Berita

Petronas Yamaha SRT Kuasai Sesi Latihan GP Aragon
KUALA LUMPUR, 17 Okt — Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli, kembali mempamerkan prestasi terbaik apabila kedua-duanya menamatkan hari pertama Grand Prix (GP) Aragon di tempat kedua dan ketiga masing-masing. Quartararo yang terbabit dalam insiden di Turn 8 pada pusingan terakhir masih mampu menamatkan sesi ketiga sesi Latihan Bebas Pertama (FP1) pada Jumaat […]
PGA9 Rampas Vape Seludup Bernilai RM124,000
KOTA BHARU, 17 Okt (Bernama) — Sebanyak 1,240 kotak peralatan menghisap vape berserta perisa bernilai kira-kira RM124,000 yang disorokkan di tebing Sungai Golok, dipercayai mahu dibawa ke seberang, berakhir di tangan pasukan Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) pada Khamis lepas. Difahamkan penyeludup dipercayai menyembunyikan barangan tersebut di tebing sungai itu sementara menunggu waktu yang sesuai […]
Fenomena Air Laut Pasang Besar Di Pesisir Pantai Selangor Terkawal – UPBN
SHAH ALAM, 17 Okt – Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai Selangor hari ini dilaporkan terkawal dan tiada sebarang limpahan air berlaku sehingga mengakibatkan kejadian banjir serius. Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir berkata setakat 11 pagi tadi, hanya halaman dua buah rumah di Kampung Sungai […]

Anggota MPV Cedera Dilibas Sabit Lelaki Di Port Dickson
SEREMBAN, 17 Okt – Seorang anggota kereta peronda polis (MPV) cedera di kepala selepas dilibas dengan sabit oleh seorang lelaki di kawasan semak berhampiran sebuah pasar raya di Port Dickson Waterfront, malam tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 10.00 malam itu suspek yang berumur 61 tahun bertindak menyerang anggota […]

Adik Izzati Hidap ‘Cerebral Palsy’, Perlukan Bantuan Beli Bekalan Susu Khas Dan Lampin Berjumlah RM6,760
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh seorang gadis, Izzati, 19 tahun, kerana menghidapi penyakit ‘Cerebral Palsy’ sejak berusia 6 bulan. Dia hanya mampu terlantar di rumah, menghabiskan sisa hidup setiap hari dengan diuruskan oleh ibunya yang tidak bekerja. Lebih menyiksakan, beban kewangan yang terpaksa ditanggung setiap bulan, […]

Perancangan Tubuh Kampus Malaysia Universiti Tsukuba Berjalan Lancar
KUALA LUMPUR, 17 Okt — Perancangan untuk menubuhkan kampus cawangan Malaysia oleh Universiti Tsukuba dari Jepun – kampus pertama di luar negara oleh universiti Jepun – berada di landasan dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2023. Rancangan asal ialah melancarkan kampus itu pada 2022 namun tidak dapat dilaksanakan susulan penularan pandemik COVID-19 sambil perbincangan di antara pihak Jepun […]

Siasatan Ke Atas Anwar Ibrahim Dijalankan Secara Profesional, Tanpa Menerima Sebarang Tekanan Politik – Pengarah JSJ
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan siasatan kes melibatkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijalankan secara profesional tanpa menerima sebarang tekanan politik atau arahan daripada mana-mana pihak. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata semua pihak perlu memberi ruang sepenuhnya kepada pihak polis supaya mereka dapat menjalankan siasatan […]

Gadis Ini Gigih Jual ‘Choco Jar’ Demi Menyara Ibu Dan Abang Istimewa
Melihat pada riak wajah gadis berusia 18 tahun ini sudah cukup untuk kita lihat betapa tabahnya dia menghadapi dugaan hidup. Lebih menyedihkan, gadis ini kehilangan ayahnya sejak 13 tahun lalu. Sebelum ini, ayahnyalah yang menjadi pendapatan mereka sekeluarga. Tambahan pula, ibu dan abangnya merupakan Orang Kelainan Upaya Fizikal (OKU). Hidup dalam serba kekurangan tetapi dia […]

PKPP Wujudkan Peluang Ibu Tunggal Jadi Usahawan Cili Fertigasi Di Batu Pahat
BATU PAHAT, 17 Okt- Bagi sekumpulan ibu tunggal di Parit Ya’ani, memegang status berkenaan dianggap bukan penghalang malah mendorong mereka untuk terus berjaya dengan mengusahakan tanaman cili secara fertigasi. Malah, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat pandemik COVID-19 dimanfaatkan enam ibu tunggal sehingga mendorong mereka menjadi usahawan dengan menanam cili secara fertigasi. Ketua Projek […]

DBKL, Bomba Laksana Operasi Sanitasi Di Ibu Negara
KUALA LUMPUR, 17 Okt – Sejumlah 80 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPMWPKL) hari ini menjalankan proses sanitasi awam di ibu negara bagi bantu mengekang penularan COVID-19. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mahadi Che Ngah berkata kawasan tumpuan utama adalah di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman, […]

Polis Kesan Lebih 80,000 Akaun Keldai Digunakan Untuk Penipuan Dalam Talian
KUALA LUMPUR, 17 Okt- Lebih 80,000 akaun keldai milik individu yang membenarkan sindiket menggunakannya bagi aktiviti penipuan dalam talian dikesan dari 1 Jan 2019 hingga 9 Okt lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Zainuddin Yaacob berkata akaun keldai merujuk kepada akaun yang dibenarkan atau diberikan oleh pemiliknya kepada sindiket keldai akaun untuk digunakan pihak ketiga tanpa mengetahui tujuan sebenar penggunaan akaun itu. […]

PDRM Menafikan Nota Suara Tersebar Kononnya 18 Anggota Ibu Pejabat Polis P.Pinang Positif Covid-19
Di Twitter, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa berita palsu yang tular di media sosial. Dalam kenyataan tersebut, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang menafikan nota suara dalam bahasa Hokkien yang telah mendakwa kononnya seramai 18 anggota polis di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dipercayai positif COVID-19. Beliau menegaskan bahawa tiada […]

Gempa Bumi 5.2 Skala Richter Gegar Selatan Sumatera, Indonesia
Pada 17 Oktober, hari ini, telah berlaku satu gempa bumi sederhana di Selatan Sumtera, Indonesia. Menurut Jabatan Meteorlogi Malaysia melalui laman twitter, gempa bumi bermagnitud 5.2 skala Richter itu telah berlaku pada jam 8:36 pagi ini. Pusat gempa bumi tersebut terletak pada magnitud 3.1° Selatan dan 100.1° Timur dengan kedalaman 89 km. 232km Tenggara dari […]

Lalat Pun Mati, Lelaki Ini Guna ‘Mosquito Lamp’ Ganti Ubat Nyamuk, Hanya RM10 Je
Apabila tengah sedap tidur, dengar pula bunyi nyaring di tepi telinga ditambah dengan rasa gatal di kulit, pasti siapa sahaja akan merasa geram kerana tidur terganggu oleh nyamuk. Kalau pulang ke kampung, keadaan selalunya menjadi lebih teruk dan ubat nyamuk menjadi sesuatu yang wajib untuk dibawa. Jika tidak, bangun pagi penuh berbirat tangan anak-anak dengan […]

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82, meninggal dunia pada kira-kira 11.52 malam tadi. Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Perundingan Melayu (MPM). “Solat jenazah akan diadakan di Bukit Damansara selepas solat subuh hari Sabtu, 17 Okt 2020 (hari ini). Namun demikian, kami […]
Ngeri, Ratusan Kucing Kebuluran Dilapor Hingga Terpaksa Makan Bangkai Kucing Lain Di Brazil
Dunia kini masih lagi sedang ‘berperang’ dengan COVID-19 sehingga memberikan beberapa impak terutama kepada ekonomi sesebuah negara. Manakan tidak, terdapat beberapa syarikat besar yang telah menghentikan operasi serta ramai yang hilang pekerjaan. Bukan itu sahaja, krisis tersebut juga sebenarnya memberikan kesan kepada kucing yang berada di Pulau Furtada, Brazil. Semua penduduk setempat mengetahui bahawa pulau […]
“Aku Pandang Belakang, Perempuan Tadi Dah Tak Ada,” Kisah Seram Wanita Ketika Teman Ibu Di Hospital
Sebut sahaja “kisah seram di hospital”, pasti terlintas dalam fikiran kita pelbagai cerita-cerita menakutkan yang biasa berlaku di hospital. Ada yang pernah seru nama, ada yang ternampak lintasan, ada yang bau pelik-pelik dan banyak lagi. Sama juga yang berlaku kepada netizen bernama Qilah Bakar ini, dia sendiri pernah kena ‘ikut’ oleh makhluk tidak dikenali ketika […]
PKPB: SK Dalam Wang Di Baling Ditutup Berkuatkuasa Ahad Ini- KPM
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Sekolah Kebangsaan Dalam Wang yang terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah akan ditutup bermula 18 sehingga 31 Okt ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan malam ini berkata penutupan berkenaan selaras dengan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri […]
Ketua Kampung Antara Ditahan Ketika Minum Air Ketum
JOHOR BAHRU, 16 Okt — Seorang ketua kampung adalah antara lima lelaki yang ditahan ketika sedang menikmati air ketum dalam dua serbuan berasingan di Felda Bukit Batu, Air Bemban dekat Kulai, semalam. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata ketua kampung berkenaan ditahan bersama tiga lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah pondok wakaf […]
COVID-19: Jangkitan Lebih Cepat Di Sabah Dan Kedah Mungkin Disebabkan Jenis Mutasi D614G
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata jangkitan lebih cepat dalam kontak rapat yang terdedah kepada kes positif COVID-19 di Sabah dan Kedah mungkin disebabkan virus itu daripada jenis mutasi D614G. Beliau berkata walaupun 70 hingga 80 peratus pesakit COVID-19 di Sabah berada pada tahap […]