Berita
TERKINI: Lagi 54 Kes Sembuh Dan Dibenarkan Discaj Hari Ini
Datuk Dr Noor Hisham menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 54 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih dari jangkitan Covid-19 dn dibenarkan discaj dari wad adalah sebanyak 7,400 bersamaan 87.1%. Terkini #covid19malaysia STATUS KESEMBUHAN, 15 Jun 54 kes sembuh dan telah […]
Majikan Diingatkan Semak Ketulenan Dokumen Ujian Saringan COVID-19 Pekerja Asing
KUALA LUMPUR, 15 Jun — Majikan yang ingin menggajikan pekerja warga asing diingatkan supaya menyemak ketulenan dokumen ujian saringan COVID-19 yang dikemukakan dengan pejabat kesihatan. Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, DCP Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata perkara itu penting untuk mengelakkan wujud kluster baharu disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab warga asing memalsukan dokumen […]
Selalu Dengar Istilah ‘Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia’, Rupanya Ini Maksud Yang Tersirat
Istilah ke bawah Duli Yang Maha Mulia sering kedengaran dalam upacara-upacara diraja. Ia merupakan istilah yang diguna pakai secara khusus merujuk kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia. Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya maksud Duli Yang Maha Mulia? Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘duli‘ membawa maksud kaki, debu atau […]
10 Tahun Kerah Kudrat, Lelaki Cekal Dari Perlis Ini Berjaya Ubah Hutan Jadi Taman Yang Cantik
PADANG BESAR, 15 Jun (Bernama) — Di sebalik rimbunan pokok serai berlatarbelakangkan pemandangan hijau Bukit Chabang, kelihatan seorang lelaki sedang sibuk membersihkan rumput liar. “Tam…tam… jangan datang sini, nanti kotor,” jerit Kassim Shahruddin, 39, sambil tersenyum melihat gelagat manja kucing kesayangannya berguling-guling atas rumput hijau bagaikan hamparan permaidani yang terletak di sebelah kebunnya. Kassim berkata […]

Bukan Penjenayah, Itu Memang Kakitangan KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan menafikan dakwaan yang mengatakan unit van kementerian itu digunakan untuk aktiviti jenayah. “Van tersebut adalah milik KKM dan kakitangan yang terlibat adalah warga kerja KKM. “Pihak KKM telah membuat laporan polis berhubung aduan palsu ini,” jelas kenyataan tersebut. Tegasnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menghubungi pihak tuan rumah dahulu […]
KKM Jangka Gelombang Kedua Denggi Di Negara Ini Bermula Awal Jun Hingga September Ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan gelombang kedua denggi di negara ini akan bermula pada awal Jun sehingga September 2020. Menterinya, Datuk Seri Adham Baba berkata, jangkaan tersebut diramal berdasarkan kenaikan kes jangkitan yang dilaporkan semakin meningkat sejak lapan minggu kebelakangan ini. “Sejak Januari hingga 13 Jun 2020 sebanyak 50,511 kes demam denggi dan 88 kematian telah […]
(Video) Macam Maldives, Tular Kejernihan Sungai Rambai Di Melaka ‘Pukau’ Perhatian Netizen
Kalau diberi peluang ke Maldives, pasti ramai teruja untuk ke sana. Tapi tahukah anda, di Malaysia juga ada tempat yang indah setanding tempat pelancongan di luar negara Di Sungai Rambai, Melaka misalnya, dilaporkan pengunjung dapat menikmati kejernihan air sungai yang kehijauan hingga nampak ke dasar. Terletak berhampiran Muar, ia mempunyai pusat rekreasi yang dilengkapi kemudahan […]
PKPP: Lebih Banyak PATI Dijangka Cuba Masuk Ke Johor – Polis
JOHOR BAHRU, 15 Jun — Pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak migran akan cuba menyusup masuk ke negeri ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan semakin banyak sektor ekonomi mula dibuka, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan pada beberapa percubaan kemasukan migran yang berjaya digagalkan oleh […]
Cadangan Tadika, Taska Dan Pra Sekolah Dibuka Bermula 1 Julai Mengikut SOP- Ismail Sabri
Putrajaya, 15 Jun- Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Dr Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tarikh pembukaan semula taska, tadika dan pra sekolah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. Menurut BERNAMA, dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, beliau berkata, pra sekolah, tadika dan taska dicadangkan beroperasi bermula 1 Julai 2020. “Mengenai pembukaan […]
Jangan Tertipu, KKM Tidak Membuat ‘Swab Test’ Dari Rumah Ke Rumah Kecuali Di Kawasan PKPD
Orang awam diminta untuk berhati-hati dan jangan tertipu dengan sebarang usaha penyamaran pihak tertentu yang mengaku sebagai anggota Kementerian Kesihatan (KKM) untuk buat ujian swab dari rumah ke rumah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM tidak pernah menjalankan saringan seperti yang demikian, kecuali di kawasan Perintah Kawasan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). […]
TERKINI: Semua Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Beroperasi Seperti Biasa, Tetapi Mengikut SOP Ditetapkan
Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan semula beroperasi seperti biasa, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, keputusan tersebut dipersetujui atas sebab pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditunjukkan oleh pihak jawatankuasa masjid dan para jemaah. “Oleh kerana pematuhan begitu baik, maka hari ini kita bersetuju untuk memberikan kebenaran […]

(Video) Pesawat Pejuang Tentera Nasional Indonesia Dilapor Terhempas Di Kawasan Perumahan Di Riau Pagi Tadi
Sebuat pesawat pejuang jenis Hawk 200 buatan BAE Aerospace milik Tentera Nasional Indonesisa (TNI-AU) dilaporkan terhempas di kawasan perumahan di Riau pagi tadi. Menurut portal berita tempatan, ketika kejadian pesawat berkenaan sedang menjalani latihan biasa. Berdasarkan laporan BERNAMA, juruterbang pesawat berkenaan dilaporkan selamat. Bagaimanapun, tiada laporan lanjut mengenai punca kejadian dan situasi di kawasan perumahan […]
Dipercayai Berpunca Dari Aktiviti Kunjung-Mengunjungi Antara Keluarga, 7 Dikesan Positif COVID-19 Di Australia
Tujuh (7) kes yang dikesan daripada 12 kes baharu COVID-19 di Victoria, Melbourne, Australia setakat Isnin (hari ini) adalah daripada aktiviti kunjung-mengunjung ahli keluarga. Memetik laporan 7news, kesemua mereka termasuk empat kanak-kanak yang disahkan positif itu didakwa telah berkunjung ke empat buah rumah di Coburg, Broadmeadows dan Pakenham. Dalam pada itu, St. Dominic School di […]
“Paling Serius Boleh Sebabkan Sawan”, 5 Risiko Jika Bayi Bawah 6 Bulan Diberi Air Masak
Bagi mereka yang pertama kali menimang cahaya mata, pasti banyak perkara yang perlu dipelajari. Sebaiknya, rujuklah sumber yang tepat seperti doktor dan pakar kanak-kanak sendiri. Hal ini bagi mengelakkan tersilap maklumat yang akhirnya memudaratkan bayi di kemudian hari. Seperti contoh, tindakan memberi air masak kepada bayi berusia bawah enam bulan. Siapa sangka ia boleh mendatangkan […]
4 Perkara Kena Ambil Kira Masa Nak ‘Deco’ Bilik, Ruang Yang Sempit Boleh Nampak ‘Luas’
Siapa sahaja yang tak mahu bilik yang luas dan kemas. Bagi anda yang memiliki bilik kecil, pasti terfikir bagaimana ingin menyusun atur perabot dan menghias bilik agar ia kelihatan lebih luas. Kalau tersilap susun, silap hari bulan makin sempit dan semak jadinya. Sebagai salah satu ruangan terpenting dalam rumah, dekorasi bilik tidur memainkan peranan dalam […]
Arab Saudi Mungkin Mempertimbangkan Batal Haji Tahun Ini, Kali Pertama Dalam Sejarah Moden
Arab Saudi dilapor mungkin mempertimbangkan untuk membatalkan musim haji tahun ini, pertama kali sejak penubuhan negara itu pada 1932, selepas kes jangkitan pandemik COVID-19 melonjak melebihi 100,000 kes. “Isu ini telah dikaji dan diteliti, pelbagai senario sedang dipertimbangkan. Keputusan rasmi dari kerajaan akan dibuat dalam masa satu minggu,” kata seorang pegawai kanan Kementerian Haji dan […]
Program PenjanaKerjaya Bermula Hari Ini, Penganggur & Graduan Digesa Segera Daftar MyFutureJobs
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Program Insentif Pengambilan Pekerja, PenjanaKerjaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan bermula esok (hari ini). Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata majikan yang mempunyai kekosongan jawatan dan sedang mencari pekerja boleh mendaftarkan profil di penjanakerjaya.perkeso.gov.my. Beliau berkata majikan […]
Kantoi, Pasangan Warga Thailand & Malaysia Baru ‘Bertatih’ Jadi Tokan Dadah Dicekup Polis
Baru setahun jagung, sudah pandai buat onar. Usaha sepasang kekasih Siam & Melayu untuk memulakan ‘karier’ sebagai tokan dadah di sekitar Langkawi gagal selepas tindakan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa. Menurut satu kenyataan di halaman Facebook Polis Langkawi, pasangan tersebut ditahan pada 14 Jun (semalam), sekitar pukul 10.47 pagi selepas didapati kelihatan mencurigakan di tepi […]

PDRM Pantau Pesalah Trafik Dari Udara Sepanjang PKPP
Kuala Lumpur: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemantauan melalui udara bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan trafik dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Noor Sham Md Jani berkata pemantauan itu membabitkan dua helikopter jenis AS355N dan AW139 dengan penerbangan dua kali sehari. Menurutnya, helikopter jenis […]
Buat Pertama Kali, Jumlah Kes Aktif Dengan Kebolehjangkitan Covid-19 di Bawah 1,000 Kes – Dr Noor Hisham
Hari ini, satu lagi rekod dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan buat pertama kali jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah di bawah 1,000 iaitu 986 kes. Hari ini juga Malaysia sekali lagi mencatat satu digit kes positif baharu apabila hanya 8 kes yang dikesan positif. […]