Berita
Jangkitan COVID-19 Di Indonesia Semakin Membimbangkan, Kes Baharu Lebih 4,000
JAKARTA, 19 Sept — Indonesia mencatatkan 4,168 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah harian tertinggi sejak virus pandemik itu dikesan di republik berkenaan pada 2 Mac lepas. Berdasarkan data yang disiarkan dalam laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, jumlah kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 240,687 kes, manakala sebanyak 107,863 […]
Wanita Dakwa Kerugian Akibat Ambil Anak Angkat Tak Wujud
KUANTAN, 19 Sept (Bernama) — Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa kerugian RM2,750 selepas terpedaya dalam urusan pengambilan anak angkat yang tidak wujud, bulan lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berumur 41 tahun dari Benta, Lipis kira-kira 246 kilometer dari sini mendakwa berurusan dengan seorang suspek wanita menerusi telefon […]
Wanita Dilaporkan Gigit Alat Sulit Lelaki Hingga Putus, Dakwa Lelaki Itu Hendak Merogolnya
Seorang wanita dilaporkan sedang disiasat pihak polis Brazil selepas dia didakwa menggigit alat sulit seorang lelaki sehingga putus, lapor Daily Mail. Menurut portal tersebut, wanita itu dikatakan telah mengakui tindakannya yang berlaku pada 5 September itu namun menyatakan bahawa dia hanya bertindak sedemikian untuk mempertahankan dirinya daripada dirogol seorang lelaki. Dia mendakwa bahawa lelaki itu […]
Nelayan Dikhuatiri Lemas Selepas Bot Dinaiki Dirempuh Bot Lain
ALOR SETAR, 19 Sept — Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaiki bersama abangnya dirempuh oleh sebuah bot lain di kawasan muara Tanjung Dawai dekat Sungai Petani, kira-kira 10 malam tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata sebelum kejadian, mangsa Zulkifli Mohamad, 52, telah ke laut bersama […]
TERKINI: Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Iaitu Kluster Bakau
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang dikesan di Sabah. Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster baharu tersebut adalah kluster Bakau dan ianya dikesan dikenalpasti di Semporna, Sabah. Kluster Bakau Kluster Bakau (kluster baharu) melaporkan satu kes baharu hari ini. Seramai 109 individu […]
TERKINI: 20 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 17 Kes Tempatan, Satu Kematian Baharu Di Kedah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 51 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 9, 315 bersamaan dengan 91.62%. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham, sebanyak 20 kes baharu Covid-19 telah dicatatkan hari ini termasuk 17 kes tempatan dan […]
Bekas Pegawai Kanan ATM, Pengarah Syarikat Direman Untuk Siasatan Berkaitan Projek Di Sarawak
PUTRAJAYA, 19 Sept — Seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar ‘Datuk’ dan seorang pengarah syarikat pembekal direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu projek naik taraf jalan raya di pedalaman Sarawak. Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-dua suspek lelaki masing-masing berumur 62 dan 56 tahun itu ditahan di […]
COVID-19: Singapura Catat 15 Kes Baru, Lima Kes Import
Singapura yang kini di dalam fasa kedua pembukaan semula ekonomi dan aktiviti sosial, pada laporan awalnya mengesahkan 15 kes baru jangkitan COVID-19 untuk tempoh 24 jam lepas, dengan lima merupakan kes import. Dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan kesemua kes import tersebut telah dikenakan Notis Duduk di Rumah sebaik […]
“Penghormatan Besar Buat Saya,” Pelajar India Cemerlang Subjek Tasawwur Islam ‘Teruja’ Bertemu Menteri Agama
Bukan mudah bagi seseorang untuk mendalami sesuatu yang berbeza dari kepercayaan namun atas minat dan usaha yang berterusan, ia pasti akan dapat dilakukan dengan mudah. Seperti seorang pelajar yang telah tular di laman Twitter beberapa hari yang lalu, Dharshini, yang berkongsi mengenai keputusan ujian penilaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). The face The tasawwur Islam result […]
(Video) ‘The Rock’ ‘Cabut’ Pagar Rumah Elektrik Seorang Diri Kerana Risau Lambat Pergi Kerja
Gara-gara terlambat untuk pergi ke lokasi penggambaran, Dwayne ‘The Rock’ Johnson telah meranapkan pintu pagar rumahnya yang tidak berfungsi kerana masalah bekalan tenaga elektrik akibat ribut. Dalam perkongsian di akaun Instagramnya bersama dengan sekeping gambar memaparkan pintu pagar yang telah rosak, bintang Hollywood itu menjelaskan bahawa ribut telah menyebabkan tenaga elektrik terputus, disebabkan itulah pintu […]
93 Individu Ingkar PKPP, 268 Kertas Siasatan Dibuka Berhubung Berita Palsu COVID-19
KUALA LUMPUR, 19 Sept — Seramai 93 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dengan 85 dikompaun, manakala lapan lagi direman. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara kesalahan dikesan ialah tidak memakai pelitup muka iaitu seramai 33 individu, diikuti 32 individu berkaitan penjarakan fizikal dan 14 individu bagi aktiviti dalam pub […]
(Video) Tembakan Besar-besaran ’Gemparkan’ Rochester, New York, Dipercayai 13 Orang Ditembak Dan 2 Maut
Satu kejadian tembakan besar-besaran dilaporkan telah berlaku di Rochester, New York, hari ini dengan 13 orang mangsa dipercayai telah ditembak. Menurut laporan BNO News, kejadian yang dilaporkan bermula tepat sebelum jam 12.30 pagi waktu tempatan itu berlaku berdekatan dengan Goodman Street dan Pennsylvania Avenue. Namun, maklumat terperinci mengenai kejadian tembakan itu masih lagi tidak diketahui […]
(Video) Rakaman Ular ‘Menyorok’ Di Bahagian Lampu Motosikal Bikin Warganet Risau
Seperti yang diketahui, haiwan berbisa seperti ular sememangnya terkadang akan berselindung di sebalik kawasan-kawasan yang tidak pernah dijangka. Jika sebelum ini dilaporkan haiwan tersebut banyak dijumpai di dalam mangkuk tandas, longkang dan di dalam tilam, anda mungkin juga tidak menjangkakan bahawa ia juga ‘menghuni’ di dalam bahagian motosikal. Melalui video yang dimuatnaik oleh SKUAD KING […]
Fenomena Air Pasang Besar Di Pesisir Pantai Selangor Terkawal, Tiada Banjir
SHAH ALAM, 19 Sept — Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai Selangor hari ini dilaporkan terkawal, dan tiada sebarang limpahan air berlaku sehingga mengakibatkan kejadian banjir serius dilaporkan. Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN), Ahmad Fairuz Mohd Yusof ketika dihubungi berkata, hanya halaman sebuah rumah di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor dikesan telah dinaiki air ekoran hakisan pada benteng Pantai Remis awal pagi tadi. Beliau berkata […]
Pasang Jalur Gemilang Terbalik: Pemilik, Pekerja Kilang Direman
KULAI, 19 Sept — Seorang pemilik kilang dan seorang pekerja warga Indonesia direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kilang plastik dan acuan di Kawasan Perindustrian Senai, di sini, semalam. Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin mengeluarkan perintah reman tersebut di Mahkamah Majistret Kulai hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah […]
Kebakaran Rumah, Warga Emas Ditemui Rentung
BUTTERWORTH, 19 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung di dalam sebuah bilik tingkat atas rumah dua tingkat di Lorong Laksamana, Taman Telok Molek, di sini selepas kediaman itu musnah dalam kebakaran awal hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berkata mayat Azali Saad, 64, ditemukan dalam bilik yang […]
Majlis Perkahwinan Jadi ‘Super Spreader’, 7 Orang Dilaporkan Maut Dan 177 Orang Yang Lain Dijangkiti COVID-19
Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA. Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melanggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang. Menurut […]
Sempat ‘Upload’ Gambar Di Media Sosial, Dua Remaja Maut Dipercayai Selepas Ambil ‘Selfie’ Di Air Terjun 100 Kaki
Dua sekawan maut selepas asyik mengambil gambar ‘selfie’ di air terjun dari ketinggian 30 meter di Brazil, lapor Mirror. Remaja 19 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika menerima bantuan kecemasan daripada pasukan paramedik sementara remaja berusia 18 tahun, dinyatakan maut di tempat kejadian ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi. Menurut Mirror, kedua mereka telah terbunuh selepas […]
(Video)Terperosok Bawah Kereta Akibat Kemalangan, Orang Ramai Bersatu Angkat Kereta Tak Sampai 3 Minit
Semangat kerjasama serta tolong menolong tanpa mengira nama, pangkat mahu pun bangsa adalah suatu nilai murni yang amat dipuji. Seperti yang dikongsikan menerusi akaun Twitter agensi berita China Xinhua ini, semangat kerjasama itu dapat dilihat di dalam satu video yang terjadi di Nanjing, timur China. Menurut China Xinhua News, seorang warga emas yang menaiki basikal […]
Thailand Catat Kematian Covid-19 Pertama Selepas Lebih 100 Hari
BANGKOK, 18 Sept (Bernama) — Selepas lebih 100 hari sifar kematian akibat COVID-19, Thailand merekodkan satu kes maut hari ini – seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun yang kembali dari Arab Saudi awal bulan ini. Ketika mengesahkan perkara itu pada sidang media di sini, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perubatan Dr Somsak Akksilp berkata lelaki […]