Berita

Gaya hidup
Taska Boleh Beroperasi, Ikut Panduan Diberikan – Rina Harun
PUTRAJAYA, 3 Jun – Taska-taska sudah boleh beroperasi dengan berpandukan kepada Panduan Pencegahan Penularan Covid-19, Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Keselamatan Warga Taman Asuhan Kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun. Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, panduan itu telah dibentangkan dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan (KKM), serta telah ditambah baik […]
Berita
Bilangan Pegawai Psikologi Dalam Negara Tidak Mencukupi – Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA, 3 Jun – Bilangan pegawai psikologi kaunseling dalam negara masih tidak mencukupi iaitu dengan nisbah kaunselor kepada individu adalah 1:52,000, sedangkan nisbah normal adalah 1:500. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini hanya terdapat 148 pegawai psikologi kaunseling yang berkhidmat. “Secara dasarnya bilangan ini tidak mencukupi bagaimanapun kita bekerjasama dengan […]
Gaya hidup
SOP Pembukaan Semula Taman Rekreasi, Kedai Gunting, Gimnasium Dan Kedai Gambar Di Sarawak Diperhalusi
KUCHING, 3 Jun — Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) pembukaan taman rekreasi, kedai gunting rambut, pusat atau gimnasium kecergasan dan kedai gambar. Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata keputusan ini dibuat berikutan pencapaian negeri itu dalam mengurangkan jumlah kes baharu COVID-19 sejak awal bulan Mei. “Keputusan akan diumumkan […]
Berita
Covid-19: Tamat Kuarantin, PM Dan 34 Pegawai Boleh Masuk Pejabat Esok
Putrajaya: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kesemua 34 pegawai kerajaan yang menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet yang sebelum ini dikenakan kuarantin 14 hari di rumah, sudah dibenarkan memulakan tugas di pejabat, esok. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka menamatkan tempoh kuarantin yang bermula 21 Mei lalu susulan seorang pegawai didapati […]
Berita
Melaka Mula Benarkan Makan Di Premis Jumaat Ini
Melaka: Kerajaan negeri Melaka mula membenarkan makan di premis tanpa hidangan bufet bermula Jumaat ini (5 Jun), kata Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali. Beliau berkata keputusan itu dibuat hari ini pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 Negeri Melaka yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan. Katanya, […]
Berita
22 Kes Kemalangan Babitkan Pemandu Mabuk Dilapor Dari Januari Hingga Mei – Bukit Aman
Kuala Lumpur: Sejumlah 22 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dilapor dalam tempoh lima bulan tahun ini dan dalam tempoh itu juga seramai 822 orang ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mereka yang ditahan dalam tempoh Januari hingga Mei lepas itu terdiri […]
Berita
Hantaran Hitam Dan #BlackOutTuesday Penuhi Media Sosial, Tanda Pembelaan Atas Kematian George Floyd
KUALA LUMPUR, 3 Jun – Platform media sosial Instagram menjadi gelap pada malam Selasa, apabila pengguna di seluruh dunia memuat naik hantaran gambar kosong berwarna hitam, bagi menzahirkan pembelaan terhadap kematian warga kulit hitam, George Floyd, ketika ditahan polis Minneapolis, Amerika Syarikat (AS), minggu lepas. Hantaran berwarna hitam itu yang disertakan dengan tanda pagar #blackoutTuesday […]
Berita
Lebih 20K Perkongsian, Ini DIY Nak Buat Rod Penggantung Langsir Guna Paip PVC Dengan Modal Murah
Langsir jenis ‘ring’ yang menggunakan batang kayu rod menjadi pilihan ramai kerana lebih kemas dan mudah untuk dipasang. Namun, kayu rod yang digunakan agak mahal dan menelan belanja yang besar. Ditambah dengan upah pemasangannya, ramai yang terpaksa melupakan hasrat tersebut. Tetapi bagi anda yang ingin berjimat dengan modal yang rendah, apa kata anda cuba DIY […]
Luar Negara
Gempa Bumi Kuat Gegar Selatan Kepulauan Fiji, Gegaran Cecah 6.0 Skala Richter
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 skala Richter dilaporkan melanda Selatan Kepulauan Fiji pada pukul 5.31 petang (waktu Malaysia) pada 3 Jun 2020. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 912km Tenggara Laucala, Fiji dengan kedalam 116km. Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
Berita
COVID-19: Misi Asing Ucap Terima Kasih, Rawatan Di Depot Tahanan Imigresen
KUALA LUMPUR, 3 Jun — Misi Asing yang warganya terjejas akibat COVID-19 di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI) di sini, merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas tindakan segera selain memastikan mereka yang dijangkiti menerima rawatan sewajarnya. Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia memberitahu Bernama, pihaknya tidak dapat memberikan jumlah sebenar warga Bangladesh yang dijangkiti, kerana masih […]
Kerjaya
109,617 Lepasan SPM Ditawar Lanjut Pengajian Bagi Sesi 2020/2021
PUTRAJAYA, 3 Jun — Seramai 109,617 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 ditawarkan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2020/2021, demikian menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Mereka ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil/asasi/matrikulasi/diploma dan Ijazah Sarjana Muda […]
Berita
Masih Tiada Lagi Perbincangan PKPB Dilanjutkan Atau Tidak Setakat Ini – Ismail Sabri
Menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan belum lagi memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau sebaliknya. Kita semua sedia maklum bahawa PKPB bakal berkahir tidak lama lagi iaitu pada 9 Jun 2020 pada hari Selasa. Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kanan Keselaamatan, Datuk Seri Ismail Sabri […]
Berita
Isu Arak: Kerajaan Kedah, Perak Akan Turuti Langkah Kerajaan Pusat, Sokong Perketat Undang-Undang
ALOR SETAR, 3 Jun — Kerajaan Negeri Kedah akan mengambil tindakan yang selari dengan kerajaan pusat dalam isu berkaitan cadangan mengkaji semula undang-undang membabitkan penjualan arak di negeri ini. Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kerajaan Persekutuan mempunyai lebih bidang kuasa dalam perkara berkenaan, justeru apa sahaja yang akan diputuskan di peringkat pusat akan […]
Luar Negara
Bayi Malang Malang Cukup Sifat Dipercayai Dibuang Ditemui Di Sungai Di Indonesia
Seorang mayat bayi malang berusia tujuh bulan ditemui hanyut di sebuah sungai di Malang, Indonesia baru-baru ini. Ketua Polis Bahagian (Kapolsek), AKP Triwik Winarni turut mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut yang dilaporkan ditemui di Sungai Metro, Desa Kebon Agung, Kecamatan Pakisaji, Malang pada Isnin lalu, sekitar pukul 11 pagi. “Ya benar, ia ditemukan. Usia dalam […]
Berita
TERKINI: 93 Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk 91 Kes Adalah Bukan Warganegara & Sifar Kematian
Sebanyak 93 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 7,970 kes setakat Rabu (3 Jun 2020), jam 12 tengahari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1, 324 kes. Kesemua 93 kes baharu melibatkan penularan tempatan, dimana 91 […]
Berita
Semut Masuk Dalam Balang Gula Atau Masakan, Ini Hukum Yang Wajib Tahu Jika Terus Makan
Pasti ramai di antara kita yang pernah mempunyai pengalaman balang gula di rumah dikerumuni dan dimasuki oleh semut. Untuk mengeluarkan semut itu, pastinya leceh dan akan mengambil masa yang lama. Oleh sebab itu, ada yang mungkin menghiraukan serangga tersebut dan terus membancuh gula ke atas makanan atau minuman yang hendak disediakan. Daripada sudut Islam, ramai […]
Berita
TERKINI: Kadar Kesembuhan Covid-19 Di Malaysia Cecah 81.94% Termasuk 61 Kes Dibenarkan Discaj Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 61 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,531 kes bersamaan dengan 81.94 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, […]
Berita
(Video) ‘Pandemik’ Rasisme Lebih Ditakuti Dari COVID-19, Penunjuk Perasaan Berkumpul, Protes Kematian George Floyd Di Amsterdam
Rusuhan atas kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd yang maut dalam tahanan polis Amerika Syarikat pada 25 Mei lalu merebak ke luar negara. Antara negara yang turut bangkit protes adalah Australia, Kanada, Jepun dan Belanda. Sebentar tadi, tular video memaparkan penunjuk perasaan berkumpul di Amsterdam, Belanda. Turnout for George Floyd protests in Amsterdam.Extraordinary.pic.twitter.com/VShFtzfyFE — ian […]
Gaya hidup
(Video) Asyik Terbelit Ja, Gadis Kongsi ‘Step’ Lilit Kemas ’Earphone’ Supaya Mudah Untuk Digunakan
Pasti ramai di antara kita yang mempunyai earphone untuk mendengar lagu ataupun membuat panggilan. Kadang kala, ketika hendak menggunakan earphone itu, ianya selalu akan terbelit-belit. Manakan tidak, ketika menggunakannya mungkin akan terbelit kerana pergerakan penggunanya. Untuk melilitnya dengan kemas, pelbagai cara boleh dilakukan.. Susulan daripada itu, apabila kita hendak menggunakannya, ia pastinya berada di dalam […]
Bisnes
AirAsia Tawar Tiada Caj Dikenakan Jika Mahu Tukar Penerbangan
KUALA LUMPUR, 3 Jun — AirAsia telah mengumumkan bahawa ia akan mengecualikan caj pertukaran penerbangan untuk sebarang tempahan baharu yang dilakukan antara 3 Jun dan 31 Oktober, 2020. Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata pilihan itu disediakan untuk tempahan dalam talian di airasia.com untuk penerbangan domestik di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India. “Penumpang boleh membuat perubahan tarikh penerbangan dalam jumlah […]