Berita

Berita
TERKINI: 7 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 3 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini
Terdapat sebanyak 26 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes pulih dan discaj adalah sebanyak 8,902 kes. Menerusi sidang media oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah 7 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9,219 kes. […]
Berita
Awas, Amaran Ribut Petir Di 11 Buah Negeri Sehingga 8 Malam Ini
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga 8 malam ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 4.40 petang ini. Berikut adalah senarai negeri dan kawasan-kawasan yang terlibat: Perlis: seluruh negeri Kedah: Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik & Baling Perak: seluruh negeri Kelantan: Jeli, Kuala Krai & Gua […]
Tragedi
Muka Koyak & Berjahit, Foto-Foto Wajah Mangsa Letupan Beirut Yang Memilukan
Kesan parut di wajah mereka di bawah ini menceritakan 1001 kisah di sebalik tragedi letupan gudang di Beirut, Lubnan baru-baru ini. Ledakan letupan tersebut bukan sahaja memusnahkan keadaan sekeliling, malah ia juga mampu memecahkan tingkap kaca yang berbatu-batu jauhnya dari lokasi kejadian. Kesan daripada itu, kira-kira 180 mangsa dilaporkan terkorban manakala lebih 6,000 lagi cedera. […]
Berita
Pernah Panjat Stadium 3 Kali Tengok Bola Secara Haram, Seorang Penyokong Terengganu Mohon Maaf & Pulangkan Duit Tiket
Seorang peminat yang setia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyokong individu atau kumpulan kegemarannya. Bagi seorang penyokong pasukan Terengganu Footbal Club (TFC), dia sanggup memanjat pagar stadium untuk melihat pasukan kegemarannya beraksi beberapa tahun lalu. Pun begitu, dia akhirnya menyedari tindakannya menyelinap ke dalam stadium itu adalah satu kesalahan. Susulan itu, penyokong berkenaan kini […]
Kesihatan
Kerap Berdarah & Asyik Lebam Bila Jatuh, Derita Hidap Penyakit Hemofilia Ramai Tak Tahu
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Ketika zaman kanak-kanak, Edwin Goh kerap mengalami masalah lebam atau pendarahan ketika merangkak dan berjalan dan tidak menghairankanlah jika beliau sering keluar masuk hospital. Dan pada usia 18 bulan, Goh didiagnosis sebagai penghidap hemofilia iaitu gangguan pendarahan. Perkara ini hanya diketahui susulan peristiwa beliau jatuh ketika belajar berjalan dan […]
Berita
(Video) Cinta Sejati, Gelagat Comel Atok & Nenek Dipercayai Warga Palestin Main Buaian Buat Netizen Cair
Semua orang mengimpikan kebahagiaan hingga hujung nyawa bersama pasangan tercinta masing-masing. Jika lihat kemanisan pasangan suami isteri yang muda pun sudah buatkan kita tersenyum, apatah lagi pasangan warga emas yang masih setia bersama. Jom kami kongsikan video yang akan membuatkan hari anda lebih ceria. Video dari @asahla_taha ini mendapat lebih 45 ribu tanda suka dan lebih […]
Berita
Tular Video Dipercayai Penduduk Wuhan Anjur Parti Kolam Tanpa Penjarakan Fizikal & Topeng Muka
Ratusan pengunjung dirakam bersuka-ria dalam satu pesta taman tema air dipercayai di Wuhan, China. Menurut laporan New York Post, aktiviti itu dipercayai berlangsung di Wuhan Maya Beach Water Park pada hujung minggu lalu. Dalam video yang tular, kelihatan orang ramai bermain air dan ada yang bersantai di atas pelampung sambil menonton persembahan. Pengunjung juga dilihat […]
Berita
Negeri-Negeri Dinasihat Rujuk MKN Dalam Buat Keputusan – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 18 Ogos – Kerajaan-kerajaan negeri dinasihatkan untuk merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membuat sebarang keputusan semasa berkaitan soal keselamatan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan terdapat beberapa negeri bertindak membuat keputusan sendiri yang di luar arahan kerajaan persekutuan. “Ada negeri yang buat keputusan sendiri untuk membatalkan dan […]
Kesihatan
Konsisten 25 Hari, Lelaki Dedah Amal Diet & Senaman Ini Hingga Berat Turun 14.5kg Dalam Sebulan
Bagi anda yang bakal melayari hari istimewa tidak lama lagi, jangan risau, masih ada harapan untuk anda turunkan berat badan dalam tempoh sebulan. Baru-baru ini, kami sempat menemubual seorang lelaki yang berjaya menurunkan berat badannya dengan ketara dipercayai dalam tempoh kurang sebulan. Biarpun diet dan senamannya mungkin agak mencabar, sedikit sebanyak ia menunjukkan tiada yang […]
Berita
Kerajaan Luluskan Garis Panduan Sukan & Kokurikulum Sekolah, Berkuatkuasa 1 September Ini
PUTRAJAYA, 18 Ogos – Kerajaan telah meluluskan beberapa garis panduan bagi aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah yang akan berkuatkuasa mulai 1 September ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah secara bersemuka, termasuk latihan amali di luar kelas bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan […]
Berita
Aplikasi MySejahtera Berkemungkinan Diwajibkan Kepada Premis Tertentu – Mohd Redzuan
KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Premis-premis tertentu mungkin akan diwajibkan mengguna aplikasi MySejahtera pada masa hadapan sebagai satu kaedah membantu kerajaan membendung penularan COVID-19, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata perkara itu sedang dibincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Peguam Negara, antara lain […]
Berita
Bekas Pengurus Kanan Tabung Haji Didakwa Terima Suapan Lebih RM170,000
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Bekas pengurus kanan Lembaga Tabung Haji (TH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM170,477 pada 2015 dan 2018. Zaharuddin Hamid, 47, yang merupakan bekas Pengurus Kanan Teknikal (Seksyen Pembangunan Hartanah) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan […]
Premis Di Kluang, Johor Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Seorang Wanita Ditahan
KLUANG, 18 Ogos – Sebuah premis perniagaan di Jalan Lee Ah Leng, Taman Nasib, Kluang di sini dilaporkan memasang bendera Malaysia secara terbalik sejak dua tahun lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan ke premis berkenaan dibuat ekoran satu laporan awam diterima pada 16 Ogos kelmarin. “Hasil siasatan mendapati premis ini […]
Kesihatan
Larangan Merokok Ekoran Covid-19, Galicia Sepanyol
Kerajaan wilayah Galicia di Sepenyol dilapor menguatkuasa perintah larangan merokok di tempat awam sebagai salah satu langkah pencegahan pandemik COVID-19 setelah wujud kebimbangan amalan berkenaan berisiko menyebarkan jangkitan virus antara manusia. Kes jangkitan harian pada bulan Jun adalah kurang daripada 150 dan kes jangkitan pada bulan Ogos telah meningkat dengan tinggi. Jumlah kes harian pada […]
Berita
Cucu Bekas Presiden Kazakhstan Ditemukan Meninggal Dunia Di London
LONDON, 18 Ogos (Bernama) — Cucu bekas Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, ditemukan meninggal dunia di London pada hujung minggu, kematiannya disyaki akibat kegagalan jantung, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan pada Isnin. Aisultan Nazarbayev, 29, dikatakan mempunyai masalah penagihan dadah dan semakin lantang mengkritik tokoh politik terkemuka di negara kelahirannya. Pada Februari beliau mengaku mempunyai […]
Luar Negara
Korban COVID-19 Di Brazil Cecah 108,536
SAO PAULO, 18 Ogos (Bernama) — Brazil mencatatkan 684 lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, meningkatkan jumlah korban menjadi 108,536, lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan pada Isnin. Sementara itu, 19,373 kes baharu dilaporkan dalam tempoh yang sama dan keseluruhan jumlah jangkitan kini sebanyak 3,359,570. Sao Paulo terus menjadi pusat penularan […]
Berita
Kerajaan Terbit Sukuk Prihatin, Sukuk Digital Pertama Di Malaysia & Patuh Syariah
PUTRAJAYA, 18 Ogos – Kementerian Kewangan melancarkan terbitan Sukuk Prihatin yang dilaksanakan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Menterinya, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul berkata, sukuk yang diterbitkan tersebut merupakan instrumen patuh syariah yang berlandaskan prinsip Tawarruq melalui pengaturan Komoditi Murabahah untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. “Sukuk ini […]
Berita
(Video) Abang Ini Ajar Cara Buka & Cuci ‘Tahi’ Dalam Mesin Basuh, Punca Baju Dibasuh Berbau Busuk
Anda pasti pernah berdepan dengan situasi dimana pakaian yang dibasuh menggunakan mesin basuh seperti baju berbau busuk, biarpun menggunakan sabun dan pewangi yang sepatutnya membuatkan pakaian menjadi harum selepas dicuci kan. Sebenarnya, pakaian anda mungkin dibasuh bersama-sama dengan ‘tahi’ dan anda langsung tidak sedar mengenainya. Usah risau, ‘tahi’ yang kami dan abang ini maksudkan bukanlah […]
Berita
“Hanya Gah Pada Nama”, Pemuda Terkejut Lihat Gaji “Engineer” Di Malaysia Jauh Berbeza Dengan Jepun
Setelah berbelas tahun menetap di Jepun, Ahmad Sabri kini ingin pulang ke Malaysia. Katanya, “hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri”. Misi mencari kerja pun dilakukan. Apa yang mengejutkannya ialah penawaran gaji di Malaysia jauh berbeza dengan di Jepun biarpun mempunyai skop kerja yang lebih luas. “Terkejut tengok! Kelayakan untuk kerja Engineer […]
Berita
Ini Senarai Takwim Penggal & Cuti Persekolahan 2021 Dikeluarkan KPM Yang Semua Mak Ayah Kena Tahu
PUTRAJAYA, 18 Ogos – Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyenaraikan senarai takwim bagi penggal dan cuti persekolahan untuk. semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi tahun 2021. Timbalan ketua pengarahnya (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib berkata, penggal persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula pada 20 Januari dan tamat pada 9 Disember bagi sekolah-sekolah dalam negeri […]