Berita

Sekurang-kurangnya 8 Maut Bangunan Runtuh Di India
NEW DELHI, 21 Sept (Bernama) — Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh selepas sebuah bangunan tiga tingkat runtuh di Maharashtra pada Isnin, menurut Agensi Anadolu memetik pegawai Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF). “Lima pasukan NDRF sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak 5 pagi IST (11:30 PM GMT) pada Isnin. Dipercayai antara 20 hingga 25 lagi dikhuatiri […]

Penganggur Didakwa Bunuh Bapa Kandung Guna Botol Dan Serpihan Botol Kicap
IPOH, 21 Sept (Bernama) — Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya, di sebuah rumah di Gunung Rapat dua minggu lalu. Tertuduh, 49, dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus, bagaimana tiada pengakuan direkodkan. Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan […]

Ramai Tak Tahu, Ini Cara Nak Bantu Padam Akaun Instagram Ahli Keluarga Yang Dah Meninggal Dunia
Apabila seseorang indvidu meninggal dunia, media sosial seperti akaun Instagram dan Facebook masih lagi aktif selagi tidak dipadam oleh pasangan mereka, ahli keluarga mahupun rakan terdekat. Ianya terpulang kepada waris kerana ada yang akan membiarkan sahaja akauan Instagram arwah/simati tersebut terus aktif sebagai kenangan untuk ditatap oleh mereka yang ditinggalkan. Namun, kadang-kala sesetengah waris mahu […]

Penyelam Ini Temui Bangkai Ikan Yu ‘Masih Segar’ Di Dasar Laut Pulau Tioman
Tidak dinafikan kebanyakan orang sekarang lebih gemar untuk mencipta satu pengalaman baru yang lain dari yang lain yang lebih menyeronokkan. Ye lah, waktu ‘darah muda’ ni lah masa yang sesuai untuk kita kumpul pengalaman kan? Salah satu benda yang ada dalam ‘bucket list’ korang adalah selam skuba (scuba diving). Ya, dalam selam skuba inilah masa korang […]

Wanita Ditahan Hantar Surat Mengandungi Racun Berbahaya Ke ‘White House’
WASHINGTON, 21 Sept (Bernama) — Pihak berkuasa sempadan menahan seorang suspek wanita kerana didakwa menghantar surat mengandungi racun risin ke Rumah Putih. Menurut agensi berita Sputnik, memetik laporan NBC Chicago, seorang pegawai penguatkuasa undang-undang persekutuan berkata pada Ahad suspek ditahan ketika cuba memasuki Amerika Syarikat (AS) dari Kanada. Pada Sabtu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS mengatakan […]

Gempa Bumi Bermagnitud 6.1 Landa Selatan Filipina
MANILA, 21 Sept (Bernama) — Gempa bumi berkekuatan 6.1 pada skala Richter melanda wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua. Institut Seismologi dan Vulkanologi Filipina (Phivolcs) berkata gempa itu melanda pada 6.13 pagi waktu tempatan, dengan kedalaman 77 kilometer, kira-kira 66 kilometer di timur laut kota Bayabas di pulau […]
Rakan Temui Jasad Wanita Tergantung Pada Kipas Siling Di Rumahnya Di Port Dickson
Seorang wanita ditemui mati tergantung pada kipas siling di sebuah rumah di Port Dickson dalam kejadian petang semalam. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, rakan mangsa yang datang ke rumah pada jam 4.15 petang menemui mayat wanita berusia 24 itu. “Rakan mangsa mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila […]

“Saya Masih Budok Kuba,” 56 Ekor Kerbau Mati, “Mowgli” Malaysia Akan Bangkit Dari Kesedihan
KUALA TERENGGANU, 21 Sept- “Saya masih Budok Kuba (budak kerbau). ‘Tsunami’ ini lebih menguatkan semangat dan beri kekuatan untuk terus berusaha, kerana saya yakin rezeki berganda akan tiba kemudian nanti.” Demikian kata Muhammad Syukur Khamis, 15, atau Mowgli Malaysia setelah kehilangan 56 daripada 110 ekor kerbau milik keluarganya, akibat wabak hawar berdarah. Melihat wajah sugul […]

Enam Mayat Dipercayai Migran Indonesia Ditemukan Di Pesisir Pantai Dekat Bandar Penawar
JOHOR BAHRU, 20 Sept (Bernama) — Enam mayat terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki yang dipercayai pendatang tanpa izin warganegara Indonesia, ditemukan di pesisir Pantai Teluk C, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, awal hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kesemua mangsa, yang dipercayai berusia antara 31 hingga 46 tahun itu, dipercayai […]
SAR Digerakkan Selepas Saksi Dakwa Nampak Pesawat Terhempas Di Tanjung Bungah
GEORGE TOWN, 21 Sept – Polis bersama beberapa agensi lain menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan laut petang semalam selepas menerima laporan daripada saksi memaklumkan dia bersama rakannya ternampak sebuah pesawat ringan dipercayai telah terhempas sebelum terjunam ke dalam laut berhampiran Tanjung Bungah, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP […]

Lapor Polis Jika Ada Maklumat Kemasukan Pendatang Tanpa Izin
Lahad Datu: Polis meminta semua pihak yang mempunyai maklumat berhubung kemasukan pendatang tanpa izin atau sebarang bentuk ancaman anasir luar terhadap Sabah melalui daerah ini, agar segera melaporkannya kepada pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata gesaan itu sebagai langkah kebersamaan komuniti dalam menangani jenayah rentas sempadan sekali gus mengekang penularan COVID-19 […]

Lelaki Dipercayai Warga Asing Dibunuh
Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini, hari ini. Mayat lelaki dipercayai warga asing itu, dijumpai berlumuran darah di tingkat bawah berhampiran tangga pangsapuri itu, kira-kira pukul 10 malam tadi. Menurut polis, lelaki itu dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan, bagaimanapun bilangan mereka yang terlibat masih disiasat. Mayat […]

Bekas MB Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad Meninggal Dunia Awal Pagi Ini
Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad berusia 88 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, KL pada 6.20 pagi tadi. Allahyarham pernah mentadbir negeri Terengganu selama 25 tahun dari 1974 hingga 1999. Perkara duka ini disampaikan menerusi laman Facebook rasmi Wan Abdul Hakim (anak) pada hari ini. Assalamualaikum…innalillahiwainalillahirojiun..ayah saya, Tan […]
Trend ‘Dark Side’ Media Sosial, Polis Beri Amaran Keras
KUALA LUMPUR, 21 Sept – Menggunakan platform media sosial untuk memaparkan pelbagai perkara, sama ada peribadi, rasmi, perniagaan atau promosi barang merupakan perkara normal masyarakat masa kini. Ada yang baik dan ada yang buruk. Ada juga untuk mencari populariti mudah dan ada yang untuk meluahkan perasaan. Mungkin agak mengejutkan juga apabila ada yang berani memaparkan sisi hitam […]
Terkini: Lagi Kejadian Kereta Remuk Ditimpa Sesuatu Objek Di Lebuhraya SUKE
Terkini, sedang tular di media sosial gambar sebuah kereta dilihat remuk dikatakan ditimpa sesuatu objek berat di Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) sebentar tadi. Menerusi posting Twitter BernamaTV, pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) memberitahu bahawa kejadian terbabit tiada kaitan dengan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) kerana […]
19, 167 Penduduk Dalam PKPD Kota Setar Disaring
ALOR SETAR, 20 Sept (Bernama) — Seramai 19,167 penduduk dalam daerah Kota Setar yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran, menjalani saringan COVID-19 sejak 11 Sept hingga semalam. Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohd Fikri Ujang berkata sebelum ini, pihaknya menganggarkan seramai 15,000 hingga 20,000 penduduk akan disaring, namun bilangan itu boleh meningkat sekiranya lebih banyak kes […]
TERKINI: Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Iaitu Kluster Ara Di Pulau Pinang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu telah dikesan iaitu Kluster Ara di Pulau Pinang. COVID-19: KKM kesan satu kluster baharu di Pulau Pinang, Kluster Ara dengan dua kes positif – KP Kesihatan pic.twitter.com/kS9I0XgF3n — BERNAMA (@bernamadotcom) September 20, 2020 Menurut […]
Senarai 21 Nama Habis Digunakan, Ribut Taufan Bakal Diberikan Nama Dengan Abjad Yunani Selepas Ini
Dunia menyaksikan banyak ribut dahsyat yang telah terbentuk di Atlantik pada tahun ini sehingga US National Hurricane Center (NHC) telah kehabisan nama. Disebabkan itu juga, taufan dan ribut tropika selepas ini akan dinamakan dengan huruf dari abjad Yunani. Memetik laporan The Guardian, terdapat sebanyak 21 nama yang ada pada setiap tahun. Senarai tersebut berakhir dengan […]
TERKINI: 52 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 40 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 52 kes positif Covid-19 telah dicatat pada hari ini. Menurut satu ciapan yang dibuat oleh akaun rasmi Twitter KKM, daripada 52 kes baharu itu, sebanyak 40 kes merupakan kes tempatan manakala 12 lagi adalah kes import. 52 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes […]
COVID-19: Singapura Catat 18 Kes Baharu Termasuk Empat Kes Import
SINGAPORE, 20 Sept (Bernama) — Singapura telah mengesahkan sejumlah 18 kes tambahan bagi jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan empat daripadanya kes import. Menerusi data ringkas yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu berkata kesemua kes import telah diletakkan di bawah Notis Duduk Di Rumah sejurus tiba di Singapura. Sementara itu, berdasarkan siasatannya […]