Berita
PUS Pakai Tag Pink Dan Putih Dibenarkan Keluar Rumah Untuk Ke Kedai Dalam Zon Merah Sahaja – IPD Padang Terap
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman Facebook IPD Padang Terap menjelaskan tentang Person Under Surveillance (PUS) yang menggunakan gelang berwarna merah jambu dan putih dan keluar rumah di zon merah. Menurut IPD Padang Terap, mereka yang memakai gelang pink dan putih adalah ketua keluarga dan dibenarkan untuk keluar ke kedai membeli barangan keperluan dan […]

Kenali Apa Itu Ammonium Nitrat Yang Dipercayai Jadi Punca Letupan Kuat Di Lubnan
Malang tidak berbau, letupan yang mengejutkan seluruh dunia di Beirut, Lubnan telah mengorbankan puluhan nyawa dan ratusan mangsa cedera parah. Namun, kerajaan Lubnan mendakwa punca letupan tersebut daripada Ammonium nitrat. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kaitan gas ammonium nitrat dengan letupan tersebut? Untuk pengetahuan anda, kes letupan gas ini sudah banyak berlaku di beberapa buah […]
Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands Selamat, Gambar Cerun Runtuh Adalah Gambar Lama – Zolkafly
IPOH, 5 Ogos (Bernama) — Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan laluan Jalan Persekutuan FT185 Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini adalah selamat untuk digunakan pengguna jalan raya. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Zolkafly Harun berkata gambar keruntuhan cerun di laluan berkenaan yang tular adalah gambar lama yang dibangkitkan semula di laman […]

(Video) Nenek Main Piano Melodi Sedih Lepas Rumah Rosak Akibat Impak Letupan Di Lubnan
Tragedi yang memilukan berlaku di Beirut, ibu negara Lubnan sangat memberi kesan kepada seluruh dunia termasuklah rakyat di Malaysia. Kejadian yang berlaku semalam telah merosakkan lebih puluhan bangunan dan lebih dirasai apabila tragedi ini meragut nyawa lebhi dari 100 orang dan hampir 4000 orang cedera. Tular satu video di laman Twitter menunjukkan seorang warga emas […]

Letupan Di Lubnan Tiada Kaitan Aktiviti Keganasan – Pakar
Kuala Lumpur: Insiden letupan besar di Beirut, Lubnan tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan sebaliknya berkemungkinan akibat kegagalan kerajaan negara itu mengawal dan menguruskan bahan letupan amonium nitrat dengan baik. Pakar Kajian Strategik dan Antikeganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Profesor Madya Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata lebih memburukkan keadaan, negara itu mempunyai pelbagai masalah dalaman menjadikan situasi di Lubnan semakin mencengkam seterusnya memberi […]

Pelanggan Kedai Mamak Disangka Pakai ‘Gelang Pink’ Kuarantin, Rupanya Gelang Masuk Taman Tema
Ipoh: Seorang wanita yang gambarnya tular di laman sosial kerana memakai gelang berwarna merah jambu di sebuah kedai mamak, di sini, bukan individu di bawah pengawasan (PUS) COVID-19. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata siasatan polis mendapati gelang yang dipakai wanita itu adalah gelang untuk memasuki taman tema Lost World Of Tambun, di sini. “Ia adalah salah faham sahaja. […]

Malaysia Sedia Hulur Bantuan Kepada Lubnan – Wisma Putra
Kuala Lumpur: Malaysia sudah bersedia untuk menghulur bantuan kepada Lubnan dalam apa jua cara yang mungkin, susulan kejadian letupan hebat yang menggegarkan Beirut, Lubnan, Selasa. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan dan seluruh rakyat Lubnan yang terkesan dengan tragedi itu. “Malaysia tersentak dan sedih dengan kehilangan nyawa serta kecederaan […]

Lapan Lelaki Ditahan, Khianat Potong Kabel TM Sebabkan Kerugian RM500 Ribu
MELAKA, 5 Ogos (Bernama) — Polis menahan lapan lelaki yang pernah dilantik sebagai pekerja kontrak Telekom Malaysia Bhd (TM) kerana disyaki melakukan perbuatan khianat dengan memotong kabel fiber optik milik syarikat telekomunikasi itu sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM500,000. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata kesemua suspek berusia lingkungan 24 dan 42 tahun […]
Kerajaan Kedah Bekal Makanan Ke Kawasan PKPD Secara Pentadbiran – Sanusi
ALOR SETAR, 5 Ogos- Kerajaan Kedah akan menyalurkan bekalan makanan kepada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran melibatkan empat mukim di negeri itu yang terbabit dengan kluster Sivagangga. Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pada masa ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang berusaha mendapatkan butiran mengenai jumlah keluarga yang terbabit bagi membolehkan […]
Peminjam Yang Terjejas & Mahukan Lanjutan Moratorium Digesa Berurusan Dengan Bank Mulai Jumaat Ini
PUTRAJAYA, 5 Ogos – Peminjam individu yang masih terjejas akibat pandemik COVID-19 dan mahu kemudahan moratorium mereka dilanjutkan, perlu segera berurusan dengan bank masing-masing mulai Jumaat ini dan mengelak daripada melakukannya di saat-saat akhir. Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata ini penting memandangkan langkah terbabit bukan lagi secara automotik. “Permohonan lanjutan moratorium itu harus […]

Kedah Catat Tiga Lagi Kes Dari Kluster Sivagangga, 869 Orang Masih Tunggu Keputusan
Kedah mencatatkan tiga lagi kes positif Covid-19 daripada 21 kes baharu dalam negara yang dilaporkan pada hari ini, berpunca daripada Kluster Sivagangga. Menerusi makluman terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiga kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan Kluster Sivagangga sebanyak 24 kes di mana melibatkan tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap dan Kulim. Setakat ini, […]
(Video) “Kami Perlu Kekal Kuat,” Gabenor Beirut Menangis Luah Kesedihan Ketika Ditemu Bual
Mengaitkan insiden letupan di Beirut seakan-akan tragedi menimpa Hiroshima dan Nagasaki, Gabenor Beirut, Marwan Abboud meluahkan kesedihan atas tragedi berlaku. “Ada api, bomba datang untuk padamkan kebakaran dan kemudian letupan berlaku dan mereka semua hilang. Kami masih mencari mereka,” katanya. “Ia serupa dengan apa yang berlaku di Jepun, Hiroshima dan Nagasaki. Saya tak pernah lihat […]

TERKINI: 21 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 15 Kes Import & Hanya 6 Kes Tempatan
Sebanyak 21 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,023 kes setakat Rabu (5 Ogos 2020). Menerusi perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 196 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital. Ingin dimaklumkan daripada 21 kes baharu […]

Tiada Tentera Malaysia Terjejas Dalam Letupan Beirut – Kedutaan Lubnan
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Kedutaan Lubnan di Malaysia mengesahkan tiada tentera Malaysia yang ditugaskan di bawah Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) terjejas oleh letupan besar di sebuah gudang di kawasan Pelabuhan Beirut. Kedutaan itu dalam satu kenyataan berkata letupan berkenaan berlaku di Beirut serta pinggirannya dan tentera UNIFIL Malaysia berpangkalan di selatan Lubnan […]
Gempa Bumi Sederhana Bermagnitud 5.3 Landa Rantau Sumba, Indonesia
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 dikesan berlaku di Rantau Sumba, Indonesia pada pukul 4.27 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa tersebut terletak 9.9° selatan dan 119.4° timur dengan kedalaman sejauh 70 kilometer, 176 kilometer Tenggara dari Bima, Indonesia. Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter telah berlaku di Rantau Sumba, […]
Bawa Lebih Muatan, Penumpang Bersesak & Tiada Penjarakan Fizikal, Dua Feri Ditahan
PELABUHAN KLANG, 5 Ogos – Dua feri penumpang ditahan Maritim Negeri Selangor pada Ahad lalu atas kesalahan melanggar syarat sah lesen serta prosedur operasi standard (SOP). Pengarah Maritim Negeri, Kapten Mohammad Rosli Kassim berkata, penahanan di lokasi lebih kurang 0.5 batu nautika dari Tanjung Harapan itu dibuat ketika pihaknya sedang melakukan rondaan di sekitar perairan […]
(Video) Cermin Pecah Berkecai, Detik Mendebarkan Impak Letupan ‘Hentam’ Kereta
Letupan besar yang berlaku di pelabuhan Beirut, Lubnan dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 78 nyawa dan mencederakan hampir 4,000 orang. Sebuah rakaman yang memaparkan insiden letupan tersebut daripada sudut pandangan sebuah kereta yang melalui sebuah jalan berhampiran pelabuhan berkenaan telah menjadi tular di media sosial. Video yang berdurasi selama 22 saat itu bermula dengan pemandu kereta […]
“Every Month Memang Kena Buat Iklan,” Gadis Ini Ajar Cara Guna ‘Ads Instagram’ Untuk Lariskan Jualan
Di musim PKP ini, pastinya ramai di antara kita yang baru mahu memulakan perniagaan untuk mencari duit lebih. Justeru, perniagaan yang pastinya mudah mengikut arus zaman teknologi ini pastinya melalui laman sosial media. Namun begitu, untuk memastikan bahawa barang yang hendak dijual itu terjual, perlulah ada cara yang betul. Seorang pengguna Twitter bernama @n3wryn ada […]
Taman Tasik Titiwangsa Ditutup Pada Jumaat
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup Taman Tasik Titiwangsa pada Jumaat ini bagi memberi laluan kepada acara Transformasi Tasik Titiwangsa. DBKL dalam kenyataan memberitahu acara itu merupakan satu majlis tertutup, dan orang ramai boleh menyaksikannya secara langsung di laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan mulai pukul 8.00 malam. “Penutupan kepada orang awam adalah bagi membolehkan acara berkenaan […]
Letupan Di Beirut: Malaysia Sedia Hulur Bantuan – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesediaan Malaysia untuk menghulurkan apa jua bantuan diperlukan Lubnan, selepas ibu negaranya digegarkan dengan letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang maut dan lebih 3,000 lagi cedera. Beliau berkata kerajaan dan rakyat Malaysia bersimpati dengan keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu serta berdoa agar mereka […]