Berita
Remaja 14 Tahun Mangsa Terbaharu Serangan Buaya Di Sarawak
KUCHING, 26 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang keluar mencari siput di sungai bersama ibu saudara dan dua lagi rakannya menjadi mangsa terbaharu serangan buaya di Sarawak dalam tempoh tiga hari. Dalam kejadian pagi ini, mangsa dikenali sebagai Ricky Ganya telah disambar buaya ketika sedang mencari siput di sebatang sungai di Rumah Dadat, Tanjung Manis di Mukah. Pusat Gerakan […]

PKP Akan Dilaksanakan Semula Jika Kes Covid-19 Cecah Tiga Angka – Ismail Sabri
KOTA BHARU, 26 Julai – Kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes COVID-19 kembali mencecah tiga angka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu itu bagi membendung penularan pandemik. “Kalau sudah mencapai tiga angka kita tidak […]

Individu Kuarantin Di Rumah Yang Belum Jalani Ujian Saringan Kedua Covid-19 Akan Ditangkap Mulai Esok – Ismail Sabri
Kuala Lumpur — Bermula esok, polis akan menahan dan mendakwa individu yang belum menjalani ujian saringan kedua pada hari ke-13 kuarantin di rumah, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata individu terbabit telah diarahkan menghubungi pejabat kesihatan daerah berdekatan untuk menjalani ujian saringan kedua berkenaan. Bermula […]

Kubu Di Pantai Sabak, Lokasi Pendaratan Jepun Jajah Tanah Melayu, Lenyap
KOTA BHARU, 26 Julai – Tanggal 8 Dis 1941 menjadi detik sejarah yang tidak akan dilupakan apabila laluan Pantai Sabak, Pengkalan Chepa di sini ketika itu menjadi saksi lokasi pendaratan pertama Jepun menakluki Tanah Melayu. Namun, menurut Ahli Persatuan Sejarah Malaysia, Sarapa Ismail, 48, tinggalan berupa kubu itu tenggelam akibat hakisan pantai terutama di Pantai Kuala Pak […]
Bersejarah, Hishammuddin Bertemu Dengan Menteri Luar Singapura Hanya Di Atas Tambak Johor Hari Ini
Sejarah tercipta ketika pandemik apabila Datuk Seri Hishammuddin mengadakan pertemuan ringkas bersama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di atas Tambak Johor hari ini. Kejayaan membuka sempadan Malaysia dan Singapura bakal dijadikan “template” untuk rintis perbincangan green travel bubble dengan negara lain. Pergerakan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura akan bermula paling awal 17 Ogos […]

Korea Utara Lapor Ada Individu Bergejala Koronavirus, “Lockdown” Akan Dilaksana Jika Sah Positif
Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mengambil langkah berjaga-jaga untuk melakukan perintah berkurung di bandar Kaesong sekiranya kes pertama Covid-19 disahkan. Kerajaan Korea utara mengatakan bahawa bandar Kaesong perlu mematuhi perintah berkurung kerana ia berada di sempadan antara Korea Utara dan Selatan. Menurut Agensi Berita Pusat Korea Utara mengatakan bahawa negara tersebut sedang mengambil langkah […]
Hentikan Sikap ‘Saya Tidak Peduli’ Jika Tidak Mahu SOP Ketika PKP Fasa 1 Dilaksana Kembali – Bernama
Kuala Lumpur: Malaysia mungkin melaksanakan kembali prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, jika majoriti rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang menjalani perintah kuarantin di rumah, terus mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab ‘saya tidak peduli’. Petandanya sudah pun ada, dengan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini, manakala perintah kuarantin mandatori 14 hari di stesen yang […]

Dua Maut Motosikal Bertembung Di Lipis Termasuk Seorang Anggota Tentera
KUANTAN, 26 Julai – Dua penunggang motosikal maut, selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung antara satu sama lain, di Kilometer 22 Jalan Sungai Koyan-Ringlet, Lipis, kira-kira 150 kilometer dari sini, semalam. Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata, kejadian pada 5.45 petang itu melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laskar Kelas II […]

Covid-19: Kuching Dikategori Zon Merah, Hospital Sentosa Ditutup
Kuala Lumpur: Kuching kini dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes setakat 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata Hospital Sentosa di Kuching turut ditutup kepada orang awam manakala semua kakitangan pusat perubatan itu dikuarantin di dalam hospital berkenaan. “Empat kes baharu Kluster Hospital Sentosa. (Seramai) 677 individu telah disaring dan diuji, 657 […]

Ingkar SOP PKPP: Lapan Pelanggan Dan Lapan Premis Masing-Masing Dikompaun RM1,000
George Town: Polis mengeluarkan 16 kompaun ke atas premis dan pelanggan yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan wabak COVID-19, dalam pemeriksaan sekitar daerah Timur Laut, hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, dalam operasi bermula pukul 12 tengah hari […]

Semua Video Masakan Sugu Pavithra Di Saluran Youtube Telah Dipadam?
Video-video masakan di saluran Youtube Sugu Pavithra yang menjadi popular ketika PKP didapati telah tiada. Ada kemungkinan dipadam atau disembunyikan (hide) dari tontonan orang ramai. Mungkin ramai peminat mereka akan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan akaun Youtube yang sudah mencecah 700 ribu subscriber itu? Mungkin Pavithra atau suaminya Sugu ada sebab mereka bertindak sedemikian. Banyak […]

Kes Positif Covid-19 Di Indonesia Kini Cecah 97,286 Dengan 4,714 Kematian
Jakarta: Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 97,286 kes, iaitu tambahan 1,868 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 49 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini 4,714 orang. Mengikut data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi […]

Sarawak Mungkin Laksana Sekatan Perjalanan Jika Kes Covid-19 Terus Meningkat – Abdul Karim
Kuching: Sarawak mungkin mengenakan sekatan perjalanan terhadap pelancong atau masyarakat luar yang ingin memasuki negeri itu jika situasi penularan tempatan COVID-19 terus meningkat. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun ia akan menjejaskan industri pelancongan, langkah itu perlu memandangkan ia satu-satunya kaedah untuk memutuskan rantaian penularan pandemik tersebut. “Tanpa sebarang amaran, terdapat […]

Polis Tahan Lelaki Selit Pistol Belakang Seluar
George Town: Gara-gara menyelitkan pistol tiruan atau pistol tembak cicak di bahagian belakang seluarnya semasa menunggang motosikal di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, seorang pengawal keselamatan ditahan polis selepas perbuatannya dirakam dan gambarnya tular di media sosial Facebook semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata lelaki itu ditahan […]

Legenda Sepanyol, Xavi Hernandez Disahkan Positif Covid-19 Di Qatar
Pemain legenda bola sepak Sepanyol dan bekas pemain Barcelona, Xavi Hernandez telah disahkan positif Covid-19. Beliau mengesahkan perkara itu di laman sosial Instagramnya sebentar tadi. “Beberapa hari lepas, berdasarkan protokol Qatar Stars League, saya telah disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan terbaharu. Saya merasakan diri saya seperti biasa tetapi mengikut protokol saya tetap akan diisolasi […]
TERKINI: KKM Kesan Dua Lagi Kluster Baharu Termasuk Kluster Bukit Tiram
Menerusi maklumat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan harian Covid-19 di negara kita, terdapat pertambahan lagi dua kluster baharu hari ini. Kluster baharu tersebut termasuklah Kluster Bukit Tiram dan Kluster Syarikat Pembinaan Kuching. Perincian tentang kluster baharu Kluster Bukit Tiram telah melibatkan dua kes baharu iaitu dua […]

TERKINI: KKM Sahkan Lagi 23 Kes Baharu Positif Covid-19 Termasuk 17 Kes Tempatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 17 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,594 kes. Menerusi kiriman status yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitter miliknya. […]

Solat Sunat Aidiladha, Ibadah Korban Dibenarkan Di Masjid Di Thailand
Bangkok: Semua masjid di Thailand diberi lampu hijau untuk menunaikan solat berjemaah dan mengerjakan ibadan korban untuk Aidiladha yang akan disambut pada 31 Julai ini, walaupun perlu mematuhi garis panduan kesihatan yang ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Sheikul Islam Thailand Aziz Phithakkhumphon berkata sejak situasi COVID-19 di negara itu bertambah baik dan merekodkan sifar kes […]
SOP Sambutan Aidiladha Akan Diputuskan Dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Isnin Ini – Ismail Sabri
Prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Aidiladha akan diputuskan di dalam Mesyurat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin ini. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan sambutan Aidiladha yang akan dirayakan oleh seluruh umat Islam pada Jumaat depan. Selain itu, SOP Covid-19 yang dilonggarkan kepada […]

JKNM Nafi Kes Covid-19 Di Melaka Sentral
Melaka: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) hari ini menafikan maklumat yang tular di aplikasi WhatsApp kononnya terdapat beberapa warga asing yang positif COVID-19 di perhentian bas Melaka Sentral di sini semalam. Pengarah Kesihatan negeri Dr Ismail Ali berkata sebenarnya penumpang terlibat merupakan satu keluarga warga tempatan yang pulang dari luar negara pada 23 Julai lepas […]