Berita

Berita
Jumlah Dibenarkan Solat Berjemaah Di Masjid, Surau WP Dalam Zon Hijau Adalah 1/3 Daripada Had Kapasiti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa semua masjid, surau Jumaat serta surau dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka bagi solat Jumaat dan solat berjemaah mulai esok. Menurutnya, bilangan jemaah yang dibenarkan hanyalah satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama. “Sebagai contoh, jika sebuah […]
Berita
TERKINI: Kanak-Kanak Dan Pesakit Bergejala Tidak Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau – Menteri Agama
Dalam satu sidang media menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini. Untuk menjaga kesejahteraan umat Islam, kerajaan tidak menyarankan kanak-kanak dan pesakit yang bergejala untuk solat di masjid dan surau. Sumber: Bernama
Berita
TERKINI: Bakal Pasangan Pengantin Dibenarkan Akad Nikah Di Masjid – Dr Zulkifli Al Bakri
Dalam satu sidang media menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini. Untuk menjaga kesejahteraan umat Islam, kerajaan melonggarkan untuk bakal pengantin yang bakal mendirikan rumahtangga untuk mengadakan Akad Nikah di masjid. Bagaimanapun, pihak […]
Berita
Garis Panduan Ibadah Korban Diumum Dalam Tempoh Terdekat- Zulkifli
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) — Prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban serta solat sunat Hari Raya Aidiladha semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata SOP itu kini dalam proses penambahbaikan termasuk mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Fatwa […]
Kesihatan
Dua Wanita Sarat Mengandung Antara 10 Individu Ditahan Positif Dadah
ALOR SETAR, 11 Jun (Bernama) — Dua wanita sarat mengandung adalah antara 10 individu yang ditahan kerana positif dadah dalam Op Cegah yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar Kuala Muda, semalam. Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda Arnida Ishak berkata wanita berumur 26 tahun yang hamil lapan bulan itu ditahan bersama suaminya berumur 36 tahun di […]
Gaya hidup
(Video) Klip Pertama Dimuat Naik Ke Youtube Dan Lelaki Ini Yang Perlu Dikenali Para ‘Youtuber’
Tidak perlu diperkenalkan lagi, Youtube sememangnya menjadi aplikasi antara yang mendapat perhatian di seluruh dunia. Pun begitu, tidak semua mengetahui mengenai video pertama yang dimuat naik di dalam aplikasi tersebut. Berbalik kepada 15 tahun yang lalu, terdapat satu video yang memaparkan seorang lelaki di sebuah zoo dan apa yang lebih menarik adalah ia merupakan video […]
Gaya hidup
PKPP: Pahang Benar Operasi Perniagaan Bermula 7 Pagi Sehingga 10 Malam
KUANTAN, 11 Jun — Kerajaan negeri Pahang membenarkan semua premis perniagaan beroperasi bermula 7 pagi hingga 10 malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ketetapan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada persatuan dan para peniaga khususnya yang terlibat dalam perniagaan makanan berhubung keputusan sebelum ini yang […]
Berita
COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular 10.30 Pagi, 11 Jun – KKMM
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini. 1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan laporan media tentang pembatalan warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol […]
Kesihatan
704 PATI, 125 Tekong Ditahan Cuba Masuk Negara Secara Haram Sejak 1 Mei – Ismail Sabri
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa terdapat 704 pendatang tanpa izin dan 125 tekong ditahan kerana cuba masuk sempadan negara secara haram. “Dari 1 Mei hingga semalam seramai 704 PATI dan 125 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong-lorong tikus. […]
Berita
TERKINI: Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Penumpang Yang Bukan Duduk Serumah – Ismail Sabri
Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri kerajaan hari ini membenarkan kenderaan persendirian boleh membawa penumpang bukan duduk serumah. Kerajaan telah melonggarkan peraturan boleh membawa penumpang selain dari rumah pemilik kenderaan pada hari ini. Mesyuarat khas juga telah mebuat keputusan hari ini kalau […]
Berita
TERKINI: Perkhidmatan E-Hailing Dan Teksi Boleh Ambil Penumpang Ikut Kapasiti – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa perkhidmatan e-hailing dan teksi dibenarkan beroperasi tanpa had masa. Menurutnya, kapasiti penumpang bagi kenderaan tersebut juga dibenarkan mengikut jumlah kapasiti yang terdapat pada sesebuah kenderaan itu. “Kalau dulu untuk e-hailing dan teksi hanya dibenarkan dua orang sahaja dan beroperasi sehingga pukul 10 malam. Jadi […]
Berita
TERKINI: Bas Ekpress Dibenar Beroperasi Dengan Kapasiti Penuh Tanpa Had Masa – Ismail Sabri
Bas ekpress dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh tanpa had masa, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi. Ianya susulan perkhidmatan bas ekspress yang majoritinya bergerak pada waktu malam untuk tiba ke destinasi pada waktu pagi. ”Mensyuarat Khas bersetuju untuk membenarkan bas ekspress beroperasi dengan kapasiti penuh […]
Kesihatan
TERKINI: Bas Ekspress Dibenar Beroperasi Tanpa Had Masa Dengan Kapasiti Penuh – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa bas ekpress akan beroperasi dengan kapasiti penuh. “Mesyuarat khas bersetuju untuk membenarkan bas ekspress beroperasi dengan kapisiti penuh dan tanpa had masa,” katanya. Sidang media perkembangan terkini PKPP | 11 Jun 2020 [LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri […]
Berita
Lelaki Failkan Saman Terhadap Bekas Syarikatnya Kerana Dapat Kerja ‘Membosankan’
Sebuah syarikat minyak wangi Perancis telah diarahkan untuk membayar sebanyak €40,000 (RM191,835) oleh pihak mahkamah kepada seorang bekas pekerjanya kerana didakwa memberi pekerjaan yang membosankan sehingga dia tertekan dan akhirnya berhenti kerja. Dalam kes yang dipercayai sebagai kes pertama seumpama itu pernah berlaku di Perancis, Frederic Desnard yang berasal daripada Paris, telah bertindak memfailkan saman […]
Gaya hidup
‘Seram’ Tengok Lipas Berkeliaran, Ini Petua Boleh Cuba ‘Usir’ Lipas Dari Rumah
Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan orang begitu takut dengan kehadiran lipas sehingga menimbulkan fobia dalam diri mereka. Bukan sahaja di dalam rumah, haiwan tersebut juga boleh bersarang di dalam kereta. Terkadang pelbagai cara yang dilakukan bagi menghalau haiwan tersebut namun ia akan tetap kembali ‘menghantui’. Jangan risau kerana petua yang pernah dikongsi oleh Iza Abu […]
Luar Negara
(Video) Rakaman Mendebarkan 4 Budak ‘Bermain’ Atas Bumbung Bangunan 32 Tingkat
Satu rakaman di China memaparkan empat orang kanak-kanak sedang bermain dengan santai di atas sebuah bumbung segitiga bangunan kediaman 32 tingkat. Rakaman yang mendebarkan itu menunjukkan dua daripada kanak-kanak itu cuba ‘meluncur’ turun dari permukaan sementara yang lain memegang satu batang kilat bangunan untuk mengekalkan keseimbangan. Menurut pemerintah tempatan, mereka telah memanjat ke atas bumbung […]
Berita
PKPP: Kuil Di Pulau Pinang Dibuka Semula Esok
George Town: Rumah Berhala Sri Veeramakaliamman di Lorong Ipoh dekat sini, akan dibuka semula untuk orang ramai mulai esok. Naib Presidennya S. Devaraj berkata permohonan untuk membuka semula kuil itu telah diserahkan ke Malaysia Hindu Sangam dan diluluskan dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) baharu. Beliau berkata antara SOP yang perlu dipatuhi ialah penganut perlu […]
Berita
Perjumpaan Dengan Penghuni Institusi Penjara Dibenarkan Bermula 15 Jun
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) — Jabatan Penjara Malaysia membenarkan sesi lawatan perjumpaan pelawat dengan penghuni di institusi penjara seluruh negara bermula 15 Jun ini. Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia, Hafidz Othman berkata pelawat perlu membuat tempahan perjumpaan menggunakan dua kaedah iaitu secara dalam talian menerusi sistem i-VISIT atau panggilan telefon ke institusi penjara yang berkenaan. “Hanya […]
Berita
Ramai Teruja Rentas Negeri, Balik Kampung ‘Qada’ Sambut Aidilfitri
Putrajaya: Sebaik ‘lampu hijau’ diberikan bagi melakukan perjalanan rentas negeri bermula semalam (10 Jun), sebahagian besar rakyat Malaysia tidak sabar dan sudahpun merancang untuk balik kampung atau setidak-tidaknya bercuti bersama keluarga, hujung minggu ini. Memandangkan masih suasana raya dalam bulan Syawal, ramai yang begitu teruja untuk menghangatkan kembali sambutan Aidilfitri dan menggayakan baju raya serta […]
Luar Negara
Pelanggan ‘Cancel Order’ Mungkin Boleh Berdepan Hukuman Penjara 6 Tahun Di Filipina
Filipina mungkin bakal mengenakan tindakan tegas ke atas sesiapa yang membatalkan pesanan makanan yang sering berlaku ketika pandemik covid-19 menggunakan Rang Undang-Undang yang sedia ada kerana ia membebankan kebanyakan riders dan pembekal perkhidmatan. Perwakilan AKO Bicol Party, Alfredo Garbin, telah mengajukan House Bill 6958 atau Food and Grocery Delivery Services Act yang melarang pembatalan transaksi […]