Berita
Kerajaan Benar MICE, Pameran Pengembaraan Dan Perdagangan, Spa, Pusat Urut Kaki Beroperasi Mulai 1 Julai – Ismail Sabri
Spa, pusat refleksologi dan kecantikan antara sub-sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula mulai 1 Julai ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran tersebut turut diberikan untuk Meeting Incentive Convention Exhibition (MICE) dan Travel and Trade Fair (TTF). “Bagi MICE dan TTF, hanya 250 pengunjung sahaja dibenarkan setiap masa, selain semua […]
Agong Tinjau Pelaksanaan SOP, Sesi Pembelajaran Di SMK Danau Kota
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan pelajar sekolah di seluruh negara terserlah hari ini apabila baginda berkenan meninjau sendiri pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan sesi pembelajaran secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, di sini. Ia susulan pembukaan […]
Musim Monsun Baru Bermula, Lebih 100 Orang Dilaporkan Maut Akibat Panah Petir Di India
Lebih 100 individu maut akibat panah petir dalam dua kejadian berasingan di India, setakat ini, lapor The Guardian 83 daripadanya terkorban di Bihar, manakala sekurang-kurangnya 22 lagi turut meninggal dunia di Uttar Pradesh, selain 12 mangsa pula mengalami kecederaan di negeri yang sama. Bagaimanapun, jumlah mangsa yang tercedera di Bihar belum dimaklumkan lagi setakat ini, […]
Ibu Dua Anak Menghidap Kanser Payudara Tahap 2 Antara 50 Individu Ditahan Positif Dadah
ALOR SETAR, 26 Jun (Bernama) — Seorang wanita, yang menghidap kanser payudara tahap dua, antara 50 individu yang ditahan positif dadah dalam operasi yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda di sekitar daerah ini. Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda Arnida Ishak berkata dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu, […]
Pelajar Terpaksa Keluar Jauh Untuk Internet, MCMC Giatkan Usaha Sampaikan Liputan Komunikasi Di Pedalaman Sarawak
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membuat tinjauan di sebuah perkampungan di Pakan, Sarawak dalam masa terdekat. Ia berikutan bagi mendapatkan gambaran sebenar kisah pelajar dan penduduk di kawasan berkenaan yang didakwa terpaksa keluar jauh dari kediaman untuk mendapatkan liputan perkhidmatan telekomunikasi. “Hasil tinjauan akan dipadankan dengan pelan pembangunan telekomunikasi yang telah dirancang untuk […]
Ditanya Perasaan Liverpool Muncul Juara, Jawapan ‘Win’ Dr Zulkifli Ini Tarik Perhatian Ramai
Seperti semua peminat-peminat bola sepak ketahui, Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasminya telah pun dimenangi oleh pasukan Liverpool awal pagi tadi. Selepas 30 tahun pasukan tersebut ternanti-nantikan piala berprestij itu, pada musim ini mereka telah berjaya muncul sebagai juara salah satu liga bola sepak terbaik dunia itu. Penantian pasukan tersebut menjuarai liga itu telah membuatkan […]
Sepadan Dengan DNA Ibu, Bapa Saudara Kongsi Kisah Remaja Hilang Sejak Tahun Lepas, Rupanya Sudah Meninggal Dunia
Enam bulan menanti kepulangan anak yang hilang, sebuah keluarga terpaksa menelan ‘pahit hempedu’ apabila menerima berita anak kesayangan telah tiada. Apa yang lebih menyedihkan ialah sebenarnya jasad mangsa telah ditemui sejak Januari lalu, namun tidak diketahui identitinya sehinggalah minggu lepas. Menurut bapa saudara mangsa serta semakan portal kanak-kanak hilang Polis Diraja Malaysia, Nursyafiqah Abdullah, 13 […]
(Gambar) Tinggal Di Rumah Atas Air, Wanita Kongsi Hasil Deko Ringkas Rumahnya Buat Ramai Teruja
Sebuah rumah yang ideal tidak semestinya besar, mewah dan dipenuhi perabot mahal, tetapi cukup sebuah rumah yang membahagiakan penghuni di dalamnya. Kebahagiaan individu berbeza cara. Semuanya terletak pada sifat qanaah dalam diri yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat diberi Ilahi. Baru-baru ini, seorang wanita, Mariyah Ghazali berkongsi gambar ruang rumahnya yang dideko dengan sederhana tapi […]
“Tak Boleh Bercakap & Terlantar Sejak Lahir,” Kanak-Kanak Perlu Bantuan Untuk Beli Bateri Bipap
Hidup tidak semudah yang disangka, pelbagai ujian akan menimpa setiap orang dan ia perlu dilalui dengan tabah kerana tetap ada kemanisan yang menanti pada akhirnya. Melalui kiriman terbaru aktivis masyarakat, Natipah Abu, beliau berkongsi mengenai seorang kanak-kanak yang sangat memerlukan bantuan untuk membeli bateri mesin bipap. Menurut perkongsian di dalam Facebook itu, kanak-kanak berusoa 10 […]
(Video) Seperti Hilang Kawalan, Rakaman Cemas ‘Rider’ Terbabas Berhampiran Lori Bergerak
Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka walaupun segala langkah-langkah keselamatan telah diutamakan. Menerusi satu video yang berlegar di media sosial, satu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal telah terjadi. Kemalangan tersebut mula berlaku selepas sebuah motorsikal secara tiba-tiba nampak seperti hilang kawalan ketika sedang mencelah di antara lori dan sebuah kereta. Ketika penunggang motorsikal itu […]
(Video) Akui Pemandu Tidak Sengaja, Kumpulan Swift Tampil Mohon Maaf
Syarikat logistik, Kumpulan Swift Malaysia membuat permohonan maaf atas tindakan salah seorang pemandu lorinya yang memandu dalam keadaan melawan arus baru-baru ini. Swift dalam satu kenyataan mendakwa, kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan pelabuhan di Klang, Selangor itu berlaku di luar jangkaan. “Pemandu lori tidak sengaja memandu ke arah lorong yang bertentangan dan tidak dapat […]
Dipercayai Tersilap Sasaran, Wanita Maut Terkena Tembakan Ketika Sedang Melahirkan Anak
Seorang wanita dipercayai telah ditembak sehingga mati semasa sedang melahirkan anaknya dalam satu kejadian di Afrika Selatan, lapor Daily Mail. Wanita yang berusia 32 tahun itu sedang melahirkan anak keempatnya di rumahnya di Cape Town pada Ahad lalu. Memetik laporan Daily Mail, saksi mengatakan bahawa dua orang lelaki berlari masuk ke kebun dan melepaskan tembakan […]
Terus Tingkatkan Kawalan Kendiri, Putuskan Jangkitan COVID-19
Rakyat perlu terus meningkatkan komitmen dalam aspek kawalan kendiri bagi memutuskan sepenuhnya rantaian pandemik COVID-19, sekali gus memastikan negara bebas daripada jangkitan penyakit itu. Setelah genap 100 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semalam bagi membendung wabak itu, orang ramai perlu kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana mengamalkan jarak sosial dan kebersihan diri adalah ‘vaksin terbaik’ terhadap penyakit itu, setakat ini. […]
JKKMAR Setuju Garis Panduan Permohonan Lesen Dipapar Secara Dalam Talian
KUALA LUMPUR, 25 Jun — Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) hari ini secara prinsip bersetuju dengan syor Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), supaya semua kementerian atau agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan permit dan lesen, menerbitkan Garis Panduan Permohonan Lesen yang akan dipaparkan secara dalam talian, untuk makluman umum. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu yang dicapai pada Mesyuarat […]

Wanita Hilang Dikhautiri Dibaham Buaya Di Beluran
BELURAN, 25 Jun (Bernama) — Seorang wanita berusia 62 tahun dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang mandi di Sungai Sugut dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata kehilangan mangsa, Peredot Kanon dari Kampung Banang Sugut, dilaporkan pada 9.36 malam semalam. Anak mangsa memberitahu telah menyaksikan kejadian seekor buaya dari arah […]

Banjir: Mangsa Banjir Johor Tinggal 284 Orang
JOHOR BAHRU, 25 Jun – Jumlah mangsa banjir di Johor mengalami penurunan mendadak kepada 284 orang daripada 75 keluarga, berikutan penutupan empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS). Pagi tadi, 475 orang daripada 115 keluarga direkodkan yang mendapat perlindungan di sembilan PPS. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata empat PPS itu ialah […]

Covid-19: Thailand Rancang Lanjutkan Darurat Sebulan Lagi
BANGKOK, 25 Jun – Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand hari ini mengumumkan rancangan untuk melanjutkan tempoh perintah darurat selama sebulan lagi, sehingga akhir Julai bagi mengekang gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara itu. Walaupun negara berkenaan merekodkan hari ke-31 berturut-turut tanpa jangkitan tempatan COVID-19, Setiausaha Agung NSC Jeneral Somsak Roongsita berkata keadaan di seluruh dunia […]
Covid-19: Singapura Teruskan Aturan Laluan Hijau Selagi Situasi Terkawal
SINGAPURA, 25 Jun – Singapura tidak akan menghentikan pengaturan laluan hijau (green lane) sedia ada dengan sesebuah negara itu, walaupun terdapatnya laporan berlakunya gelombang kedua penularan COVID-19, selagi situasi di negara tersebut terkawal. “Kami akan terus memantau situasi di semua negara di sekeliling kami. Ia satu situasi yang dinamik. Kami kenal pasti apa yang berlaku […]

Malaysia Kutuk Serangan Pemberontak Houthi Ke Atas Arab Saudi
KUALA LUMPUR, 25 Jun – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu dan dron oleh puak pemberontak Houthi di Yaman ke atas Arab Saudi sejak beberapa minggu yang lepas. Wisma Putra berkata provokasi berterusan oleh Houthi adalah tidak produktif ke arah keamanan dan kestabilan di Yaman kerana tindakan pencerobohan selanjutnya hanya akan memburukkan lagi keadaan di […]

SOP Korban Beri Tumpuan Jumlah Kehadiran, Kesihatan Haiwan
PUTRAJAYA, 25 Jun – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban akan memberi penekanan kepada jumlah kehadiran individu semasa ibadah korban dan kesihatan haiwan ternakan yang terlibat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary. Beliau berkata, SOP berkenaan akan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri […]