Berita

Keputusan Ujian Kedua Covid-19 Exco Pahang Negatif
KUANTAN, 30 Sept (Bernama) — Keputusan ujian saringan kedua menerusi kaedah ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) terhadap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang negatif COVID-19. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Awang Ngah kepadanya pagi […]

Angka Terbaharu Kematian Covid-19 Di Seluruh Dunia Melebihi 1 Juta
BEIJING, 30 Sept (Bernama) — Angka kematian COVID-19 di seluruh dunia telah melampaui satu juta, mencapai 1,000,040 pada Selasa, menurut jumlah terbaharu dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sehingga jam 5.08 petang CEST (1508 GMT) pada Selasa, terdapat 33,249,563 kes COVID-19 yang disahkan, termasuk 1,000,040 kematian, dilaporkan kepada WHO. Di Algeria, terdapat 155 kes COVID-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan […]
“Anda Mungkin Mangsa Seterusnya,” Ambil Tahu 6 Tanda Jangkitan COVID-19 Yang Serius
Tidak dinafikan sejak penularan Covid-19 telah menjejaskan pelbagai sektor di negara kita. Namun, sehingga hari ini masih ramai yang tidak mengetahui kebenaran dari mana datangnya virus yang telah merangut lebih sejuta nyawa di seluruh dunia. Dengan mengetahui beberapa tanda-tanda seseorang dijangkiti wabak Covid-19 ini, maka kita dapat mengekang lebih awal dan secara tidak langsung dapat […]
Ibu Bapa Kongsi Gelagat Anak-anak Nyanyi Lagu Salah Lirik, Bikin Dekah Dibuatnya
Pasti ada antara kita yang pernah tersilap dengar lirik, bukan? Kadang-kadang lucu jadinya bila apa yang didengari terlalu jauh maksudnya dengan lirik sebenar. Apa lagi kalau kanak-kanak yang tersilap lirik, yakin sahaja menyanyi tanpa serba salah. Boleh berdekah tawa dengan telatah mereka yang kemudiannya terpinga-pinga diketawakan. Baru-baru ini, seorang ibu, Ummu Balqis berkongsi kisah anaknya […]
Lima Burung Kakak Tua Terpaksa Diasingkan Kerana Suka Mencarut Antara Satu Sama Lain
Lima ekor burung kakak tua yang ditempatkan di Zoo Lincolnshire di United Kingdom dilapor terpaksa diasingkan selepas suka mencarut antara satu sama lain. Burung-burung berkenaan yang dinamakan sebagai Billy, Eric, Tyson, Jade dan Elsie mmenyertai koloni burung kakak tua berjumlah 200 ekor yang ditempatkan di zoo berkenaan sejak Ogos lepas. Bagaimanapun kelima-lima burung tersebut mula […]
Disney AS Dilapor Akan Membuang 28,000 Orang Pekerja Kerana Terjejas Dengan COVID-19
Disney dilapor akan membuang seramai 28,000 orang pekerjanya di Amerika Syarikat (AS), dalam usahanya untuk terus bertahan di tengah-tengah tekanan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini. Bagaimanapun menurut laporan CNN, sekurang-kurangnya 67 peratus daripada jumlah berkenaan bakal ditawarkan kembali untuk bekerja secara sambilan. Taman tema dan resort Disney di AS ketika ini mempunyai lebih […]

Emir Kuwait Meninggal Dunia
KUWAIT CITY, 30 Sept (Bernama) — Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, menurut Amiri Diwan. Pada 23 Julai, Emir berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan lanjut berikutan pembedahannya baru-baru ini, lapor Agensi Berita Kuwait (KUNA). Beliau dimasukkan ke hospital pada 18 Julai untuk pemeriksaan dan […]
Pemain Tengah Liverpool, Thiago Alcantara Dilaporkan Diuji Positif COVID-19
Pemain tengah Liverpool, Thiago Alcantara dilaporkan telah diuji positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri mengikut panduan yang ditetapkan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Liverpool FC di laman Twitter, Thiago yang ketinggalan dalam aksi perlawanan menentang Arsenal pada Isnin telah menunjukkan beberapa gejala virus namun berada dalam keadaan sihat dan semakin membaik. Tambah kelab […]
Wanita Dilapor ‘Serang’ Lelaki Didakwa Cuba Rogol Bayi Perempuan Berusia Tiga Bulan
Seorang wanita mendakwa telah melawan seorang lelaki yang cuba untuk memperkosa bayi perempuannya yang berusia tiga bulan di rumahnya sendiri, lapor Mirror. Suspek dipercayai telah memecah masuk rumah wanita itu setelah suaminya pergi bekerja dan ditemui di dalam bilik anak kecilnya dengan seluar yang melorot ke bawah. Kejadian itu berlaku di bandar Vila Natal di […]
(Video) Dikatakan Dapat Jimatkan Masa Untuk Perjalanan Bantuan Perubatan, ‘Jet Pack Paramedic’ Pertama Di Dunia Diuji
The Great North Air Ambulance Service (GNAAS) kini sedang bekerjasama dengan pencipta dari Britain untuk mencipta jet pack paramedic pertama di dunia, lapor Daily Star. Jet itu didakwa boleh mengurangkan masa perjalanan dari 25 minit menjadi lapan minit. Video penerbangan percubaan pengangkutan futuristik itu ditayangkan di BBC Breakfast hari ini. Pencipta jet tersebut, Richard Browning […]
Pelajar IPTS Warga Asing Ditahan Disyaki Pecah Rumah
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Polis menahan seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) warga asing kerana disyaki cuba pecah rumah di sekitar Jalan SS2/18 Petaling Jaya awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pada kira-kira pukul 5.11 pagi pihaknya telah melakukan rondaan di lorong belakang jalan berkenaan selepas menerima aduan cubaan […]
Polis Buru Lelaki Cuba Samun Guna Senjata Menyerupai Pistol Di Batu Gajah
IPOH, 29 Sept (Bernama) — Polis sedang memburu seorang lelaki disyaki cuba melakukan samun bersenjata terhadap kakitangan van syarikat kawalan keselamatan yang membawa wang di bahagian kaki lima luar sebuah bank di Batu Gajah, petang tadi. Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, suspek memakai […]
UiTM Perkenal Konvokesyen Secara Janji Temu, Ikuti Norma Baharu
SHAH ALAM, 29 Sept (Bernama) — Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperkenalkan penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu bagi menjaga keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan (4K) graduan, ibu bapa serta seluruh warga yang terlibat. Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata langkah alternatif itu dilakukan berikutan pandemik COVID-19 masih berleluasa dengan peningkatan kes yang tidak menentu. “Menyedari hakikat inilah maka Pengurusan Tertinggi UiTM amat prihatin […]
COVID-19: Thailand Siap Sedia Dengan Langkah Keselamatan Ketat Untuk Ketibaan Pelancong Asing
BANGKOK, 29 Sept (Bernama) — Thailand yang menyaksikan jumlah kes COVID-19 kini semakin berkurangan, akan menerima kumpulan pelancong asing pertama minggu depan, menandakan permulaan awal pembukaan secara beransur sektor pelancongannya, dengan langkah-langkah keselamatan yang ketat ditampilkan bagi menyekat sebarang gelombang jangkitan. Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn berkata kumpulan pertama 150 pelancong Cina dari Guangzhou, […]
Individu Tiba Dari Sabah Puas Hati Proses Saringan COVID-19 di KLIA
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Kebanyakan individu yang pulang dari Sabah berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan disediakan sepanjang proses saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Meskipun ada sesetengah penumpang terpaksa menunggu lebih lama untuk menjalani saringan itu, namun bantuan berterusan daripada petugas Kementerian Kesihatan (KKM), anggota pasukan keselamatan serta kakitangan Malaysia Airports Holdings […]
Penularan COVID-19 Masih Terkawal, Kadar Kebolehjangkitan 1.39
PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Penularan COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal dengan kadar kebolehjangkitan (RO), atau disebut ‘R-Naught’ adalah kurang daripada 1.6 dengan kadar ketika ini adalah 1.39, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. “RO ketika ini adalah 1.39 dan keadaan masih terkawal. Tahap kritikal adalah 1.6 dan di Sabah […]
Video Kemalangan Maut Akibat Besi Pembinaan LRT Jatuh Bukan Di Klang
SHAH ALAM, 29 Sept (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan satu maklumat yang tular di media sosial, kononnya satu kemalangan maut berlaku akibat besi dari tapak pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) jatuh di kawasan sebuah pusat beli-belah di Klang. Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata video kemalangan maut yang tular di media sosial hari ini adalah kejadian yang […]
Tiga Termasuk Bayi Sesak Nafas Dalam Kebakaran Hotel bajet
GEORGE TOWN, 29 Sept (Bernama) — Tiga sekeluarga termasuk bayi lelaki nyaris maut selepas bilik di sebuah hotel bajet yang disewa mereka musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Jalan Utama, di sini pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata suami isteri berusia 20-an dan bayi lelaki […]
Lebih 30 Ekor Gajah Di Zimbabwe Dilaporkan Terkorban Secara Mengejut, Dipercayai Akibat Jangkitan Bakteria
Satu jangkitan bakteria dilaporkan telah menyebabkan kematian mengejut beberapa ekor gajah di Zimbabwe dengan angka kematian sebanyak 34 ekor, lapor Daily Mail. Menurut pengarah Zimbabwe Parks dan Wildlife Management Authority, Fulton Upenyu Mangwanya, sejumlah 34 bangkai telah ditemui namun beberapa yang lain masih belum ditemukan. Kesemua haiwan itu dilaporkan mati di antara 24 Ogos dan […]
Laman Web Bursa Alami Masalah Teknikal, Dagangan Tidak Terjejas
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Laman web rasmi pengendali bursa saham, Bursa Malaysia Bhd sedang mengalami masalah teknikal sejak lewat pagi ini. Bagaimanapun, masalah yang berlaku secara tiba-tiba dan sementara itu, tidak memberikan impak kepada dagangan saham. “Laman web bursa sedang mengalami masalah teknikal. Pasukan kami sedang berusaha menanganinya,” menurut wakil jabatan komunikasi Bursa ketika […]