Berita

Berita
Pawagam Pandu Masuk: Penyelesaian Bagi Individu Ragu-Ragu Tonton Wayang Beramai-Ramai?
KUALA LUMPUR, 10 Julai – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik COVID-19 sememangnya menjejaskan banyak sektor perniagaan dan aktiviti sosial. Namun di sebalik itu, terdapat sudut kebaikan menerusi beberapa inovasi baharu mula diadaptasi dalam kehidupan seharian. Dalam situasi kebiasaan baharu ini, pernahkah rakyat Malaysia membayangkan sebuah pawagam pandu masuk dibuat nanti sepertimana terdapat di […]
Gaya hidup
(Video) Kasih Seorang Bapa, Sanggup Dermakan Tulang Sumsum Dua Kali Kepada Anak Hidap Leukaemia
Pengorbanan ibu bapa buat anak-anak sememangnya tiada galang gantinya. Apatah lagi jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh menghadapi sakit yang kronik. Sama dengan seorang bapa di China yang sanggup mendermakan sumsum buat anak perempuannya yang menghidap leukaemia sebanyak dua kali bagi melihat anaknya itu kembali pulih. Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh South […]
Luar Negara
(Video) Detik Mendebarkan ‘Hero’ Ini Sambut Budak 3 Tahun Dilemparkan Oleh Ibunya Dari Bangunan Terbakar
Seorang bekas tentera laut Amerika Syarikat yang telah bersara digelar sebagai hero setelah menangkap seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dijatuhkan dari sebuah bangunan yang terbakar, lapor Mirror. Philip Blanks dikatakan sedang melawat rakannya semasa dia terdengar bunyi keriuhan dari luar bangunan apartment di Arizona dan memeriksa kehadiran bunyi tersebut. Setelah itu, dia mendapati […]
Kesihatan
KKM Iktiraf Peranan Media Sebagai Barisan Hadapan Dalam Perangi COVID-19
KUALA LUMPUR, 9 Julai — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengiktiraf dan menghargai media sebagai barisan hadapan yang sama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Beliau berkata selain menyampaikan dasar dan polisi kerajaan, peranan media amat penting terutamanya dalam menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat serta bertindak sebagai agensi […]
Berita
Amoeba ‘Pemakan Otak’ Dilaporkan Jangkiti Seorang Lelaki, Jabatan Kesihatan Florida Beri Amaran
Dunia pada tahun ini dipenuhi dengan pelbagai cabaran termasuk Covid-19 yang tidak pernah dijangka oleh manusia, lapor Mirror. Terbaru, pegawai kesihatan di Florida telah memberi amaran mengenai amoeba ‘pemakan otak’ yang dilaporkan telah menjangkiti seorang lelaki di Florida. Jabatan Kesihatan Florida menerusi satu kenyataan pada 3 Julai lalu memaklumkan bahawa seorang lelaki di Hillsborough County […]
Gaya hidup
(Video) Kaki ‘Iron Board’ Patah, Wanita Ubah Suai Papan Seterika Boleh Dilipat Ke Dinding
Tidak semua barangan di dalam rumah yang telah rosak perlu dibuang begitu sahaja kerana terkadang ia akan menghasilkan sesuatu yang baharu dan lebih berguna untuk seisi keluarga. Sama dengan kiriman yang dikongsikan oleh Norhidayah Adam yang mengubah semula papan seterikanya yang telah patah pada bahagian kaki. Menurutnya, hanya satu bahan sahaja yang digunakan untuk melekatkan […]
Berita
Bomba Johor Sibuk Dengan Tugas Khidmat Khas Haiwan Berbisa
JOHOR BAHRU, 9 Julai — Anggota bomba menangkap seekor ular sawa sepanjang tiga meter di Iskandar Puteri, Gelang Patah, malam tadi iaitu tugas pertama menyelamatkan haiwan oleh anggota bomba Johor sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19. Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri itu hanya mengambil masa 20 minit untuk mengangkap […]
Berita
Remaja Perempuan Dijumpai Mati, Dipercayai Terjatuh Dari Pangsapuri
BUKIT MERTAJAM, 9 Julai (Bernama) — Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dijumpai mati selepas dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di kawasan Perai Indah sini hari ini, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad. Katanya pihak polis dihubungi pada 1.57 tengah hari tadi memaklumkan terdapat mayat remaja perempuan terjatuh di pangsapuri berkenaan dan hasil siasatan mendapati mangsa adalah […]
Berita
Bapa ‘Youtuber’ Terkenal Malaysia Meninggal Dunia, Minta Warganet Sedekahkan Al-Fatihah
Bapa kepada Youtuber terkenal Malaysia Sofyank96 dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Menerusi perkongsian melalui akaun Twitter peribadinya, bapanya yang bernama Abdullah bin Mohamed telah kembali ke rahmatullah pada hari ini. Minta sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah sy yang baru kembali ke rahmatullah hari ini.. Abdullah bin Mohamed. Al fatihah ( dibaca ) pic.twitter.com/jlnesTEKyP — […]
Berita
“Perkataan Saya Tersekat Sikit,” ‘Youtuber’ Pavithra Tergamam Pertama Kali Jumpa Perdana Menteri
‘Pavithra, tak masak ke?’ tanya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pasangan Sugu Pavithra – namun sapaan yang begitu mudah kelihatan amat sukar sekali untuk dibalas pasangan Youtuber yang cukup dikenali seantero Malaysia itu, kerana terlalu gugup. S.Pavithra yang pertama kali bertemu dengan Perdana Menteri berkata beliau berasa amat gementar sehingga kehilangan kata-kata. “Tadi beliau juga tanya saya tak […]
Berita
Empat Bot Vietnam Di Perairan Terengganu Ditahan
CHUKAI, 9 Julai — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Terengganu menahan empat bot nelayan Vietnam bersama 31 awak-awak termasuk tekong yang melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara, Selasa lepas. Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata semua bot nelayan itu ditahan di empat lokasi berbeza iaitu pada jarak 162 hingga 166 batu […]
Kesihatan
Kes Positif COVID-19 Di Indonesia Lepasi Angka 70,000; Kes Baharu Tertinggi Lepasi Angka 2,000
Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 70,000 dengan penambahan 2,657 kes baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah penambahan tertinggi sejak kes pertama 2 Mac lepas. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 70,736 kes, manakala kes kematian keseluruhan kini berjumlah 3,417 orang. “Bagi tempoh […]
Berita
Tahap Pematuhan SOP PKPP Di Masjid, Surau Memuaskan – Zulkifli
Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di masjid serta surau di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setakat ini adalah memuaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata berdasarkan pemantauannya, jemaah mengamalkan jarakan sosial dan SOP lain. “Perkara ini (pematuhan SOP), saya amat berpuas hati dan diharap dapat […]
Berita
Awas, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi 7 Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 dan 9 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 6.25 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir sehingga jam 8 malam ini adalah Kedah, […]
Gaya hidup
Denda RM20,000 Kesalahan Laga Ayam, Hadir Ke Tempat Pelagaan Ayam
CHUKAI, 9 Julai (Bernama) — Sebanyak 28 lelaki, masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kemaman di sini, hari ini selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan melaga ayam dan hadir ke tempat pelagaan ayam pada Jumaat lepas. Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu terhadap empat orang lelaki […]
Berita
Rasuah: Pegawai Belia Dan Sukan Universiti Tempatan Direman
Kuala Lumpur: Seorang pegawai belia dan sukan sebuah universiti tempatan direman tiga hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyalahgunaan kuasa dan jawatan. Menurut sumber, perintah reman dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas membenarkan permohonan SPRM Selangor di Mahkamah Majistret Shah Alam, tengah hari tadi. “Individu lelaki berusia 42 tahun itu ditahan 3 petang […]
Berita
(Video) Aktres Hilang Dan Dikhuatiri Lemas, Anak 4 Tahun Ditemui Tertidur Sendirian Di Atas Bot
Bekas pelakon ‘Glee’, Naya Rivera dilaporkan hilang manakala anak lelakinya yang berusia 4 tahun dilapor ditemui bersendirian dalam keadaan tertidur di atas bot di sebuah tasik di California Selatan. Aktres berusia 33 tahun itu dilaporkan telah menyewa bot pada Rabu sebelum disahkan hilang di Tasik Piru, barat laut Los Angeles. Menurut wakil Pejabat Sheriff Ventura […]
Berita
Culik & Bunuh Datuk Seri: 6 Lelaki Termasuk Seorang Ahli Politik Didakwa
PETALING JAYA, 9 Julai (Bernama) — Enam lelaki termasuk seorang ahli politik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, berhubung kes menculik ahli perniagaan, Datuk Seri R. Arumugam yang mayatnya ditemukan di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu. Lima lelaki iaitu Azhari Shahrom Shaihmi, 56; Mohd Durai […]
Berita
Netizen Sambut ‘Hari Lahir’ Ke-35 Proton Saga, Ada Yang Kata Versi 1989 Pun Masih Elok
Hari ini genap usia Proton Saga 35 tahun. Kereta buatan Malaysia yang terkenal dengan ketahanan dan kekukuhannya ini terus diminati rakyat Malaysia dari generasi ke generasi. Hari bersejarah ini diraikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pelopor kereta jenama Malaysia. Kicauan beliau di Twitter mendapat sambutan orang ramai dengan lebih 7.4 ribu […]
Berita
Dera Bayi Lelaki Hingga Lebam, Luka, Pengasuh Didakwa
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang bayi lelaki berusia lima bulan sehingga lebam di paha kiri dan luka kecil di tangan kanan, Januari lepas. Noraini Mohamad, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Izralizam […]