Berita
Kilang Ayam Di Negeri Sembilan & Sebuah Pasaraya Ditutup Selepas Ada Pekerja Positif COVID-19 – Ismail Sabri
Putrajaya, 9 Mei – Kerajaan telah menutup beberapa premis perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pekerja mereka dijangkiti COVID-19. Hal ini dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi. “Pertamanya, di kilang ayam di Negeri Sembilan telah diarah tutup kerana pekerja mereka positif COVID-19. […]
Ada Yang Tak Lulus & Hanya Terima RM500, Segelintir Netizen Persoal Keputusan Semakan BPN
Orang ramai sudah boleh membuat semakan status kelayakan mereka bagi permohonan baru dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula hari ini. Dalam kenyataan soalan lazim semalam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyenaraikan beberapa alasan penolakan permohonan, antaranya gaji melebihi RM4,000, mempunyai rekod syarikat dan pendapatan isi rumah melebihi RM8,000. Walaubagaimanapun, sebahagian mendakwa mendakwa permohonan mereka […]
Tabung COVID-19: 71 Waris Pesakit Meninggal Dunia Terima Bantuan Ikhsan Kematian RM 5 Ribu Seorang
Sebanyak RM40,298,699.49 berjaya dikumpulkan dalam sumbangan Tabung COVID-19 daripada pelbagai pihak setakat 7 Mei, umum Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagi individu yang telah dirawat kerana positif COVID-19 atau kontak rapat kepada pesakit yang dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian bagi COVID-19, akan diberi RM 100 sehari bagi 14 hari tempoh kuarantin. Dari […]
KKM Sahkan Daerah Rembau Kembali Jadi Zon Merah
Daerah Rembau, Negeri Sembilan kembali menjadi zon merah COVID-19 berikutan ada pertambahan pesakit positif dari kluster pekerja kilang di Pedas. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) di Twitter, setakat 8 Mei, seramai 60 kes telah disahkan positif (satu daripadanya telah sembuh) iaitu tujuh daripadanya adalah warganegara dan 53 lagi warga asing. Punca jangkitan masih dalam siasatan, […]

Dari Suka-Suka, Youtube Sugu Pavithra Kini Jadi Buah Mulut Rakyat Malaysia
Sepasang suami isteri sama sekali tidak menyangka perkongsian video memasak pelbagai menu dalam bahasa Melayu berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum. S.Pavithra,28 dan suaminya M.Sugu,29, baru berjinak-jinak sebagai ‘YouTuber’ menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu kini telah mempunyai seramai 160,000 ‘subscriber’ dan secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai ‘Rakan […]
Pacuan Empat Roda Terbakar, Dua Rentung Di Bintulu
BINTULU,9 Mei (Bernama) — Dua lelaki rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbakar dalam satu kemalangan di Kilometer 30 Jalan Tatau, Merit berdekatan Jambatan Sungai Adai, dekat sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata kenderaan yang terbabit dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku sekitar pukul 6.00 petang […]
Maszlee Malik Tolak Jawatan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik menolak pelantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARA Corp. Menurutnya, keputusan itu diambil apabila melihat tumpuan negara kini yang sedang sibuk melawan pandemik COVID-19 di samping perlu mengutamakan mandat rakyat. “Perhitungan saya jelas, keputusan yang bakal saya lakukan mesti selari dengan mandat yang diberikan kepada saya dari penyokong […]
Orang Awam Pernah Ke Pasar Borong Kuala Lumpur Diminta Jalani Saringan COVID-19 Dengan Segera- Jabatan Penerangan WPKL
Orang awam yang pernah berurusan di Pasar Borong Kuala Lumpur sebelum ini diminta tampil untuk jalani ujian saringan COVID-19 dalam kadar segera. Peringatan tersebut diumumkan Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Twitter, hari ini. Berdasarkan rekod, 180 kes positif COVID-19 dicatatkan di sana dan 80 kes daripadanya dikesan melibatkan peniaga luar. Antara faktor risiko […]
Persoal Kualiti “Gloves” Buatan Malaysia, Warga UK Ini Dapat ‘Tarbiah’ Percuma Dari Netizen Malaysia
Pepatah Melayu pernah mengatakan, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa. Begitulah situasi yang dialami oleh seorang warga Twitter dari United Kingdom (UK), Greg gara-gara tindakannya mengeluarkan kenyataan celupar terhadap Malaysia. Sebelum itu, Ketua Setiausaha Negara UK, Dominic Raab memberi penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas kerjasama memudahkan penghantaran 200 tan sarung tangan untuk kegunaan […]
Cara Nak Pesan Juadah Berbuka Secara “Online” Dari E-Bazar Untuk Yang Tinggal Di Selangor
Setiap tahun, tiap kali tibanya Ramadan, pasti korang terbayang-bayang kemeriahan bazar Ramadan kan? Pelbagai juadah yang susah nak dapat di bulan-bulan lain, mudah ditemui ketika Ramadan. Macam rakyat Malaysia yang lain, korang mesti tak kisah untuk bersesak-sesak di bazar Ramadan, asalkan selera tekak dapat ‘dilayani’. Martabak, roti john cheese, char kuey teow udang, sotong bakar, […]
Orang Ramai Boleh Lakukan Semakan Status BPN Bagi Permohonan Baru, Rayuan Mulai Hari Ini
Orang ramai boleh menyemak status permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula hari ini. Semakan boleh dibuat di laman rasmi BPN, iaitu di https://bpn.hasil.gov.my/ Sementara itu, penerima yang layak akan menerima bantuan bermula pada 15 Mei ini. Bagi penerima yang mendapati paparan ‘Tiada Akaun’ atau ‘Gagal Kredit’, anda perlu pergi sendiri ke Bank Simpanan Nasional untuk […]
Jumlah Kes COVID-19 Seluruh Dunia Kini Lepasi Angka 4 Juta, Kematian Lebih 200,000- Worldometer
Jumlah kes positif seluruh dunia dilaporkan mencecah 4,012,770 kes. Menurut data Worldometer, angka itu susulan pertambahan sebanyak 97,128 kes global dalam tempoh 24 jam semalam. Kira-kira satu perempat dari keseluruhan kes COVID-19 terdiri daripada pesakit dari Amerika Syarikat dengan lebih 1.3 juta kes. Angka itu disusuli Sepanyol (260,117), Itali (217,185) dan UK (211,364). Dari jumlah […]
Mungkinkah Ada Harapan Kehidupan Kembali Normal Selepas PKP 4?
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Teka-teki sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lepas akan dilanjutkan atau tidak bakal diketahui dalam tempoh terdekat ataupun kira-kira 72 jam lagi. Jika diteliti, pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali […]
Peningkatan Kes Seakan Penyakit Kawasaki Mungkin Berpunca Dari COVID-19 -Pakar Perubatan
Pakar perubatan di Eropah dan Amerika Syarikat mengesyaki kemungkinan COVID-19 menyebabkan pertambahan kes seakan penyakit Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak. Menurut New York Times, negara yang terkesan dengan penularan COVID-19 dalam skala besar mempunyai lebih banyak kes berkenaan, malah sebahagian kanak-kanak dijangkiti penyakit itu turut disahkan positif COVID-19. Antara negara tersebut adalah UK, Perancis, Itali, Sepanyol […]
Sindiket Seludup Minuman Keras, Pemalsuan Dokumen Tumpas – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Seorang wanita antara 21 individu ditahan, kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan minuman keras, pemalsuan pas pekerja sementara, dan setem duti kastam dalam tiga serbuan di Kajang, Subang Jaya dan Serdang, di sini, pada Rabu lepas. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam […]
Kedai Peralatan Elektrik Dipecah Masuk, Rugi Lebih RM50,000
SIBU, 8 Mei — Sebuah kedai menjual peralatan elektrik di bandar ini mengalami kerugian lebih RM50,000 apabila premis itu dipecah masuk dan pelbagai model telefon pintar berjenama terkemuka serta televisyen dilarikan pencuri awal pagi hari ini. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata pengurus kedai itu menerima panggilan dari pusat sistem kawalan penggera pada kira-kira 5.47 pagi […]
20 Tahun Lamanya, Gajah Di Kem Pelancongan Thailand Bakal Dilepaskan Ke Habitat Asal
Gajah yang didakwa kelaparan di sebuah pusat perlindungan di Thailand akan dilepaskan kerana para penjaganya dikatakan tidak mampu untuk memberinya makan lagi. Wabak pandemik Covid-19 telah menyebabkan kebanyakan pusat perlindungan ini kehabisan dana akibat daripada sekatan perjalanan yang turut memberi impak kepada industri pelancongan di seluruh dunia. Menurut The Sun, lebih 4,000 gajah dianggarkan berisiko […]
Muslim Di Songkhla Solat Jumaat Pertama Hari Ini Sejak 27 Mac Lalu
SONGKHLA: Umat Islam di wilayah Songkhla di selatan Thailand hari ini menunaikan solat Jumaat pertama selepas larangan pada 27 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Hampir 400 umat Islam di Pekan Chana, Songkhla menunaikan solat Jumaat di Masjid Nuruddin Chana yang berlangsung selama kira-kira 20 minit. Khutbah disampaikan pentadbir sebuah sekolah swasta di […]
COVID-19: Polis Tubuh 142 Pasukan Pematuhan Di KL, Putrajaya – Mazlan
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Sebanyak 142 pasukan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terdiri daripada 926 pegawai dan anggota ditugaskan membuat pemantauan di seluruh kontinjen Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pasukan itu bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia membendung penularan COVID-19. Beliau berkata sepanjang tempoh PKPB, terdapat 13 aktiviti yang dilarang seperti yang termaktub dalam Warta Kerajaan […]
Isu COVID-19 Antara Perbincangan Muhyiddin Dengan Trump
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Isu pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, menjadi antara topik yang dibincangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump malam ini. Muhyiddin yang menerima panggilan telefon daripada Trump berkata selain menerima ucapan tahniah bagi kerajaan yang baharu, beliau menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif antara Malaysia […]