Berita

Berita
(Video) Terharu, Remaja Sebak Rakan-Rakan Kumpul Duit Hadiahkan ‘Handphone’ Buatnya
Dengan membahagiakan orang lain, kita pastinya akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T. Terbaru, dalam video yang tular di media sosial Twitter, sekumpulan remaja dipercayai di Indonesia yang bersimpati dengan salah seorang daripada rakan mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit telah memutuskan untuk membuat kejutan buat rakannya itu. Dalam video tersebut, dapat kelihatan bahawa […]
Gaya hidup
5 Tuntutan Sivil Keluarga Mangsa Kemalangan Boleh Buat Terhadap Pemandu Mabuk Rakyat Malaysia Wajib Tahu
Kebelakangan ini, kemalangan maut akibat pemandu mabuk semakin menjadi-jadi. Biarpun kerajaan bercadang untuk memberatkan hukuman sedia ada, nampaknya golongan tidak bertanggungjawab ini tetap memilih untuk mementingkan diri sendiri. Malah, kekurangan pengetahuan untuk membuat tuntutan terhadap pemandu mabuk menambah lagi derita terhadap keluarga dan mangsa. Apa pun hukumannya, duka di hati keluarga mangsa pasti mustahil terubat […]
Berita
“Nak Abang Senyum Selalu, Jangan Menangis,” Ebit Lew Tak Sabar Nak ‘Wish Birthday’ Isteri
Menjadi antara figura yang paling disenangi oleh rakyat Malaysia, kiriman Ebit Lew sentiasa menjadi perhatian warganet terutama mengenai kerja dakwah dan sumbangan yang dilakukannya. Terbaru, Ebit Lew memuatnaik satu kiriman mengenai ulang tahun kelahiran isterinya yang akan tiba tidak lama lagi. Bidadari saya lahir 17 Jun. Sebab PKPB ini hari-hari saya fikir tak sabar nak […]
Berita
Tak Cukup Tuntut Cerai, Isteri Polis Dituduh Bunuh George Floyd Mahu Nama Keluarganya Pula Ditukar
Bekas isteri kepada bekas pegawai polis Minneapolis; Derek Chauvin yang dituduh membunuh George Floyd sehingga mencetuskan rusuhan di Amerika Syarikat, iaitu Kellie Chauvin memohon untuk tukar nama akhir (nama keluarga) serta penama kediaman mereka. Menurutnya dalam fail permohonan tersebut, dia mahu menukar nama akhirnya, selain daripada beberapa permintaan lain. Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan (setakat ini) […]
Berita
PKPB: Sedikit Sinar Penghujungnya Sudah Kelihatan, Khabar Gembira Dinanti
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) — Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan, sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini. Menuju kira-kira enam hari sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijadual berakhir, negara terus mencatatkan hanya satu digit kes COVID-19 untuk […]
Berita
Dikejar Sejauh 18km, Lelaki Dipercayai Penagih Dadah Bertindak Agresif & Bergelut Dengan Polis Ketika Ditahan
KUALA LUMPUR, 2 Jun — Polis terpaksa mengejar sejauh 18 kilometer dua lelaki yang mengelak ditahan polis sebelum seorang daripada mereka berjaya diberkas berhampiran Taman Tasik Ampang Hilir dekat sini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan menjelaskan suspek juga bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis ketika kejadian. Beliau […]
Berita
Pesara PBT Rugi RM682,000 Ditipu Macau Scam
Kepala Batas: Seorang pesara pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini kerugian RM682,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam, yang mendakwa terdapat pendaftaran talian judi dalam talian haram atas nama wanita itu, dalam kejadian baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 69 tahun itu membuat laporan polis […]
Berita
Bayi Baru Lahir Meninggal Dunia, Disahkan Positif Covid-19 Di Indonesia
Seorang bayi yang baru dilahirkan di Minahasa Tenggara, Sulawesi Utara, Indonesia, dilaporkan meninggal dunia dan disahkan positif jangkitan wabak Covid-19. Menurut Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19 negara itu, hasil ujian yang dikeluarkan pada Selasa (2 Jun 2020) mendapati bayi tersebut disahkan positif jangkitan ketika dilahirkan pada 19 Mei lalu. “Bayi baru lahir itu termasuk di dalam […]
Luar Negara
Kes Covid-19 Di Uzbekistan Melepasi Angka 3,660
BAKU, 2 Jun — Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Uzbekistan pada Selasa meningkat sebanyak 56 menjadi 3,662, lapor Agensi Berita Trend memetik Kementerian Kesihatan. Sehingga kini seramai 2,859 pesakit sembuh manakala 15 lagi meninggal dunia. Sebagai langkah pencegahan Uzbekistan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu zon “merah”, “kuning” dan “hijau”. Tempoh kuarantin juga dilanjutkan sehingga 15 […]
Berita
Polis Kejar Lelaki Dipercayai Positif Dadah Sejauh 18KM
Kuala Lumpur: Polis terpaksa mengejar sejauh 18 kilometer dua lelaki yang mengelak ditahan polis sebelum seorang daripada mereka berjaya diberkas berhampiran Taman Tasik Ampang Hilir dekat sini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan menjelaskan suspek juga bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis ketika kejadian. Beliau berkata demikian ketika mengulas sebuah […]
Berita
(Video) “Jenis Tak Reti Bahasa,” Gelagat Pekerja Cuba Halau Monyet Di Kaunter Pandu Lalu Undang Tawa
Tular satu video di laman facebook menunjukkan seorang lelaki sedang cuba untuk menghalau seekor monyet yang berada di luar kaunter pandu lalu sebuah restoran makanan segera terkenal. Lelaki berkenaan yang dipercayai pekerja restoran itu dilihat menghampiri kaunter tersebut dengan membawa botol penyembur. Tidak disangka, rupanya lelaki itu sedang cuba untuk menghalau monyet yang ‘bertenggek’ di […]
Berita
Jika Kes Terus Kekal Di Angka Satu & Dua Digit, Kita Sudah Bersedia Melaksanakan ”Exit Strategy” – Dr Noor Hisham
Sekiranya kes Covid-19 di negara ini kekal mencapai angka dua digit, kita sudah bersedia melakukan ”exit strategy”, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah seperti memetik kenyataan daripada KKM. Jelas beliau, apabila lebih banyak sektor ekonomi dibuka kelak tetapi tiada peningkatan kes baharu dalam kalangan rakyat iaitu kes kekal di angka satu atau dua […]
Berita
20 Individu Termasuk 14 Pelajar Sekolah Umur 13-17 Tahun Ditahan ‘Berpesta’ Dadah
GEORGE TOWN, 2 Jun – Seramai 20 individu termasuk 14 pelajar sekolah menengah, bukan sahaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malah berpesta dadah dalam sambutan hari jadi, di dua unit apartment yang mereka sewa, malam semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, pihaknya membuat pemeriksaan […]
Luar Negara
India Luluskan Penggunaan Remdesivir Kecemasan Untuk Merawat Pesakit Covid-19
BENGALURU – Pemerintah India mengatakan pada hari Selasa (2 Jun) bahawa ia telah menyetujui ubat antivirus Gilead Sciences untuk penggunaan kecemasan dalam merawat pesakit Covid-19. Remdesivir adalah ubat pertama yang menunjukkan peningkatan pada pesakit Covid-19 dalam ujian klinikal formal. Ia diberikan kebenaran penggunaan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat bulan lalu dan telah […]
Berita
Pengusaha Premis Makanan Di Sabah Digesa Beroperasi Semula
KOTA KINABALU, 2 Jun — Bimbang dijangkiti COVID-19 menyebabkan ramai peniaga makanan di negeri ini masih belum beroperasi sekalipun kerajaan Sabah telah memberi kebenaran mereka berbuat demikian. Perkara itu didedahkan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung hari ini berdasarkan tinjauan yang dilakukan beliau sebelum ini. “Saya tekankan kepada peniaga, […]
Berita
Isu Hakisan Tanah: Pekerja Warga Indonesia Maut Dihempap Runtuhan Dapur
IPOH, 2 Jun – Seorang pekerja lelaki warga Indonesia maut, selepas dipercayai dihempap sisa runtuhan dinding dapur rumah dalam pengubahsuaian, di Taman Silibin Indah di sini, petang ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Malaysia negeri Perak Azmi Osman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian menimpa Junaidi Razak, 40, pada pukul 5.23 petang. “Kami segera mengerahkan […]
Berita
Jumlah Penerima BPN Seramai 10.77 Juta, Peruntukan Sebanyak RM11.5 Bilion – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 2 Jun — Jumlah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kumpulan pertama hingga ketiga dianggarkan seramai 10.77 juta, melibatkan peruntukan sebanyak RM11.5 bilion pada akhir Jun, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. “Ini merupakan peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya semasa membentangkan Laporan Ketujuh Pencapaian Prihatin-Laksana hari ini. Beliau berkata sehingga […]
Berita
Kluster Pangsapuri Cheras Mungkin Berpunca Dari Aktiviti Kunjung-Mengunjung Sebelum & Pada Hari Raya – KKM
Kemunculan kluster baharu Covid-19 di Pangsapuri Cheras kemungkinan bear adalah disebabkan oleh aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes pertama dikesan hasil daripada saringan kesihatan pusat tahfiz oleh JAKIM dan KKM. Namun, hasil ujian kes tersebut tidak berkaitan dengan Perhimpunan Seri Petaling. Setkat ini, enam kes […]
Gaya hidup
Pemandu Mabuk: Apakah Hukuman Berat Mampu Menanganinya? – BERNAMA
KUALA LUMPUR, 2 Jun – Akhir-akhir ini kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan, mendesak kerajaan mengetatkan undang-undang berkaitan bagi menanganinya. Bagaikan insiden bermusim, satu demi satu kes nahas sedemikian dilaporkan baru-baru ini mencetuskan sentimen dalam kalangan rakyat yang mahukan kerajaan mengambil tindakan tuntas terhadap individu yang memandu […]
Berita
Kes Covid-19 Di Indonesia Kini Cecah 27,549 Dengan 1,663 Kematian
JAKARTA, 2 Jun – Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 27,549 dengan angka korban akibat jangkitan virus itu kini berjumlah 1,663 orang. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 609 tambahan kes positif baharu manakala sebanyak 22 lagi kematian berlaku. […]