Berita
(Video)“Terkenal Bagi Pelancong China & Korea,” Lelaki Ini Kongsi Keindahan Pulau Mengalum Pukau Pandangan
Sejak PKP masuk kepada fasa pemulihan, ramai diantara kita yang sudah pun merancang untuk membawa seisi keluarga keluar berjalan-jalan makan angin. Manakan tidak, setelah beberapa bulan terkurung di dalam rumah, niat untuk bebas itu pastinya membuak-buak. Pun begitu, pasti masih ramai lagi yang tidak tahu untuk pergi ke mana bukan? Kepada penggemar suasana laut, pulau […]
Anggota Polis Jaga Sempadan Negara Ditukar Sebulan Sekali – Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Anggota keselamatan di sempadan negara yang bersekongkol dan mengambil rasuah daripada sindiket penyeludupan pendatang asing adalah pengkhianat kepada negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata perbuatan menerima bayaran oleh mereka yang diberi tanggungjawab mengawal keselamatan itu membolehkan ribuan pendatang tanpa izin membolosi sempadan negara. “Saya […]
Remaja 15 Tahun ‘Lumpuh’ Di Bahagian Lengan Dan Tangan Kiri Dipercayai Bermain ‘Game’ 22 Jam Sehari Dalam Sebulan
Seorang remaja berusia 15 tahun di China tidak boleh menggerakkan tangan dan lengan kirinya selepas bermain permainan komputer selama sebulan, lapor Daily Mail. Menurut Daily Mail, remaja lelaki itu bermain dengan permainan video selama kira-kira 22 jam sehari ketika tinggal di rumah dalam tempoh perintah berkurung kerana Covid-19. Dia dikejarkan ke sebuah hospital di bandar […]
Dua Anak Pelanduk Unik Dilahirkan, Anggaran Saiz Dewasa Hanyalah Sebesar Arnab
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN), mengumumkan bahawa dua ekor anak pelanduk telah dilahirkan pada bulan Jun tahun ini di Pusat Konservasi Hidupan Liar(PKHL) Sungai Batu Pahat, Perlis. Pengumuman itu telah dibuat menerusi perkongsian di laman facebook Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Pusat Konservasi Hidupan Liar(PKHL), terletak di Kangar, Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1998 […]
Budak Dakwa Wanita Menyeramkan ‘Kunjungi’ Biliknya Setiap Malam, Siap Buat Permintaan Yang Pelik
Seorang kanak-kanak mendakwa bahawa dia selalu ternampak seorang wanita yang aneh di biliknya setiap malam. Menurutnya, wanita tersebut sering membuat permintaan yang pelik-pelik kepadanya. Nenek kepada kanak-kanak itu yang prihatin akan masalah yang dihadapi cucunya telah bertindak menulis di sebuah laman web untuk mendapatkan bantuan bagi mengetahui apa yang harus dilakukan selanjutnya. Dalam penulisannya yang […]
Kes Adib: PDRM Cadang Tubuh Pasukan Kajian Semula-KPN
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menubuhkan Pasukan Kajian Semula, bagi menyiasat kesemua aspek kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan itu akan melakukan siasatan yang tertumpu kepada saksi-saksi. “Ia termasuklah pandangan seorang pakar patalogi forensik dari Hospital Kuala Lumpur dan […]
Warga Emas Terkunci Dalam Rumah Ditemukan Mati
JOHOR BAHRU, 10 Julai (Bernama) — Seorang wanita warga emas yang dipercayai ‘terkunci’ di dalam rumahnya di Jalan Hang Lekiu 6, Taman Skudai, di sini, ditemui mati, hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Che Deris berkata, mangsa yang dikenali sebagai Zaiton Ismail, 75, itu tinggal berseorangan […]
Hidap ‘Down Syndrome’ Dan Masalah Paru-Paru, Tabung Bantu Adik Khairun Nas Dilancar Mohon Sumbangan Ramai
Tidak semua orang dikurniakan dengan kehidupan yang sempurna, ada yang diuji dengan pelbagai dugaan yang terkadang tidak mampu untuk diharungi. Begitulah keadaan yang dialami oleh kanak-kanak berusia 2 tahun yang berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan yang menghidap Syndrom Down dan masalah paru-paru. Menurut kiriman yang dikongsikan oleh Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS di laman Facebook, […]
KPDNHEP Sahkan Berlaku Kenaikan Harga Ayam Pada 4 Jun Hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata maklumat itu diperoleh susulan notis dikeluarkan KPDNHEP di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan […]
(Video) Pengantin ‘Disedut’ Ombak Hingga Hanyut Ke Laut Ketika ‘Photoshoot’ Atas Batu Di Tepi Pantai
Setiap perkahwinan pastinya tidak sah jika tidak ada sesi photoshoot bagi merakamkan memori manis yang bakal diingati sampai bila-bila oleh kedua-dua mempelai. Pun begitu, hari bahagia bagi satu pasangan pengantin ini telah bertukar tragedi apabila kedua-dua mereka terakam dihanyutkan oleh ombak sehingga terjatuh ke dalam laut ketika sedang mengadakan sesi photoshoot di sebuah pantai yang […]
(Video) “Ainul Beri Salam Perkenalan..,” Reaksi Ainul Mardhiah Sambut Adik Baharu Tarik Perhatian Ramai
Semakin menunjukkan perkembangan yang positif, adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini menjalani pembedahan kerana penyakit ‘Germ Cell Tumour‘ sememangnya sentiasa menjadi perhatian rakyat Malaysia. Terbaru, menerusi video yang dikongsikan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin di Facebook, Ainul yang kini sudah menjadi kakak mencuri perhatian ramai apabila menyambut ketibaan adiknya di rumah. Menerusi video tersebut, Ainul yang […]
Kes Positif COVID-19 Di Indonesia 72,347 Kes, Kematian 3,469 Orang
JAKARTA, 10 Julai — Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 72,347 kes, iaitu tambahan 1,611 kes baru dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 52 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,469 orang. “Sebanyak 13,882 […]
Tiket Raya Aidiladha Mula Dijual Esok – KTMB
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mula menjual tiket balik kampung untuk Hari Raya Aidiladha esok, dengan penjualannya dibuka serentak di semua stesen dan sistem dalam talian KTMB. Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad Asri Khalbi berkata penjualan tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan Antarabandar itu adalah bagi perjalanan di antara 15 Julai dan 30 […]
Dokumentari Al-Jazeera Berunsur Hasutan, Laporan Tidak Tepat- Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown terbitan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang disiarkan baru-baru ini didapati mempunyai unsur hasutan, laporan tidak tepat serta mencetuskan kemarahan orang awam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata laporan dokumentari berkenaaan telah menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dengan ia lebih condong ke arah menggambarkan layanan buruk terhadap pendatang tanpa […]
COVID-19: Kedah Dan Empat Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 setakat 10 Julai 2020, jam 12 tengah hari. Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, terdapat lima negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini. […]
Bayi Baru Lahir Dicampak Dari Tingkat 13 Pangsapuri
GEORGE TOWN, 10 Julai (Bernama) — Seorang remaja perempuan tergamak mencampakkan bayi yang baru dilahirnya dari tingkat 13 pangsapuri didiaminya bersama keluarga di kawasan Bandar Baru, Air Itam di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima maklumat daripada penduduk di pangsapuri itu mengenai penemuan satu mayat bayi perempuan […]

Agresif Dan Sporty, Bongkar Rahsia Kenapa ‘H’ Civic Jadi Idaman Semua
Di zaman serba moden kini, kereta bukan hanya sekadar alat pengangkutan. Bagi anda yang berkemampuan, kereta juga lambang status dan imej. Pelbagai jenama yang ada di pasaran, setiap satu hadir untuk memenuhi citarasa tertentu, lebih-lebih lagi untuk anak muda. Bila sebut mengenai kereta idaman anak muda, memang sah jenama dari Jepun ini wajib ada dalam […]
Harga Runcit Petrol RON97 Dan RON95 Naik 7 Sen, Diesel Naik 3 Sen
Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 11 Julai sehingga 17 Julai 2020 April 2020. Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.95 seliter kepada RM2.02 seliter. Manakala bagi harga runcit petrol […]
TERKINI: 13 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 5 Kes Tempatan Dan Lagi 12 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih dibenarkan discaj dari wad adalah sebanyak 8,511 kes bersamaan 97.87%. Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan pada hari […]

Labuan Alami Gangguan Sementara Bekalan Air Sejak Selasa Lalu
Labuan: Hampir 85 peratus daripada 97,000 penduduk di pulau bebas cukai ini sedang mengalami gangguan sementara bekalan air sejak Selasa lalu disebabkan paip pecah di hadapan Labuan Shipyard & Engineering, Jalan Pulau Enoe, di sini. Gangguan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan zon perindustrian di sini. Pengarah Jabatan Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan (JBAWPL), Muhamad Zulkeflee Yusof […]