Berita

Kesihatan
TERKINI: Tiada Kes Tempatan, Hanya 3 Kes Baharu COVID-19 Dan 5 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5 kes telah pulih dan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,486 bersamaan 97.8 %. Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat 3 kes baharu jangkitan Covid-19 yang telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak […]
Berita
“Hormati Undang-Undang Negara Orang Kalau Nak Bekerja”- Peguam
Kontroversi dan tuduhan berkisarkan penganiayaan pendatang asing tanpa izin (PATI) kian panas hari demi hari sejak isu dokumentari Aljazeera ‘meletup’ dalam kalangan rakyat Malaysia, beberapa hari lalu. Justeru, seorang peguam, Nor Zabetha mengulas isu tersebut dari sudut pandang guaman dan pengalamannya sendiri yang terlibat secara langsung dengan warga asing. Mari baca perkongsian di bawah. Berkenaan […]
Gaya hidup
“30 Juzuk Dalam Kepala”, Disindir Netizen Pakai Baju Gaya Vintaj, Sahabat Lama Dedah Rupanya Salah Seorang Mereka Adalah Hafiz Quran
Kadangkala kita tak mampu hadam apa yang berada dalam kepala sesetengah orang yang sering mencari kesalahan dan menilai orang lain. Malah, ada yang tak segan silu mengutuk orang lain hanya kerana mereka berbeza. Sebelum ini, tular gambar dua orang lelaki yang berposing ala-ala vintaj di lokasi dipercayai di Kota Bharu. Pun begitu, gambar kedua-dua mereka dikecam […]
Berita
Dua Premis Syarikat Perniagaan ‘Bitcoin’ Diserbu, Disyaki Beroperasi Guna Elektrik Curi
PELABUHAN KLANG, 8 Julai (BERNAMA) — Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerbu dua premis perniagaan matawang kripto di Taman Pendamar Indah di sini, kerana disyaki beroperasi dengan mencuri bekalan elektrik. Serbuan Ops Bitcoin selama hampir dua jam bermula kira-kira pukul 9 pagi itu, dijalankan 40 kakitangan SEAL (Special Engagement Against Losses) TNB bersama […]
Berita
Satu Mayat Warga Indonesia Mangsa Kejadian Bot Terbalik Ditemui
Johor Bahru: Polis Pengawal Pantai Singapura (SPCG) telah menemui mayat seorang wanita hari ini, yang merupakan salah seorang daripada tiga warga Indonesia yang hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik di perairan Tanjung Piai, dekat Pontian, semalam. Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata mayat yang ditemui berhampiran Pelabuhan Tuas pada pukul 12 […]
Berita
Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara, Enam Sebatan Tentera Rogol Isteri Rakan
Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dihadapi seorang anggota tentera yang disabitkan kesalahan merogol isteri rakannya semasa bermalam di rumah pasangan itu empat tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan terakhir Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak selepas mendapati […]
Berita
Mesej Jangkitan Covid-19 Jemaah Masjid Bagan Dalam Adalah Palsu – Polis SPU
Butterworth: Polis mengesahkan mesej suara melalui aplikasi WhatsApp yang tular sejak semalam kononnya terdapat jangkitan pandemik COVID-19 membabitkan beberapa jemaah yang hadir di Masjid Bagan Dalam di sini, adalah palsu. “Pihak polis telah mengadakan perjumpaan dengan pengerusi Masjid Bagan Dalam dan mengesahkan perkara itu tidak benar. Semakan kami dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga mendapati […]
Berita
TERKINI: Kemasukan Pelajar IPT Sepenuhnya Pada Oktober 2020 – Noraini Ahmad
Sidang media yang sedang bersiaran langsung oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad mengenai pembukaan semula institusi pendidikan tinggi selepas hampir tiga bulan ditutup untuk menangani wabak Covid-19. Dalam sidang media tersebut, beliau memaklumkan bahawa kemasukan semula pelajar ke institusi bermula pada bulan Julai secara berperingkat sehingga kemasukkan sepenuhnya pada Oktober 2020 nanti. Kumpulan yang […]
Berita
(Video) Lelaki Dakwa Ada ‘Suara’ Lain Ikut Mengaji Ketika Sedang Baca Al-Quran
Ramai yang pernah berdepan dengan kisah-kisah misteri atau gangguan aneh yang pastinya mencetuskan ketakutan dan rasa seram yang tak dilupakan. Seperti perkongsian oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Nadzmin Adam di Twitter mengenai kejadian misteri yang berlaku dan secara tidak sengaja dapat dirakamkan. Menerusi video berdurasi 18 saat, dia dilihat sedang mengalunkan bacaan Yassin namun […]
Pengarah Syarikat Warga Emas 77 Tahun Didakwa Ubah Wang Haram Lebih RM9 juta Sejak 2013
KUALA LUMPUR, 8 Julai (BERNAMA) — Seorang warga emas yang juga seorang pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram lebih RM9 juta, sejak 2013 hingga 2017. Lau Kok Loon, 77, pengarah syarikat pemaju Semenyih Jaya Sdn Bhd, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan […]
Berita
“Ada Berbilion Nama Rayhan Khabir”, Kebetulan Nama Sama, Lelaki Ini Dakwa ‘Dihujani’ Mesej Kecaman
Kebanyakan rakyat Malaysia kini sedang marah terhadap Rayhan Kabir, seorang pekerja Bangladesh di Malaysia yang ditemubual Al-Jazeera baru-baru ini. Terkenal dengan ketajaman lidah dan kepantasan jari mengecam sehingga pernah membuatkan laman Facebook pro negara tertentu ditutup, tentera bawang Malaysia sekali lagi menggunakan skil ‘perisikan’ mereka untuk menyerang individu yang dipercayai cuba merosakkan imej negara. Hasil […]
Berita
Mesej Jangkitan COVID-19 Jemaah Masjid Bagan Dalam Adalah Palsu – Polis SPU
BUTTERWORTH, 8 Julai — Polis mengesahkan mesej suara melalui aplikasi WhatsApp yang tular sejak semalam kononnya terdapat jangkitan pandemik COVID-19 membabitkan beberapa jemaah yang hadir di Masjid Bagan Dalam di sini, adalah palsu. “Pihak polis telah mengadakan perjumpaan dengan pengerusi Masjid Bagan Dalam dan mengesahkan perkara itu tidak benar. Semakan kami dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga mendapati […]
Berita
METMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Hampir Di Semua Negeri Hingga 5 Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda di beberapa kawasan di negeri-negeri seluruh negara. Data terkini ramalan dikeluarkan pada 1.45 petang tadi dan amaran dijangka sehingga 4 dan 5 petang nanti. Berikut adalah senarai kawasan-kawasan yang terlibat: Jangkaan sehingga 4 petang hari ini:- Pahang: Rompin Selangor: Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, […]
Berita
Aksi Superman: Dua Remaja Diperintah Jalani Khidmat Masyarakat 120 Jam
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Dua remaja lelaki masing-masing diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya dengan melakukan aksi ala ‘Superman’, Mei lepas. Majistret Puteri Nursheila Rahimi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Amirul Ikmal Abdul Sham, 20, dan Muhammad Zahiruddin Anuar, 19, […]
Berita
(Video) Detik-Detik Cemas Bas Terjunam Masuk Tasik Korbankan 21 Penumpang
Kira-kira 21 orang mangsa terkorban dan 15 orang cedera dalam satu kejadian ngeri apabila sebuah bas terjunam ke tasik takungan di sebuah daerah di Guizhou, China. Menurut petikan daripada BBC, kesemua mangsa adalah pelajar yang dijadualkan bakal mengikuti satu peperiksaan untuk memasuki universiti iaitu ‘gaokao’. Pemandu bas yang sudah bekerja hampir 23 tahun antara mangsa […]
Berita
Anggota Polis Berpangkat Koperal Didakwa Minta Rasuah
Kota Kinabalu: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, terhadap tiga pertuduhan meminta rasuah sebagai dorongan untuk melepaskan dua lelaki yang ditangkap, kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri yang sah pada Ogos 2018. Tertuduh Koperal Margani Arpah, 55, bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu. Mengikut pertuduhan pertama, bertempat di […]
Berita
“Setakat Hari Ini Tiada Acara Perbarisan Pada Hari Kemerdekaan” – Ismail Sabri
Dalam sidang media mingguan yang bersiaran langsung oleh Majlis Keselamatan Negara yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa perbarisan sempena sambutan hari Kemerdekaan tidak dijalankan seperti tahun-tahun lepas. Katanya dalam sidang media tersebut, setakat hari ini perbarisan tidak ada kerana ia melibatkan perhimpunan ramai dan penjarakan sosial tidak ada. Keadaan sukar dikawal akan […]
Berita
MAS Tawar Diskaun Harga Tiket Penerbangan Domestik 20 Peratus Untuk Guru, Pensyarah & Pelajar – Ismail Sabri
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) bersetuju menawarkan diskaun harga tiket penerbangan sebanyak 20 peratus bagi guru, pensyarah dan pelajar. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, promosi diskaun 20 peratus untuk guru peringkat persekolahan dan pensyarah institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta adalah bagi perjalanan domestik. “Tarikh tempahan bermula dari 9 […]
Berita
Penganggur Dipenjara Tiga Tahun Rompak Telefon Bimbit Warga Emas
Kuala Lumpur: Seorang penganggur dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana merompak telefon bimbit milik seorang warga emas di hadapan sebuah masjid, Jumaat lepas. Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Alif Fadilat Abdullah, 28, selepas beliau mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dan memerintahkannya, menjalani hukuman penjara bermula […]
Berita
AS Sah Tarik Diri Daripada WHO
NEW YORK, 8 Julai (Bernama) — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengesahkan Amerika Syarikat (AS) sudah memaklumkan negara itu menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Xinhua. Perkara itu dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Isnin. “Sebagai jawapan kepada pertanyaan, saya mengatakan pada 6 Julai 2020, AS sudah memaklumkan […]