Berita

Berita
COVID-19: Kemasukan Pelajar IPTA Di Kedah & Sarawak Oktober Ini Ditangguhkan – KPT
PUTRAJAYA, 20 Ogos – Kemasukan pelajar ke Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kedah dan Sarawak pada Oktober ini ditangguhkan, umum Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad. Kemasukan tersebut akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, jelasnya, memetik laporan BERNAMA hari ini. Berita lanjut menyusul. COVID-19: Kemasukan pelajar IPTA di Kedah dan […]
Tragedi
Dua Nyaris Maut, Kereta Dirodok Batang Besi Ketika Brek Mengejut
BANGKOK, 20 Ogos – Dua individu nyaris maut apabila satu ikatan paip panjang berukuran enam (6) meter yang diikat di atas sebuah trak menembus cermin kereta mereka dari arah belakang. Nahas ngeri tersebut dilaporkan berlaku di wilayah Bang Kho Laem pada kelmarin sebelum dilaporkan kepada Balai Polis Watprayakai. Mangsa, Atchathorn Khamraksa, 25, mendakwa, dia memandu […]
Berita
Pengerusi Kuil Ditahan Bantu Siasatan Video Tular Ugutan Jenayah Di Petaling Jaya
KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Polis menahan seorang pengerusi persatuan pengurusan kuil bagi membantu siasatan ugutan jenayah terhadap bekas pengerusi persatuan kuil itu dan isterinya di tempat letak kereta awam di Petaling Jaya, dengan rakaman video kejadian itu tular di media sosial. Ketua Polis Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berusia 41 tahun itu ditahan di kawasan Sea Park […]
Padah Tembak Kerbau Tanpa Lesen, Empat ‘Pakcik’ Ditahan
LANGKAWI, 20 Ogos – Kegiatan menembak kerbau tanpa lesen oleh empat individu mengundang padah apabila aktiviti mereka dikesan pemilik haiwan berkenaan. Mereka yang berusia lingkungan 57 hingga 64 tahun itu melakukan kegiatan tersebut di kawasan hutan getah Kampung Belibis, Mukim Air Hangat. Berdasarkan kenyataan di laman Facebook rasmi Polis Langkawi, kejadian yang berlaku pada 18 […]
Tragedi
Lelaki 54 Tahun Dilaporkan Terjun Jambatan Pulau Pinang Ditemui Mati
GEORGETOWN, 20 Ogos – Seorang lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan Pertama Pulau Pinang kelmarin ditemui mati oleh pasukan penyelamat semalam. Sebelum itu, Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, Pusat Kawalan Operasi Maritim (MRSC) Langkawi menerima panggilan daripada orang awam yang melaporkan ternampak mayat terapung di bawah jambatan sekitar tempat kejadian. […]
Berita
(Video) Macam Hero Dalam Drama, Aksi Lelaki Kejar & Hentikan Kereta Bergerak Tanpa Pemandu Demi Selamatkan Kanak-kanak
Bila dalam keadaan cemas, kadangkala kita mampu lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri atau orang lain. Reaksi pantas ini dipicu hormon adrenalin yang berfungsi merangsang reaksi lari atau lawan (fight or flight) seseorang untuk bertindak segera. Baru-baru ini, tular video seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak dalam sebuah kereta yang meluncur laju tanpa pemandu. […]
Berita
“Apa-Apahal Boleh Tanya Kucing Akak”, Reaksi Penghantar Barang Bila ‘Disambut’ Kucing Tuan Rumah Buat Netizen Terhibur
Tugas sebagai penghantar barang mempunyai cabaran yang tersendiri. Dari terpaksa berhadapan anjing garang di kejiranan hinggalah meredah hujan untuk sampai ke destinasi, tugas mereka penuh warna-warni. Walaupun dalam kesibukan mengejar KPI harian menghantar sejumlah bungkusan setiap hari, seorang pekerja kurier ini masih boleh berjenaka dengan penerima ketika memaklumkan tentang penghantaran dibuatnya. “Barang akak dah sampai […]
Berita
“Tinggal Tulang & Kulit Sahaja Dalam Peti Mayat”, Uncle Kentang Kongsi Kisah Urus Jenazah Warga Asing, Sebatang Kara Di Malaysia
Hidup di tanah orang bukanlah mudah. Sudahlah jauh dari keluarga, gaya hidup dan budaya yang berbeza kadangkala menjadi antara halangan yang perlu ditempuhi. Bukan itu sahaja, kadangkala apa yang berlaku pun perlu ditempuh sendiri dengan sokongan rakan senegara dan empati jiran yang berbaik hati. Baru-baru ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkongsi […]
Tragedi
Dipatuk Ular Tedung Besar, Lelaki Tahan Sakit Dikejarkan Ke Hospital Dengan Tangan Masih Dibelit
HO CHI MINH, 20 Ogos – Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Cho Ray di wilayah Tay Ninh selepas dipatuk ular tedung dalam satu kejadian semalam. Lebih memedihkan lagi, sewaktu tiba di hospital, ular tersebut kelihatan masih kekal membelit tangan mangsa. Pengarah Jabatan Perubatan Tropika di hospital tersebut, Dr. Nguyen Ngoc Sang berkata, mangsa berusia […]
Berita
(Video) Mungkin Tak Biasa Dengan Jalan di Cyberjaya, Kereta Tersalah Masuk Simpang, Orang Ramai Kena Hati-Hati
Salah masuk lorong merupakan perkara yang paling bahaya tambah-tambah lagi ketika malam dan kereta banyak. Ia boleh mengakibatkan kemalangan teruk di kawasan-kawasan seperti itu. Menerusi satu rakaman video dari salah seorang penduduk doi Cyberjaya menunjukkan sebuah kereta ‘wrong way’. Kemungkinan besar pemandu tersebut tidak biasa dengan jalan di Cyberjaya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah […]
Berita
Suri Rumah, Anak Angkat Usia 7 Bulan Maut Kenderaan Terjunam Gaung
KUANTAN, 20 Ogos – Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera, kira-kira 170 kilometer dari sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar 4.40 petang semasa hujan […]
Berita
Dua Anggota Polis Nyaris Terkena Tembakan Penyeludup Di Tebing Sungai Golok
KOTA BHARU, 20 Ogos – Dua anggota polis dari Balai Polis Nibong, Tanah Merah nyaris terkena tembakan dipercayai daripada senapang angin yang dilepaskan oleh dua lelaki dari arah sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, semalam. Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, anggota berkenaan sedang melakukan rondaan sempadan melalui pangkalan […]
Berita
Sembunyi Sebalik Kedai Telefon, Premis Judi Tanpa Lesen Dipotong Bekalan Elektrik
BUTTERWORTH, 19 Ogos (Bernama) — Sebanyak 10 premis termasuk sebuah rumah teres yang diubah suai menjadi kedai dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik hari ini selepas didapati menjalankan kegiatan judi ekor tanpa lesen dan perjudian dalam talian. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya turut menahan empat individu termasuk seorang wanita, […]
Berita
Hilang Kerja Di Musim COVID-19, Kisah Inspirasi Bekas Pramugari Dari Di ‘Awan Biru’ Kini “Polish” Kereta Untuk Sara Hidup
‘Dicampak’ ke mana pun boleh hidup. Mungkin inilah gambaran sesuai buat bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan, Nazira Azenan. Pernah melakukan pelbagai pekerjaan dalam bidang hospitaliti termasuk di beberapa buah hotel sebelum menjadi pramugari, wanita itu kini selangkah ke hadapan dengan melakukan pekerjaan yang lebih mencabar, iaitu membangunkan perusahaan kecantikan kenderaan bersama suaminya. Pun begitu, menurut […]
Berita
Gadis Ini Kongsi Cara Nak Dapatkan GIF “Cute” Dalam IG Story
Mesti ramai yang belum tahu dalam “InstaStory” ada gif yang cantik dan comel. Mesti para gadis akan lebih teruja dengan kewujudan gif tersebut. Jadi, hari ini SK nak kongsikan ‘rahsia’ macam mana cara nak dapatkan emoji dan gif yang comel dalam Instagram. Menerusi perkongsian seorang gadis di laman Twitternya, dia menunjukkan bahawa perkataan yang pelik […]
Johor Datang Dengan Pelbagai Pakej, Tawar Cabaran & Pengalaman Tersendiri – KP Johor
JOHOR BAHRU, 20 Ogos — “Johor datang dengan pelbagai pakej”. Begitu jawapan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika ditanya mengenai cabaran beliau memimpin Kontinjen Johor dalam menjaga keamanan dan mengekang penularan pelbagai aktiviti jenayah di selatan tanah air. Selain tugas hakiki beliau dalam menangani isu jenayah, beberapa isu yang menjadikan Johor “unik” dari segi cabaran […]
Berita
Kerajaan Dicadang Bina Hospital APM – Mohd Redzuan
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos – Kerajaan dicadang supaya mewujudkan sebuah pusat perubatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mengenang jasa serta khidmat pasukan itu kepada masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata cadangan itu adalah wajar memandangkan jumlah keseluruhan anggota sukarelawan APM di seluruh negara setakat ini […]
Berita
Dua Tahun ‘Tertanam’ Dalam Hidung, Mainan Kecik Terkeluar Dari Hidung Budak Ketika Dia ‘Menghembus’
Seorang kanak-kanak lelaki terkejut setelah tangan mainan dari set mainan terkeluar dari hidungnya selepas dua tahun berada di situ, lapor BBC. Menyingkap kembali kejadian pada 2018 lalu, kanak-kanak yang berasal dari Dunedin di Pulau Selatan New Zealand itu sedang bermain dengan kepingan Lego ketika dia meletakkannya lubang hidungnya. Bapanya telah menyuluh ke dalam hidungnya pada […]
Berita
(Video) Bertukar Jadi ‘Blur’ Bila Pintu Dikunci, Tandas Awam Di Jepun Diperkenalkan Dengan Dinding Lutsinar
Seorang pereka Jepun telah melancarkan tandas awam lutsinar yang diperbuat daripada kaca yang akan bertukar menjadi kabur apabila ada orang menggunakannya. Idea yang dikemukakan oleh seorang arkitek terkenal bernama Shigeru Ban ini bertujuan untuk membolehkan pengguna memeriksa kebersihan dan pada masa yang sama boleh mengetahui sama ada tandas itu kosong atau pun sedang digunakan, lapor […]
Berita
MFL Tangguh Permulaan Semula Liga Malaysia Ke 28 Ogos
KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan untuk mengubah tarikh permulaan semula Liga Malaysia (Liga-M) daripada 26 ke 28 Ogos, selepas mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarahnya, semalam. Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuklah pengumuman oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Persekutuan […]