Berita
KKM Tidak Tolak Kemungkinan Kluster Telaga Dan Kluster Sungai Turut Libatkan Strain Mutasi D614G
Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 45 kes baharu pada hari ini dengan 44 kes tempatan termasuk 1 kes daripada Kluster Sungai dan 2 kes daripada Kluster Telaga. Susulan daripada itu, beliau juga memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan bahawa Kluster Telaga […]
India Catat Peningkatan Harian Terbesar 95,735 Kes COVID-19
NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) — India pada Khamis mencatatkan kenaikan harian terbesar kes COVID-19, dengan hampir 96,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini berjumlah 4.4 juta kes. Angka daripada Kementerian Kesihatan India pada Khamis itu menunjukkan 95,735 kes baharu dan 1,172 kematian dicatatkan di negara ini, menurut agensi Anadolu. Ini pertama […]
TERKINI: 45 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 44 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini
Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19 hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 24 kes yang telah pulih. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9, 167 kes. Terkini. 10 Sept. Sebanyak 45 kes baharu #COVID19 hari ini iaitu 44 kes tempatan dan 1 import. Sebahagian besar […]
Buluh Untuk Masak Nasi Berkulat & Premis Ada Lipas, Dapur Nasi Beriani Terkenal Menjijikkan Diarah Tutup 14 Hari
GEORGE TOWN, 10 Sept (Bernama) — Premis yang dijadikan dapur memasak nasi beriani buluh yang terkenal di Batu Uban di sini, diarahkan tutup selama 14 hari setelah didapati keadaan premis itu dikendalikan dalam keadaan menjijikkan. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata, serbuan […]

(Video) Tular Rakaman Ular Sawa Keluar Dari Longkang Selepas Hujan, Dipercayai Di Setapak
Seekor ular sawa dirakam keluar daripada longkang berhampiran sebuah pasaraya di sini sebentar tadi. Kejadian dirakam orang awam di tempat kejadian itu dipercayai berlaku selepas hujan lebat dan banjir kilat di kawasan sekitar. Dalam video dikongsikan Bernama, kelihatan seekor ular panjang menyusur di bawah sebuah van yang diletakkan berhampiran. Sebentar tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan […]

Sultan Kedah Titah Agar Rakyat Tenang, Tidak Panik
ALOR SETAR, 10 Sept – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah agar rakyat bersikap tenang serta tidak panik dengan gelombang kedua wabak COVID-19 yang melanda negeri ini. Baginda bertitah rakyat perlu berhati-hati dan patuh kepada arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dengan sentiasa berada di rumah dan tidak keluar tanpa sebarang tujuan. “Rakyat tidak boleh […]

Kos RM30 Dapat 400 Keping, Tutorial DIY Kad Kahwin, Hasil Macam Tempah Di Kedai
Kos untuk melaksanakan majlis perkahwinan kebiasaannya menelan belanja yang besar. Salah satu cara bagi menjimatkan kos adalah dengan membuat kad kahwin DIY sendiri. Sebenarnya ia tidak susah asalkan ada kelengkapan yang cukup seperti yang dikongsikan oleh Puan Kamariah Mohd Pauzi di laman facebooknya ini. Paling penting bakal pengantin mampu berjimat kerana 400 keping kad yang […]
Kematian Yang Dicemburui, Warga Emas Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Isyak Di Masjid
Meninggal dunia dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik) adalah dituntut oleh semua umat Islam. Masakan tidak, itulah saat terakhir kita berada di dunia ini sebelum ‘berhijrah’ ke alam seterusnya. Kalau baik pengakhirannya, maka Insyaallah baiklah perjalanan seterusnya dan jika buruk pengakhirannya..Nauzubillahi min zalik. Salah satu kematian husnul khatimah yang paling dimuliakan adalah meninggal dunia dalam […]
2055 Ekor Hidupan Liar Direkodkan Mati Dilanggar Sejak 2015 Hingga 2019 – PERHILITAN
Menurut data Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, sebanyak 2,055 ekor hidupan liar mati dilanggar sejak 2015-2019. Bagi mengurangkan insiden, kerajaan telah membina lintasan hidupan liar di tiga kawasan Semenanjung Malaysia. KeTSA akan tubuh pasukan khas kebangsaan melibatkan kerajaan negeri, kementerian dan agensi berkaitan bagi tangani konflik manusia-hidupan liar. Jabatan Perhilitan akan turut mewajibkan pematuhan kepada Wildlife […]
Mungkin Sangat Bermakna, Gadis Cari Pemilik Wang RM1 Kerana Tertulis Nasihat Ibu Atas Duit Di Hari Pertama Kerja
Benda yang seakan kurang bernilai di mata kita kadang-kala membawa nilai yang besar kepada orang lain. Mungkin ianya berupa pemberian daripada insan tersayang untuk disimpan sebagai kenangan dalam hidup. Seperti perkongsian oleh seorang gadis di Twitter yang mencari pemilik wang kertas RM1 yang dikatakan mungkin mempunyai ‘sentimental value’ kepada pemilknya. Di wang kertas tersebut, tertera […]
(Video) Luahan Lelaki Bawa Anak “Wish Anniversary” Di Pusara Isteri Undang Rasa Sebak
Masihkah anda ingat lagi, seorang lelaki bernama Izrul Mat Taib yang kehilangan isteri tercinta ketika masih berpantang pada awal tahun ini? Arwah isterinya, Norehan Zainal meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami kompilasi darah beku di jantung. Lebih memilukan, arwah isterinya ‘pergi’ ketika 40 hari dalam berpantang, sementara anak kecil mereka, Annur Ayesha baru […]
(Video) Kunjungan Delegasi China Ke Malaysia Ikut, Patuh SOP Yang Ketat- Ismail Sabri
Putrajaya, 10 Sept- Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan isu hangat mengenai kunjungan Menteri Pertahanan China ke Malaysia. Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, beliau menjawab soalan-soalan yang timbul dalam kalangan rakyat mengenai kunjungan berkenaan. Rujuk KKM sebelum terima kunjungan Kata Ismail Sabri, biarpun negara mengetatkan sempadan dan menyekat kemasukan […]
Isu Veveonah: Zahidi Diminta Hadir Beri Penjelasan Di Dewan Negara Minggu Depan & Memohon Maaf
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin perlu hadir ke persidangan Dewan Negara pada minggu depan bagi memberi penjelasan dan memohon maaf berhubung kenyataannya tentang seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin. Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim membuat ketetapan itu selepas Senator Alan Ling Sie […]

“Menjadi Badut Bukan Sekadar Hobi, Tapi Kerjaya”, Lelaki Jadi Badut Dakwa Kerja Terjejas Sejak PKP, Jual Air Tambah Pendapatan
GEORGE TOWN, 10 Sept (Bernama) — Lengkap berpakaian sut badut, Yusmanizam Hassan menghiburkan orang ramai di Pasar Chowrasta Pulau Pinang di sini, sambil menjual air serbat yang dibuatnya sendiri untuk menjana pendapatan. Yusmanizam, 34, juga dikenali sebagai ‘Yuyu the Clown’ berkata pekerjaan sepenuh masanya itu terjejas akibat wabak COVID-19 dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). […]

945 Belia Diisytihar Muflis Tahun Ini
Kuala Lumpur: Seramai 945 golongan belia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun telah diisytihar bankrap bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya. Menurutnya, mengikut rekod di Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) terdapat lebih 100 kes kebankrapan yang direkodkan melibatkan mereka yang berumur […]
Waktu Operasi Perniagaan Seperti Restoran & Kedai Serbaneka Dilanjutkan Hingga 2 Pagi – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 10 Sept – Waktu operasi perniagaan seperti restoran dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga 2 pagi. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut diputuskan berikutan terdapat rungutan daripada sebahagian pengusaha perniagaan. “Banyak rungutan terutamanya di kawasan pelancongan seperti di Langkawi misalnya, mereka terpaksa tutup sehingga pukul 12. “Hiburan sudah tidak […]
65 Kes Malaria Monyet Direkod Di Kelantan Bagi Januari Hingga Ogos
KOTA BHARU, 10 Sept – Sebanyak 446 kes malaria monyet direkod di Kelantan bagi tempoh 2016 hingga kini dengan 65 kes dicatat di negeri ini setakat Januari hingga Ogos lepas. Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Vektor, Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Dr Ahmad Syaarani Yasin berkata bagaimanapun, tiada kes kematian berkaitan penyakit […]

Feri Dari Jeti Kuala Kedah Tidak Dibenar Beroperasi Sepanjang PKPD Pentadbiran Daerah Kota Setar Dikuatkuasa – Ismail Sabri
Susulan daripada kawasan Kota Setar bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran hari ini. Turut terjejas adalah perkhidmatan terminal feri Kuala Kedah tidak dibenarkan beroperasi. Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, Terminal Feri Kuala Kedah tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPD kerana Kuala Kedah termasuk dalam 28 mukim di Kota Setar. Feri dari jeti […]

Kematian Prebet: Tiada Pegawai, Anggota TDM Dipanggil Polis Setakat Ini – PTD
Kuala Lumpur: Tiada mana-mana pegawai atau anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan polis berhubung kes kematian Prebet Abdul Aziz Aznam pada 28 Ogos lepas, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain. Beliau berkata pihaknya terbuka untuk menyerahkan mana-mana warga TDM sekiranya dipanggil serta disyaki terlibat dalam […]
TERKINI: Kerajaan Isytihar PKPD Pentadbiran Di Penjara Tawau Mulai Tengah Malam Ini
PUTRAJAYA, 10 Sept – Kerajaan mengisytiharkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Penjara Tawau, Sabah mulai 12.01 tengah malam ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD pentadbiran tersebut yang dijalankan sehingga 25 September itu akan melibatkan banduan dan anggota. “Ahli keluarga yang mempunyai keluarga banduan tidak […]