Berita

Gaya hidup
Kerajaan Selangor Benarkan Makan, Minum Dalam Restoran Dan Memancing Bermula Esok
SHAH ALAM, 12 Mei — Kerajaan Selangor membenarkan pengunjung restoran, medan selera, gerai berbumbung dan kiosk di negeri ini menikmati hidangan di premis-premis itu mulai esok. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata orang ramai harus mematuhi penjarakan sosial. “Semua premis makanan berkenaan dibenarkan beroperasi sepenuhnya termasuk makan dan minum di dalam premis bermula pukul 7 pagi hingga […]
Berita
5 Hari ‘Bertarung Nyawa’, Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Terbabas Ketika Menunggang Motosikal
PUTRAJAYA, 12 Mei – Seorang anggota polis yang terlibat dalam pemantauan khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) meninggal dunia awal hari ini, selepas beberapa hari bertarung nyawa di Hospital Putrajaya akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Konstabel Muhammad Naim Ahmat Daud, 26, yang bertugas di Balai Polis Presint 7, terbabas dan hilang kawalan ketika menunggang motosikal di […]
Berita
Dakwaan Peniaga Yang Gerainya Dirobohkan MBS, Tidak Dibenarkan Berniaga Selepas PKPB Adalah Tidak Benar – Datuk Bandar
SEREMBAN, 11 Mei — Dakwaan kononnya penjaja atau peniaga yang gerainya dirobohkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dibenarkan berniaga semula, adalah tidak benar. Datuk Bandar MBS Datuk Zazali Salehudin berkata sebaliknya, para penjaja berkenaan boleh memohon untuk mendapatkan semula peralatan perniagaan mereka daripada […]
Berita
Tiada Solat Aidilfitri Di Sabah Tahun Ini, Aktiviti Masjid Ditangguh Hingga 26 Mei – Mufti
KOTA KINABALU, 12 Mei – Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan tiada solat sunat Aidiltifri di masjid atau surau seluruh negeri pada tahun ini, berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Jun. Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata keputusan itu selaras dengan penangguhan aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di setiap masjid […]
Berita
Pengasas Cap Kipas Udang, Datuk Hj Lambak Mohamed Meninggal Dunia
JOHOR BAHRU, 12 Mei — Pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi tadi di kediamannya di Larkin Jaya, di sini, hari ini. Jenazah Allahyarham Lambak, 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari tadi, kata cucunya Amiza Abdul Aziz. “Arwah tiada komplikasi […]
Berita
Sakit Hati Dengar Berita Anak Dirogol, Lelaki Didakwa Nekad Bunuh Ibu Bapa Kepada Individu Disyaki Perogol
Sepasang suami isteri berusia 67 dan 59 tahun telah dilaporkan dibunuh oleh jirannya menggunakan sebatang besi. Menurut Kompas TV, kejadian pembunuhan itu berlaku pada hari Ahad (10/5/2020) sekitar jam 21.00 di rumah sewa mangsa yang terletak di Kampung Rawa Bebek, Desa Kota Baru, Bekasi, Jawa Barat. Pembunuhan tersebut didakwa berlaku kerana suspek berasa sakit hati […]
Berita
Polis Marin Rampas 4,300 Helai Tudung Seludup Dari Thailand
KOTA BHARU, 11 Mei — Pasukan Polis Marin (PPM) mengagalkan cubaan menyeludup masuk 4,300 helai tudung jenis bersulam dan bermanik dari Thailand bernilai RM71,380 dari sebuah kereta di kawasan sebuah rumah kosong dekat Kampung Simpangan, Tumpat, semalam. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor, ASP Mohd Rudzuan Ahmad, berkata, kesemua kain tudung itu ditemui di dalam […]
Berita
TERKINI: Seramai 70 Pesakit Lagi Telah Sembuh, Jumlah Keseluruhan Cecah 5,351
Sebanyak 70 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat Khamis (14 Mei 2020). Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 5,351 orang. […]
Berita
TERKINI: Hanya 16 Kes Positif Baharu Hari Ini, Paling Rendah Sejak Pelaksanaan PKP
Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 12 Mei 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 16 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 6,742. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media […]
Berita
Ini Cara Nak “Confirm” Teruskan Moratorium Sehingga Bulan Ke-6 Untuk Pinjaman Sewa Beli Kereta, Pelanggan Maybank Sahaja
Moratorium atau ‘penangguhan’ pembayaran balik pinjaman/pembiayaan ke satu tarikh lain seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan meringankan beban pengguna dan perniagaan kecil berikutan kesan daripada Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas ekonomi negara. Majoriti peminjam seperti loan kenderaan terutamanya menarik nafas lega apabila tidak perlu membayar komitmen bulanan selama enam bulan. […]
Berita
PKPB Boleh Kembali Menjadi PKP Sekiranya Rakyat Ingkar Arahan Dan SOP Yang Ditetapkan
Datuk Seri Ismail Sabri dalam Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahaya PKPB boleh ditamatkan dan kembali menjadi PKP sekiranya rakyat ingkar dengan peraturan dan garis panduan ditetapkan. Dalam pada itu, kerajaan memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir hari ini dan mereka yang didapati melanggar peraturan serta […]
Berita
Pelayan Restoran Gigit Lengan Polis Didenda RM3,500
Kuala Lumpur: Seorang pelayan restoran yang menggigit lengan seorang anggota polis yang mahu menahannya hujung bulan lepas didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Suresh Kumar, 33, selepas dia mengaku bersalah sengaja melakukan kekerasan dengan menggigit lengan kanan Ismail Abu Hassan pada 30 April lepas. […]
Kesihatan
SOP Bagi Solat Jumaat, Solat Berjemaah Sepanjang PKPB Diketahui Khamis Ini
TAPAH, 12 Mei — Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dijangka diketahui Khamis ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, garis panduan itu akan dibincangkan dan diperhalusi dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri Tan […]
Berita
Rayuan BPN Disaring 11 Agensi – LHDN
CYBERJAYA, 12 Mei — Pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang sebelum ini permohonan mereka ditolak, terutama individu yang mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini boleh mengemukakan rayuan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau secara dalam talian. Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Sabin […]
Kesihatan
Hanya Nama Dan Nombor Telefon Pengguna Diperlukan Sebagai Syarat Memasuki Premis
PUTRAJAYA, 12 Mei (Bernama) — Hanya nama dan nombor telefon sahaja perlu dicatatkan pelanggan ketika memasuki premis perniagaan, sebagaimana yang dilaksanakan aplikasi Gerak Malaysia. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami kebimbangan dan rungutan orang ramai apabila sesetengah pasar raya meminta nombor pengenalan dan alamat rumah pelanggan, sebelum dibenarkan melakukan […]
Berita
Kedai Gunting Rambut Masih Lagi Tidak Dibenarkan Beroperasi- Ismail Sabri
Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kedai gunting rambut masih lagi tidak dibenarkan beroperasi. “Setakat hari ini, kedai gunting rambut masih lagi di dalam senarai terlarang. Jadi, ia tidak dibenarkan sama ada di rumah, di pejabat atau kedai gunting,” katanya. Operasi kedai […]
Berita
MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri yang dijangka akan berlaku sehingga pada hari ini. Antara negeri yang akan mengalami ribut petir pada sehingga jam 5 petang ialah Perlis. Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling dan Kulim). Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar). […]
Berita
Makan Selepas Terawih Atau Tengah Malam Boleh Dikira Bersahur? Ini Penjelasan Mufti WPKL
Mungkin ada segelintir daripada kita yang memilih makan pada tengah malam, iaitu sebelum tidur daripada bangun diawal pagi untuk bersahur. Namun, timbul satu persoalan dimana, adakah makan pada waktu tersebut mahupun selepas tarawih dikira sebagai bersahur? Berikut penjelasan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Mufti WPKL) mengenai perkara tersebut. Soalan Assalamualaikum. Saya tinggal dengan rakan-rakan […]
Berita
‘Left Group’, Tak Buat Kerja Sekolah Sejak Mac, Guru Luah Kecewa Sikap Segelintir Pelajar
Sebagai seorang pendidik ataupun guru, kita semestinya mahukan yang terbaik untuk para pelajar agar ilmu yang disampaikan penuh bermanfaat untuk mereka gunakan di masa akan datang nanti. Namun, perasaan kecewa pasti menyelubungi diri apabila para pelajar mengambil mudah dengan apa yang dilakukan oleh pendidik atau guru mereka ini. Baru-baru ini, satu perkongsian di Twitter M.K […]
Kesihatan
PKPB Tidak Kekal, Mungkin Boleh Diperketatkan Semula Tertakluk Kepada Kepatuhan Rakyat – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini tidak akan kekal selamanya kerana ianya mungkin boleh diperketatkan semula mengikut kepatuhan rakyat terhadap SOP semasa. #PKPB tidak kekal, mungkin boleh diperketatkan semula tertakluk kepada kepatuhan rakyat – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/qRYhVvFKDd — BERNAMA (@bernamadotcom) May 12, 2020 Dalam pada […]