Berita
Ujian DNA Tulang Pinggul Sah Milik Anna Jenkins
GEORGE TOWN, 11 Ogos – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas tulang pinggul yang ditemukan di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung, di sini pada 24 Jun lepas sepadan dengan DNA Anna Jenkins, warga Australia yang dilapor hilang di negeri ini, tiga tahun lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata pihaknya […]

KPDNHEP Turunkan Harga Siling Pelitup Muka Kepada RM 1 Seunit – Alexander Nanta Linggi
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapis kepada RM1 seunit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata KPDNHEP bersedia untuk menurunkan lagi harga siling pelitup muka dari semasa ke semasa bagi mengurangkan beban orang ramai susulan arahan kerajaan mewajibkan […]
Suami Mangsa Kelar Ditemukan Mati Tergantung Di Papan Iklan
SUNGAI PETANI, 11 Ogos – Suami kepada wanita warga emas yang maut dengan kesan kelar di bahagian leher di rumahnya di Bandar Aman Jaya, di sini semalam ditemukan mati tergantung di papan iklan di kawasan Bukit Bintang, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata mayat Tan Kok Jooi, 62, yang […]

Sembilan Gerai Di Desa Pandan Musnah Dijilat Api
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Sembilan gerai musnah dalam kebakaran di Desa Pandan, di sini, awal pagi ini. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Armdan Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.38 pagi dan tiba di lokasi 12 minit kemudian. Katanya seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Keramat dihantar ke lokasi kejadian. […]

Kerajaan Belum Muktamadkan Sambutan Maal Hijrah – Zulkifli
NILAI, 11 Ogos – Kerajaan kini dalam peringkat akhir perbincangan bagi memutuskan sama ada mengadakan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 1442H/2020M atau sebaliknya, berikutan penularan pandemik COVID-19 yang masih berlaku. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sambutan Maal Hjrah yang jatuh pada 20 Ogos ini, merupakan […]

Jumlah Kes Covid-19 Seluruh Dunia Melebihi 20 Juta
Moscow: Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia sudah melebihi 20 juta, lapor agensi berita Sputnik berdasarkan data Johns Hopkins University. Kes seluruh dunia kini berjumlah 20,001,019 pada 23:54 GMT Isnin, dengan 733,897 kematian dan 12,200,847 kes pulih. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Menurut WHO, jumlah korban global sudah melebihi […]

(Video & Gambar) Pokok Tumbang Dan Atap Terbang, Penduduk Kongsi Kejadian Ribut Dipercayai Berlaku Di Melaka Pagi Tadi
Media sosial hari ini dibanjiri gambar dan video kejadian ribut yang dipercayai melanda Melaka pagi tadi. Melalui perkongsian pengguna Facebook, rata-rata memberitahu daerah Malim antara yang terjejas teruk. Daripada gambar serta video yang dikongsi, angin dilihat sangat kuat sehingga menumbangkan beberapa pokok disisi jalan. Dalam pada itu, orang ramai juga berkongsi beberapa gambar kediaman yang […]

Tembakan Di ‘White House’, Trumph Diiring Tinggalkan Sesi Taklimat
Washington: Presiden Donald Trump terpaksa diiring ejen Perkhidmatan Rahsia semasa meninggalkan sesi taklimat mengenai COVID-19 yang sedang berlangsung, berikutan insiden tembakan di luar Rumah Putih pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua. “Ada kejadian tembakan dan seseorang telah dibawa ke hospital. Saya tidak tahu keadaannya,” kata Trump. “Nampaknya keadaan dapat dikawal dengan baik,” kata Trump. Tiada […]

(Video) Fenomena Awan Bentuk Tsunami Muncul Di Langit Acheh Gemparkan Penduduk Setempat
Penampakan awan gergasi di Kota Meulaboh, Aceh, Indonesia pada pagi semalam ternyata menimbulkan ketakutan ramai penduduk kerana dikatakan menyerupai gelombang tsunami yang pernah melanda negeri itu. Menerusi video berdurasi 29 saat yang dimuat naik oleh seorang individu di Twitter, awan tersebut kelihatan seperti lautan yang ‘bersedia’ menggulung apa sahaja yang berada di bawahnya. Kejadian aneh […]
Gelombang Haba: Tiga Negeri Meliputi Lima Buah Daerah Dalam Status Berjaga-Jaga
Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dilaporkan berada pada tahap satu dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius. Berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) setakat jam 9.40 pagi hari ini, tiga buah negeri meliputi lima daerah berada pada tahap 1 iaitu berjaga-jaga. Kawasan yang disenaraikan iaitu Perak, Batang padang; Pahang, Temerloh dan […]
Pemimpin Beirut Telah Diberi Amaran Pada Julai Mengenai Bahan Letupan Di Pelabuhan
Pegawai keselamatan Lubnan memperingatkan perdana menteri dan presiden bulan lalu bahawa 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di pelabuhan Beirut menimbulkan risiko keselamatan dan boleh memusnahkan ibu kota jika meletup, menurut sumber keselamatan kanan. Hanya lebih dari dua minggu kemudian, bahan kimia industri meletup dalam letupan besar yang menghancurkan sebahagian besar pelabuhan, membunuh sekurang-kurangnya 163 […]
Hospital Melaka Rayu Orang Ramai Tampil Derma Darah
MELAKA, 11 Ogos – Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka merayu orang ramai yang memiliki darah jenis O, A, B dan AB untuk tampil menderma darah ke hospital itu bagi memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan pesakit. Jabatan itu menerusi kenyataannya memaklumkan penderma darah boleh hadir ke Hospital Melaka pada Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga […]
Sama Ada Anda Sakit Atau Tidak, Cara Pemakaian ‘Mask’ Tetap Putih Di Dalam Biru Di Luar – KKM
Sejak kebelakangan ini tular kononnya cara pemakaian pelitup muka yang betul untuk mencegah daripada sakit. Melalui mesej yang tersebar itu, orang ramai disaran memakai pelitup muka dengan cara berlawananan (warna putih di luar dan biru di dalam) bagi mencegah penyakit. Namun, sejauh manakah kebenarannya? Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Facebook rasmi mereka menjelaskan mengenai pemakaian […]
Korea Selatan Dilapor Kesan Tiga Mutasi Baru Dari COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan awam Korea Selatan mengatakan pada hari Isnin bahawa mereka telah menemui tiga urutan genom bermutasi baru dari coronavirus novel di antara kes yang diimport. Mutasi genetik dikesan menjadi “protein lonjakan,” protein permukaan utama virus, daripada tiga kes import COVID-19; dua dari Pakistan dan satu dari Uzbekistan, menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit […]
Isu Harga Siling Pelitup Muka Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Isu harga siling pelitup muka antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu itu terkandung dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan oleh Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Chong bertanya mengenai rasional KPDNHEP […]
PDRM Sahkan Terima Maklumat Segelintir Pegawai, Anggota Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Di Sekitar Sungai Buloh
KUALA LUMPUR (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh, dekat sini. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata ketika ini pihaknya sedang meneliti maklumat yang diterima termasuklah premis-premis judi […]
Perdana Menteri Lubnan Letak Jawatan
BEIRUT – Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab meletak jawatan kurang dari seminggu selepas tragedi letupan di Beirut berlaku, lapor pemberita Al Hadath hari ini, memetik kenyataan Menteri Kesihatan. Hassan difahamkan akan mengumumkan peletakan jawatan tersebut, kata kenyataan menteri tersebut pada Ruters. “Seluruh kerajaan akan letak jawatan,” katanya menerusi laporan Al-Arabiya. Hassan turut dilaporkan akan menuju […]

(Video) Api Besar Menjulang, Detik-Detik Ngeri Lori Tangki Minyak Meletup Di Rusia
Volgograd, Rusia, 10 Ogos – Satu kejadian letupan dilaporkan berlaku di sebuah stesen pengisian gas di sini hari ini. Menurut agensi media Azerbaijan, seramai 13 individu dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan. Letupan dipercayai bermula apabila sebuah tangki membawa gas terbakar di stesen pengisian di daerah Traktorozavodsky, lapor media tersebut memetik kenyataan Kementerian Kecemasan Rusia. Api […]
(Video) Isu Bendera Terbalik: “Tiada Lagi Maaf,” – KP Johor
JOHOR BAHRU, 10 Ogos – Tiada lagi permohonan maaf yang diterima selepas ini sekiranya berlaku lagi isu bendera yang dipasang terbalik. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, isu tersebut sepatutnya tidak perlu lagi berlaku berikutan negara ini sudah mencapai kemerdekaan selama 63 tahun. “Saya tidak akan lagi memberi amaran. Kalau ada lagi […]
OKT Maut Terjun Bangunan Mahkamah Di George Town
GEORGE TOWN, 10 Ogos — Seorang lelaki iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di sini untuk pendakwaan, ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan hari ini. Mayat lelaki yang berusia 40an itu ditemui terbaring di aras bawah mahkamah berkenaan pada kira-kira pukul 11.35 pagi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong […]