Berita
“Pagi Ni Ada ‘Tetamu’ Datang Melawat Kami Di Balai,…Kami Sambut Dengan Baik” – Bomba
Secara kebiasaannya, orang awam pastinya akan menghubungi pihak bomba sekiranya mengesan kehadiran haiwan merbahaya di kawasan rumah. Namun begitu, terdapat kisah sebaliknya yang berlaku seperti yang dikongsikan menerusi Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju KL ini. Menurut laman Facebook tersebut, terdapat seekor ular sawa telah datang ‘melawat’ balai bomba berkenaan. Kehadiran haiwan reptilia itu […]
“Amalkan Sebulan Sekali,” Wanita Kongsi Cara Suburkan Pokok Dalam Rumah Guna Kulit Pisang
Aktiviti menanam pokok kini bukan sahaja terhad kepada individu yang mempunyai laman yang besar dan rumah landed. Sesiapa sahaja boleh berbakti kepada tanah termasuk yang tinggal di rumah high-rise, anda boleh menanam pokok mengikut kesesuaian rumah masing-masing. Dalam proses penjagaan pokok, setiap orang pastinya akan risau mengenai tahap kesuburan pokok tersebut. Jika tidak konsisten dan dijaga […]
“Cuma Linangan Air Mata,” Syukor Dan Bapa Sedih Lebih 25 Ekor Kerbau Dipercayai Mati Secara Mengejut
Dikenali sebagai ‘budak kerbau’, rakyat Malaysia pasti mengenali Syukor yang sangat akrab dengan haiwan peliharaannya. Seperti yang diketahui, kebanyakan foto-foto Syukor telah dimuatnaik oleh jurugambar, Dallah Deen melalui Facebook miliknya. Melalui perkongsian terbaru yang dimuatnaik oleh Dallah Deen sebentar tadi, lebih 25 ekor kerbau Syukor dan ayahnya, Pak Khamis dipercayai telah mati secara mengejut. Menurutnya, […]
Lelaki Tunggang Motosikal Dengan Aksi Berbahaya Direman – Polis
KUALA LUMPUR,14 Sept — Seorang lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya menggunakan kaki bagi mengawal handel jentera itu, di Jalan Kuching di sini, baru-baru ini, direman hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata suspek berumur 36 tahun itu telah menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di sini, semalam. Beliau berkata […]
(Video) Mungkin ‘Geram’ Dengan Ikan, Gelagat Kucing Berendam Dalam Air Sambil ‘Memburu’ Ikan Undang Tawa
Kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang paling digemari ramai kerana sifat comel dan nakalnya yang sangat menghiburkan. Setiap kucing juga mempunyai personaliti dan perangai yang berbeza-beza. Ada yang jenis nakal, ada yang jenis baik, pemalas, aktif dan sebagainya. Seperti yang video dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Hafiz Runner Temerloh Servis ini, dapat dilihat bahawa […]
“Saya Ambil Masa 30 Tahun,” Lelaki Dakwa Gali Tanah Seorang Diri, Buat Terusan Untuk Sumber Air Di Kampungnya
Seorang lelaki dilaporkan sanggup menggali terusan sepanjang tiga kilometer untuk mengalihkan air hujan yang turun dari bukit berdekatan ke ladang di kampungnya di Kothilawa, daerah Lahthua di Bihar, lapor India Times. Dia dilaporkan mengambil masa selama 30 tahun untuk menggali terusan itu. “Saya mengambil masa selama 30 tahun untuk menggali terusan ini yang membawa air […]
Pelakon Veteran, Idris Md Diah Meninggal Dunia
Pagi ini, kita dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penggiat seni tanah air yang dikenali dengan nama sebenarnya Mohd Idris Mohd Diah atau Idris Md Diah. Menerusi status yang dikongsikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di laman Facebook rasmi mereka, pelakon veteran itu dilaporkan meninggal dunia pada hari Isnin, 14 September 2020. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10221603082579781&set=p.10221603082579781&type=3&theater https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10224583689519901&set=a.2619298481925&type=3&theater […]
Kementerian Wilayah Persekutuan Sedia Kerjasama Dengan Kementerian Lain Tangani Banjir Kilat
KUALA LUMPUR, 13 Sept — Kementerian Wilayah Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dengan kementerian lain dan agensi kerajaan termasuk Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar bagi menangani kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa. “Sekali banjir maka macam-macam publisiti keluar, macam masalah dah selesai, tapi kemudiannya keadaan balik kepada masalah lama.. kita kena tengok lebih mendalam […]
Veveonah Besar Hati Terima Jemputan Makan Malam Bersama Perdana Menteri
KUALA LUMPUR, 13 Sept — Penuntut Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin yang namanya menjadi tular sekitar Jun lepas kerana memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet, hari ini berbesar hati selepas menerima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang rendah diri dan mengagumkan, Veveonah menerusi hantarannya di Instagram, berkata jemputan […]
Premis Makan Di Kuala Lumpur Boleh Beroperasi Hingga 2 Pagi
KUALA LUMPUR, 13 Sept — Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan premis-premis makan dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur beroperasi hingga pukul 2.00 pagi mulai esok. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu selari dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri […]
Gempa Bumi Berkekuatan 5.0 Skala Richter ‘Goncang’ Utara Sumatera, Indonesia Awal Pagi Tadi
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 2.28 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 75 kilometer (km) timur dari Meulaboh, Indonesia pada kedalaman 120km. Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA
Saloma Link Dicemari Bekas Minuman, 574 kg Sampah Dikutip Di Pantai, Ini Dua Kisah Alam Sekitar Buat Kita Sedar
Amalan membuang sampah merata-rata adalah satu perlakuan yang agak tidak bertanggungjawab. Selain boleh mencemarkan pemandangan, ia juga boleh menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Sebagai satu inisiatif dalam menjaga alam sekitar, waktu hujung minggu ini telah dimanfaatkan dengan aktiviti mengutip sampah oleh seorang individu dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ini. Percaya atau tidak, individu bernama […]
Masjid Cyberjaya 10 Minta Warga Cyberjaya Hati-hati Dengan Individu Didakwa Scammer Menyamar Sebagai Stafnya
Isu individu yang membuat penipuan atas talian atau dipanggil scammer ini masih panas di negara kita. Saban hari, pasti ada sahaja kes-kes yang dilaporkan melibatkan pelbagai jenis scam, dari judi online, produk tidak wujud, love scam Mat Afrika hinggalah kes menyamar menjadi orang lain. Terbaharu, satu jenayah scam dilaporkan berlaku di Cyberjaya baru-baru ini. Menurut […]
Pekerja Bangladesh Maut Jatuh Ke Dalam Kolam Kumbahan Minyak Panas
JASIN, 13 Sept (Bernama) — Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan minyak panas ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan paip bomba di sebuah kilang ladang sawit di Rim di sini, 11.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata hasil siasatan mendapati mangsa, Md Abdul Manan Molla, 39, […]

PKPD Pentadbiran Aman Jaya: Zon Kenanga & Mawar Tamat Tengah Malam Ini, Zon Melor Dilanjut Hingga 27 Sept
PUTRAJAYA, 13 Sept – Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Zon Kenanga dan Zon Mawar di Aman Jaya, Kedah ditamatkan berkuatkuasa tengah malam ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan penamatan tersebut berikutan tiada lagi kes positif COVID-19 yang direkodkan di Zon Kenanga, manakala hanya satu (1) […]
Bayi Julur Lidah Itu Normal, Tapi Ada Beberapa Sebab Lain Yang Berbahaya Ibu Bapa Perlu Tahu
Bayi lazimnya akan meniru individu di sekeliling sama ada perkataan yang diucapkan, mimik muka atau pergerakan anggota badan. Ia merupakan sebahagian daripada perkembangan normal bayi. Oleh itu, tidak pelik apabila anak kecil anda pandai menjulurkan lidah jika dia pernah melihat seseorang melakukan perbuatan itu dihadapannya. Selain itu, tindakan menjulurkan lidah juga boleh menjadi petunjuk jika […]
(Video) Dua Tahun Kerja Keras Sara Adik-adik, Pemuda Menangis Terharu Rakan Sekerja Hadiahkan iPhone
Tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang senang. Ada antara kita yang pada usia muda sudah perlu bekerja keras untuk menyara keluarga sedangkan rakan-rakan sebaya masih sempat bersuka ria. Bagi seorang pemuda di Indonesia, sebagai tulang belakang keluarga, beliau perlu bekerja keras untuk menyara adik-adiknya. Malah, beliau dikatakan tidak pernah mengeluh, selalu bersederhana dan jarang […]
Pakar Virologi Dari China Dakwa COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan, Bakal Dedah Bukti Saintifik
Seorang pakar virus dari China, Dr Li Meng Yan mendakwa mempunyai bukti saintifik bahawa virus COVID-19 adalah buatan manusia dan berasal daripada sebuah makmal di Wuhan. Menurut New York Post, pakar virus yang bersembunyi demi keselamatannya itu muncul semula dalam satu program terbitan Britain, “Loose Women”. Ketika ditanya mengenai virus yang telah membunuh hampir 1 […]
TERKINI COVID-19: Kes Baru Turun Sedikit, 47 Kes Termasuk 45 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini
Putrajaya, 13 Sept – Sebanyak 47 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini di Malaysia, lebih rendah berbanding semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 45 kes melibatkan jangkitan tempatan manakala dua lagi kes import. Seperti hari sebelumnya, Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan 31 kes termasuk 22 penularan melibatkan Kluster Benteng LD. Sementara itu, sebanyak 13 kes […]
Singapura Minat Sambung Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Di Tambak Johor – Exco
ISKANDAR PUTERI, 13 Sept (Bernama) — Kerajaan Singapura berminat menyambung pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung di Tambak Johor yang dicadangkan kerajaan Malaysia bagi mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan orang ramai di laluan itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Johor Mohd Solihan Badri berkata hasrat tersebut disampaikan kepada beliau menerusi Konsul Jeneral Singapura di […]