Berita

Berita
Polis Mula Siasatan Terhadap Laporan Al-Jazeera
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jezeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat […]
Gaya hidup
Wanita Kongsi Cara Hilangkan Milia, Biji-Biji Kecil Seakan Jerawat Timbul Di Wajah
Kecantikan kulit wajah sememangnya sentiasa menjadi keutamaan bukan sahaja bagi wanita malahan lelaki juga. Tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah orang ‘dianugerahkan’ dengan kulit muka yang sangat flawless tanpa memerlukan usaha yang lebih untuk menjaganya. Pun begitu, ada juga yang mengalami pelbagai masalah kulit sehingga memerlukan rawatan pakar. Mungkin dilihat biasa, masalah timbulnya biji-biji kecil […]
Gaya hidup
Lelaki Tempatan Ditahan, Dadah Lebih RM300,000 Dirampas
KUALA LUMPUR, 6 Julai — Seorang lelaki yang disyaki aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang ditahan dalam operasi polis di Balakong, dekat sini. Pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM300,000 dirampas dalam operasi pada jam 10.40 malam Sabtu itu. “Lelaki berusia 29 tahun itu kemudian membawa polis ke sebuah kondominium di Kampung Baru Balakong iaitu […]
Luar Negara
(Video) “Dah Dekat Sangat,” Pegawai Peronda Hampir Dipanah Petir Ketika Beri Bantuan
Tular satu rakaman mendebarkan memaparkan seorang pegawai Peronda Lebuhraya Oklahoma hampir dipanah petir semasa cuba untuk membantu seorang pemandu, lapor New York Post. Peronda Lebuhraya Oklahoma mengesahkan menerusi Facebook mereka bahawa kejadian itu berlaku pada Khamis lalu di sepanjang Turner Turnpike/Interstate 44 antara Bristow dan Stroud yang terletak di barat daya Tulsa. Menurut kenyataan di […]
Berita
COVID-19 Di Indonesia: Kes Positif 64,958 Kematian 3,241
JAKARTA, 6 Julai — Sebanyak 70 lagi kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,241 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, kes positif virus itu juga berterusan meningkat kepada 64,958 kes, iaitu tambahan 1,209 kes baharu bagi tempoh berkenaan. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga […]
Berita
Tindakan Banteras Pendatang Tanpa Izin Perlu Dihormati Semua Pihak – KPSIM
Tindakan membanteras pendatang tanpa izin di negara ini yang jelas dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan peraturan perlu dihormati semua pihak. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) Norhisham Murujan berkata ini kerana setiap penahanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dilakukan secara profesional dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “KPISM menyokong usaha kerajaan membanteras pendatang tanpa […]
Berita
Nak Rai ‘Birthday’ Anak Di Taman Tema, Wanita Maut Terjatuh Daripada ‘Rollercoaster’
Seorang wanita dilaporkan maut selepas terjatuh ketika menaiki permainan rollercoaster di Perancis. Mangsa yang berusia 32 tahun itu difahamkan sedang menaiki permainan rollercoaster dan secara tiba-tiba dia telah tergelincir dan terpaksa berpaut pada bar keselamatan, dakwa saksi. Menurut Metro.UK, suami kepada mangsa berkenaan cuba untuk mencapai kakinya namun dia gagal untuk menyelamatkan isterinya itu. Seorang […]
Kesihatan
Virus COVID-19 Tampil Sifat Baharu Setiap Hari – KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mendedahkan pihaknya menemukan sifat baharu virus COVID-19 setiap hari sejak pandemik itu dilaporkan kira-kira enam bulan lepas, menunjukkan perbezaan virus berkenaan dengan virus Corona yang lain. “Dibandingkan Coronavirus yang lain, COVID-19 sifatnya mudah untuk merebak. Kalau kita lihat COVID-19, dalam tempoh enam bulan ini sudah […]
Berita
“Peperangan Kita Melawan COVID-19 Belum Berakhir,” – KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa perjuangan dalam memerangi wabak Covid-19 masih belum lagi berakhir. Menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya terus mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa bagi mengekang penularan wabak yang telah menjangkiti […]
Berita
Malaysia, Singapura Dijangka Umum Keputusan Rundingan Pembukaan Sempadan Awal Ogos-Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Kerajaan Malaysia dan Singapura dijangka mengumumkan keputusan pembukaan sempadan kedua-dua negara untuk dua kategori – Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) – pada awal bulan depan. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata RGL melibatkan perjalanan rentas sempadan bagi urusan perniagaan penting serta urusan rasmi melibatkan kedua-dua negara sementara […]
Berita
Malaysia Catat 2,649 Kes Berkaitan Penyakit Zoonosis Januari-Jun 2020
KUALA LUMPUR, 6 Julai — Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan sebanyak 2,649 kes berkaitan penyakit zoonosis, iaitu penyakit berjangkit yang berlaku antara haiwan dan manusia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata daripada angka itu, 1,484 kes adalah penyakit Leptospirosis, Malaria Knowlesi (1,156), Japanese Encephalitis (tujuh) dan Rabies (dua), […]
Gaya hidup
Harga RM429, realme C11 Mampu Bertahan 40 Hari, Ini Spesifikasi dan Keunggulannya
Macam-macam perkara yang kita pertimbangkan sebelum membeli telefon pintar baru. Ada yang nak harga murah, kamera yang okay untuk ambil gambar dan ada juga yang mahukan bateri yang boleh tahan lama. Kalau korang nak ketiga-tiga di atas, realme C11 adalah jawapannya. Nak tahu kenapa? Jom kami cerita. 1. Bateri besar, siap boleh jadi ‘power bank’ […]
Berita
(Video) Rakaman Burung ‘Usung’ Ikan Bersaiz Besar Di Ruangan Udara Pantai Timbulkan Tanda Tanya
Para pengunjung di Pantai Myrtle, South Carolina, terpegun dengan kelibat seekor burung besar yang berterbangan di pantai tersebut sambil membawa seekor ikan yang juga bersaiz besar, lapor Daily Mail. Rakaman yang diambil oleh individu bernama Ashley White daripada apartment tingkat 17 tempatnya bercuti itu menunjukkan ikan tersebut masih lagi hidup dan cuba untuk melepaskan dirinya. […]
Berita
Gangguan Air Libatkan 420,000 Pemilik Akaun Selasa Depan
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Sebanyak 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual dari 14 hingga 17 Julai ini. Ketua Operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abas Abdullah berkata gangguan itu berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai […]
Kesihatan
Hanya Tinggal 1 Kes Yang Masih Aktif Di Kluster Perhimpunan Seri Petaling, Jumlah Kes Sembuh Cecah 98.96%
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan bahawa terdapat hanya satu kes sahaja yang masih aktif di Kluster Perhimpunan Seri Petaling. Hanya seorang pesakit #COVID19 masih dirawat di hospital dari kluster terbesar di negara kita iaitu Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling. — KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 6, 2020 “Bilangan sampel […]
Kesihatan
TERKINI: 5 Kes Baharu COVID-19 Dan Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 5 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini (6 Julai 2020). Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, 5 kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,668. Oleh yang demikian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 […]
Berita
TERKINI: 11 Kes Dilaporkan Sembuh Hari Ini, Jumlah Kes Pulih Keseluruhan 8,476
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 11 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 8,476 bersamaan dengan 97.78 %. Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua […]
Berita
Tular Foto Sungai Dakwa Ampang Dicemari Sampah
Pagi ini tular di media sosial beberapa keping foto yang memaparkan sebatang sungai didakwa Selangor hampir dipenuhi oleh sampah buangan manusia. Berdasarkan halaman Facebook This is Ampang, dipercayai kejadian tersebut berlaku di Sungai Ampang, berdekatan kawasan jambatan Taman Kosas dan stesen minyak Caltex. Antara jenis sampah yang dikenal pasti adalah sofa, kain pelikat, bantal, bungkusan […]
Berita
“Tolong Jaga Ma & Adik-Adik”, Tekong Bot Terbalik Kongsi Detik Cemas, Berenang Lebih Sejam Cari Bantuan
KOTA BHARU, 6 Julai (Bernama) — “Along, tolong jaga ma dan adik-adik yang lain sekiranya abah tidak kembali ke bot,” kata Hazahar Mat Sanishah, 48, tekong bot kepada anak sulungnya, sebelum berenang lebih satu jam untuk meminta bantuan bot berhampiran selepas bot yang dikemudinya terbalik dan karam di perairan Bachok, Isnin lalu. Bapa kepada lima […]
Berita
Berang Dengan Laporan Didakwa Tak Tepat, Ruang Komen FB Al Jazeera Dibanjiri #ApologizeToMalaysia
Berang dengan tindakan agensi berita antarabangsa dari Qatar, Aljazeera yang menerbitkan dokumentari didakwa tidak tepat dan berunsur tuduhan ke atas Malaysia, rata-rata netizen di negara ini mula menjalankan ‘tugas’ masing-masing. Kini, halaman Facebook Aljazeera English dipercayai sedang ‘diserang’ dan ‘dibanjiri’ dengan komentar-komentar netizen Malaysia. Hampir kesemuanya bersatu-padu menyuarakan rasa tidak puas hati, seperti biasa menggunakan […]