menjangkakan kami mempunyai cukup […]
COVID-19: Ubat Remdesivir, Hydroxychloroquine Tidak Berkesan Untuk Rawatan
PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) — Penggunaan ubat antivirus remdesivir didapati tidak berkesan dalam merawat pesakit COVID-19, serta tidak membantu mengurangkan kes kematian akibat wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian klinikal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ‘Solidarity trial’ turut membuktikan ubat anti malaria hydroxychloroquine, serta ‘lopinavir’ dan ‘ritonavir’, […]
Air Selangor: Bekalan Air Dijangka Mula Disalurkan Pagi Esok
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Bekalan air dijangka mula disalurkan kepada pengguna pada 8 pagi esok (20 Okt) selepas operasi rawatan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang bermula 6 petang tadi. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata empat […]
“Berwaspada Lebih Baik,” Ahli Kimia Jelaskan Kenapa ‘Hand Sanitiser’ Tidak Digalakan Ditinggal Dalam Kereta
Di musim Covid-19 ini, pasti ramai diantara kita yang mengutamakan langkah pencegahan akan sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitiser. Bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus yang telah membunuh jutaan nyawa di seluruh dunia ini, hand sanitiser kini merupakan salah satu barangan yang perlu sentiasa ada bersama kita terutamanya ketika berada di luar. […]

(Video) Rakaman Cemas Biawak ‘Terjun’ Jambatan, Nyaris ‘Mendarat’ Atas Kepala Penunggang Motosikal
Andai terlewat beberapa saat sahaja, seorang penunggang motosikal mungkin boleh terbabas akibat ditimpa biawak. Dalam video dikongsikan Info Roadblock JPJ/Polis sebentar tadi, kamera dashcam sebuah kenderaan sempat merakam kelibat seekor biawak yang agak besar ‘muncul’ dari atas sebuah jambatan di lokasi yang tidak diketahui. Pada masa yang sama, seorang penunggang motosikal melintasi bahagian bawah jambatan berkenaan seakan […]
COVID-19: Ramai Netizen Mahu Sekolah Ditutup Sementara
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Peningkatan kes baharu COVID-19 di Malaysia bulan ini yang menyaksikan angka jangkitan harian melonjak kepada jumlah tertinggi direkodkan menjangkau sehingga 871 kes semalam, mempopularkan ungkapan “Tragedi Oktober” di alam siber ketika ini. Situasi ini mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat terutamanya melibatkan golongan berisiko tinggi seperti pelajar sekolah. Sehingga artikel […]
Bacaan Tidak Konsisten: Bekalan Air Mentah Di Sungai Selangor Belum Pulih
KUALA LUMPUR, 19 Okt — Bacaan pencemaran bau di Sungai Selangor masih tidak konsisten pada tahap 0 TON menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang belum boleh beroperasi ketika ini. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata sehingga 2 petang tadi, bacaan itu telah diuji tiga kali berturut-turut di […]
COVID-19: Dua kluster Baharu Dikesan Iaitu Kluster Hentian Di Selangor Dan Kluster Bukit Di Melaka
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang berjaya dikesan di Selangor serta Melaka. Menurut ciapan daripada akaun Twitter rasmi KKM, salah satu daripadanya dikenalpasti di Hulu Langat manakala satu lagi di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 2 kluster baharu dilaporkan, Hentian (Selangor) dan Bukit (Melaka). Setakat ini, […]
TERKINI: 865 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 858 Kes Tempatan Dan 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini
Putrajaya, 19 Okt – Sebanyak 865 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 21,363 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dari jumlah itu, sebanyak 858 kes tempatan dan hanya 7 kes import dari luar negara. Sebanyak 7,456 kes aktif dicatatkan sehingga hari ini. […]
Gempa Bumi Berkekuatan 5.3 Skala Richter ‘Goncang’ Selatan Sumatera, Indonesia
Satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 3:47 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.3 skala Richter itu terletak 3.4° Selatan dan 100.3° Timur dengan kedalaman 10 km, 218km Barat dari Bengkulu, Indonesia. Gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada […]