Berita

Berita
TERKINI: KKM Kesan Kluster Baharu Di Pangsapuri Cheras, 6 Rakyat Tempatan Disahkan Positif
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat satu kluster baharu Covid-19 telah dikenal pasti di negara ini iaitu Kluster Pangsapuri Cheras. Menerusi kenyataan ringkas di Twitter rasmi KKM, kluster tersebut adalah daripada penularan rakyat tempatan. Setakat Isnin (1 Jun 2020), sebanyak enam individu telah dilaporkan positif jangkitan. Namun, punca jangkitan masih berada dalam siasatan KKM. Laporan […]
Berita
Mabuk: Peraih Ikan Didakwa Bunuh Irwan Herman
KUANTAN, 1 Jun — Seorang peraih ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh Irwan Herman Kamarudin yang maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta dipandu melawan arus di Jalan Pintasan Kuantan, minggu lepas. Teoh Kian Peng, 42, yang berkemeja-T putih dan berseluar pendek hitam kelihatan tenang mengaku faham terhadap pertuduhan ke atasnya yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa […]
Berita
Pengurus Kelab Didakwa Mabuk, Tumbuk Dan Baling Kerusi Pada Polis
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Seorang pengurus kelab malam dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk memandu dalam keadaan mabuk, menumbuk polis serta membaling kerusi terhadap penjawat awam itu. Leng Kar Loon, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi dan S. Mageswary. Di hadapan Majistret Puteri Nursheila, […]
Berita
TERKINI: 51 Kes Lagi Pulih Dan Discaj Dari Wad, Jumlah Cecah 6,404 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,404 kes bersamaan dengan 81.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, […]
Berita
TERKINI: Kekal Tiada Kes Kematian Hari Ini Dengan 38 Kes Positif Baharu Termasuk 12 Kes Penularan Tempatan
Sebanyak 38 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 7,857 kes setakat Isnin (1 Jun 2020), jam 12 tengahari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1, 338 kes. Daripada 38 kes baharu, 26 kes merupakan kes import […]
Kesihatan
Premis Gunting Rambut Masih Menjadi Larangan Semasa PKPB, Termasuk Di Rumah
Premis gunting rambut masih menjadi larangan semasa PKPB walaupun di mana sahaja termasuk di rumah, lapor Majlis Keselamatan Negara menerusi ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter rasminya. Orang ramai digesa supaya terus mematuhi arahan daripada kerajaan bagi mengawal penularan wabak Covid-19. Dalam pada itu, MKN juga dilaporkan sedang sedang dalam proses menyediakan SOP untuk […]
Gaya hidup
Bekukan Pengeluaran Lesen Baharu Penjualan Arak, Cadang Annuar Musa
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan. Beliau berkata lesen premis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap kedai-kedai menjual alkohol juga perlu diperketatkan susulan berlakunya kemalangan jalan raya […]
Berita
Dua Tahun Terpisah, Keluarga Ini Bertemu Semula Dengan Bapanya Lepas Ternampak Dalam Video TikTok
Satu video TikTok yang sebenarnya dibuat bagi memberi galakkan kepada orang ramai untuk membantu golongan miskin telah membantu seorang lelaki bersatu semula bersama keluarganya. R Venkateshwarlu yang telah hilang sejak dua tahun yang lalu dilihat di dalam video yang dirakam di bawah jambatan sejauh 2,000km dari rumahnya di Telangana. Seorang rakan memaklumkan kepada keluarga lelaki […]
Berita
Anggota Tentera Maut Digilis Lori Di Lebuhraya Kesas
KUALA LUMPUR, 1 Jun — Seorang anggota tentera yang menunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di kilometer 44.1 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Omar Abd Rahman berusia 39 tahun. Beliau berkata pihaknya menerima […]
Berita
PKPB: Pengecualian Caj RM1 Di Mesin ATM Kekal- Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 1 Jun (Bernama) — Pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi pengeluaran wang mesin MEPS masih dikekalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, tiada perbincangan dan permohonan dibuat dengan pihak bank bagi mengubah pelaksanaan itu yang berkuat kuasa pada […]
Kesihatan
Perak, Selangor Dan Pulau Pinang Negeri Tertinggi Pengeluaran Kompaun Kerana Cubaan Rentas Negeri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perak, Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan pengeluaran kompaun tertinggi atas kesalahan cubaan merentas negeri. Menurutnya, Perak adalah negeri yang paling tinggi dikeluarkan kompaun iaitu sebanyak 40 kompaun, diikuti dengan Selangor sebanyak 29 kompaun manakala Pulau Pinang pula sebanyak 23 kompaun. 6. Sebanyak 220 kompaun […]
Berita
Pemandu Mabuk Rempuh Pekerja Kontrak Hingga Maut Ditahan- Mazlan
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Pemandu mabuk yang merempuh seorang penunggang motosikal sehingga maut ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya di Lebuhraya Sultan Iskandar, di sini, awal pagi ini ditahan di Balai Polis Trafik Tun H.S Lee. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata hasil ujian saringan menggunakan mesin evidential breath […]
Berita
Lelaki Didakwa Memandu Dalam Keadaan Mabuk Hingga Sebabkan Kematian Penghantar Makanan
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Seorang pembantu kedai aksesori kereta yang videonya tular di media sosial apabila merempuh seorang penghantar makanan awal pagi ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian. Lelaki berusia 21 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi. Dia […]
Kesihatan
Sehingga 31 Mei, Vietnam Masih Tidak Catat Kes Baharu Covid-19
Vietnam masih tidak melaporkan sebarang kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah jangkitan setakat 31 Mei kekal 328, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19. Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan, negara itu juga tidak mencatatkan kes jangkitan tempatan selama 45 hari berturut-turut. Daripada 328 kes yang disahkan itu, 188 adalah kes import. Seramai 279 pesakit atau 85 peratus […]
Berita
Rusuhan Kian Memuncak, Perintah Berkurung Dikuat Kuasa Di Washington
WASHINGTON, 1 Jun (Bernama) — Perintah berkurung dikuat kuasa di Washington susulan ketegangan antara penunjuk perasaan dan polis yang kian memuncak di luar bangunan Rumah Putih. Datuk Bandar Muriel Bowser pada Ahad malam berkata perintah berkurung berkuat kuasa 11 malam Ahad (31 Mei) hingga 6 pagi Isnin (1 Jun), Pengawal Negara juga dikerahkan untuk membantu […]
Berita
“Beri Ganjaran Pada Diri,” Dr Amalina Kongsi 5 Tips Elak ‘Delay’ Ketika Belajar
Wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan ramai pelajar tidak kira di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi terpaksa belajar dari rumah. Pun begitu, pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi oleh pelajar terutamanya bagi sikap sendiri yang gemar melengahkan masa. Justeru daripada itu, Dr. Amalina Bakri menerusi akaun Twitternya ada berkongsikan tentang tips untuk tidak melengah-lengahkan […]
Berita
Sultan Selangor Bertitah Penangguhan Solat Jumaat, Solat 5 Waktu Dilanjutkan Sehingga 30 Jun
Sultan Selangor telah menitahkan bahawa penangguhan solat Jumaat dan solat 5 waktu di masjid dan surau seluruh Selangor untuk orang awam dilanjutkan sehingga 30 Jun. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, larangan yang dikeluarkan pada sebelum ini berkuatkuasa sehingga 31 Mei 2020 sahaja. Pun begitu, kerana bimbang dengan risiko jangkitan jika kawalan dilonggarkan, Baginda telah memutuskan […]
Berita
Penunggang Motosikal Retak Tempurung Kepala Dilanggar Pemandu Mabuk
KANGAR, 1 Jun (Bernama) — Seorang penunggang motosikal cedera di kepala selepas dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata kejadian berlaku pada 10.10 malam dan mangsa dikenali sebagai Bishamhadi Mohamad Hasbi, 40. “Siasatan awal mendapati kemalangan […]
Berita
(Video) Pantai Terkenal Di UK Ditutup Setelah 4 Orang Cedera Akibat Terjun Setinggi ‘200 Kaki’ Ke Dalam Laut
Dua pantai di United Kingdom dilaporkan telah ditutup selepas empat orang dilaporkan cedera akibat terjun dari tebing, lapor Mirror Uk. Dorset Council mengumumkan semalam bahawa pantai Durdle Door dan Lulworth Cove yang berdekatan ditutup sepanjang hari Ahad dan jalan raya juga akan disekat. Tidak lama setelah pengumuman itu, pihak Dorset Council juga mengumumkan bahawa mereka […]
Berita
Pekerja Kontrak Maut Dirempuh Pemandu Mabuk
Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk. Kejadian kira-kira 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu menyebabkan Mohamed Zaili Mohamed, 44, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. “Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh […]