Berita
Hanya Jual Pekasam Daging, Wanita Ni Dah Buka Kilang Sendiri, Niat Nak Bantu Wanita Lain Berjaya
Setiap orang sudah pastinya dikurniakan dengan nikmat rezeki yang berbeza. Cepat atau lambat, setiap rezeki yang ditetapkan pasti akan diperolehi jua. Alangkah senangnya jika apa yang diinginkan terus datang bergolek tanpa kita perlu melakukan apa pun. Namun, rezeki tidak ‘berfungsi’ dengan cara itu, setiap orang diseru untuk sentiasa berusaha mendapatkannya dan mengubah kehidupan masing-masing. Ya, […]
Dr Noor Hisham Buat Sidang Media Secara Maya Dari Rumah Hari Ini
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Menjalani kuarantin di rumah jelas tidak menghalang Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan perkembangan semasa situasi COVID-19 kepada rakyat Malaysia dengan beliau dijadualkan memanfaatkan laman sosial untuk berbuat demikian hari ini. Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan (KKM), “Jeneral Perang” mereka dijangka mengadakan sidang media secara langsung melalui […]
“Mungkin Tabiat Itu Lucu, Tapi..,” Dikenali Sebagai ‘Head Pressing’, Ini Yang Pemilik Kucing Dan Anjing Perlu Tahu
Tak dapat dinafikan bahawa ramai yang mempunyai haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing. Manakan tidak, telatah haiwan tersebut pastinya akan menambat hati sesiapa sahaja yang melihat mereka. Kehadiran mereka di dalam rumah bagaikan menjadi penyeri. Namun, disebalik kenakalan dan kegirangan mereka, anda juga perlu sentiasa memerhati tahap kesihatan mereka. Terkadang, ada ‘tanda-tanda’ yang dianggap biasa […]
Panduan Terkini CDC Maklumkan COVID-19 Sesekali Boleh Tersebar Melalui Udara
WASHINGTON, 6 Okt (Bernama) — Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pada Isnin mengeluarkan panduan terkini yang menyatakan COVID-19 kadangkala boleh tersebar melalui penularan udara, lapor agensi berita Sputnik. “Beberapa jangkitan boleh disebarkan dengan cara terdedah kepada virus daripada titisan kecil dan zarah-zarah yang dapat bertahan lama di udara selama beberapa minit hingga berjam-jam,” kata […]
LRA Sungai Semenyih Mula Operasi Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 6 Okt — Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah mula mengoperasikan pam air mentah pagi ini untuk kerja pembersihan paip air mentah dan tangki-tangki rawatan air. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata ia berikutan ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk LRA Sungai Semenyih telah mencatatkan […]
Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 287 Orang Pagi Ini
KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini meningkat kepada 287 orang daripada 86 keluarga pagi ini dan satu lagi pusat pemindahan banjir (PPB) dibuka menjadikan keseluruhan enam pusat pemindahan setakat hari ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi InfoBencana memaklumkan satu lagi PPB dibuka di Kota Belud iaitu Sekolah […]
Bayi 5 Bulan Terbunuh Akibat Dirempuh Van, Dipercayai Ibunya Lupa Tekan Brek Pada ‘Baby Stroller’
Seorang bayi berusia lima bulan telah terbunuh akibat dilanggar oleh sebuah van dalam satu kemalangan yang tragik berlaku di New Zealand, lapor Mirror. Pemandu van tersebut dikatakan terkejut selepas mendapati bahawa ‘stroller’ itu secara tiba-tiba muncul di laluannya. Pemandu van itu memberitahu pada akhbar New Zealand Herald bahawa ibu bayi berkenaan menangis terkejut dan mendakwa […]
Trump Keluar Hospital Kembali Ke Rumah Putih
WASHINGTON, 6 Okt (Bernama) — Presiden Donald Trump meninggalkan Pusat Perubatan Walter Reed dan menuju ke Rumah Putih untuk terus menjalani pemulihan selepas dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Sputnik. Trump dilihat berjalan meninggalkan pusat perubatan itu pada Isnin petang dengan memakai pelitup muka sambil melambai kepada pihak media. Di Rumah Putih, Trump menanggalkan pelitup mukanya […]
“Cicak Atau Lipas Suka ‘Sentuh’..,” Doktor Ini Nasihat Bilas Berus Gigi Sebelum Digunakan
Tak perlu dijelaskan lagi, memberus gigi sememangnya merupakan amalan kebersihan diri yang sangat penting kepada setiap orang. Pun begitu, ketahuilah bahawa berus gigi yang digunakan juga perlu dijaga dengan bersih. Hal ini kerana, ramai yang tidak sedar bahawa berus gigi yang diletakkan di dalam bilik mandi itu mungkin terdedah dengan pelbagai kotoran dari ‘sentuhan’ haiwan […]
Pakar: Vaksin COVID-19 Tidak Semua-Menyembuhkan
Ketika penantian penuh harapan untuk mengetahui keputusan ujian ke atas manusia bagi sekurang-kurangnya satu vaksin COVID-19 yang dijangka bulan ini, para pakar kesihatan awam pula terus bertindak memberi nasihat dengan berhati-hati dan mematuhi langkah-langkah pencegahan semasa. Dunia baru-baru ini melepasi angka 1 juta kematian COVID-19, menjadikan usaha untuk menghasilkan vaksin yang berkesan dan selamat lebih mustahak. Di Malaysia, […]

Ustaz Ebit Lew, Naib Canselor & MPP UPSI Hantar 2 Lagi Bas Pelajar Pulang Ke Terengganu Dan Kelantan Malam Tadi
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sekali lagi membantu para pelajar untuk dihantar pulang ke kediaman masing-masing memandangkan mereka terkandas di institusi pengajian tinggi akibat penularan kes Covid-19 kian meningkat. Setakat jam ini menerusi perkongsian Facebook rasminya, Ustaz Ebit telah menghantar lagi dua bas untuk membawa pulang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim […]
Lelaki Ini Sanggup Terjun Dalam Kawasan Tadahan Air, Cuba Selamatkan 2 Beradik Yang Lemas
KAJANG, 5 Okt – Seorang peniaga kedai makan sanggup menggadai nyawa dengan terjun di kawasan tadahan air yang mempunyai kedalaman sembilan meter untuk menyelamatkan dua beradik yang lemas di Jalan Cheras Prima, Kajang, di sini petang tadi. Badruzzaman Borhanudin, 27, yang berniaga makanan di gerai berhampiran kawasan itu berkata dia bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh seorang wanita terdapat dua […]
Kes Covid-19 Tertinggi Direkodkan: Bukan Masa Tuding Jari
KUALA LUMPUR, 5 Okt – Perkara dibimbangi rakyat terhadap impak daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akhirnya tercetus apabila kes baharu positif COVID-19 hari ini melonjak kepada angka 432, kes tertinggi pernah dicatat sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas. Ibarat ‘bah’ melanda, kes positif baharu yang dikesan, hari demi hari bagaikan tiada henti terus merekodkan peningkatan selepas PRN berakhir pada 26 Sept, daripada hanya 58 kes positif COVID-19 di seluruh negara semasa hari proses […]

(Video) ADUN Kota Damansara Dan Isteri Serta Dua Anaknya Positif Covid-19
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor memaklumkan bahawa beliau serta beberapa ahli keluarganya disahkan positif Covid-19. Perkara ini disampaikan oleh beliau sendiri di dalam satu rakaman video yang dikongsikan menerusi Facebook rasminya hari ini. Menurut beliau, pada mulanya isterinya telah disahkan positif Covid-19 pada 30 September lalu dan telah dimasukkan ke Hospital […]

Dua Beradik Lemas Di Kawasan Tadahan Air Di Kajang
KUALA LUMPUR, 5 Okt – Dua beradik ditemukan lemas di kawasan tadahan air di Jalan Cheras Prima, Kajang, di sini, petang tadi. Mangsa dikenali sebagai Mohd Rayan Ikram Rozilah, 8, dan Nur Farisah berusia 10 tahun. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3 petang dan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian. Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa naik ke […]

KESAS Buat Laporan Polis Jurutol Disimbah Air Minuman
KUALA LUMPUR, 5 Okt – Pihak Lebuhraya Shah Alam (KESAS) membuat satu laporan polis berhubung kejadian seorang jurutol yang bertugas di Lebuhraya Shah Alam (LSA) disimbah air minuman berbungkus oleh seorang lelaki seperti yang tular di media sosial hari ini. KESAS dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan mendapati kejadian berlaku selepas seorang individu yang melalui satu daripada lorong […]
Sebanyak 122 Sekolah Harian Di Kota Kinabalu, Penampang & Putatan Ditutup – KPM
Susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat angka pesakit di negara kita, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumunkan sebanyak 122 buah sekolah di tiga daerah di Sabah akan ditutup mulai esok 6 Oktober 2020. Perkara ini dijelaskan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM sebentar tadi. Ini melibatkan 86 buah sekolah […]
AirAsia Jepun Hentikan Operasi Selepas Penularan Wabak Covid-19 Yang Belum Reda
Syarikat Penerbangan tambang murah Air Asia Japan Co. Ltd berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu mengumumkan akan menamatkan operasinya selepas permintaan syarikat penerbangan tersebut menurun sejak pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia. Perkara ini disampaikan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan pada hari ini. Pada masa yang sama juga, kerajaan Jepun memberitahu bahawa […]
Dua Warga Myammar Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam Kilang Simen Di Ipoh
IPOH, 5 Okt – Dua pekerja kilang warga Myanmar maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah kilang simen di kawasan perindustrian Tasek di sini hari ini. Kedua-dua lelaki yang maut di lokasi dikenali sebagai Nay Lin dan Maung Maung Win, masing-masing berumur 26 serta 32 tahun. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata semasa […]

Covid-19: 383 Tabika Dan Taska Kemas Ditutup
KUALA LUMPUR, 5 Okt- Sejumlah 383 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah ditutup setakat ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Yasid Bidin. Beliau berkata penutupan itu melibatkan tabika dan taska di tiga negeri iaitu Kedah, Sabah serta Terengganu yang telah bertukar status menjadi Zon Merah akibat penularan pandemik COVID-19. “Di Kedah, sejumlah […]