Berita

Berat Asal 70kg, Gadis Kongsi Tips Diet Santai & Berjaya Turunkan 12 Kilogram Setakat Ini
Perjalanan menurunkan berat badan mungkin boleh jadi menyeronokkan dan memberi kepuasan jika dilakukan secara santai. Malah, tabiat diet yang sihat juga dipercayai dapat meningkatkan mood seseorang individu. Oleh itu, jika kena pada caranya, kita mungkin tak lagi rasa terbeban, malah rasa lebih gembira untuk mengamalkan diet. Seperti saudari Mimi Syasyafalani, gadis ini berkongsi cara santai […]
Israel Serang Kedudukan Tentera Hamas Di Gaza Hari Ini
GAZA CITY, 28 Ogos (Bernama) — Pesawat tempur dan kereta kebal tentera Israel pada Jumaat melancarkan serangan menyasarkan kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza yang diduduki, lapor Agensi Anadolu. Tentera Israel dalam Twitternya berkata tindakan itu sebagai tindak balas terhadap serangan belon api yang dilancarkan penduduk Palestin. Menurut sumber Palestin, pesawat Israel menyerang kedudukan milik Briged […]
“Dia Bagi Salam Aku Bagi Jempol,” Setahun Chat Lelaki Ini Hanya Dibalas ‘Like’, Kini Sudah Sama-sama Timang Cahaya Mata
Setiap pasangan mempunyai kisah sendiri ketika permulaan cinta berputik. Bagi Puan Miya Juna dan suami, perkenalan mereka di Facebook pastinya bakal menjadi kenangan lucu dan manis buat pasangan ini. Selama setahun memberi balasan ‘thumbs up’ kepada mesej si suami yang cuba mencuri hati, akhirnya mereka berdua ditakdirkan bersama melalui Facebook sebagai perantara. “Saya like dari […]
TERKINI: 10 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 8 Kes Import Dicatatkan Hari Ini – KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan bahawa terdapat 36 kes yang telah pulih pada hari ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 36 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,030 kes (97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan […]
ATM Sahkan Tiga Kes Positif COVID-19 Termasuk Seorang Askar Di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak
KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Hospital Angkatan Tentera (HAT) Kem Terendak, Melaka mengesahkan tiga kes positif COVID-19 yang dikesan di sana. Markas Angkatan Tentera Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengesahan tersebut merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah semalam berkaitan kes penularan tempatan di hospital berkenaan. “Adalah disahkan tiga kes […]
Hati-Hati, Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di 9 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.20 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 6 petang ini adalah Perlis, […]
Gaduh Di Dataran Merdeka, 8 Lelaki Didenda Maksimum RM1,000
KUALA LUMPUR: Lapan lelaki, yang video rakaman pergaduhan mereka menjadi tular di media sosial baru-baru ini dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan gaduh gempar di Dataran Merdeka, Ahad lepas. Mereka terdiri daripada Mohamad Syahrul Azrai Mas Ringo,18; Nasrin Superatekjo, 26; Mohd Sharuddin Muhamad […]
TH Serah Zakat RM7.08 Juta Kepada Lembaga Zakat Kedah
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM7.08 juta bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menerima pembayaran zakat itu daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff di Istana Darul Aman, […]
88 Individu Ditahan Kerana Ingkar Arahan PKPP – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Seramai 88 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Daripada jumlah itu, seramai 84 individu telah dikompaun manakala empat lagi direman, katanya. “Antara kesalahan ingkar arahan PKPP yang termasuk gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk sebanyak […]
PM Jepun Abe Dijangka Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan
MOSCOW, 28 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe merancang untuk melepaskan jawatannya kerana masalah kesihatan, lapor agensi berita Sputnik memetik NHK pada Jumaat. Abe dijadual bertemu dengan pihak wartawan yang antara lain dijangka memaklumkan mengenai keadaan kesihatannya. Perdana Menteri Jepun itu baru-baru ini dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital. — BERNAMA
(Video) Gerun, Bunyi Angin Kuat Lalu Dalam Kasino Ketika Taufan Laura Berkelajuan 193kmj Badai Amerika Dirakam
Taufan Laura dengan kelajuan mencecah 150 batu sejam bersamaan kira-kira 193 km per jam telah membadai Louisiana, Amerika Syarikat awal Khamis lalu. Taufan kategori 4 ini telah meninggalkan kesan kerosakan di beberapa kawasan di Louisiana dan Texas. “Kerosakannya amat luas. Kelihatan kita menghadapi banyak kerosakan struktur daripada angin,” kata Gabenor Louisiana, John Bel Edwards seperti […]
“Aduh Pijarnya Tangan,” Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Nak Elakkan Panas CIli Meresap Ke Dalam Tapak Tangan
Tidak lengkap rasanya jika tidak menggunakan cili di dalam setiap masakan. Manakan tidak, boleh dikatakan rata-rata penduduk di negara ini juga menggemari masakan pedas. Namun, anda pasti tahu bahawa bukan senang untuk menangani kesan selepas menggunakan cili sebagai bahan dalam masakan. Kebiasaannya, tangan pasti akan rasa berpijar selepas menumbuk atau memotong cili. Tidak kira cili […]
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat Lulus 10 Rang Undang-Undang
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Hukuman lebih berat bagi pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan kebenaran prosiding mahkamah diadakan secara dalam talian antara dua perkara signifikan yang mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai semalam. Masing-masing diluluskan melalui Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan melalui […]

Lelaki Warga Emas Dilapor Maut Selepas Diserang Singa Sendiri
Seorang lelaki warga emas maut dibunuh singa belaannya di Limpopo, Afrika Selatan pada Rabu lalu. West Mathewson, 69 yang merupakan seorang ahli pemuliharaan dilaporkan telah diserang seekor daripada dua singa putih miliknya ketika membawa haiwan itu bersiar-siar di penempatan khusus mereka. Kejadian berlaku ketika salah seekor daripada singa dibawa menyerangnya secara tiba-tiba dan membunuh mangsa. […]
Boleh Ke Cukur Rambut Bayi Dulu Sebelum Lakukan Majlis Aqiqah? Ini Jawapan Mufti
Selain memberi nama kepada bayi, ibu bapa juga disunatkan untuk cukur rambut bayi sehingga botak. Islam itu indah. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, Islam telah menyusun atur perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa. Ia adalah termasuk cukur rambut bayi. Pada hari ke-7 selepas bayi dilahirkan, adalah disunatkan untuk menamakan bayi, mencukur rambut bayi hingga botak […]
PM Sampaikan Amanat Khas Mengenai PKPP 8 Malam Ini
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini. Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani. Pada 7 Jun lepas, perdana menteri […]
Cara Nak Semak Produk Dibeli Disahkan Tulen, Pastikan Ada Logo Autentik KKM Ini
Sebagai pengguna, pastinya kita inginkan yang terbaik ketika memilih dan membeli sesuatu produk. Kalau boleh, setiap sen yang dikeluarkan mesti berbaloi dengan kualiti sesuatu barangan terutamanya jika harganya mahal. Sebagai contoh, produk berasaskan madu dan sarang burung walit yang kian banyak di pasaran atas permintaan orang ramai. Kalau kita cari di Google perbezaan madu asli […]
Surat Tular Penganugerahan Darjah Kebesaran Perak Palsu-SUK
IPOH, 28 Ogos (Bernama) — Surat ‘pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Perak’ yang tular di media sosial adalah palsu. Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat tersebut yang menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri dan menafikan kandungannya. Sehubungan itu, Ahmad Suaidi […]
PGA Rampas Minuman Keras Seludup RM 1.95 Juta
JOHOR BAHRU, 28 Ogos (Bernama) — Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran arak seludup yang aktif selama setahun selepas menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dalam serbuan di sebuah kebun di Kampung Kadut, Segamat, dekat sini, semalam. Dalam serbuan di sebuah stor pada jam 7.40 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Briged Tengah […]
Korea Selatan Kekalkan Penjarakan Sosial Tahap Dua, Walaupun Kes Covid-19 Meningkat
Korea Selatan mengekalkan penjarakan sosial pada Tahap Dua di Seoul dan kawasan sekitarnya untuk seminggu lagi bermula Ahad, walaupun kawasan itu mencatatkan lonjakan jangkitan COVID-19 baru-baru ini, kata Perdana Menteri Chung Sye-kyun pada Jumaat. “Kerajaan akan melanjutkan peraturan penjarakan sosial yang dijadual berakhir hujung minggu ini kepada seminggu lagi,” kata beliau lapor agensi berita Yonhap. Terdapat […]