Berita

Berita
Gelombang Ketiga Covid-19: Apa Cerita Mental Pekerja, Majikan?
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Baru-baru ini tular kisah seorang lelaki yang dikatakan terpaksa berbohong kepada isterinya yang beliau keluar bekerja sedangkan realitinya, sudah tiga bulan beliau diberhentikan kerja sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kisah lelaki itu menjadi buah mulut warganet selepas beliau menghubungi stesen radio tempatan dan menceritakan bagaimana dia berpura-pura keluar […]
Berita
Pejabat LHDNM Di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim Ditutup Mulai 13 Oktober Hingga 16 Oktober Untuk Sanitasi
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa semua pejabat LHDNM di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur akan ditutup mulai 13 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020 bagi kerja-kerja sanitasi. Dalam tempoh ini pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian dan […]
Berita
Dipercayai Tuduh Isteri Curang, Suami Penggal Dan Bawa Kepala Isteri Serah Diri Di Balai Polis
Tular satu rakaman ‘ngeri’ seorang lelaki sedang membawa ‘kepala’ yang dipercayai milik isterinya untuk tampil menyerah diri di balai Polis Daerah Banda, Uttar Pradesh kemarin. Menurut laporan portal berita, suspek dan isterinya mulanya bertikam lidah sekitar jam 7.30 pagi pada hari kejadian sebelum wanita tersebut dipenggal kepala. Hal ini demikian kerana suspek tidak berpuas hati […]
Berita
‘Hamba Allah’ Hulur Bantuan, Asnaf Lega Dulu Hanya Berlantai Tanah Kini Dapat Rumah Baru
Sebelum ini tular gambar sebuah rumah kayu daif yang berlantaikan tanah di bahagian dapurnya. Biarpun mempunyai ruang yang terhad hinggakan tandas juga hanya berdindingkan kanvas, pemilik rumah itu mendapat pujian orang ramai atas kebersihan dan kekemasan kediaman berkenaan. Susulan kehidupan mereka yang daif, sukarelawan, Natipah Abu telah mengumpul dana untuk menambah baik rumah berkenaan. Hasil […]
JAS Siasat Kejadian Tumpahan Minyak, Dilapor Cemari Pantai Port Dickson
PORT DICKSON, 12 Okt (Bernama) — Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiasat kejadian tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 dekat sini hari ini, yang mengakibatkan pencemaran di sepanjang tiga kilometer pantai itu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan berkata, sampel minyak tersebut telah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui punca […]
Berita
Semua Institusi Pendidikan KPM Termasuk Sekolah Di Sabah, Selangor, KL & Putrajaya Ditutup Mulai 13 & 14 Oktober, Sesi Kelas Berjalan Di Rumah
PUTRAJAYA, 12 Okt – Semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Sabah akan ditutup bermula 13 hingga 26 Oktober. KPM menerusi satu kenyataan memaklumkan, penutupan tersebut turut melibatkan tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, kolej vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG). “Keputusan ini melibatkan sebanyak 1,336 buah institusi dengan sejumlah […]
Berita
24 Butir Peluru Lama Ditemukan Dalam Tandas Awam Di Labuan
LABUAN, 12 Okt — Sejumlah 24 butir peluru dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemukan oleh seorang pekerja pembersihan Perbadanan Labuan di tandas awam Anjung Ikan Bakar, Kampung Lubok Temiang, di sini hari ini. Ketua Polis Labuan, Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata 22 butir peluru berukuran 7.62mm dan dua butir berukuran 20mm disaluti tanah dan berkarat […]
Berita
“Masuk Sini & Nilai Sendiri…”, Pesakit COVID-19 Kecewa Bila Ada Pihak Tuduh Pandemik Hanya Propaganda
Wabak COVID-19 yang melanda dunia hari ini tidak dapat lari daripada perbincangan ahli-ahli teori konspirasi. Mereka mendakwa apa yang berlaku ini hanyalah satu penipuan terbesar dan bermacam-macam lagi pendapat yang dihujahkan. Namun, bagi mereka yang memang betul-betul dijangkiti COVID-19 berbeza pula ceritanya kerana apa yang mereka hadapi itu memang realiti, bukan lagi konspirasi. Salah seorang […]
Kesihatan
PERKESO Perluas Program Saringan COVID-19 Untuk Pencarum Di Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di Lembah Klang, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bakal meluaskan Program Saringan Prihatin (PSP) bermula 12 Oktober ini. Melalui program berkenaan, para pekerja termasuk pekerja warga asing yang mencarum dengan PERKESO boleh menjalani saringan COVID-19 di panel lantikan PERKESO atau mendapatkan subsidi RM150 bagi menampung kos ujian. Program tersebut bakal melibatkan […]
Berita
(Video) Kim Jong Un Menangis, Mohon Maaf Atas ‘Kegagalan’ Ketika COVID-19 Melanda
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilihat mengalirkan air mata ketika memberi ucapan semasa perbarisan tentera baru-baru ini. Menurut Daily Mail, pemimpin itu dikatakan memohon kemaafan atas ‘kegagalannya’ ketika COVID-19 melanda dunia. “Rakyat kita telah meletakkan kepercayaan setinggi langit dan sedalam lautan terhadap saya, tetapi saya telah gagal untuk memenuhinya dengan baik. Saya betul-betul minta […]
Kesihatan
KP Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Dilaporkan Jalani Kuarantin Kendiri
Putrajaya, 12 Oktober – Ketua Polis Daerah Petaling, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dilaporkan sedang menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini. Menurut Polis Daerah Petaling Jaya, beliau dikatakan menjadi kontak rapat dengan seorang pegawai perubatan Daerah Petaling susulan pertemuan dalam beberapa mesyuarat mengenai operasi COVID-19 sebelum ini. Pegawai tersebut dikatakan telah menghadiri mesyuarat bersama […]
Berita
Impian Pesakit Kanser Ke Langkawi Tercapai, Mahu Bersua Dengan Permaisuri Agong
LANGKAWI, 12 Okt — Setelah impiannya untuk mengunjungi pulau ini tercapai, penghidap kanser otak tahap empat Alleya Rumaiesyah Abdullah, 13, kini berhasrat untuk bersua dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Remaja itu yang jelas gembira dapat menghabiskan masa selama tiga hari di pulau peranginan ini bersama ibu bapa dan lima […]
Berita
PKPB: SJR Diadakan Semula Di KL, Selangor, Putrajaya
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Polis akan kembali menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 14 Okt. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sekatan jalan raya itu akan diadakan di beberapa lokasi di tiga negeri terlibat bermula tengah […]
Kecantikan
PKPB Perlu Untuk Putuskan Penularan COVID-19 Di Selangor, KL, Putrajaya
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selepas kes baharu dilaporkan adalah konsisten di tiga tempat berkenaan pada setiap hari. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun kes baharu dicatatkan kurang dari 100 setiap hari, ia berselerak dan mula […]
Berita
Gangguan Air Di 6 Kawasan Di Klang/Shah Alam Malam Ini Gara-gara Paip Pecah Dipercayai Angkara Pihak Ketiga
KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kejadian paip pecah dilaporkan berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam hari ini dipercayai disebabkan oleh pihak ketiga. Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) menerusi satu kenyataan memaklumkan, bekalan air akan ditutup pada 9 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dan dijangka siap pada […]
Berita
Pengumuman PKPB Seluruh Selangor Agak Mengejutkan, Kerajaan Negeri Akan Hantar Cadangan Balas Segera Kepada MKN Agar Diberi Pertimbangan Semula – MB Selangor
SHAH ALAM, 12 Okt – Kerajaan Selangor akan menghantar cadangan balas kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri dalam kadar segera. Menteri besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengumuman tersebut adalah di luar jangkaan kerana keputusan mesyuarat Sidang Khas MKN menunjukkan hanya Klang, Gombak, Hulu […]
Berita
PKPB Selangor, KL & Putrajaya: Semua Perkhidmatan Kerajaan Beroperasi Dengan Sistem Penggiliran & Bekerja Dari Rumah
KUALA LUMPUR, 12 Okt – Semua perkhidmatan kerajaan tetap beroperasi dengan penjawat awam mengadaptasi sistem penggiliran dan bekerja dari rumah (BDR) mengikut keperluan dengan mengambil kira kebajikan mereka. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, setiap ketua jabatan dikehendaki untuk mematuhi Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31JLD6(6) bertarikh 2 Mei 2020. “Ketua […]
Berita
TERKINI: Enam Kluster Baru COVID-19 Dikesan Hari Ini, Termasuk 3 Di KL
Putrajaya, 12 Oktober – Sebanyak enam kluster baru COVID-19 dikesan hari ini di beberapa negeri di seluruh Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster tersebut merupakan Kluster Kolong, Bah Tropicana, Baiduri, Bah Perdana, Rinting dan Bah Kasturi. Dari jumlah tersebut, Kuala Lumpur mencatatkan dua kluster baharu, Selangor (1), Sabah (1), […]
Berita
TERKINI: Dukacita 2 Lagi Kematian Angkara COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
PUTRAJAYA, 12 Okt – Dukacita dimaklumkan terdapat dua lagi mangsa korban jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian meningkat ke 159 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kedua-dua kes kematian terkini itu melibatkan wanita. “Kes kematian 158 adalah kes ke 15,947 melibatkan seorang wanita berusia 85 tahun […]
Berita
TERKINI COVID-19: 563 Kes Baharu, Pulau Pinang Catat Lonjakan 141 Kes Dari Kluster Penjara Reman
PUTRAJAYA, 12 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 563 kes positif COVID-19 baharu hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan terkini meningkat ke 16,220 kes. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada angka tersebut, 291 kes adalah di Sabah. Manakala Pulau Pinang pula mencatatkan lonjakan kes sebanyak […]