Berita
(Video) Reaksi Teruja Anak-Anak Syria Dirakam Saat Terima Sampul Duit Raya
Memperoleh hadiah seperti duit raya sempena perayaan Aidilfitri antara saat yang paling menggembirakan bagi setiap insan yang bergelar kanak-kanak. Akan tetapi, nasib kanak-kanak di seluruh dunia adalah berbeza-beza. Ada yang senang dan ada juga yang mengalami kesusahan. Sebagai contoh, kita boleh lihat apa yang berlaku di negara Syria. Sudah pasti kita akan tertanya-tanya bagaimanakah kanak-kanak […]
Tuntutan Ganti Rugi Konsesi Balak Di Kedah Cecah RM1.5 Bilion- Muhammad Sanusi
ALOR SETAR, 27 Mei — Jumlah tuntutan ganti rugi yang dikemukakan syarikat yang telah dibatalkan kelulusan konsesi pembalakan di Kedah kini mencecah RM1.5 bilion, kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau berkata sebelum ini, tuntutan itu ialah sebanyak RM1 bilion melibatkan kira-kira 40 syarikat dengan jumlah kelulusan konsesi sebanyak 131 dan kawasan seluas 22,098 hektar di […]
Lesu, Hilang Deria Bau Dan Rasa Juga Adalah Gejala Covid-19 – Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa lesu, hilang deria bau dan rasa juga adalah merupakan antara gejala Covid-19. Menurutnya, gejala demam batuk selesema serta sesak nafas adalah antara gejala utama yang kebanyakan daripada kita ketahui. Pun begitu, beliau telah memaklumkan bahawa keletihan, kelesuan dan hilang deria bau serta rasa juga adalah […]
TUDM Laksana Penerbangan Ihsan Bawa Bayi Berusia 60 Hari Bermasalah Jantung
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 60 hari yang mempunyai masalah jantung dari Terengganu ke Pangkalan Udara Subang dekat sini. TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan bayi itu bersama ibunya diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dengan pesawat Charlie 130 Hercules dari No 20 Skuadron. “Pesawat yang membawa bayi yang memerlukan […]
Ini Maksud Petak Kuning Bil Elektrik Ramai Tak Tahu
Kecoh sebelum ini apabila ramaimemuat naik gambar bil elektrik terkini yang menunjukkan caj yang dikenakan sangat tinggi. Ada segelintir tidak berpuas hati dengan caj yang diterima berikutan jumlah kenaikan yang dikira naik mendadak. Seperti sedia maklum, TNB menangguhkan sementara pembacaan meter fizikal dan penyerahan bil di premis pengguna semasa PKP. Jadi, pengebilan dilakukan mengikut bil […]
COVID-19: Kes COVID-19 Di Indonesia Kini 23,851 Dan Kematian 1,473 Kes
JAKARTA, 27 Mei — Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian lagi dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 686 tambahan kes positif baharu, manakala jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini […]
Pandemik Ini Dilihat Semakin Serius Dan Masih Jauh Dari Berakhir- KP Kesihatan
Menerusi sidang media hari ini, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pandemik Covid-19 ini dilihat semakin serius dan masih jauh dari berakhir. Beliau berkata sedemikian semasa membentangkan angka kes positif dan kematian Covid-19 di seluruh dunia. “Berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 5, 559, 130 kes Covid-19 telah dicatatkan di seluruh dunia sehingga […]

COVID-19: Pengurusan Di Depoh Tahanan Imigresen Berjalan Seperti Biasa
SEPANG, 27 Mei — Tugas pegawai imigresen di tiga depoh tahanan imigresen di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang yang sedang menjalani kuarantin di rumah telah diambil alih oleh pegawai daripada ibu pejabat Jabatan Imigresen dan negeri berkaitan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud. Katanya walaupun ujian saringan mendapati mereka negatif COVID-19, Kementerian Kesihatan (KKM) telah […]
KKM Khuatir Kes Jangkitan Covid-19 Meningkat Susulan Pergerakan Orang Ramai Semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khuatir kes jangkitan Covid-19 meningkat susulan daripada pergerakan orang ramai semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri ini. Menerusi sidang media perkembangan Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah berharap agar orang ramai sentiasa memberi kerjasama dengan mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan untuk sama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini. “Banyak negara […]
Suhu Badan Normal Antara 36.0 Hingga 37.5 Darjah Celsius – KKM
Memahami suhu badan adalah sangat penting bagi mengetahui gejala diserang penyakit. Dengan itu, kita harus ambil tahu berapa suhu tubuh normal dan cara mengukurnya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini di Twitter menjelaskan bahawa suhu badan manusia yang normal adalah di antara 36.0 Darjah Celsius sehingga 37.5 Darjah Celsius. Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), […]

Patuhi SOP Kedai Makan Atau Berdepan Tindakan – Timbalan MB
KOTA BHARU, 27 Mei — Pengusaha kedai makan di Kelantan diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas kerajaan negeri itu membenarkan pelanggan makan di dalam kedai bermula hari ini. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jika tidak mematuhi atau gagal berbuat demikian, pengusaha kedai makan boleh dikenakan tindakan. “Kita tangguhkan kebenaran sehingga […]
KKM Sahkan Tiga Lagi Kluster Telah Diisytiharkan Tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak tiga kluster Covid-19 yang pernah dikesan di Malaysia telah diisytiharkan tamat. KKM melalui ciapannya di Twitter mengesahkan tiga kluster yang terdiri daripada kluster Plaza Menara City One, Flat PKNS dan Petugas Kesihatan Sabah diisytihar tamat pada hari ini. Pertambahan tiga kluster tersebut menjadikan jumlah kluster yang telah diistiharkan […]
TERKINI: KKM Sahkan 15 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 6 Kes Import
Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa sebanyak 15 kes positif baru jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari, 27/5/2020. Pertambahan angka kes yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 7,619 kes. Terkini #covid19malaysia, 27 MeiKes sembuh = 42Jumlah kes sembuh = 6,083Kes baharu positif = 15Jumlah positif = […]
TERKINI: Lagi 42 Kes Telah Pulih Dan Dibenarkan Discaj Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 42 kes pulih dan dibenarkan discaj hospital pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 6, 083 bersamaan 79.84%. Terkini #covid19malaysia STATUS KESEMBUHAN, 27 Mei42 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan […]
Tindih Leher Lelaki Kulit Gelap Yang Kemudiannya Meninggal Dunia, Polis Dibuang Kerja, Rakyat Bangkit Protes
Amerika Syarikat, 27 Mei – Empat anggota polis di Minneapolis dipecat setelah didakwa terlibat dengan kes kematian seorang lelaki berkulit gelap yang ditangkap, dikasari dan akhirnya meninggal dunia. Menurut CNN, lelaki berusia 46 tahun yang maut, George Floyde itu ditahan dan ditindih menggunakan lutut oleh seorang anggota polis yang mendakwa menahannya dalam siasatan kes penipuan. […]

Tiada Beza Kluster ‘Kayangan Dan Bumi’ Dalam SOP PKPB – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 27 Mei — Sesiapa sahaja yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Aidilfitri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikenakan tindakan sewajarnya. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak mengira golongan kenamaan mahupun rakyat biasa, segala SOP ditetapkan adalah sama dan terserah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk […]
Dakwa Boleh Tingkatkan Risiko Strok Haba, Pakar Jepun Tak Galakkan Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun Pakai Topeng Muka
Persatuan Pediatrik Jepun tidak menggalakkan kanak-kanak bawah dua tahun untuk memakai topeng muka, lapor CNN. Biarpun negara itu menggalakkan orang ramai memakai penutup muka, badan kesihatan negara itu memberi amaran kepada ibu bapa agar tidak memakaikannya kepada anak-anak kecil mereka. Hal ini berikutan kesukaran melihat perubahan warna muka, ekspresi dan pernafasan bagi anak kecil. Dalam […]
(Video) Detik Menakutkan Kanak-Kanak Diekori Seekor Beruang
Rome — Pendakian sebuah keluarga telah bertukar menjadi satu momen yang menakutkan apabila seekor beruang berwarna coklat telah mengekori anak lelaki mereka semasa dalam perjalanan turun. Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh ayah tirinya, Alessandro yang berusia 12 tahun dilihat sedang berjalan secara perlahan-lahan ke arah ayah tirinya sementara diekori oleh beruang besar tersebut. A […]
Bukan Cuci Macam Biasa, Pemilik Premis Perlu Ada Kelulusan KKM Untuk Sanitasi- Ismail Sabri
Putrajaya, 27 Mei – Pemilik perniagaan perlu mencuci atau mensanitasi premis mereka mengikut panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media sebentar tadi. Katanya, tidak kira siapa yang mencuci premis, namun bahan digunakan perlu mendapatkan kelulusan KKM. “Saya percaya banyak premis-premis perniagaan, swasta terutamanya yang ingin […]
Kemalangan Maut Di Lebuhraya Tanjung Malim-Behrang, Jalan Sesak Di Kedua-Dua Arah
Satu nahas kemalangan jalan raya melibatkan lori tangki dan van dilaporkan berlaku di KM 389.5 arah utara, laluan Tanjung Malim – Behrang (Perak). Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laporan di Facebook sebentar tadi menjelaskan, kedua-dua arah laluan lebuhraya didapati terhalang dan trafik arah selatan diarah keluar di persimpangan Behrang. Kesesakan yang berlaku di kedua-dua arah […]