Berita
Berang Ditegur, Penagih Dadah Tergamak Pukul Ibu, Ayah & Adik Perempuan
KEPALA BATAS, 12 Sept (Bernama) — Seorang penagih dadah tergamak memukul ibu, ayah dan adik perempuannya menggunakan kayu hanya kerana ditegur membuat bising dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Ara Kuda, Tasek Gelugor di sini hari ini (semalam). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pukul 2.30 […]
(Video) Langit California Di Amerika ‘Berdarah’, Tornado Api Muncul & Hutan Terbakar Sejak Bulan Lepas
CALIFORNIA – Kemunculan satu puting beliung berbentuk lingkaran api dipercayai kelihatan di bandar California, di sini baru-baru ini. Rakaman video berdurasi 17 saat itu dimuat naik netizen, Stance Grounded di laman Twitternya hari ini. Fire Tornadoes in California May God have mercy on the people of California 🥺🙏🏽 CLIMATE CHANGE IS REAL❗❗❗ pic.twitter.com/mVwrC7bKaT — StanceGrounded […]
“Ambil Je, Percuma Tak Kira Agama Atau Bangsa”, Ustaz Ebit Sediakan “Food Bank” Pula Untuk Yang Memerlukan
Selepas berjaya membuka 10 cawangan pasar mini Elewsmart di sekitar Lembah Klang, Selangor, kali ini pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuka FoodBank di setiap cawangan berkenaan. Kongsi ustaz Ebit Lew, FoodBank tersebut dikhaskan buat individu yang memerlukan, tidak kira bangsa dan agama. Doakan yer. FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang […]
“Tanah Tidak Boleh Diwariskan Dan…”, Pejabat Tanah Dedah 6 Risiko Menanti Jika Beli Tanah Lot Lidi
Jual beli hartanah bukanlah perkara yang mudah. Daripada ilmu kewangan hinggalah isu perundangan, semuanya perlu diambil tahu pembeli sebelum melakukan transaksi. Jika tersilap beli, meranalah di kemudian hari. Salah satu perkara penting yang perlu anda ambil kira sebelum membeli sesuatu hartanah ialah jenis harta berkenaan. Hal ini kerana ia akan menentukan bagaimana harta tersebut akan diuruskan […]
COVID-19: Seorang Pemain Bola Sepak Profesional Thailand Diuji Positif
BANGKOK, 11 Sept (Bernama) — Seorang pemain bola sepak profesional telah diuji positif COVID-19, sehari sebelum Liga 1 Thai memulakan semula perlawanananya pada Sabtu. Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Kementerian Kesihatan Awam Dr Opas Karnkawingpong berkata pemain tengah Kelab Bola Sepak Buriram berusia 29 tahun dari Uzbekistan itu tiba di Thailand pada 13 Ogos, telah melengkapkan […]
Safawi Menang Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-juara AFC
KUALA LUMPUR, 11 Sept — Ledakan gol penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid meraih Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini. Jaringan hasil sepakan lencong ketika menentang kelab China, Shandong Luneng dalam aksi Liga Juara-Juara AFC 2019 membawa tuah buat pemain berusia 23 tahun itu selepas menerima undian sebanyak 34 […]
JDT Berada Di Landasan Tepat Raih Kejuaraan Liga Super Ketujuh
KUALA LUMPUR, 11 Sept — Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berada pada landasan tepat untuk melebarkan rekod juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut, selepas menewaskan Terengganu FC 1-0, malam ini. Perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu itu menyaksikan skuad Harimau Selatan membuka jaringan seawal minit kelima, menerusi pemain prolifik negara Safawi Rasid, yang pantas menyambar […]
(Video) Budak Lelaki Dirakam Memandu Lori HGV Di ‘Highway’ Yang Sibuk Timbulkan Kemarahan Ramai
Sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak memandu sebuah lori di lebuh raya yang sibuk sedang disiasat pihak polis, lapor The Sun Video yang berdurasi selama lapan saat itu menunjukkan seorang budak lelaki sedang memandu sebuah lori jenis HGV di Ireland Utara. Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa budak lelaki itu memandu sambil seorang lelaki yang […]
Malaysia Masih Pertimbang Penyertaan Piala Thomas, Uber
PUTRAJAYA, 11 Sept — Malaysia masih meneliti penyertaan atlet badminton negara ke Piala Thomas dan Uber yang akan berlangsung di Denmark pada Oktober ini di sebalik kebimbangan penularan pandemik COVID-19. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata walaupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah bersedia untuk kejohanan itu namun, kementerian juga mengikuti rapat […]
Dua Remaja Lelaki Lemas Di Sungai Segamat
JOHOR BAHRU, 11 Sept — Dua remaja lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Segamat, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata, kedua-dua remaja berkenaan masing-masing berusia 13 dan 15 tahun itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seg Hwa di Tahang Rimau. “Menurut rakan mangsa, kedua-dua mereka berada di kawasan itu untuk bersiar-siar sambil […]
COVID-19: Tiada Arahan Tutup Pasar Di Tawau Oleh Kerajaan Pusat – Ismail Sabri
SANDAKAN, 11 Sept — Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pusat tidak pernah mengeluarkan arahan berhubung penutupan pasar malam, tamu mingguan, pasar borong, gerai buah dan gerai terbuka di Tawau. Beliau berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa untuk menutup mana-mana lokaliti atau premis tanpa arahan daripada kerajaan pusat. Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas […]
PKPD: Operasi Feri Penumpang Kuala Kedah Ke Kuah Dihenti 14 Hari
KUALA LUMPUR, 11 Sept — Perkhidmatan feri penumpang dari Jeti Penumpang Kuala Kedah ke Terminal Penumpang Kuah, Langkawi dan sebaliknya dihentikan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini sehingga 25 Sept. Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan, ini selaras dengan PKPD pentadbiran yang dikuatkuasakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, […]

“Ada Muncung, Badan, Kaki Sampai Ekor,” Imej Seakan Buaya Dipercayai 15 Meter Didakwa Dikesan Dalam ‘Google Maps’
Seekor buaya sepanjang 15 meter didakwa dikesan di dalam gambar yang diambil melalui Google Maps. Gambar yang tular itu telah menggemparkan penduduk di Nunukan, Kalimantan Utara. Dikesan di perairan Nunukan, buaya itu juga didakwa mempunyai lebar 2.5 meter. Gambar yang tular tersebut menjadi topik hangat dan ada yang meragui ukuran buaya tersebut yang dianggap tidak […]
Amaran Pelitup Muka Ada Bahan Kimia Adalah Palsu- Aidi
KUCHING, 11 Sept — Polis Sarawak hari ini menafikan pihaknya telah menghantar pesanan yang tular di aplikasi WhatsApp, berhubung pemberian pelitup muka secara percuma yang dicampur bahan kimia sehingga boleh membuatkan seseorang itu sejuk dan tersungkur, seterusnya dirompak. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail turut mengesahkan, mesej yang tersebar baru-baru itu adalah palsu dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti itu. “Justeru, Polis Sarawak menasihatkan […]
Reman Lima Hari Terhadap Empat Pengurus Kilang
SHAH ALAM, 11 Sept — Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan perintah lanjutan tempoh reman lima hari lagi terhadap empat pengurus kilang yang merupakan adik-beradik bagi siasatan kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang. Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail serta peguam Abdul Rashid Ismail dan Datuk […]
“Tercedera Di Bahagian Triangle Death,” Wanita Ini Kongsi Detik Anak Kecilnya Terjatuh Di Eskalator
Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak-anak kecil mereka terluka namun terkadang ia tidak mampu untuk dielakkan walaupun sudah dijaga sebaik mungkin. Kejadian ini dialami oleh Khairunnisa Hamzah yang menghadapi detik-detik cemas apabila anak perempuannya terjatuh ketika menaiki eskalator. Melalui perkongsiannya di Facebook, kejadian itu bermula apabila anaknya, Aiyraa memegang kaca penghadang eskalator dan menyebabkan […]
Bayi Putus Tangan Kanan Digigit Anjing Peliharaan Keluarga
MELAKA, 11 Sept (Bernama) — Seorang bayi perempuan berusia tujuh hari putus tangan kanan akibat digigit anjing peliharaan daripada baka pemburu ‘plott hound’ milik bapa saudara mangsa di Bachang di sini, Selasa lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata ketika kejadian kira-kira 9 pagi, bayi malang itu dijaga oleh ibu saudaranya berusia 39 tahun […]
COVID-19: Lebih 100 Doktor Meninggal Di Indonesia, Kes Positif Kini 210,940
JAKARTA, 11 Sept — Indonesia mencatatkan 3,737 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini 210,940 kes. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 88 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini 8,544 orang. Provinsi Jakarta mencatatkan […]

COVID-19: Jumlah Kes Aktif Meningkat Kepada 501 Kes, Berikut Perincian Kes Baharu Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 182 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk 181 kes tempatan dan 1 kes import. Kes aktif juga meningkat sebanyak 501 kes. Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM, daripada 182 kes tersebut, 14 kes dicatatkan di Kedah iaitu melibatkan 11 warganegara dari kes Kluster Sungai dan 3 warganegara […]

Biar Betul Ni, Beli Box Set OPPO Reno4 Pro Galactic Blue Edisi Terhad, Boleh Dapat Item Kolaborasi Jenama Terkenal Bernilai RM 119
“Bulan lepas, OPPO Reno4 Pro dilancarkan dengan warna hitam dan putih. Memang cun! Tapi kali ini, lagi cun! Kini, boleh didapati dalam warna ‘rare’, iaitu Galactic Blue!” Siapa yang tak berkenan dengan warna-warna yang sememangnya menjadi warna kegilaan ramai. Kalau sebut warna biru sahaja, pasti korang akan terfikir warna ‘baby blue’ tak pun warna ‘galactic […]