Berita

Gaya hidup
Nak Guna ‘Runner’ Sendiri Untuk Shopee? Wanita Kongsi Caranya Yang ‘Seller’ Perlu Tahu
Shopee kini menjadi antara platform e-dagang yang terkenal di Asia. Rata-rata pengguna memilih aplikasi ini berikutan tawaran penghantaran percuma dan kemudahan mencari pelbagai jenis barangan di platform berkenaan. Bagi para pengguna dan peniaga, cara penghantaran memainkan peranan penting dalam jual beli. Hal ini kerana ia menentukan kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan dan keadaan barangan yang diterima. […]
Berita
Bomba Selamatkan Lelaki Sesat Ketika Mendaki Di Bukit Hijau
George Town: Seorang lelaki yang mendaki Bukit Hijau, Jelutong, di sini berjaya diselamatkan anggota bomba selepas sesat di bukit berkenaan, hari ini. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada 8.56 malam ini memaklumkan anak lelakinya, Leow Su En, 24, […]
Gaya hidup
Pam Tandas Dengan Penutup Terbuka Mungkin Boleh Menyebarkan Koronavirus- KAJIAN
Orang ramai mungkin perlu berhati-hati ketika menggunakan tandas terutama sekali tandas awam kerana terdapat penemuan baharu kemungkinan penularan virus korona melalui penggunaan tandas. Dalam sebuah artikel majalah penyelidikan yang diterbitkan oleh Physic Of Fluids, para saintis mengatakan virus itu mungkin dapat tersebar ketika pam tandas dengan penutup terbuka yang membentuk aerosol zarah yang membawa korona […]
Luar Negara
(Video) Detik-Detik Ayah Dibelasah Pembuli Kerana Pertahan Anaknya Dari Dibuli
Seorang bapa telah dipukul oleh sekumpulan pelajar selepas menumbuk seorang pelajar yang menyerang anak lelakinya. Video yang tular menunjukkan sekumpulan remaja menumbuk, menendang dan meludah bapa tersebut di luar sebuah sekolah di Brisbane. Pergaduhan terjadi pada Isnin lalu selepas tamat waktu sekolah. Sekurang-kurangmya enam pelajar sekolah yang terlibat dalam pergaduhan ini. Bapa itu dilihat memukul […]
Berita
Kaki Kereta Puerto Rico “Convert” Mitsubishi Lancer Jadi Proton Inspira Buat Netizen Malaysia Teruja
Seorang lelaki di Puerto Rico mengubah suai sebuah Misubishi Lancer kepada Proton Inspira. Dalam perkongsiannya di Facebook, Mike Rivera mengirim sekeping gambar kereta dengan ubah suai pada bahagian lampu dan logo hadapan kenderaan. “Lancer dengan logo Proton dan lampu jenis Audi. Terima kasih kepada pemilik kenderaan yang percaya dengan khidmat ini memasang jentera anda,” tulisnya. […]
Gaya hidup
‘Kuasa Tular’ Bantu OKU Pasarkan Labu
KUANTAN, 18 Jun — “Kuasa tular” di media sosial menjadi `penyelamat’ kepada petani Orang Kurang Upaya (OKU), Izzat Amir Adam yang buntu untuk memasarkan lambakan buah labu yang diusahakannya. Izzat Amir, 29, yang mengusahakan tanaman labu di tanah seluas kira-kira satu hektar di Nenasi di Pekan dekat sini, berkata buah labu itu tidak terjual ekoran pembeli utama […]
Gaya hidup
Sepuluh Tahun Tunggu Rumah Baharu
BALIK PULAU, 18 Jun — Impian seorang ibu tunggal untuk memiliki sebuah rumah akhirnya tercapai, apabila permohonan yang dibuat sejak sepuluh tahun lepas di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Tahunan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah diluluskan. Sukuriah Rashid, 56, berkata, meskipun permohonan terdahulu tidak berjaya, dirinya reda dan menganggap bahawa tiada rezeki untuk mereka memiliki […]
Berita
Penjawat Awam Singapura: Tiada Bonus Pertengahan Tahun, Potongan Gaji Bagi Gred ‘Superscale’
Kerajaan Singapura memutuskan tiada bayaran komponen berubah tahunan (AVC) pertengahan tahun bagi kakitangan awam pada tahun ini, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) republik itu. Selain itu, PSD berkata penjawat awam gred superscale akan menerima potongan gaji sekali antara 0.5 hingga 1 bulan, berdasarkan kekananan mereka. “Ini berikutan potongan gaji yang diumumkan sebelum ini sebanyak 0.5 bulan terhadap pegawai […]
Berita
OP Benteng: APMM Tahan Bot Bawa Lima Pendatang Tanpa Izin
IPOH, 18 Jun (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan sebuah bot nelayan asing yang membawa lima krew warga Indonesia berhampiran perairan Hutan Melintang, hari ini. Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dalam satu kenyataan malam ini menyatakan, bot yang dipercayai dalam perjalanan ke Bagan Sungai Burung, Selangor, itu dikesan bot Petir 80 yang berada di […]
Gaya hidup
“Dia Dah Meninggal Sebulan Lalu,” Kisah Wanita Hidap ‘Breast Cancer’ Tahap 4 Cari Ibu Susuan Bayi Undang Sebak
Setiap pertemuan di dunia ini sememangnya telah ditetapkan dan ditakdirkan oleh Allah SWT. Pastinya, pertemuan tersebut akan mencoretkan pelbagai rasa suka dan duka. Walaupun terkadang kehadiran seseorang di dalam hidup hanya merupakan persinggahan yang sementara namun ia akan membekaskan sejuta memori yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kisah menyentuh hati yang dikongsikan oleh Nurul Amirah […]
Berita
Gempa Bumi Kuat 7.4 Skala Ritcher Gegar Kepulauan Kermadec Di New Zealand
Gempa yang berkekuatan 7.4 skala Richter dilaporkan telah menggegarkan Kepulauan Kermadec di timur laut sehingga mencetuskan amaran tsunami di New Zealand, lapor Daily Star. Sistem peringatan dan mitigasi Tsunami Pasifik UNESCO/IOC mengatakan bahawa gelombang tsunami berbahaya akibat dari gempa bumi ini mungkin terjadi dalam jarak 300km dari pusat gempa. #BREAKING A powerful 7.4 magnitude earthquake […]
Berita
Disyaki Terima Rasuah RM20,000, Pegawai Kanan Polis Ditahan – SPRM
Seorang pegawai kanan polis hari ini ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM20,000. Pengarah SPRM Selangor,Datuk Alias Salim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata pegawai suspek berusia 40 tahun ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira 5.30 petang. “Suspek ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang […]
Berita
Kerajaan Komited Pastikan Tiada Yang Kembali Bergelandangan – Annuar Musa
KUALA LUMPUR, 18 Jun — Kerajaan akan memastikan setiap bantuan dan program sokongan kepada golongan gelandangan dibuat secara berkesan agar tiada yang kembali hidup sedemikian, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata perkara itu merupakan antara fokus utama yang diusahakan kementerian agar tiada masyarakat yang menjadikan gelandangan sebagai budaya hidup. “Kerajaan percaya setiap individu […]
Berita
Macau Scam: Pelajar 21 Tahun Kerugian Hampir RM100,000 Diperdaya Sindiket Mengaku Polis
SEREMBAN, 18 Jun (Bernama) — Seorang pelajar perempuan kerugian RM99,040 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, Selasa lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata dalam kejadian pukul 1.00 tengah hari itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu telah menerima panggilan daripada seorang lelaki menerusi nombor +87087410786 yang mendakwa dia adalah […]
Berita
Pelawat Ke Labuan Perlu Jalani Pemeriksaan COVID-19
LABUAN, 18 Jun — Semua pelawat dari dalam negara yang memasuki Labuan perlu terlebih dahulu menjalani pemeriksaan COVID-19 di terminal feri Labuan atau Lapangan Terbang Labuan, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bagi yang tiba untuk urusan perniagaan yang memerlukan mereka berada di Labuan untuk beberapa hari sahaja, mereka perlu menjalani ujian pantas untuk keputusan […]
Berita
Penjenayah Dikehendaki ESSCom, Ustaz Mamay Aburi Ditembak Mati Pasukan Keselamatan Filipina
LAHAD DATU, 18 Jan (Bernama) — Salah seorang daripada 21 penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Ustaz Mamay Aburi ditembak mati pasukan keselamatan Filipina di Zamboanga, pada minggu lepas. Komander ESSCom Datuk Hazani Ghazali berkata kejayaan itu hasil risikan ESSCom dan dikongsi bersama Philippines-Western Mindanao Command (Westmincom), sebelum kejadian Ustaz Mamay ditembak […]
Gaya hidup
45 Hari Koma Di Hospital UK Akibat COVID-19, Anak Malaysia Disahkan Sembuh & Dibenarkan Pulang
Seorang anak Malaysia yang telah 15 tahun berkhidmat di sebuah hospital di UK, Southend Hospital disahkan sembuh setelah koma akibat COVID-19. Felix Khor, 68 dirawat selama 45 hari di unit rawatan rapi (ICU) hospital yang sama di mana dia telah diberikan bantuan pernafasan. Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad lain selama beberapa minggu, menjadikan tempoh rawatan […]
Berita
Dipercayai Berang Tak Dapat Bekalan Minuman Keras, Seekor Monyet Dilapor Mengamuk Hingga Korbankan Seorang Lelaki
Seekor monyet yang dikatakan berang kerana bekalan minuman kerasnya kehabisan telah menyebabkan kematian seorang lelaki dan mencederakan 250 yang lain dalam insiden amuk di India, lapor Daily Mail. Monyet yang dikenali sebagai Kalua itu sebelum ini dijaga oleh seorang ahli ghaib yang memberikan haiwan itu minuman keras di rumahnya di Mirzapur, Uttar Pradesh. Namun setelah […]
Gaya hidup
Ada Yang Ingat Beli ‘Sticker’, Ibu Gigih Deko Bilik Anak, Hiasi Dinding Dengan Mural Kapal Terbang
Bilik tidur adalah tempat yang paling selesa untuk kita beristirehat bagi melepaskan segala lelah. Tambahan pula, kita boleh melakukan apa sahaja aktiviti di dalam bilik tidur tanpa diganggu. Jadi disebabkan itu, keselesaan bilik tidur adalah sangat diutamakan. Melalui satu perkongsian di laman facebook milik Naquia Esir, ibu kepada tiga orang anak ini berkongsi proses sepanjang […]
Kesihatan
Dua Warga Indonesia Positif COVID-19 Di Sarawak Larikan Diri – JPBN
KUCHING, 18 Jun — Dua warganegara Indonesia yang disahkan positif COVID-19 di Sarawak selepas menjalani saringan bagi pemohonan permit kerja telah melarikan diri. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kedua-dua individu tersebut melarikan diri semasa pihak JPBN sedang menjalankan pengesanan kontak rapat dan mencari punca jangkitan. “Pihak majikan perlu berwaspada dan membuat laporan […]